Thursday, 3 March 2016

Resepi Gulai ikan Tongkol @ ikan aya (KELANTAN STYLE)

Resepi Gulai ikan Tongkol @ ikan aya
By : Hamelia_Hamid



Bahan2:-
4-5 ekor Ikan tongkol (saiz kecil)
2 cawan santan pekat
1 cawan air

Bahan kisar/tumbuk:-
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih kecil (sesetengah orang tak letak sebab x nak bau bawang putih tu)
1cm lengkuas (sikit sangat je)
2cm kunyit hidup (guna serbuk kunyit pun xpe)
2biji cili @ cili kering (sesuka hati nak letak @ tak - saya x letak pun)

Bahan lain:-
2-3 biji halba
2 sudu serbuk kari ikan (saya guna brand adabi)
Lada besar 
Timun batang (saya x letak)
2 keping asam keping

Cara-caranya:-
1) bersihkan ikan, potong dua, toskan sekejap.
2) rebus ikan bersama garam dan asam keping dengan sedikit air. Bila dah masak, tutup api dan toskan airnya..
3) sediakan bahan kisar.
4) satukan santan bersama bahan kisar tadi. Masak sampai mendidih. Kacau2 supaya tak berketul ( dlam gambar tu jadi berketul2 sbb saya terlepas pandang..hehe)
5) Bila dah mendidih,.kecilkan api..masukkan ikan dan bahan lain..perasakan dengan garam, gula @ serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tak hancur dan bila dah masak sedia untuk dihidangkan bersama-sama budu dan ulam-ulaman.. 

* kalau kat kelantan gulai ikan macam ni dipanggil 'nasi berlauk ikan aya' -boleh didapati awal pagi di gerai2 tepi jalan..dibungkus bersama nasi putih bersama sambal & hirisan timun batang.

Silakan download gambar kat bawah ni boleh terus simpan resepi yg tak seberapa ni dalam hP korang. :)



1 comment:

Nabila Syifa said...

ni kena cuba ni

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016