Tuesday, 10 November 2015

izz Zahraa Turns Two


Alhamdulillah Nur Safiyya Izz Zahraa bt Muhd Shairozi sudah berusia 2 tahun pada 8 November 2015. Semoga Allah swt melindungi zahraa selalu. Semoga kaklong menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat..Sayang ibu abi selamanya buat kaklong takkan pernah pudar walaupun dah bertambah ramai adik2 kaklong nanti.... Inshaallah..

Small celebration with ibu, adik, tokma, uncle2 & auntie2, kek sponsor by uncle dea, kfc by ibu&cikdaa..dan bihun goreng by Tokma. Just bersederhana seperti biasa coz abi dan kaklong saya tiada, (serta arwah abah..al-fatihah). Tiup lilin dengan uncle dea, auntie anje dan auntie cikda..yang birthday dekat2 ngan brthday zahraa,,share gitu.,kami tak jemput sape2 pun, jiran or sedara mara. Kalau nak jemput yang dekat2 kang yang jauh pulak kecik ati kan..so baik tak payah jemput semua..lagipun bukan majlis besar pun. Yang ada ni hanya adik beradik je..(kecuali abang gie, kak & hubby - berada di perantauan) 

Perkembangan zahraa. Sama seperti kanak2 normal yang lain. Semakin bijak mentelaah dunia. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan, nak tulis pun rasanya panjang lebar..bagi saya semua bayi/kanak2 sama je. Cukuplah sekiranya mendoakan zahraa semoga diberi kesihatan dan sentiasa dilindungiNya selalu. :) 

Zahraa dah ambil ubat cacing semalam masa checkup Klinik 24bulan. Saya pilih dalam bentuk pil kunyah. Sorry Nama saintifiknya saya malas nak google. Tapi bila bercakap pasal ubat cacing, teringat pula zaman kanak2 saya ( rasanya mase tu darjah 2,3 atau 4..5 kot) seingat saya dulu pernah buang air besar then tetib keluar cacing yang amat panjang&besar.allah..tuhan je tau takutnya masa tu!!

Puas diteran, cacing tu masih degil tak nak keluar sepenuhnya. Sampaikan adik kakak saya tolong ambilkan 2 batang ranting pokok (masa tu pokok jambu batu sebelah umah ni je) kemudian masuk dalam tandas tolong kepit untuk buang cacing yang masih melekat kat bontot saya tu (tiada lagi perasaan malu hanya takut je bermain2 di fikiran). Menangis meraung tak yah cakap lah sebab geli giler..takut pun ade..lepas cacing dah selamat dikepit dan ditarik keluar barulah lega.  Kakak dan adik saya pun cakap diorang pernah alami perkara yang sama. Kiranya saya tak mengigau & mereka2 cerita la coz kejadian tu benar2 berlaku. Diorang buat kesimpulan ( erti kata lain menjadi doktor tak bertauliah kdengan tetiba) ubat cacing zaman sekarang bila diambil boleh mematikan cacing yang ada dalam perut baby..so kiteorang dulu ni mungkin tak ambil ubat cacing tu yang cacing jadi besar n keluar ikut bontot??? Err betul ke camtu weh??

Bila dicerita dekat 2 orang adik saya yang bongsu, anje dan yayang..katanya mereka tak alami kejadian cacing macam tu. Anje lahir tahun 1997 dan yayang tahun 2000. Mungkin zaman diorang baby klinik dah start bagi ubat cacing tu kot? Yer la risau jugak saya kang tak pasal2 zahraa berak keluar cacing tak ke takut ibu nye nak korek buang...? Errr mintak jauh..


Errr..nak google pasal cacing malam2 ni wat mengigau saya je..tido dulu la esok sambung google,, ;p





1 comment:

azizah green line said...

happy birthday zahra! mama jijah rindu kamu.. jadi anak solehah k syg~

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts