Monday, 5 October 2015

BERPANTANG - HARI KE-24

24days of pantang.

24 atau 23? Kalau ikutkan baru 23hari usia haseef. Tapi ma saya cakap umur hidup dikira sama macam umur mati. Hari kelahiran/kematian dah dikira sehari. So haseef lahir haritu 12 september dah dikira satu hari dan hari ni jadilah 24 hari..tapi kalau ikutkan kiraan saya, pagi 13 september tu baru ckup sehari umur haseef. Err...ker korang kira macam mane?

Dan hari ni jugak dah 37 hari arwah abah pergi dijemput illahi, Al-Fatihah... setiap saat terbayangkan wajah arwah. 28 tahun sahaja tempoh yang Allah swt pinjamkan kepada saya untuk bersamanya. Untuk bahagia bersamanya, Allah, rindunya...terima kasih ya allah..kau pinjamkan abah yang amat sempurna kepada kami..terasa cepat sangat masa berlalu...belum puas lagi kami bermanja dengan arwah. :(

Perkembangan pantang.
Berpantang dengan jayanya, alhamdulillah. Kejelesan terhadap masakan ma yang sedap2 tu dapat diatasi sebab sekarang bukan musim cuti sekolah, bukan musim cuti bekerja...bukan musim perayaan,.so ma tak masak yang sedap2 sebab anak2 tak ramai yang ada,, masa raya haji baru ni pun ma tak masak menu special walaupun semua anak menantu ada. Pagi raya kami suram sangat..lepas solat raya, breakfast nasi lemak (diorang je la saya hanya mampu tengok) kemudian hubby dan adk2 lelaki saya terus ke tempat sembelih lembu,bergambar raya pun tak de..huhu, Kami semua tahu ma masih lagi bersedih dengan pemergian abah, dan semestinya itu semua mengambil sedikit masa untuk pulih,. tapi yang pastinya ma kuat untuk hadapi UjianNya,..

Saya berpantang sama seperti melahirkan zahraa. Pantang cara kampung je..cuma berpantang anak ke-2 ni agak mencabarlah sikit. Dengan zahraa yang makin aktif, dan asyik nak bermanja je.sekarang ni kalau haseef menangis nak susu, zahraa pun mula lah merengek mengada2 buat2 nangis jugak(padahal x nangis pun)..dan bila bagi botol susu kat dia, mintak tepuk2 bontot pulak, saya layankan je peel dia..selagi dia tak korek mata adik dia..selagi dia tak pukul adik dia. Hihihi.,lagipun kesian sgt dengan zahraa..kecik2 dah dapat adik da,,, huhu,,, nak buat cmner rezeki datang tanpa diduga...huhu..

abi zahraa dah balik kK hari selasa minggu lepas. Tapi insyaallah akan balik pulak 13hb nnti untuk majlis perkahwinan adik hubby. Boleh tengok la nanti manja zahraa tu camne,..sampaikn hubby nak solat pun susah..sekarang ni asal ada je kawan2 ma & sedara mara yang datang umah mesti zahraa ni sibuk je nak mintak dukung, mintak bawak jalan2...aduiii...sebelum ni tak pe la ada uncle duwe tolong layan main, bawak jejalan..tolong mandi n basuh uk uk...skrg uncle duwe dah start keje.sama cam cikha...lepas ni memang tak boleh nak layan sgt dah kehendak dia...huhuhu., cikda & ucu yank zahraa bukan selalu blh layan zahraa..time2 diorng balik je la..tapi tu pun zahraa dah happy sgt tau...apetah lagi kalau s3mua adik beradik ibu yang 8 orang lagi ade...sonok sakan zahraa blh pilih auntie ngan uncle mana yg diorang nak.,.haha

Hope zahraa behave je la ye...kena jadi good girl..alhamdulillah haseef baik2 je,, tidur je keje nye,setakat ni saya tak perlu lagi bangun berjaga malam untuk dodoikan haseef..tapi saya bangun jugak tukarkan pempers dan buatkan susu zahraa..bag keperluan haseef dan bag susu zahraa dah letak siap2 dekat dalam kelambu(kat kampung tidur atas tilam dan pasang kelambu je)., so tak payah susah2 nak bangun buat banyak keje lagi dah...

^_*
posted from Bloggeroid

2 comments:

Mila Hilas said...

zahraa tu umo bape ? Alma mjr beranak pg so ari dia lahir tu sy kira 1 ari dh la..tp nurse kat cni dia kira mcm awak kira tu...hihi..

p/s: opss entry bsalin blm ad msa nk karang.kne ad feel baru blh cete..hehe.arap nt time nk cete tu xlupa jln cetenye..kikiki

hazlinda hamid said...

untie pon suka main dengan zara. lepas ni boleh main dengan adik haseef plk.

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016