Monday, 31 July 2017

Kek pisang paling Moist



Setakat ni la..
Sebelum ni pernah jugak try buat hasil google resepi. 
Malangnya tak pernah nak sama dengan kek pisang yang beli dekat kedai. 
Selalu ada je kekurangan, bantat lah, terlebih keras, tak masak pun pernah tau!
Sampai satu tahap rasa menyampah betul dengan diri sendiri. Rasa tak nak buat kek dah!
Tapi tetap buat jugak. Sebab suka. 
Lepas buat, frust. Gitu lah selalunya ending citernye.
okey



 kali ni betul-betul menjadi. 
Walaupun rupa buruk, sedap tu ada lah.
Hihihi.
Next time kena pakai resepi ni je. 
Cuma kena study lagi macam mana nak dapatkan rupa kek yang cantik.



Hmm. Tetiba rasa nak masuk kelas buat kek. 
Hopefully tercapai dulu dalam mimpi kejap lagi ni.

Resepinya esok lah akak update ye untuk  next entry. 
Dah mengantuk giler ni. Nite korang. Muah! 


Sunday, 30 July 2017

Nasi arab di Saba Restaurant, cyberjaya.

Dah lama tahu kewujudan restoran Makanan arab yang famous ni tapi lepas berpindah ke Putrajaya bulan 11 tahun lepas kami tak sempat lagi nak jelajah tempat-yempat makan yang teringin nak makan tu. Entah la memang spesis aku ni jenis Tak bernafsu sangat... atau tak Be-ria sangat,,..sebab bagi aku se-femes mana atau se-viral mana sesuatu tempat tu kalau pergi ke tak pergi ke biasa-biasa je.., pergi pun tak pe. Tak pergi pun tak pe. Entah lah aku ni jenis tak kesah mana pun! Kalau nak cerita lari topik pulak, next entry okeyy..

Al-kisah ter-keluar makan dekat restoran nasi arab Saba ni pun sebab kakak ipar aku (kakak sulung kepada mat cah) dia sekeluarga datang holiday kat sini sesambil ada keje diorang sikit. Sebelum ni dah banyak kali plan nak datang ziarah kami kat sini tapi asyik ada je halangannya. Nak dijadikan cerita jadi jugak la kali ni. 

So kakak la yang rindu dekat nasi arab saba tu. Coz sebelum ni dia keje dekat putrajaya memang selalu ke sana. Dah transfer ke kelantan tak de dah cawangan saba kat sana. Sesekali datang sini wajib lah makan kat saba kan. ╫℮╫℮╫℮╫℮ ヅ 🙈 

So kitorang yang newbies ni follow jugak la boleh la merasa sedap sangat ke nasiknye tu kan. Sebelum ni penah la makan nasi arab, dekat sabah dulu selalu jugak pegi satu restoran yang famous jugak la mashawi Grill namanya..memang sedap giler harga pun berpatutan. 
Malas nak tulis panjang-panjang, makanan memang sedap-sedap. korang tengok je la gambar-gambar yang berjaya di snap Oleh camerawoman yang tak berapa nak camerawoman ni. ╫℮╫℮╫℮╫℮ ヅ 🙈 

Haruslah wefie dulu dalam kereta! 

Tq baba, ummi, anati, ammar, & arrwa Khalis love you all.



Daddy's little daughter 

Ayong @ Nurul Anati Khalis yang sangat comel. Baru 5 tahun.
Bakhlava namanya manis letinggg sorry kalau typo, malas nak google..

Sesekali datang sini okey la tapi kalau tiap2 bulan nak makan ni je botak la kepala laki ko mak! Bagi aku sedap jugak la..tapi ekceli biasa-biasa je menu nye. Sedap lagi mashawi grill kat kota kinabalu sabah.  Tapi lain orang lain seleranya kan. Atas pendapat masing-masing okey.

P/s :- Sedap lagi nasi berlauk pagi rm2.50 sebungkus  yang abah mertua aku selalu beli kat tendong pasir mas tu 😂😆ÎșαΗ ÎșαΗ ÎșÎ±Î—đŸ˜†đŸ˜‚ dasar tekak melayuuuu!!!!

Saturday, 29 July 2017

Resepi puding oreo milo "wannacry"

Nama resepi kemain 'hipster' sebab baru viral katanya. Sebenarnya resepi puding macam ni dah lama kalau tak silap. Aku 1st time makan masa tahun 2013 kawan aku bagi. Sedap!
Dah dekat 4 tahun baru teringin nak try buat tu pun sebab dah viral hehe.
Meh aku share resepi sebelum aku sendiri pun lupa step2 nye. Next time kalau nak buat boleh refer kat sini je.

Bahan-bahannya:-
  1. 1 paket agar-agar tali (aku guna brand Kijang beratnya 30g)
  2. Air 1500ml (ikut sukatan pada paket agar-agar korang tau)
  3. 1/2 cawan gula
  4. 1 tin susu cair
  5. 2 sudu besar susu pekat manis
  6. 1 cawan serbuk milo
  7. 1 paket biskut oreo @ cream-o pun bolehh sama je rasa dia

Cara-caranya :-
  1. Basuh dan toskan agar-agar tali. Nak lagi senang rendam dengan air panas sekejap supaya senang cair nanti. 
  2. Sementara tu didihkan air, dah mendidih masukkan agar-agar tersebut.
  3. Bila dah cair, masukkan gula.kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan susu cair. Dan susu pekat manis.
  5. Tutup api. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Masukkan serbuk milo ke dalam bahagian pertama, kacau sehingga tidak berketul. Kemudian bahagikan kepada 2 bekas A dan B.(aku buat dua bekas acuan)
  7. Masukkan milo bekas A dahulu. Sejukkan sekejap. Nak cepat letak dalam freezer sekejap dalam 3-4 minit. 
  8. Kemudian bila puding tadi dah keras keluarkan dari freezer kemudian cucuk-cucuk dengan garfu supaya senang melekat.
  9. Tuang bahagian susu pulak, kemudian patah-patahkan biskut oreo dan susun sesuka hati.biar biskut tu agak2 tenggelam.
  10. Masukkan balik dalam freezer dan ulang balik seperti langkah 8. 
  11. Kemudian bila dah keras cucuk-cucuk sama macam tadi jugak dan kemudian tuang baki bekas B pulak.
  12. Simpan dalam peti sejuk bahagian chiller je. Orang tua pun suka apetah lagi anak-anak confirm suka!
  13. Agak-agak dah betul keras baru potong. 
Sepatutnye bahagian putih tu lagi banyak, tapi aku main tuang je x sukat pakai bekas pun, main cedok2 je tu yang saiz ketebalan dia tak sama tu. ÎșαΗ ÎșαΗ ÎșÎ±Î—đŸ˜†đŸ˜‚  #lantakDiSitu janji sedap. Hehhee..


Friday, 28 July 2017

Welcome google Adsense

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak ada apa sangat nak dikongsi. 

Cuma nak cerita pasal google adsense dah start live kat blog suam suam kuku akak ni je. 😂😆ÎșαΗ ÎșαΗ ÎșÎ±Î—đŸ˜†đŸ˜‚  

Hopefully akak akan update blog ni tiap2 hari lah gamaknye. Nak jugak merasa hasil google adsense tu mana tau dapat beli ipong 8 pulak nanti. Muahahahaha 😅 

Bagi yang tak tahu apa tu google adsense boleh je google nanti banyak keluar post2 berkenaan google adsense ni. Pendek kata kalau ko rajin update blog, makanya masyuk gak la sebabnye payment nanti dalam USD. Tapi kena gigih la ye kalau suam suam kuku kecik akak ni tak tahu lah masyuk ke idokk.. hihihi..

Thursday, 6 July 2017

NASI KAK WOK BF, SELERA ORE KELATE

Assalamualaikum. Lama tak bersiaran..
Selamat hari raya aidilfitri daku ucapkan buat rakan-rakan semua.
Mesti dah ramai yang berpuasa enam kan? tak kurang jugak yang puasa ganti terus. Sebab kebanyakan orang akan ambil peluang laksanakan terus dalam bulan syawal ni supaya mood nak berpuasa tu masih ada, pahala pun berganda, in shaa ALLAH. Nanti kalau dah lama tak puasa nak start balik tu yang agak mencabar sikit kan.
Sama lah dengan aku. Tapi aku baru puasa 2 hari (start hari selasa dan rabu - semalam)
Hari ni ingat nak puasa jugak tapi haseef kurang sihat malam tadi dia batuk dan muntah masa tengah tido, habis bersepah baju aku dan katil. Risau jugak aku kot-kot dia demam petang nanti, harap-harapnye dia okey la.
Pagi tadi dah terlambat pegi kerja sebab memang terbangun lambat, malam tadi pun pukul berapa je kitorang baru boleh tidur. mesej dengan bos-bos mintak masuk lambat sikit. Alhamdulillah dapat bos-bos (a.k.a bos number 2) yang baik hati, memahami & sporting. :)
sebelum masuk ofis singgah beli nasi bungkus dekat dengan kawasan rumah sewa aku.
Nasi berlauk ayam cincang ataupun lebih dikenali dengan nasi kak wok boleh didapati di restoran Nasi Kak Wok BF, Bandar Putra Permai.
Harga RM5.00 sebungkus.
Recommended. Antara nasi2 Kak wok kat tempat lain yang aku pernah try kat sini la bagi aku setakat ni yang kena dengan anak tekak selera kelate kitaorang laki bini ni hehe. 
Nak kata sedap sangat macam original kak wok yang dekat Lundang Koa Bharu Kelantan tu memang tak lah. Tapi boleh dah la bagi kiteorang yang sentiasa mengidamkan masakan-masakan ala kelantan ni hehe..
yang berminat nak try nasi ni boleh search dekat :-
INSTAGRAM : @nasikakwokbf 
 WAZE : NASI KAK WOK BF , BANDAR PUTRA PERMAI , SERI KEMBANGAN.

Posing Koya Setelah sekian lama tak update blog. hehe..
p/s : entri ni tidak berbayar tapi seikhlas hati daku post sempena bulan syawal yang mulia ini. :)

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts