Friday, 27 November 2015

5 hari sebelum balik Sabah

Pejam celik pejam celik dah hampir 4 bulan saya kat kampung ni. Allah..sekejap sangat rasanya, selasa ni dah nak fly balik sabah. Malas nya nak kerja, allah je tahu camne rasa malas tu. sedih nak kena tinggalkan ma kat kampung. Kalau boleh saya nak bawak ma tinggal dengan saya di sabah. Tapi ma pun bukan hak milik saya seorang je..ada ramai lagi adik beradik dan keluarga yang masih memerlukan ma. Huhu..

Hari ni hubby sampai dari KK. Happy jugak dapat jumpa selepas hampir 1 bulan lebih tak jumpa...rindu sehhh.. :) yang paling happy zahraa la..dia kan anak abi..manja nya ya ampun....memang tak boleh berenggang kalau abi nye ade..

Kami ada 5 hari je lagi nak selesaikan urusan Teratak ShahNeamy dan juga selesaikan urusan keluarga..family belah hubby cadangkan supaya buat majlis aqiqah haseef di rumah mak mertua. sebab abah mertua saya dan juga family belah hubby yang dah siap2 offer nak tolong uruskan semuanya..lagipun ma saya sekarang masih lagi dalam tempoh edah mati. Dan ada beberapa kekangan lain untuk buat majlis tu kat rumah ma..mungkin sebab tu family hubby offer nak tolong awal2 lagi.. (Syukurlahh..)

Dan dalam beberapa hari ni jugak lah jadual kami padat...sepupu rapat hubby nak kahwin sabtu ni.so hapy la saya dapat makan lauk kenduri sepuasnye hahaha..


Errr jadual esok : temujanji family fotoshoot di Kubang Kerian...
Hope semuanya berjalan dengan lancar...


Will be update soon & sokmo2....hihi..insyaallah... :)







hubby 

1 comment:

azizah green line said...

dah balik KK pun emi.. mudah2an emi cepat draf semenanjung

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016