Wednesday, 25 November 2015

RUMAH PERTAMA : PART 3 : TERIMA KUNCI Teratak ShahNeamy

Lately ni saya agak sibuk sampaikan nak lipat kain baju sendiri pun rasa macam terkejar-kejar, inikan pula nak buka blog lama2 ni ha... Nasib baiklah ada adik bongsu kesayangan saya yang rajin tolong lipatkan. (Thanks ucu!) 

Tapi nak jugak dikongsikan dengan blog kesayangan ni berkaitan HOME PROGRESS, err atau dengan nama barunya "Teratak ShahNeamy" biarpun rumah kecil kami ni tak seberapa tapi nak jugak ku beri nama baru. :)


Alhamdulillah 9November baru-baru ni saya dah menerima satu gugusan kunci rumah. Syukur yang tak terhingga ke hadrat illahi. Hanya DIA yang tahu betapa happy nye saya bila dapat call dari pemaju tu tau. Terkejut pun ada, ye lah tak jugak disangka2 kami akan terima kunci rumah dalam tahun ni dan of course dalam masa terdekat ni jugak.

Alhamdulillah Allah swt sentiasa permudahkan urusan kami. Lega rasanya dapat kunci time saya masih lagi bercuti di kampung. Walaupun tempoh untuk kiteorang nak selesaikan hal2 berkaitan "penerimaan rumah baru" ni agak singkat (kurang dari 3 minggu sebelum saya balik ke KK) tapi ianya dah cukup memadai bagi kami. At least tak perlu bersusah payah balik dari Kk, untuk terima kunci tu. 

Sehari selepas terima kunci, saya dan adik2 pergi tengok2 rumah. Alhamdulillah rumah nampaknya macam ok..hehee nampak tak ayat saya di situ? Banyak lagi yang perlu saya check betul2..(kena study lagi pasal rumah ni...belum cukup ilmu) 

Yang pastinya antara yang perlu disegerakan sebelum saya balik KK :-

1) pasang grill. - dah tempah, tunggu diaorang pasang je (dijangka siap esok-25hb)

2) beli kunci mangga. - daku tak pandai pilih mangga..kena tunggu hubby balik hari khamis ni baru gi beli.

3) pemasangan meter elektrik. - kontraktor wiring dah call tadi dia cakap dah boleh pergi ke pejabat TNB untuk pembayaran deposit berjumlah lebih kurang RM250 ++ mungkin akan ada caj GST dan ape tah dia cakap lagi satu..lebih kurang RM280 gitu la kena ready. Esok la kot kalau jadi saya akan jumpa kontraktor tu.


Lain2 hal?? Lampu aircond kipas belum beli lagi. Kitchen kabinet? 


Err macam dah tak sempat nak buat. Tengok keadaan dulu la macam mana. Kalau arwah abah masih ada, smua hal2 berkaitan rumah ni dia boleh tolong uruskan.. :( sekarang ni memang tak de sape dah yang boleh diharapkan. Adik beradik dh x berapa ramai yang kat kelantan..Abah mertua sy pun x berapa sihat, tambah2 tengah jaga Mak mertua saya yang juga tengah sakit.. Sedara mara...Err...ada tu ada..tapi macam segan pulak nak mintak tolong..

Tak ape..buat yang betul2 perlu je dulu..lagipun bila dah dapat kunci rumah sendiri, rasa macam sayang pulak nak bagi sewa kat orang..hahaa...yang tu nanti kita fikir2 kan balik..


Next entry : Pasang Grill. :)
(Insyaallah)





3 comments:

cik hani said...

Tahniah sis... byk benda nak kena settlekan ni itk rumah baru.semoga dipermudahkan..

azizah green line said...

alhamdulillah! tahniah emi.. bestnya da dapat kunci duk rumah baru..

Hamelia Hamid said...

@cik hani : terima kasih dear.. :)

@jijah : Tq yunk... :)

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts