Monday, 9 May 2016

Stress.

Aku ni kan..
(Best pulak menaip dengan perkataan 'aku')

Ok sambung balik.
Aku ni kan, nak kata rajin bekerja. Tak de la rajin sangat pun. Buat kerja sebab dah memang tu tugas kita. Tanggungjawab kita. Kita dibayar untuk buat kerja. Bayaran hasil titik peluh tu kita bagi anak, bini, laki, mak & ayah kita makan. Sebab tu kena kerja dengan ikhlas. Bukan setakat kerja semata nak dapat nama,  bukan nak tunjuk rajin. Bukan nak mintak puji. 

Selagi dah nama kerja. Buat lah betul2. Ni tak..kerja pun cincai2 je. Buat kerja pun macam terpaksa, merungut ,membebel, tak boleh tengok orang lain tak de keja..ko sibuk nak dengki bila ko banyak kerja. Allah, x tahu nakcakap ape lah kalau ko nak pikir macam tu.

Aku ni, memang la nampak baik. Penyabar. Rajin. Suka menolong. Senang berkira. Tak cerewet. Tapi semua tu pun terhad jugak. Maksudnya tak boleh ko senang2 nak ambil kesempatan atas ape yg aku berikan. Dan aku pun boleh jadi singa, harimau, musang serta serigala. Aku pun boleh menjadi apa je yang aku nak sekiranya kesabaran aku dah disalahpakai oleh orang yang tak tahu menilai erti bersyukur.

Syukur lah dengan kehidupan ko sekarang. At least ko tak merempat. Makan minum sentiasa cukup, walaupun tak sekaya orang lain. Buatlah kerja seikhlas hati. Tu tanggungjawab, bukan bebanan. 

Pengubat stress..Nak isi hrmis by mobile, tapi macam tak menjadik pulak..lepas try pakai komputer baru OK. Lega hati waran flight pun dah lulus, tunggu bos luluskan cuti je. 


P/s : aku tak suka stress-stress ni. Selagi boleh elak aku cuba elakkan. Tapi kekadang tu datang jugak..sbb selalunya aku akan stress bila tengok orang stress dgn keje dia..hmmm...acanerr tu..


No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016