Wednesday, 16 September 2015

SELAMAT BERSALIN ANAK KE-2

Assalamualaikum & hai!

Alhamdulillah saya telah selamat bersalin dan sedang menjalani proses berpantang pada hari ke-5. 

Jantina bayi : lelaki
Berat : 3.50 kg
Cara lahir : normal (SVD with 1st dgree tear)
D.o.b :12 september 2015 (tepat pada due date saya)
Masa : 0745 pagi
Tempat lahir : HUSM,kubang kerian kelantan.

Sebenarnya banyak hal yang dah terjadi kepada keluarga saya selama beberapa minggu ni. Maaf banyak2 coz tak sempat nak update blog usang ni. Bagi yang follow saya di facebook dan selalu keep in touch di whatsapp mungkin dah tahu perkembangan saya. Kalau berkesempatan akan saya update satu persatu.(insyaallah)

Untuk makluman semua, ayahnda kami yang tercinta telah kembali ke rahmatullah pada 30 ogos 2015 jam 7.53 malam. Arwah abah disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru tahap 4 dan telah merebak ke hati dan limpa. Kami mengetahui penyakit abah sehari sebelum abah pergi. Abah pergi dengan begitu cepat dan tanpa disangka2. (Insyaallah akan saya update di entry lain)

Pada 11 september 2015, sehari sebelum saya bersalin, ibu mertua saya pula dimasukkan ke wad hospital lati, pasir mas kerana masalah darah tinggi serta kencing manis yang tidak terkawal.
Alhamdulillah telah discaj tengahari semalam namun keadaan kesihatan ibu mertua saya masih dalam keadaan yang membimbangkan.

Pagi 12 september 2015..saya pula selamat melahirkan bayi kedua saya ni. Alhamdulillah..walaupun keadaan agak kelam-kabut, atas pertolongan dan izin yang Maha Kuasa, urusan kami telah dipermudahkanNya..

Semoga kami semua dilindungi Allah yang maha Esa.

~Alhamdulillah~


..entry bakal bersambung...insyaallah..


4 comments:

azizah green line said...

Alhamdulillah.. Allah permudahkan emi bersalin.. tahniah! baby boy penganti arwah ayah emi..

baby besar with 1st degree tear je.pandai emi push..hehe nnt share ye pengalaman bersalin!

Mila Hilas said...

tahniah awk :)

InaYusoff said...

salam takziah...
sedekah alfatihah dan doa banyak2 untuk ayah....


dan..
tahniah di atas kelahiran anak lelaki..
dah sepasang dahh....
:)

ily♥ said...

Alhamdulillah...tahniah for the new bundle of joy...selamat berpantang utk kite berdua..hihi..

Innalillahi wainnailaihiraji'un..
Salam takziah jugak..
Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihi wa'fuanhum..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts