Sunday, 1 January 2017

RESEPI KARI UDANG



Selamat menyambut tahun baru 2017.
Semoga tahun ini akan membawa sejuta erti kebahagiaan kepada kita semua hendaknya.
In shaa Allah.
Cuti tahun baru ni aku tak ke mana-mana.
Uruskan rumahtangga je.
Cek stok bahan basah, bahan kering,..
Habiskan stok sedia ada dulu..petang nanti baru ke pasar.

Masak sekadar mampu je, bukan taraf chef-chef pun.
Tapi boleh la kenyangkan perut suami & anak2 tu..Alhamdulillah.. :)

Resepi Kari Udang Simple Versi Cikmi

Bahan-bahan:-

[bahan yang dah siap di blend-maklumlah iolls part-time housewife kan...:)]
1 sudu kecik bawang putih
1 sudu besar bawang merah
1 sudu kecik lada kering
seinci halia, hiris nipis.. - tapi tadi aku x masukkan pun
asam keping
serbuk kari - anggaran 1 sudu besar je
santan
Udang - aku buat tadi dalam 20 ekor saiz kecik2 je..
Rempah kasar 4 beradik [kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga]
garam/gula/perasa


Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis kesemua bahan blend tadi.
2. Masukkan rempah kasar
3. Masukkan serbuk kari, tumis sampai pecah minyak.
4. Bila dah naik minyak, masukkan santan.kacau2 jangan berketul2..
5.bila dah menggelegak, masukkan udang..asam keping, garam gula dan perasakan..kemudian siap.. :)













1 comment:

azizah green line said...

sedappp! buat terliur jee

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts