Monday, 16 May 2016

KENANGAN DI HARI GURU



"Kami guru Malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin,
putera-puteri negara kita...!!"

[err..betul ke tidak lirik aku ni?]

Scroll je Facebook pagi ni best pulak baca post orang.
Semua berkenaan hari guru..
kebanyakan ibu-ibu yang eksaited nak bagi hadiah dekat cikgu cikgi anak masaing2,,
wiiieewwiiii,,,best nye tengok,,'
tak sabar pulak nak buat perkara yang sama untuk cikgu anak2 aku pulak...
ye la..zaman dulu2 aku ni tak de duit..
nak bagi hadiah kat cikgu cikgi pun setakat yang  ma abah aku mampu je,,

Tapi ade jugak la hadiah walaupun hadiahnya murah2 je..
seingat aku, aku pernah beli sabun mandi (yang jenis bentuk ketul tu) 
pack dalam pembalut (koyak buku majalah yang cantik2 sikit)
tulis kad cantik2..
"selamat hari guru"

bila bagi kat cikgu..tengok depa sangat happy..
sedangkan masa tu cikgu tak harapkan hadiah pun..
tak harapkan dapat hadiah mahal2 pun..
tapi kalau aku la kan...kalau dapat hadiah..aku pun happy...
tapi tu la..kesian pulak dekat cikgu2 aku dulu..
dapat hadiah murah2 je dari aku..huhu..
dah tu jer yang termampu cikgu... :(

err..takde terlintas nak pertikai nasib keluarga aku pon..
TAK DE LANGSUNG OK...
aku cuma mengimbas kenangan lalu..
sebagai kenang-kenangan aku di kemudian hari jer..
mana tau kalau umur blog ni masih panjang..
anak2 aku boleh baca pulak nanti..
biar diorang tau segala kenangan pahit manis ibu dieorang ni ..
:)


hope esok2 satu hari nanti..aku dapat bagi yang terbaik buat anak2 aku..
Walaupun tak banyak...cukuplah sekiranya boleh buat mereka happy..


eh..panjang pulak membebel...

"selamat hari guru"

Terima kasih semua guru-guruku..

Tadika kemas kampung chap, bachok
Sekolah kebangsaan kampung chap , bachok
Sekolah menengah kebangsaan putri saadong, bachok
Sekolah menengah kebangsaan dato ahmad maher, kota bharu
sekolah menengah kebangsaan dato perdana, bachok
politeknik kota bharu, kok lanas 
kapal diraja sultan ismail, johor
pusat latihan APMM kuantan pahang

dan juga kesemua guru-guru ku dari segala jenis bidang pembelajaranku..

guru mengaji al-quran..
guru memandu..
guru berenang,
guru memasak..
guru mekap..

dan guru yang segala guru dalam hidupku..

ma & abah yang tersayang..

Love u all so much.. 






No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts