Thursday, 19 May 2016

KITA ADALAH SIAPA KITA HARI INI, BUKAN YANG SEMALAM

Setiap orang kat atas dunia ni pasti pernah buat salah. Yang berlalu biarkan je berlalu. Usah dikenang lagi. Kita sendiri tak dapat putar masa untuk kembali lagi. Kalau boleh undur aku rasa semua orang pun nak undur. Cuba cakap sape yang tak nak?

Sama juga dengan aku, banyak cacat celanya. Tapi aku biarkan je la. Bagi aku yang penting adelah hari ni siapa kita? apa pegangan agama kita? siapa di sisi kita? di mana kita? dan apa attitude kita? kalau ada orang nak mempertikai kisah silam kita, biarkan saja. Kita tak boleh nak tutup mulut tempayan, sama juga dengan mulut manusia. Yang ramai di ataranya adelah berulut longkang. Busuk mulut, sebusuk hatinya. 


credit : blog iryantyahamad







"Dan barangsiapa yang menutupi (aib) orang Muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan di akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya (sesama Islam)." —HR Imam At Tirmidzi No : 1425

Seandainya dosa itu dapat mengeluarkan bau busuk dan kita dapat mencium bau busuk tersebut, mungkin saja kita ini lebih busuk baunya dibandingkan orang yang tampak aibnya itu. Tetapi karena Allah SWT telah menutup aib kita, maka apa yang kita rahsiakan ditutup oleh Allah SWT. Oleh karena itu, jika kita melihat aib yang ada pada diri orang lain, jangan sampai kita merendahkan dan menyebarkan aib itu. Sebab, kalau kita melakukannya maka Allah SWT akan membuka aib kita di dunia dan di akhirat.

Semoga Allah sentiasa menutup aib-aib kita dan keturunan kita dan semoga Allah mengampuni seluruh aib, dosa dan kesalahan kita dan keturunan kita, serta menjadikan kita sebagai orang yang suka menutup aib orang lain, suka menjaga aib diri kita sendiri, tidak suka menyebarkan keburukan saudaranya dan aib sendiri. Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita mampu menjaga lisan, lidah & tulisan kita dari membicarakan hal-hal yang mengaibkan, menggantikannya dengan ucapan yang membawa kebaikan dan keredhaanNya.

Amin, Allahumma Amin

Sumber: TVAlhijrah

Tuesday, 17 May 2016

DAY 1 (REPEAT) : DIET ATKINS



Breakfast :-
 3 biji telur rebus, tea o hijau panas

Lunch :-
1 ketul ayam bakar, 1 pokok kecil sawi rebus kosong
Air masak 



Semoga kali ni aku lebih istiqamah dalam melaksanakan misi diet aku ni...
insyaallah semoga daku berjaya.. 
aminn...





Monday, 16 May 2016

KENANGAN DI HARI GURU



"Kami guru Malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin,
putera-puteri negara kita...!!"

[err..betul ke tidak lirik aku ni?]

Scroll je Facebook pagi ni best pulak baca post orang.
Semua berkenaan hari guru..
kebanyakan ibu-ibu yang eksaited nak bagi hadiah dekat cikgu cikgi anak masaing2,,
wiiieewwiiii,,,best nye tengok,,'
tak sabar pulak nak buat perkara yang sama untuk cikgu anak2 aku pulak...
ye la..zaman dulu2 aku ni tak de duit..
nak bagi hadiah kat cikgu cikgi pun setakat yang  ma abah aku mampu je,,

Tapi ade jugak la hadiah walaupun hadiahnya murah2 je..
seingat aku, aku pernah beli sabun mandi (yang jenis bentuk ketul tu) 
pack dalam pembalut (koyak buku majalah yang cantik2 sikit)
tulis kad cantik2..
"selamat hari guru"

bila bagi kat cikgu..tengok depa sangat happy..
sedangkan masa tu cikgu tak harapkan hadiah pun..
tak harapkan dapat hadiah mahal2 pun..
tapi kalau aku la kan...kalau dapat hadiah..aku pun happy...
tapi tu la..kesian pulak dekat cikgu2 aku dulu..
dapat hadiah murah2 je dari aku..huhu..
dah tu jer yang termampu cikgu... :(

err..takde terlintas nak pertikai nasib keluarga aku pon..
TAK DE LANGSUNG OK...
aku cuma mengimbas kenangan lalu..
sebagai kenang-kenangan aku di kemudian hari jer..
mana tau kalau umur blog ni masih panjang..
anak2 aku boleh baca pulak nanti..
biar diorang tau segala kenangan pahit manis ibu dieorang ni ..
:)


hope esok2 satu hari nanti..aku dapat bagi yang terbaik buat anak2 aku..
Walaupun tak banyak...cukuplah sekiranya boleh buat mereka happy..


eh..panjang pulak membebel...

"selamat hari guru"

Terima kasih semua guru-guruku..

Tadika kemas kampung chap, bachok
Sekolah kebangsaan kampung chap , bachok
Sekolah menengah kebangsaan putri saadong, bachok
Sekolah menengah kebangsaan dato ahmad maher, kota bharu
sekolah menengah kebangsaan dato perdana, bachok
politeknik kota bharu, kok lanas 
kapal diraja sultan ismail, johor
pusat latihan APMM kuantan pahang

dan juga kesemua guru-guru ku dari segala jenis bidang pembelajaranku..

guru mengaji al-quran..
guru memandu..
guru berenang,
guru memasak..
guru mekap..

dan guru yang segala guru dalam hidupku..

ma & abah yang tersayang..

Love u all so much.. 






Thursday, 12 May 2016

RESEPI CREAM PUFF KASTAD YANG SENANG


kulit::
1 cwn majerin
1 cwn air
2 cwn tpg gandum
6 biji telur

cara2::
masak air dgn majerin smpai mendidih, kemudian kecilkan api dan masukkan tpg gandum.
Kacau tepung sehingga mnjd doh. sejukkan doh. bila doh dah sejuk, putar doh dgn telur.
masukkan telur sebijik2 smpai abes.
boleh paip bulat2 atas dulang pembakar.
renjis2 dgn air atas adunan dan bakar pd suhu 180 c, 25-30mnt.

Inti::
500ml susu segar
2 sudu besar tpg kastard
3 sudu besar tpg jagung
2 biji telur
1/2 cwn gula (nk manis bole tmbh lg 1 or 2 sudu gula)
1 sudu kecil esen vanila

cara2::
masukkan semua skali bhn dlm periuk, kacau atas api sederhana sehingga pekat. da siap bole sumbt inti dlm kulit. done!!!!




Wednesday, 11 May 2016

HUBBY TURNS 28


Sanah helwah my dearest husband.

Semoga dapat jadi abi yang terbaik buat anak-anak kita.


Love u,
Ibu.



Monday, 9 May 2016

DAY 1 : DIET

Dari awal bulan lepas lagi aku start diet. Tapi on-off je..macam-macam hal lah dugaan nak kurus ni kan. Sekali anak-anak demam, pastu abi demam, tup2 ibu pulak yang tk sihat, kang sakit tu kang sakit ni..aduii dugaan sungguh.

Awal bulan april, aku start dengan berat 70.8kg. Tapi hanya mampu turun setakat 69.5kg dalam masa tak sampai seminggu. Kirenye kalau aku berdisiin aku boleh dapat dalam 2kg jugak la seminggu..fuhh..

Bila dah kesihatan semua pihak Ok..dugaan lain pulak yang datang..dengan tekanan kerja yang makin bertimbun2..buat aku rase nak maakann je keje nye..haa ko rasee..?

Sampai lah habis bulan april..sekarang berat aku maintain lagi 69.6kg. masalahnya tu bukan berat ideal aku tau. Dengan ketinggian aku 163cm at least berat aku kena 64kg. 

Sumber : google images

Siyes dengan berat 69.6kg ni (kire senang 70 kg lah) aku hadapi banyak masalah..especially dengan uniform keje aku..semuanya jadi sendat2..kekadang tu (malu nak cakapp) sampaikan satu tahap terpaksa bukak je butang seluar tu..huhuhu sedih tau.

Tak dikire lagi dengan sakit paha betis..gara2 seluar ketat..lepas tu mule lah malam2 sakit2 badan..lemauu je la jadinye bila dah tak sihat ni kan..kekadang bangun pagi pun rase sakit2 je tapak kaki ni..selalunya kalau macam ni tu tandanya berat badan saya dah terlampau berat..& toksin pun banyak.. :( yer lah makan tak hingat dunia sangat kan..

So fikir2 balik aku kena lebih serius diet kali ni..kalau tak jaga dari sekarang takkan nak tunggu berat dah tak kenal angka 6 pulak?? Huhuhu..mintak jauh wehh...seram aku ! Cukup2 la dari tak kenal berat angka 5 tu je dalam 7-8 tahun kebelakangan ni..huhuhu...

So bermula hari ni..misi diet akan bermula balik..akan ku cuba sehabis baik..dan jugak setakat kemampuan ku as a BF MOM la..huhu..sebab haseef masih menyusu badan..tapi tak fully coz hanya time aku ada kat umah je.

Sebelum puasa ni target aku tak banyak pun..dapat turun 5 kg pun dah cukup bangga dah..huhu..ibu is taa kuaddd..tapi tu bukan penghalangnye..aku kena kuat tak boleh lemah2 lagi..sape nak ubah kalau diri sendiri yang tak bersungguh2 nak ubah diri kan..? 

Aku ade join group whatsapp diet geng gojes..thanks mimi sudi add aku dlm group tu..banyak info2 dan semangat2 yang buat aku jadi makin bersemangat nak kurus ni..

Chaiyyokkkk..good luck to my self..

Menu update :-


Breakfast : 2 biji telur rebus
Lunch : daun salad, 2 ketul ayam bakar tawar saiz kecil letak garam sikit je
Dinner : 1 mangkuk kecik bihun sup lupa snap gambar. - dinner memang kena ambik heavy ckit sbb haseef kuat menyusu tengah2 malam..so kekadang tu tengah2 malam aku boleh kebulur lapar walaupun dah bedal nasi 3 pinggan ( tak tipu seriuss) so harap2 nye diet kali ni menjadi lah gamaknye..doakan aku ye..

P/s : best pulak menaip bila gunakan 'aku' ni..sorry ye kalau korang tak selesa.. 









Stress.

Aku ni kan..
(Best pulak menaip dengan perkataan 'aku')

Ok sambung balik.
Aku ni kan, nak kata rajin bekerja. Tak de la rajin sangat pun. Buat kerja sebab dah memang tu tugas kita. Tanggungjawab kita. Kita dibayar untuk buat kerja. Bayaran hasil titik peluh tu kita bagi anak, bini, laki, mak & ayah kita makan. Sebab tu kena kerja dengan ikhlas. Bukan setakat kerja semata nak dapat nama,  bukan nak tunjuk rajin. Bukan nak mintak puji. 

Selagi dah nama kerja. Buat lah betul2. Ni tak..kerja pun cincai2 je. Buat kerja pun macam terpaksa, merungut ,membebel, tak boleh tengok orang lain tak de keja..ko sibuk nak dengki bila ko banyak kerja. Allah, x tahu nakcakap ape lah kalau ko nak pikir macam tu.

Aku ni, memang la nampak baik. Penyabar. Rajin. Suka menolong. Senang berkira. Tak cerewet. Tapi semua tu pun terhad jugak. Maksudnya tak boleh ko senang2 nak ambil kesempatan atas ape yg aku berikan. Dan aku pun boleh jadi singa, harimau, musang serta serigala. Aku pun boleh menjadi apa je yang aku nak sekiranya kesabaran aku dah disalahpakai oleh orang yang tak tahu menilai erti bersyukur.

Syukur lah dengan kehidupan ko sekarang. At least ko tak merempat. Makan minum sentiasa cukup, walaupun tak sekaya orang lain. Buatlah kerja seikhlas hati. Tu tanggungjawab, bukan bebanan. 

Pengubat stress..Nak isi hrmis by mobile, tapi macam tak menjadik pulak..lepas try pakai komputer baru OK. Lega hati waran flight pun dah lulus, tunggu bos luluskan cuti je. 


P/s : aku tak suka stress-stress ni. Selagi boleh elak aku cuba elakkan. Tapi kekadang tu datang jugak..sbb selalunya aku akan stress bila tengok orang stress dgn keje dia..hmmm...acanerr tu..


Friday, 6 May 2016

Lirik Lagu - Sudah Ku Tahu

Lirik Lagu - Sudah Ku Tahu

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini

segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku

bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamumenyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!

C/O 

Sayang !!
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang !!

selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...

(credit to this blog : BLOG ISAM ) 



best sangat layan lagu ni,penyanyi asalnye PROJECTOR BAND, aku mula-mula dengar lagu ni nyanyian dari Khai Bahar penyanyi yang tengah viral di SMULE. Pagi ni dalam hot.fm pun Khai Bahar ade weh, kalau tak silap aku semalam di era fm pun ade juga dak khai bahar ni. 


ni la khai bahar, mude lagi katenye baru berusia 20 tahun. Dalam insta khai bahar ni dia ada cakap "memang dia selalu menyanyi sambil tutup mulut sebab dia malu gigi dia tak cantik.." -errr...gigi akak pun tak cantik jugak dik oiii... :)
credit : google images


Thursday, 5 May 2016

ENCIK SUAMI CEMBURU?

minggu lepas saya ade upload gambar saya berkebaya nyonya dekat instagram dan jugak share di Facebook. Ramai yang komen serta likes [
bagi saya macam biasa je la, tak de pun saya rasa pelik sebab friendlist FB saya hampir 1690 orang] 
Tapi bila balik rumah, hubby tegur..
katanya dia cemburu bila orang likes gambar yang saya upload tu. Maka berHUHUHU lah saya dengar ceramah beliau. 
Tak dinafikan, daku dah berdosa bila buat suami rasa cemburu {biarpun isterinye tak delah cun mane pun wehhh} -insaf sekejap...
Ampun maaf dipinta ye sayang.. 
Tak ku sangka hubby akan cemburu..huhuhu...err.gambar tu dah ku delete di Facebook. 
Tapi di FB saya tu memang ramai sangat teman-teman sejawatan yang ber-friendlist...mungkin hubby tak selesa bila ku upload gambar berseorangan di FB. 
Insyaallah lepas ni kena lebih peka dengan apa yang ku upload di media sosial.



Wednesday, 4 May 2016

PHOTOBOOK MALAYSIA BUKAN REZEKI KU



Gara-gara terlampau 'lagha' [lara, cuai, serta maksud yang seakan-akannya]
saya dah terlepas 3 voucher yang saya reedem free dalam website groupon 11 Disember tahun lepas.
Nampak tak betapa largha nya saya..



- _ -
Saya betul-betul sibuk sejak bertukar unit ni. [ditokok tambah dengan kelaraan sedia ada]
Kalau dulu sehari sampaikan boring tak tahu nak buat apa, sekarang dah jadi sebaliknya. Siap boleh fikir "esok nak kena datang awal ni, banyak nak kena siapkan.."
grrrr....workaholic kah aku?

Tapi...nak nangis jugak...photobook tu...sob..sob..sob...Sayang betul la kan.


REdha je lah ..dah tertulis bukan rezeki ku..

Moga-moga ada rezeki lain kelak...insyaallah..

:(

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts