Monday, 21 March 2016

Resepi ayam phad phet

Assalam & hai, haritu saya rindu sangat dengan ma. Sampaikan teringat pulak dekat masakan ma yang sedap2..(oucch macam mane nak diet ni makk oii)

Maka terhasil lah menu yang tak seberapa dari ku...

Ayam phad phet.. Asalnya resepi ni dari orang siam...so kalau korang nak mencuba tak de masalah.:dijamin sedap.. :)


Resepi Ayam phatphet versi my mom



Bahan2..

ayam - potong kecik2, gaul dengan garam & serbuk kunyit, pastu goreng sekejap.

Bahan kisar:-
1) 5 ulas bawang merah 
2) 2 ulas bawang putih
3) 1 inci halia
4) 1 inci lengkuas
5) 2 batang serai 
6) 5-6 biji cili padi
7) 1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit pun boleh..

*blend sampai lumat

Bahan lain:-(sesuka hati)

Daun limau purut (wajib ade)
Carrot
Kacang panjang
Tomato
Baby corn..

Cara-caranya :-

1)Panaskan minyak
2) tumis bahan kisar sampai naik minyak..
3) masukkan ayam
4) perasakan garam,gula, air asam jawa secukupnye..
5) masukkan "bahan lain" , kacau2 sampai masak..siappp.. :)


Friday, 18 March 2016

"ABANG, SILALAH PERGI MENGAIL"

Heee....

Ada kawan saya share gambar ni kat group whatsapp..



Terus saya upload dekat instagram saya (hamelia_hamid) dan tag di Facebook encik suami saya. 

Memang kena lah dengan situasi kami sejak 2-3 menjak ni..

Thanks encik suami yang rajin tolong melayan kerenah si kaklong tiap2 malam.  Sementara ibu boleh buat kerja rumah dan berehat..:)


Hubbyku si pemancing....








Thursday, 3 March 2016

Resepi Gulai ikan Tongkol @ ikan aya (KELANTAN STYLE)

Resepi Gulai ikan Tongkol @ ikan aya
By : Hamelia_Hamid



Bahan2:-
4-5 ekor Ikan tongkol (saiz kecil)
2 cawan santan pekat
1 cawan air

Bahan kisar/tumbuk:-
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih kecil (sesetengah orang tak letak sebab x nak bau bawang putih tu)
1cm lengkuas (sikit sangat je)
2cm kunyit hidup (guna serbuk kunyit pun xpe)
2biji cili @ cili kering (sesuka hati nak letak @ tak - saya x letak pun)

Bahan lain:-
2-3 biji halba
2 sudu serbuk kari ikan (saya guna brand adabi)
Lada besar 
Timun batang (saya x letak)
2 keping asam keping

Cara-caranya:-
1) bersihkan ikan, potong dua, toskan sekejap.
2) rebus ikan bersama garam dan asam keping dengan sedikit air. Bila dah masak, tutup api dan toskan airnya..
3) sediakan bahan kisar.
4) satukan santan bersama bahan kisar tadi. Masak sampai mendidih. Kacau2 supaya tak berketul ( dlam gambar tu jadi berketul2 sbb saya terlepas pandang..hehe)
5) Bila dah mendidih,.kecilkan api..masukkan ikan dan bahan lain..perasakan dengan garam, gula @ serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tak hancur dan bila dah masak sedia untuk dihidangkan bersama-sama budu dan ulam-ulaman.. 

* kalau kat kelantan gulai ikan macam ni dipanggil 'nasi berlauk ikan aya' -boleh didapati awal pagi di gerai2 tepi jalan..dibungkus bersama nasi putih bersama sambal & hirisan timun batang.

Silakan download gambar kat bawah ni boleh terus simpan resepi yg tak seberapa ni dalam hP korang. :)



Tuesday, 1 March 2016

ANGKA 7



Sebelum ni time pregnant je berat saya angka 7..ni tak peknen tapi berat masyaallah seram nak nengoknye..sakit mata saya tau! (Kalau tengok depan cermin lgi lah sakit hati...grrr)

Apa taknya...masa cuti CNY baru ni makan tak hingat dunia..so padan lah mula ku ini..

Err rasenye dah kena start diet balik ni..tak kuasa nak hadap stress ngan berat badan ni..huwaaaaa!






About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts