Tuesday, 31 January 2017

Yoyo dan basikal untuk anak-anak

Assalamualaikum. 

Rasa macam lama pulak tak bersiaran. Biasalah mood masih ke laut, harap-harap kembali ke daratan semula la. :)
kali ni bersiaran dari kampung. Masih lagi berCuti sempena CNY. Tumpang beraya sekaki ape salahnye, bukan selalu kan. Hehe.

saje nak cerita petang tadi hubby belikan Zahraa ngan haseef ni mainan baru. Basikal ade tayar tumpang untuk kaklong & yoyo tricycle untuk dik aceef. Ekceli tak tahu ape ke betul nama dia tu yoyo. Sebab sebelum ni duk usyar2 kat google & lazada diorang tulis yoyo. Yang tricycle tu aku sesaje tambah.ntah betul ke tak. ;)

Yang yoyo tu harge dia rm65.00, rase dah murah lah kot sebab yang ni boleh tampung berat 100kg..katenye....hehe..dok usya dalam lazada semua dlm 80 ke atas je. Lagi satu kezen hubby citer diorang beli yoyo sebijik macam ni di pasir mas pun rm70 jugak. Ni hubby dapat harge tu mungkin sebab beli besikal sekali kat along la kot..basikal along tu rm120.00.
 >̴̴̴̴̴͡.̮ка̴͡kay la kot...
yang penting anak2 happy.

****sekarang ibu tengah pening macam mana ibu nak packing barang2 yang nak bawak balik KL nanti. ^~*

Monday, 16 January 2017

Free tiket wayang sempena birthday

Assalamualaikum..

Sempena birthday aku yang jatuh pada hujung bulan ni, aku dapat birthday gift daripada GSC. Hadiahnya berupa 2 keping tiket wayang. Alhamdulillah la ye ade jugak orang nak bagi free kat kita. :)
  
Sebelum ni aku pernah dapat email birthday gift daripada pihak gsc. Cuma keadaan dan masa yang menyebabkan aku tak sempat nak reedem gift tu.. sorry sangat2 ye GSC...  so kali ni aku ingat nak cari masa sikit untuk pergi tengok wayang berdua dengan matcah. Dan mungkin jugak berempat dengan anak2. In shaa Allah harap-harapnye berkesempatan la ye..

Oh ye mungkin ada yang tertanya2 macam mana nak dapat jugak free gift tiket wayang macam aku dapat ni.. caranya mudah je daftar sebagai ahli di website gsc malaysia. So bila masuk bulan birthday kita, gsc akan email kita untuk bagitau suruh reedem tiekt wayang tu. Tapi bukan semua movie tau hanye movie yang terpilih sahaje..

Aku daftar dah lama masa zaman xde anak lagi..time tu rajin la pegi tengok wayang dengan matcah. Lepas dah ada anak2 ni masa banyak dihabiskan dengan rumahtangga je la hehe. Tapi kalau dapat free gift mcm ni sayang pulak kalau x nak ambik ye dok..? 

Thanks gsc!

Sunday, 1 January 2017

RESEPI KARI UDANG



Selamat menyambut tahun baru 2017.
Semoga tahun ini akan membawa sejuta erti kebahagiaan kepada kita semua hendaknya.
In shaa Allah.
Cuti tahun baru ni aku tak ke mana-mana.
Uruskan rumahtangga je.
Cek stok bahan basah, bahan kering,..
Habiskan stok sedia ada dulu..petang nanti baru ke pasar.

Masak sekadar mampu je, bukan taraf chef-chef pun.
Tapi boleh la kenyangkan perut suami & anak2 tu..Alhamdulillah.. :)

Resepi Kari Udang Simple Versi Cikmi

Bahan-bahan:-

[bahan yang dah siap di blend-maklumlah iolls part-time housewife kan...:)]
1 sudu kecik bawang putih
1 sudu besar bawang merah
1 sudu kecik lada kering
seinci halia, hiris nipis.. - tapi tadi aku x masukkan pun
asam keping
serbuk kari - anggaran 1 sudu besar je
santan
Udang - aku buat tadi dalam 20 ekor saiz kecik2 je..
Rempah kasar 4 beradik [kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga]
garam/gula/perasa


Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak, tumis kesemua bahan blend tadi.
2. Masukkan rempah kasar
3. Masukkan serbuk kari, tumis sampai pecah minyak.
4. Bila dah naik minyak, masukkan santan.kacau2 jangan berketul2..
5.bila dah menggelegak, masukkan udang..asam keping, garam gula dan perasakan..kemudian siap.. :)













About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts