Monday, 19 October 2015

Saya UNFOLLOW FAthiya Latiff

Aduii..entry yang menyakitkan hati..

(Dah la lama saya tak post entry..) tak pe meh nak citer dulu ape yang menyakitkan hati saya ni..

Internet baru je nak ada line, rindu lah nak bukak instagram (IG)..
Selalunya sebelum tido mesti saya akan jalan2 tengok gambar orang yang saya follow kat IG.

Malam ni saya buka IG di tab. Sekali buka, si pelakon cantik Fathiya latiff tu..boleh pulak dia up satu gambar yang mengerikan..kepala seseorang yang hampir hancur..masyaallah..

Dah la bukak ngan tab 7", korang bayangkan la besarnya banyak mana..
Memang sakit hati. Terkejut sakan, mengucap panjang saya! Allahuakbar.

Dahla malam2 buta, grrrr..
Terus saya UNFOLLOW beliau.
Sape suruh takutkan orang..
Geram sgt3 tau.!!!!

Lantak la..sape suruh upload pic mengerikan macam tu..
Tapi xde effect pape pun saya unfollow dia..nama pun retiss kan..berjuta lagi yang nak follow dia..

Tapi satu je la nak pesan..nak post gambar pun..agak2 la..kalau iols ada sakit jantung..boleh fengsan tau!!

Friday, 9 October 2015

BERPANTANG - DAY 28

assalamualaikum...

Alhamdulillah..masih lagi dalam mood berpantang , yeayy hari ni dah 28 hari. Err...tapi sebenarnya pantang cara mak & nenek saya ni tak de jumlah hari berpantang yang dikhaskan. Sebabnye saya tanya mak, bila boleh habis pantang,.? Mak cakap minggu depan 33hari dah boleh makan gulai bekwoh (which is adik ipar saya akan bernikah pd 14 hb, bersanding 15hb dan bertandang 17hb) saya dengan gembiranya rasa nak melompat2 kegembiraannnnn....tapii.ade syaratnye jugak tau...

Kata mak, gulai tu kalau ade umbut kelapa, rebung, atau buah ara jangan ambik makan. Hanye boleh makan 2-3 ketul daging gulai serta 1 sudu kuah gulai tu sahaja. Lagi satu jangan makan sambal belacan, nanti berak pedih bontot tu tau,.lauk lain x boleh ye,., isk,, isk..sedih jugak sbenarnye,., maklumlah lauk pauk kenduri ni 1 of my fav foods tau! Grrrrr....apekan daya...huhuhu...saborrr je lah mak.

Air sejuk, ais ketul jangan harap la boleh masuk dlm perut ni lagi,, ok..kalaulah mak kasi pun (jangan harap) mmg nak kena pantang betul2 dan kalau boleh nak pantang lama sikit coz x nak da badan ni cepat rasa sakit2 sendi n sakit2 urat. Sama jugak dengan makanan lain yang boleh memudaratkan kesihatan..dulu masa bersalinkan zahraa, majlis cukur jambul dan aqiqah tu kami buat pada hari ke-36, hari ke-38 kami ke rumah bidan kampung untuk 'pelepas baby' x sure kalau korang panggil ape, dia macam adat tradisi sesetengah masyarakat setelah baby dan ibu habis berpantang,(biasenye bidan akan bacakan doa2 bertujuan untuk minta dijauhkan daripada sesuatu yang buruk,, so lepas tu dah boleh bawak baby g jalan2 da,...),tapi lain orang lain adat dan pantang larangnye kan,,, ikut kesukaan masing2 la nak pantang mcmana n selama mana...badan masing2 kan uolls....hihi...

Pejam celik pejam celik kejap je pantang kali ni..haseef pun dah nak cukup sebulan. petang tadi dah wassap dengan nurse kat klinik desa sini.dia suruh datang hari selasa next week untuk cucuk baby 1 bulan..haseef ni buku klinik pun xde lagi tau..sedih jugak, kt sabah dulu zahraa dapat 2 buku tau. 1 hospital bagi lepas bersalin..tapi buku tu old version sikit xde bende alah gulung2 kat tepi tu..pastu g KK nurse bagi lagi 1 buku baru..guna sampai sekarang. haseef ni memang tak diberi masa lepas bersalin di Husm baru ni. Nurse kt husm cakap stok dah habis, so kena ambil dengan klinik yang kita berklinik. So harap2nye selasa ni haseef dah ada buku klinik la...kang masalah pulak kalau xde buku tu huhu...



Haseef dah botak.... :)

oh ye haseef dah botak sepenuhnya hari ni. saya yang cukur sendiri, hihi...geram nengok rambut dia yang comot tu. masa 7 hari umur haseef, kiteorang dah buat majlis cukur jambul dia,, panggil imam dan jemaah masjid waktu subuh tu je.pastu buat jamuan kecil2an.Alhamdulillah masjid depan rumah je..lagipun buat majlis yang ringkas2 je dulu, majlis aqiqah belum sempat buat lagi coz masa tu adik beradik saya dah ramai yang tak de kat kelantan. Masing2 meneruskan kehidupan masing2, redha, apit dan anis masing2 masih study di uni, kaklong pulak keje kat KL. yang tinggal dengan mak lepas ni kak ha dan iwan je la... :( yayang pulak duduk asrama, 3 minggu sekali je balik, dan lynda pulak tinggal di kuarters hospital setiu, tempat dia bekerja..balik hujung minggu je..so kalau blh majlis aqiqah haseef nanti nak buat time smua adik beradik ade la...baru meriah sikit.. :) insyaallah..

counting days,..hubby nak balik 13hb-17hb ni.ntuk majlis kawen adik dia tu..weeheeee...happy nye..ade la teman untuk saya bergaduh...mihmihmih..rindu tau walaupun baru 2 minggu je dia balik sabah..hihi..tp jgn bimbang ai is bukan rindu lain ok....just rindu nak manje2 ngan gaduh2 je hahahaa...ai masih pantang dengan hubby ok...pantang 100 hari tau,, hihi,,,

^_* bye...

posted from Bloggeroid

Monday, 5 October 2015

BERPANTANG - HARI KE-24

24days of pantang.

24 atau 23? Kalau ikutkan baru 23hari usia haseef. Tapi ma saya cakap umur hidup dikira sama macam umur mati. Hari kelahiran/kematian dah dikira sehari. So haseef lahir haritu 12 september dah dikira satu hari dan hari ni jadilah 24 hari..tapi kalau ikutkan kiraan saya, pagi 13 september tu baru ckup sehari umur haseef. Err...ker korang kira macam mane?

Dan hari ni jugak dah 37 hari arwah abah pergi dijemput illahi, Al-Fatihah... setiap saat terbayangkan wajah arwah. 28 tahun sahaja tempoh yang Allah swt pinjamkan kepada saya untuk bersamanya. Untuk bahagia bersamanya, Allah, rindunya...terima kasih ya allah..kau pinjamkan abah yang amat sempurna kepada kami..terasa cepat sangat masa berlalu...belum puas lagi kami bermanja dengan arwah. :(

Perkembangan pantang.
Berpantang dengan jayanya, alhamdulillah. Kejelesan terhadap masakan ma yang sedap2 tu dapat diatasi sebab sekarang bukan musim cuti sekolah, bukan musim cuti bekerja...bukan musim perayaan,.so ma tak masak yang sedap2 sebab anak2 tak ramai yang ada,, masa raya haji baru ni pun ma tak masak menu special walaupun semua anak menantu ada. Pagi raya kami suram sangat..lepas solat raya, breakfast nasi lemak (diorang je la saya hanya mampu tengok) kemudian hubby dan adk2 lelaki saya terus ke tempat sembelih lembu,bergambar raya pun tak de..huhu, Kami semua tahu ma masih lagi bersedih dengan pemergian abah, dan semestinya itu semua mengambil sedikit masa untuk pulih,. tapi yang pastinya ma kuat untuk hadapi UjianNya,..

Saya berpantang sama seperti melahirkan zahraa. Pantang cara kampung je..cuma berpantang anak ke-2 ni agak mencabarlah sikit. Dengan zahraa yang makin aktif, dan asyik nak bermanja je.sekarang ni kalau haseef menangis nak susu, zahraa pun mula lah merengek mengada2 buat2 nangis jugak(padahal x nangis pun)..dan bila bagi botol susu kat dia, mintak tepuk2 bontot pulak, saya layankan je peel dia..selagi dia tak korek mata adik dia..selagi dia tak pukul adik dia. Hihihi.,lagipun kesian sgt dengan zahraa..kecik2 dah dapat adik da,,, huhu,,, nak buat cmner rezeki datang tanpa diduga...huhu..

abi zahraa dah balik kK hari selasa minggu lepas. Tapi insyaallah akan balik pulak 13hb nnti untuk majlis perkahwinan adik hubby. Boleh tengok la nanti manja zahraa tu camne,..sampaikn hubby nak solat pun susah..sekarang ni asal ada je kawan2 ma & sedara mara yang datang umah mesti zahraa ni sibuk je nak mintak dukung, mintak bawak jalan2...aduiii...sebelum ni tak pe la ada uncle duwe tolong layan main, bawak jejalan..tolong mandi n basuh uk uk...skrg uncle duwe dah start keje.sama cam cikha...lepas ni memang tak boleh nak layan sgt dah kehendak dia...huhuhu., cikda & ucu yank zahraa bukan selalu blh layan zahraa..time2 diorng balik je la..tapi tu pun zahraa dah happy sgt tau...apetah lagi kalau s3mua adik beradik ibu yang 8 orang lagi ade...sonok sakan zahraa blh pilih auntie ngan uncle mana yg diorang nak.,.haha

Hope zahraa behave je la ye...kena jadi good girl..alhamdulillah haseef baik2 je,, tidur je keje nye,setakat ni saya tak perlu lagi bangun berjaga malam untuk dodoikan haseef..tapi saya bangun jugak tukarkan pempers dan buatkan susu zahraa..bag keperluan haseef dan bag susu zahraa dah letak siap2 dekat dalam kelambu(kat kampung tidur atas tilam dan pasang kelambu je)., so tak payah susah2 nak bangun buat banyak keje lagi dah...

^_*
posted from Bloggeroid

Friday, 2 October 2015

CABARAN MAK BERANAK DUA

Assalamualaikum..

Tajuk entry yang ala-ala gempak gitu..sejak lebih kurang 20 hari menjadi seorang mak yang telah beranak dua ni, baru ku sedar emosi serta keimananku menjadi kurang stabil. Errr..astaghfirullahalazim..bukan ape, saya jadi susah nak kawal marah saya ni dekat permata hati sulung kami, along zahraa. Allahu..Tuhan je tahu macamana sedihnya hati saya lepas secara tak sengaja marah @ tengking dia..menyesal tak sudah.sedangkan along masih kecil.. Seminggu je lagi nak masuk usia 1 tahun 11 bulan..belum tahu apa2 lagi..dah kena marah2..tengking2..ni baru 20 hari, hari2 yang mendatang macam mana lah agaknya..?

Padahal zahraa ni bukan dalam kategori "budak buas @ budak nakal"..bukan jenis x dengar cakap.,dia seorang yang behave je..berjurus sangat2..saya ni je yang masih lagi tak pandai nak bersabar
..tak pandai nak sesuaikan diri lepas jadi mak beranak dua..allahuakbar..( ya allah bantulah hambaMu ini)

Sekarang ni lagi lah susah sikit..hubby dah balik KK hari selasa aritu..tu pun dah kira bersyukur hubby boleh jaga dan temankan saya selama sebulan..dan hampir 18 hari tolong jaga anak2 di waktu saya masih lagi sakit2 selepas bersalin..kesian hubby, penat ulang-alik ke rumah mak dia dan jugak rumah mak saya..sampai demam jugak hubby..

Tapi alhamdulillah jugak lah..mak saya masih kuat.kakak dan adik saya masih ada...masih boleh dukung dan pujuk zahraa tatkala dia meragam "dengki" bila tengok saya susukan adiknya..selalu dengki bila tengok adiknya diriba oleh saya..maafkan ibu ye zahraa..ibu bukan tak nak riba dan dukung kamu..tapi tokma yang selalu marahkan ibu..huhu..biasa lah orang tua..banyak pantang larangnye..lagipun memang ibu berpantang tak BOLEH mengangkat benda berat, atau dukung anak lain selain bayi yang baru lahir..takut bentan..nanti kalau ibu bentan, lagi lah lambat pulih..macamana nak jaga kamu berdua nanti kalau asyik sakit2..

Saya harap esok dan hari seterusnya saya tak akan ulangi kesilapan tu lagi..saya akan cuba kawal emosi saya terhadap anak2 saya..insyaallah dengan iziNMu..aminn..

P/s :- zahraa meragam sebab dia demam..alhamdulillah dah makin baik kesihatannya..,dah tak muntah2 dan batuk2 seperti 2-3 malam sebelum ni..tapi yang merisaukan saya, haseef pulak yang macam nak berjangkit selesema tu..mintak jauh la ya allah...huhu..


About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts