Wednesday, 18 November 2015

Zaman dahulu dan zaman sekarang

Gambar : kredit kepada pengirim, cik ain mohamad


Gambar di atas saya ambil dari satu post dalam group FB Perantau Bachok. Betul2 menggamit perasaan rindu dekat zaman dahulu kala iaitu salah satunya pacara mengangkat rumah secara bergotong-royong.

Nak jumpa zaman sekarang macam ni memang tak lah. Kali pertama dan terakhir saya tengok orang kampung bergotong-royong mengangkat/memindahkan rumah di kampung saya adelah pada usia saya 12 tahun (kalau tak silap lah) hampir 16 tahun berlalu.

Waktu tu saya tak berapa faham, kenapa mesti dialihkan rumah pakcik tu
..sedangkan tapak tanah asal adalah tanah miliknya sendiri. Ma yang jelaskan kepada kiteorang adik beradik yang pakcik tu dia dah bahagikan pecahan lot tanah kepada anak2nya so bila anaknya nak buat rumah baru terpaksa lah alihkan rumah yang dah sedia ada tu ke tanah lain pulak.

Rumah kampung kebanyakan diperbuat daripada kayu dan sebahagiannya dah memang dibina secara flexible iaitu mudah diubahsuai / dialihkan mengikut keperluan. So kirenye acara pindah memindah rumah macam ni bukanlah satu masalah besar sekiranya dapat sokongan daripada penduduk kampung yang zaman dahulunya memang terkenal dengan semangat kerjasama yang tinggi.

Selalunya lepas acara angkat rumah ni selesai penduduk kampung akan dihidangkan dengan bubur kacang dan dicicah dengan roti. Semangat kerjasama antara penduduk memang erat, tak ada istilah berkira, malas, dan buat hal sendiri2 je. 

Zaman sekarang? Kenduri kendara pun dah kurang acara rewang. Sedara mara datang pun sekejap2 je. Yang lagi aneh, tuan rumah sendiri yang tak jemput sedara mara datang merewang, sanggup berhabis duit tempah katering supaya tak penat, rumah pun tak bersepah. Sedia maklum bila ramai orang datang ke rumah, dan tak lupa juga ada yang sanggup tidur 3-4 malam untuk membantu itu dan ini,,of course la rumah bersepah..ni tak lagi dikira dengan kanak2 yang main tu main ni bila mak mak sibuk kat dapur. Pendek kata demam jugak lah nak kemas rumah lepas kenduri kendara versi dulu kala tu kan.. :)

Sebenarnya acara rewang tu yang seronoknya. Penat lelah diketepikan asal hubungan kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan. Zaman sekarang kalau tiada acara rewang, bila lagilah nak meluangkan masa untuk bergurau senda dan beramah mesra semua tu. Tunggu raya pun sekejap2 je dapat bersembang, sibuk nak ke open house lain pulak. Jangan terkejut ada je sedara mara yang masing2 tak berapa kenal antara satu sama lain! Hehe.


1 comment:

azizah green line said...

iya katering mmg memudahkan tapi takde ikatan kkeluargaan la sbb sedara datang makan je..huu

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016