Friday, 27 November 2015

5 hari sebelum balik Sabah

Pejam celik pejam celik dah hampir 4 bulan saya kat kampung ni. Allah..sekejap sangat rasanya, selasa ni dah nak fly balik sabah. Malas nya nak kerja, allah je tahu camne rasa malas tu. sedih nak kena tinggalkan ma kat kampung. Kalau boleh saya nak bawak ma tinggal dengan saya di sabah. Tapi ma pun bukan hak milik saya seorang je..ada ramai lagi adik beradik dan keluarga yang masih memerlukan ma. Huhu..

Hari ni hubby sampai dari KK. Happy jugak dapat jumpa selepas hampir 1 bulan lebih tak jumpa...rindu sehhh.. :) yang paling happy zahraa la..dia kan anak abi..manja nya ya ampun....memang tak boleh berenggang kalau abi nye ade..

Kami ada 5 hari je lagi nak selesaikan urusan Teratak ShahNeamy dan juga selesaikan urusan keluarga..family belah hubby cadangkan supaya buat majlis aqiqah haseef di rumah mak mertua. sebab abah mertua saya dan juga family belah hubby yang dah siap2 offer nak tolong uruskan semuanya..lagipun ma saya sekarang masih lagi dalam tempoh edah mati. Dan ada beberapa kekangan lain untuk buat majlis tu kat rumah ma..mungkin sebab tu family hubby offer nak tolong awal2 lagi.. (Syukurlahh..)

Dan dalam beberapa hari ni jugak lah jadual kami padat...sepupu rapat hubby nak kahwin sabtu ni.so hapy la saya dapat makan lauk kenduri sepuasnye hahaha..


Errr jadual esok : temujanji family fotoshoot di Kubang Kerian...
Hope semuanya berjalan dengan lancar...


Will be update soon & sokmo2....hihi..insyaallah... :)







hubby 

Thursday, 26 November 2015

RUMAH PERTAMA : PART 4 : PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK Teratak ShahNeamy

Masa dapat kunci rumah baru2 ni (boleh baca entry2 sebelum ni) , pihak pemaju dah bagitau saya yang bekalan elektrik masih belum settle . So diorang bagi balik duit deposit booking lot dulu pastu tolak kos pendaftaran bekalan air yang dah selesai berjumlah RM160.00.




Tapi urusan penyediaan dokumen2 pendaftaran di TNB diuruskan sepenuhnya oleh kontraktor wiring (pendawaian elektrik). Yang tinggal hanye saya kena pergi bayar sendiri duit deposit dan juga duti setem di kaunter tNB..

Setelah buat temujanji dengan kontraktor, En.Hafizan , kami berjumpa di perkarangan pejabat TNB. Dokumen yang lengkap diberikan kepada saya untuk ditandatangani sebelum saya membuat pembayaran di kaunter TNB. 

Saya dikenakan bayaran sebanyak RM250 untuk deposit dan tambahan RM10 untuk duti setem. So total RM260.00. Selesai urusan pembayaran saya difahamkan pihak TNB akan datang pasang meter elektrik tu dalam tempoh 3  hari bekerja. Alhamdulillah selesai jugak satu hal. :) 




Wednesday, 25 November 2015

RUMAH PERTAMA : PART 3 : TERIMA KUNCI Teratak ShahNeamy

Lately ni saya agak sibuk sampaikan nak lipat kain baju sendiri pun rasa macam terkejar-kejar, inikan pula nak buka blog lama2 ni ha... Nasib baiklah ada adik bongsu kesayangan saya yang rajin tolong lipatkan. (Thanks ucu!) 

Tapi nak jugak dikongsikan dengan blog kesayangan ni berkaitan HOME PROGRESS, err atau dengan nama barunya "Teratak ShahNeamy" biarpun rumah kecil kami ni tak seberapa tapi nak jugak ku beri nama baru. :)


Alhamdulillah 9November baru-baru ni saya dah menerima satu gugusan kunci rumah. Syukur yang tak terhingga ke hadrat illahi. Hanya DIA yang tahu betapa happy nye saya bila dapat call dari pemaju tu tau. Terkejut pun ada, ye lah tak jugak disangka2 kami akan terima kunci rumah dalam tahun ni dan of course dalam masa terdekat ni jugak.

Alhamdulillah Allah swt sentiasa permudahkan urusan kami. Lega rasanya dapat kunci time saya masih lagi bercuti di kampung. Walaupun tempoh untuk kiteorang nak selesaikan hal2 berkaitan "penerimaan rumah baru" ni agak singkat (kurang dari 3 minggu sebelum saya balik ke KK) tapi ianya dah cukup memadai bagi kami. At least tak perlu bersusah payah balik dari Kk, untuk terima kunci tu. 

Sehari selepas terima kunci, saya dan adik2 pergi tengok2 rumah. Alhamdulillah rumah nampaknya macam ok..hehee nampak tak ayat saya di situ? Banyak lagi yang perlu saya check betul2..(kena study lagi pasal rumah ni...belum cukup ilmu) 

Yang pastinya antara yang perlu disegerakan sebelum saya balik KK :-

1) pasang grill. - dah tempah, tunggu diaorang pasang je (dijangka siap esok-25hb)

2) beli kunci mangga. - daku tak pandai pilih mangga..kena tunggu hubby balik hari khamis ni baru gi beli.

3) pemasangan meter elektrik. - kontraktor wiring dah call tadi dia cakap dah boleh pergi ke pejabat TNB untuk pembayaran deposit berjumlah lebih kurang RM250 ++ mungkin akan ada caj GST dan ape tah dia cakap lagi satu..lebih kurang RM280 gitu la kena ready. Esok la kot kalau jadi saya akan jumpa kontraktor tu.


Lain2 hal?? Lampu aircond kipas belum beli lagi. Kitchen kabinet? 


Err macam dah tak sempat nak buat. Tengok keadaan dulu la macam mana. Kalau arwah abah masih ada, smua hal2 berkaitan rumah ni dia boleh tolong uruskan.. :( sekarang ni memang tak de sape dah yang boleh diharapkan. Adik beradik dh x berapa ramai yang kat kelantan..Abah mertua sy pun x berapa sihat, tambah2 tengah jaga Mak mertua saya yang juga tengah sakit.. Sedara mara...Err...ada tu ada..tapi macam segan pulak nak mintak tolong..

Tak ape..buat yang betul2 perlu je dulu..lagipun bila dah dapat kunci rumah sendiri, rasa macam sayang pulak nak bagi sewa kat orang..hahaa...yang tu nanti kita fikir2 kan balik..


Next entry : Pasang Grill. :)
(Insyaallah)





Tuesday, 24 November 2015

Dr. UNCLE


Throwback. Jumaat lepas zahraa tetiba demam panas. Suhu mencecah 39'c. Uncle izz zahraa balik keje (haritu uncle balik pukul 10.30malam) terus zahraa kena check. Hihi. Nasib la zahraa, dapat uncle kejenye doktor..(alhamdulillah)

Zahraa demam sehari tu je. Syukurlah tak demam seperti biasa. Selalunya kalau dia demam mesti berlarutan 4-5 hari jugaklah. Dan disertai batuk, selsema & muntah. Mujurlah kali ni panas je tapi saya risau jugak sebab zahraa jadi tak aktif, nampak letih je dan asyik tidur je seharian. Tapi dia merengek, nak bermanja dan selalu mintak dukung. 

Keesokannya dia kembali ok. Alhamdulillah. Ma  cakap mungkin zahraa terlalu rindu kat abi dia. Mungkin jugak lah kan.

Tak pe sayang, beberapa hari je lagi abi awak nak balik ambil kita..then next week kita dah nak balik rumah kita sendiri, teruskan kehidupan seperti biasa. Yup kehidupan mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi. Al-fatihah.




Wednesday, 18 November 2015

Zaman dahulu dan zaman sekarang

Gambar : kredit kepada pengirim, cik ain mohamad


Gambar di atas saya ambil dari satu post dalam group FB Perantau Bachok. Betul2 menggamit perasaan rindu dekat zaman dahulu kala iaitu salah satunya pacara mengangkat rumah secara bergotong-royong.

Nak jumpa zaman sekarang macam ni memang tak lah. Kali pertama dan terakhir saya tengok orang kampung bergotong-royong mengangkat/memindahkan rumah di kampung saya adelah pada usia saya 12 tahun (kalau tak silap lah) hampir 16 tahun berlalu.

Waktu tu saya tak berapa faham, kenapa mesti dialihkan rumah pakcik tu
..sedangkan tapak tanah asal adalah tanah miliknya sendiri. Ma yang jelaskan kepada kiteorang adik beradik yang pakcik tu dia dah bahagikan pecahan lot tanah kepada anak2nya so bila anaknya nak buat rumah baru terpaksa lah alihkan rumah yang dah sedia ada tu ke tanah lain pulak.

Rumah kampung kebanyakan diperbuat daripada kayu dan sebahagiannya dah memang dibina secara flexible iaitu mudah diubahsuai / dialihkan mengikut keperluan. So kirenye acara pindah memindah rumah macam ni bukanlah satu masalah besar sekiranya dapat sokongan daripada penduduk kampung yang zaman dahulunya memang terkenal dengan semangat kerjasama yang tinggi.

Selalunya lepas acara angkat rumah ni selesai penduduk kampung akan dihidangkan dengan bubur kacang dan dicicah dengan roti. Semangat kerjasama antara penduduk memang erat, tak ada istilah berkira, malas, dan buat hal sendiri2 je. 

Zaman sekarang? Kenduri kendara pun dah kurang acara rewang. Sedara mara datang pun sekejap2 je. Yang lagi aneh, tuan rumah sendiri yang tak jemput sedara mara datang merewang, sanggup berhabis duit tempah katering supaya tak penat, rumah pun tak bersepah. Sedia maklum bila ramai orang datang ke rumah, dan tak lupa juga ada yang sanggup tidur 3-4 malam untuk membantu itu dan ini,,of course la rumah bersepah..ni tak lagi dikira dengan kanak2 yang main tu main ni bila mak mak sibuk kat dapur. Pendek kata demam jugak lah nak kemas rumah lepas kenduri kendara versi dulu kala tu kan.. :)

Sebenarnya acara rewang tu yang seronoknya. Penat lelah diketepikan asal hubungan kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan. Zaman sekarang kalau tiada acara rewang, bila lagilah nak meluangkan masa untuk bergurau senda dan beramah mesra semua tu. Tunggu raya pun sekejap2 je dapat bersembang, sibuk nak ke open house lain pulak. Jangan terkejut ada je sedara mara yang masing2 tak berapa kenal antara satu sama lain! Hehe.


Saturday, 14 November 2015

First time Cash out NUFFNANG

Tiba-tiba hari ni rasa nak cash out nuffnang (yang income ku tak seberapa tu). Lepas klik cash out, terus melihat paparan baki. Dan lepas tu rasa sedih bila tengok baki dah jadi RM0.00. Ok. Tunggu lagi 4 tahun lak baru boleh cash out! Oh ye.. Ni first time cash out punye. Ber-blog pun tak beria sengat...tu je lah hasilnye..alhamdulillah dapat jugak faedahnye kan dari tak de langsung tu.ni kalau bersungguh2 macam blogger lain, mungkin dah jadi kaya raya. Wah wah wah... :)



Bila baca belek balik penulisan dalam blog ni yang ntah ape2..teriba rasa nak tutup je blog ni.. Huhu.. Akan ku fikir2 balik lah cemana.. Sayang oiii..

Tuesday, 10 November 2015

izz Zahraa Turns Two


Alhamdulillah Nur Safiyya Izz Zahraa bt Muhd Shairozi sudah berusia 2 tahun pada 8 November 2015. Semoga Allah swt melindungi zahraa selalu. Semoga kaklong menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat..Sayang ibu abi selamanya buat kaklong takkan pernah pudar walaupun dah bertambah ramai adik2 kaklong nanti.... Inshaallah..

Small celebration with ibu, adik, tokma, uncle2 & auntie2, kek sponsor by uncle dea, kfc by ibu&cikdaa..dan bihun goreng by Tokma. Just bersederhana seperti biasa coz abi dan kaklong saya tiada, (serta arwah abah..al-fatihah). Tiup lilin dengan uncle dea, auntie anje dan auntie cikda..yang birthday dekat2 ngan brthday zahraa,,share gitu.,kami tak jemput sape2 pun, jiran or sedara mara. Kalau nak jemput yang dekat2 kang yang jauh pulak kecik ati kan..so baik tak payah jemput semua..lagipun bukan majlis besar pun. Yang ada ni hanya adik beradik je..(kecuali abang gie, kak & hubby - berada di perantauan) 

Perkembangan zahraa. Sama seperti kanak2 normal yang lain. Semakin bijak mentelaah dunia. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan, nak tulis pun rasanya panjang lebar..bagi saya semua bayi/kanak2 sama je. Cukuplah sekiranya mendoakan zahraa semoga diberi kesihatan dan sentiasa dilindungiNya selalu. :) 

Zahraa dah ambil ubat cacing semalam masa checkup Klinik 24bulan. Saya pilih dalam bentuk pil kunyah. Sorry Nama saintifiknya saya malas nak google. Tapi bila bercakap pasal ubat cacing, teringat pula zaman kanak2 saya ( rasanya mase tu darjah 2,3 atau 4..5 kot) seingat saya dulu pernah buang air besar then tetib keluar cacing yang amat panjang&besar.allah..tuhan je tau takutnya masa tu!!

Puas diteran, cacing tu masih degil tak nak keluar sepenuhnya. Sampaikan adik kakak saya tolong ambilkan 2 batang ranting pokok (masa tu pokok jambu batu sebelah umah ni je) kemudian masuk dalam tandas tolong kepit untuk buang cacing yang masih melekat kat bontot saya tu (tiada lagi perasaan malu hanya takut je bermain2 di fikiran). Menangis meraung tak yah cakap lah sebab geli giler..takut pun ade..lepas cacing dah selamat dikepit dan ditarik keluar barulah lega.  Kakak dan adik saya pun cakap diorang pernah alami perkara yang sama. Kiranya saya tak mengigau & mereka2 cerita la coz kejadian tu benar2 berlaku. Diorang buat kesimpulan ( erti kata lain menjadi doktor tak bertauliah kdengan tetiba) ubat cacing zaman sekarang bila diambil boleh mematikan cacing yang ada dalam perut baby..so kiteorang dulu ni mungkin tak ambil ubat cacing tu yang cacing jadi besar n keluar ikut bontot??? Err betul ke camtu weh??

Bila dicerita dekat 2 orang adik saya yang bongsu, anje dan yayang..katanya mereka tak alami kejadian cacing macam tu. Anje lahir tahun 1997 dan yayang tahun 2000. Mungkin zaman diorang baby klinik dah start bagi ubat cacing tu kot? Yer la risau jugak saya kang tak pasal2 zahraa berak keluar cacing tak ke takut ibu nye nak korek buang...? Errr mintak jauh..


Errr..nak google pasal cacing malam2 ni wat mengigau saya je..tido dulu la esok sambung google,, ;p





Monday, 2 November 2015

Rindu abah.

Copy paste from my instagram : @hamelia_hamid



Rindunya pada arwah. Dulu time berpantang arwah selalu datang dekat kalau dengar cucu sulung dia (izz zahraa) menangis. (Dulu mase zahraa baru lahir dia suka nangis & berjage malam) arwah rajin Dodoikan zahraa..dibacakan selawat, zikir..diurut2 perut baby...kaki..dipanaskan tungku baby, takut kembung katanya..aku yang marah kat arwah, takut arwah tak cukup rehat sebab bangun jaga cucu,..tapi dia tetap berdegil..pantang dengar terus muncul kat bilik aku..dah tu siap suruh aku pulak yang tido.. 😭😭😭Alhamdulillah nasib baik adik haseef ni tak pernah bangun berjaga malam, kalau tak kesian la kat tokma dia (yang juga sama rajin nye untuk bangun menjaga cucu malam2 hihihi) terlalu banyak kenangan2 yang arwah tinggalkan..untuk kami kenang&ingat sampai bila2..yang pastinya takkan sesekali pudar dalam ingatan..terlalu banyak pengorbanan & kasih sayang yang tlh dicurahkan kpd kami 10 beradik..in shaa allah, doa anak cucu cicit takkan pernah putus untukmu di sana..al-fatihah.❤️ @shah_n_eamy @ettyhamid @aya8496 @lyndamcda @ridzuan_duwe @redha_hamid @rasydanmuhd , anje & yayang ❤️


My perfect man in the world. Al-fatihah abah.




About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts