Wednesday, 23 September 2015

PENGALAMAN BERSALIN : UJIAN DAN DUGAAN AWAL, Part 1

  Alhamdulillah, percaturanNya adalah sememangnya indah2 belaka. Setelah 13 hari arwah abah meninggalkan kami sekeluarga barulah saya melahirkan bayi ke-2 kami. Allah swt tahu saat dan ketika yang sesuai buat kami semua untuk hadapi perjalanan seterusnya..

Sepanjang arwah sakit teruk, iaitu pada minggu ke-38 saya mengandung saya selalu berdoa (sebelum ni pun memang hari2 berdoa) mudah-mudahan Allah swt permudahkan urusan bersalin saya..permudahkan semua urusan keluarga saya..mana kami sekeluarga tak risau, dengan keadaan saya yang tengah sarat, dengan keuzuran abah lagi pada masa tu. Sempat juga saya berdoa moga2 "jangan lagi bersalin tatkala tu" ...err..sebenarnya hari2 berdoa agar tidak bersalin lagi..saya minta supaya "kalaulah boleh biarlah selesai satu persatu...biarlah abah sihat2 dahulu barulah saya bersalin..."

Tetapi Allah swt lebih sayangkan abah..kami semua redha dengan ketentuanNya..walaupun agak berat untuk terimanya kami terpaksa akur dengan pemergian yang sangat mengejutkan. Majlis tahlil arwah telah dilaksanakan selama 7 malam, dan diikuti dengan tahlil mingguan iaitu pada setiap malam jumaat. 

Disertakan kronologi dan pengalaman bersalin saya sekadar untuk kenangan buat saya sekeluarga kerana mengandung dan bersalin adalah satu pengalaman yang paling terindah dalam kamus kehidupan saya. Saya cuba catatkan yang termampu dengan masa dan mood saya..(err..bukan malas... :) )

10 september 2015. Khamis.
Tiba-tiba saya merasakan sakit perut pada pukul 3 pagi. Sakit yang menyerupai sakit senggugut. Dalam keadaan sakit perut tu saya cuba imbas kembali sakit contraction lebih kurang 1 tahun 10 bulan yang lepas. Samar2 ingatan saya, sakitnya contraction pada ketika tu bermula selepas pada awal2 air ketuban dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan bukaan rahim(sakitnya kalau diingat kembali). Sakit tu berulang2 dan datang setiap 5 hingga 10 minit. Tapi tak de lah sampai sakit perut yang teruk sangat. Cuma terasa bayi mengeras dan diikuti dengan sakit pinggang. Saya tak kejutkan suami takut dia dan yang lain2 terkejut. Tambah2 kak ha pun kerja pagi tu.,kalau boleh tak nak mereka semua panik..Lagipun saya rasa masih lagi mampu bertahan. Sakit berterusan sehingga kedengaran azan subuh. Lepas tu saya terlelap..

Selepas sarapan pagi barulah saya membuka mulut bercerita dengan mak dan hubby. Marah hubby dekat saya, katanya kenapa main2 perkara sakit dan tak kejutkan dia..ampun sayang..rasanya masih belum saatnya coz bangun pagi tu saya dah tak terasa sakit langsung.

Seharian saya menunggu kot2 sakit tu datang kembali namun masih tiada apa-apa petanda. Dalam hati tetap berharap moga-moga cepatlah turun tanda coz saya dah tak larat nak bawa perut lagi dan juga risaukan mengenai cuti saya dan juga hubby yang bakal bertambah sekiranya saya masih belum bersalin.(FYI : boleh rujuk entry sbelum2 ni mengenai cuti awal bersalin saya)

Disebabkan waktu pejabat di kelantan hanya setakat jam 3.30 petang khamis je, cepat2 saya minta kawan saya di pejabat (sabah) untuk fakskan surat pengesahan perubatan (guarantee letter) melalui pejabat tempat kakak saya bekerja. Alhamdulillah urusan selesai tanpa masalah. Pada masa tu saya perlu siapkan apa yang patut coz mungkin saya akan bersalin bila2 masa sahaja.

Jumaat, 11 september 2015.
Tunggu punya tunggu, masanya belum juga tiba. Bangun pagi tu masih lagi dengan keadaan sihat walafiat dan juga masih bertenaga. Bermacam-macam kerja saya dah buat seminggu dua ni. Antaranya basuh dan jemur kain baju..turun naik tangga..sapu sekitar rumah..

Hari ni juga kami ada terima jemputan ke majlis kesyukuran aqiqah anak sepupu hubby di Mulong, kota bharu.  Saya apa lagi? Makan kan..memang laju lah saya ikut..lagipun memang saya tak rasa yang saya akan bersalin dalam masa yang terdekat..

Siap packing barang2 keperluan zahraa, susu pempers dan beberapa helai baju spare..dan tak lupa juga bawa sekali bag hospital saya (dah memang ready awal2)..berserta buku klinik (yang memang selalu ada dalam handbag). Mintak izin ngan mak dulu, mak pun iZinkan je coZ hubby ada dan kami balik rumah MIL dulu di tendong, p mas. Mak saya cakap kalau apa2 jadi famili in laws saya ada. 

Di tempat kenduri, semua jenis makanan saya makan. Antaranya nasi putih berlaukkan selera kampung dan ulam2an fresh..sempat saya ambik 4 ketul kacang bendi ( orang cakap memudahkan proses bersalin kan..) so dengan harapan cepat2 la saya bersalin nanti..sempat juga merasa seketul daging kambing..Balik dari rumah sedara hubby, kami diuji lagi.. Mak mertua saya (MIL) pula tiba2 jatuh sakit..kepala pening, mata berpinar dan berpusing..nak bangun pun dah tak larat..Allahu akhbar..besar sungguh ujianMu kali ni. 

Lepas maghrib hubby dan adik bongsunya bawa MIL ke klinik swasta yang berdekatan dengan rumah. Dalam pukul 9 malam, hubby call bagitahu klinik swasta suruh refer hospital kerajaan coz tekanan darah MIL pada masa tu 276/174. Ya Allah..memang menakutkan kami semua..risau dengan keadaan MIL..kami masih menunggu dengan sabar. Dekat jam 11.30 malam, masa tu suami kakak ipar saya dah sampai untuk bawa kami ke hospital lati, p mas.

Kami semua bergegas ke hospital, Bapa mertua saya suruh saya ikut sekali coz tak berani nak tinggalkan saya keseorangan di rumah dengan keadaan saya yang tengah sarat tu. MIL saya terpaksa di tahan di wad pada malam tu memandangkan tekanan darah dan paras gula masih tinggi..malam tu adik bongsu hubby yang temankan MIL dalam wad. Saya hanya tunggu dalam kereta coZ zahraa dan 2 orang lagi anak kakak ipar saya sedang tidur.

Selesai urusan kemasukan MIL dalam wad sekitar jam 2 pagi. Balik rumah MIL, temankan hubby makan nasi dan saya sempat makan sekeping roti nan dan kuah kari daging. Dekat jam 3 pagi baru saya dapat lelapkan mata coz malam tu zahraa tersangat2 lah manja dan meragam sebelum tidur. Mungkin kerana kepenatan dan tidurnya  terganggu.


Entry bakal bersambung......


  


4 comments:

Mila Hilas said...

Sy mmg suka bce klo pasal mengandung n bersalin ni..cpt2 smbg ye.hehe

Mila Hilas said...

Sy mmg suka bce klo pasal mengandung n bersalin ni..cpt2 smbg ye.hehe

Chekgu Azrine said...

Alahai...xsaba nk baca cerita seterusnya...cpt2 sambung

azizah green line said...

betul la org cakap kan. di sebalik kesusahan ada hikmahnya..

next entry please

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016