Friday, 9 October 2015

BERPANTANG - DAY 28

assalamualaikum...

Alhamdulillah..masih lagi dalam mood berpantang , yeayy hari ni dah 28 hari. Err...tapi sebenarnya pantang cara mak & nenek saya ni tak de jumlah hari berpantang yang dikhaskan. Sebabnye saya tanya mak, bila boleh habis pantang,.? Mak cakap minggu depan 33hari dah boleh makan gulai bekwoh (which is adik ipar saya akan bernikah pd 14 hb, bersanding 15hb dan bertandang 17hb) saya dengan gembiranya rasa nak melompat2 kegembiraannnnn....tapii.ade syaratnye jugak tau...

Kata mak, gulai tu kalau ade umbut kelapa, rebung, atau buah ara jangan ambik makan. Hanye boleh makan 2-3 ketul daging gulai serta 1 sudu kuah gulai tu sahaja. Lagi satu jangan makan sambal belacan, nanti berak pedih bontot tu tau,.lauk lain x boleh ye,., isk,, isk..sedih jugak sbenarnye,., maklumlah lauk pauk kenduri ni 1 of my fav foods tau! Grrrrr....apekan daya...huhuhu...saborrr je lah mak.

Air sejuk, ais ketul jangan harap la boleh masuk dlm perut ni lagi,, ok..kalaulah mak kasi pun (jangan harap) mmg nak kena pantang betul2 dan kalau boleh nak pantang lama sikit coz x nak da badan ni cepat rasa sakit2 sendi n sakit2 urat. Sama jugak dengan makanan lain yang boleh memudaratkan kesihatan..dulu masa bersalinkan zahraa, majlis cukur jambul dan aqiqah tu kami buat pada hari ke-36, hari ke-38 kami ke rumah bidan kampung untuk 'pelepas baby' x sure kalau korang panggil ape, dia macam adat tradisi sesetengah masyarakat setelah baby dan ibu habis berpantang,(biasenye bidan akan bacakan doa2 bertujuan untuk minta dijauhkan daripada sesuatu yang buruk,, so lepas tu dah boleh bawak baby g jalan2 da,...),tapi lain orang lain adat dan pantang larangnye kan,,, ikut kesukaan masing2 la nak pantang mcmana n selama mana...badan masing2 kan uolls....hihi...

Pejam celik pejam celik kejap je pantang kali ni..haseef pun dah nak cukup sebulan. petang tadi dah wassap dengan nurse kat klinik desa sini.dia suruh datang hari selasa next week untuk cucuk baby 1 bulan..haseef ni buku klinik pun xde lagi tau..sedih jugak, kt sabah dulu zahraa dapat 2 buku tau. 1 hospital bagi lepas bersalin..tapi buku tu old version sikit xde bende alah gulung2 kat tepi tu..pastu g KK nurse bagi lagi 1 buku baru..guna sampai sekarang. haseef ni memang tak diberi masa lepas bersalin di Husm baru ni. Nurse kt husm cakap stok dah habis, so kena ambil dengan klinik yang kita berklinik. So harap2nye selasa ni haseef dah ada buku klinik la...kang masalah pulak kalau xde buku tu huhu...



Haseef dah botak.... :)

oh ye haseef dah botak sepenuhnya hari ni. saya yang cukur sendiri, hihi...geram nengok rambut dia yang comot tu. masa 7 hari umur haseef, kiteorang dah buat majlis cukur jambul dia,, panggil imam dan jemaah masjid waktu subuh tu je.pastu buat jamuan kecil2an.Alhamdulillah masjid depan rumah je..lagipun buat majlis yang ringkas2 je dulu, majlis aqiqah belum sempat buat lagi coz masa tu adik beradik saya dah ramai yang tak de kat kelantan. Masing2 meneruskan kehidupan masing2, redha, apit dan anis masing2 masih study di uni, kaklong pulak keje kat KL. yang tinggal dengan mak lepas ni kak ha dan iwan je la... :( yayang pulak duduk asrama, 3 minggu sekali je balik, dan lynda pulak tinggal di kuarters hospital setiu, tempat dia bekerja..balik hujung minggu je..so kalau blh majlis aqiqah haseef nanti nak buat time smua adik beradik ade la...baru meriah sikit.. :) insyaallah..

counting days,..hubby nak balik 13hb-17hb ni.ntuk majlis kawen adik dia tu..weeheeee...happy nye..ade la teman untuk saya bergaduh...mihmihmih..rindu tau walaupun baru 2 minggu je dia balik sabah..hihi..tp jgn bimbang ai is bukan rindu lain ok....just rindu nak manje2 ngan gaduh2 je hahahaa...ai masih pantang dengan hubby ok...pantang 100 hari tau,, hihi,,,

^_* bye...

posted from Bloggeroid

9 comments:

InaYusoff said...

hihi.
mengira hari ek kalau kita dalam pantang..hahah

pelepas baby tak penah dengar lagi...ikot tempat la kot kan..

abes tu masa kat husm..doc rekod perkembangan hasif kat mane?..bukan ke lepas beby lahir terus dorang ada buku pink / blue tu..

azizah green line said...

zahra dah jadi muka kakak2 dah ni..hehe

Nabila Syifa said...

selamat berpantang

Hamelia Hamid said...

Hahaha..mesti....hari2 tanda kat kalendar lagi tau... :P

Rasenye ikut tempat kot...hihi...

Doc rekod kat dalam 1 form..form tu kne bg kat nurse klinik tmpt kita berklinik...ekceli husm ni separa gov je..nurse ckp tu yg stok slalu je terputus,,, huhu..

Hamelia Hamid said...

Kakak2 sangat si zahraa ni huhuhu

Hamelia Hamid said...

Thanks nabila :)

Aimi Muhamad said...

jauh2 dgn husband mmg rindu.husband ada dekat la nak manja2 suruh basuh berak anak, amek pampers semua kan...

Nooriah Abdullah said...

salam ziarah dan selamat berpantang dear..

hazlinda hamid said...

waaa panjang lebar entry kali ni. harap mie tabah berpantang ye. chaiyaokk2!

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts