Monday, 17 August 2015

PERSEDIAAN MENAIKI PESAWAT MAS BAGI IBU YANG MENGANDUNG DI BAWAH 36MINGGU

Assalamualaikum dan hai..

Berbalik kepada entry saya yang sebelum2 ni, iaitu berkaitan lokasi bersalin anak ke-2. Di mana saya nekad untuk balik bersalin di kelantan supaya saya lebih tenang dan dapat berada di samping abah tatkala abah. Dan jugak Supaya saya tak menyesal di kemudian hari..insyaallah..

Entry ni saya tulis supaya bermanfaat buat rakan-rakan pembaca yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu dari Kota Kinabalu, Sabah untuk menaiki penerbangan ke semenanjung. Kalau dari tempat lain saya tak tahu lah macam mane prosedur die..yang ni saya kongsikan pengalaman saya je dan entry ini hanya untuk penerbangan Malaysia Airlines @ MAS sahaja. 

Sebelum booking tiket.

1) pastikan bila tarikh dan masa penerbangan yang diperlukan.

2) semak berkali-kali BUKU LAPORAN KESIHATAN IBU (buku klinik pink @ putih) - semak tarikh jangkaan bersalin anda (EDD). 

3) pastikan tarikh penerbangan tersebut berada pada usia kandungan anda di bawah 35minggu..kalau boleh jangan 35 minggu plus plus..contoh : 35w 4d, 35w 6d.. Sebab besar kemungkinan akan ade masalah di klinik panel MAS iaitu KLINIK MEDISINAR - yang ni berdasarkan pengalaman kawan2 saya yang pernah hadapi situasi tersebut di mana doktor klinik medisinar tak nak sahkan tahap kesihatan gara2 usia kandungan dah mencecah 35 minggu 4 hari. 

4) sekiranya anda nak terus beli tiket silakan beli..tapi make sure seperti yang dah saya tulis para 1-3 kat atas...saya haritu terus beli sebab takut beli last minit harga dah berubah..tapi agak berisiko sikit sebab kalau doktor taknak sign medical form tu...naya lah.,.huhu.tapi kalau rasa  sayang duit dan nak beli last2 minit setelah selesai urusan medical form pun tak ape..cuma kena pastikan butiran penerbangan dah anda simpan siap2..(nombor penerbangan - contoh : MH1234 , dan juga tarikh dan masa penerbangan..)

Setelah beli tiket @ dah buat keputusan nak fly bila..

1) pergi ke Klinik Medisinar cawangan Api-Api centre (cawangan lain saya dimaklumkan tak valid untuk medical form atau lebih dikenali sebagai "medaform" ni) 

Atau pilihan lain;

Boleh terus ke pejabat MAS di KKIA T1. Minta borang medaform kat staf sana dan sila lah banyakkan tanya macam2 kat dia untuk kepastian lanjut..sebab mungkin setiap masa ada je perubahan2 terma dan syarat2 diorang...

Saya?

Mula2 hubby dah ke klinik medisinar untuk ambilkan medaform untuk saya. Tapi staf yang bagi borang tu cakap pengesahan doktor hanya akan valid selama 3 hari je. So sekiranya nak fly 8hb, saya kena jumpa doktor medisinar tu pada 5hb lah. Agak konfius di situ. Sebab sorang je staf yang cakap macam tu. staf lain yang pernah saya call tanya, katanya pengesahan tu valid untuk tempoh 1 minggu dari tarikh penerbangan kita.

Untuk lebih kepastian kami ke airport MAs..ambil lagi 1 borang yang sama kat sana..dan bertanya soalan2 yang perlu di double confirm, supaya tak timbul masalah je nanti..staf Pejabat MAS cakap tak ada pulak macam tu..paling kurang pun seminggu je sebelum nak fly kena valid. Medaform yang dah disahkan doktor klinik medisinar katanya perlu diserahkan di kaunter check in bagasi nanti hari nak fly...ok..clear..terus saya balik dan abaikan ape yang staff klinik medisinar tu cakap..huhu..

Kemudian, 

Bawa Medaform tersebut ke klinik yang anda biasa berklinik. Bagi dekat nurse dan nanti nurse akan bawa borang tu bersama buku klinik anda kepada doktor. Seeloknya anda dah buat pemeriksaan rutin (saya haritu kebetulan pemeriksaan rutin so dah ambil darah siap2..dan laporan kesihatn memang dah lengkap)

So tak ada masalah untuk doktor sign borang tu. Usia kandungan saya masa tu 34minggu dan 3 hari. Hari saya nak fly tu genap2 35minggu. Tapi dalam report kesihatan saya doktor hanya tulis usia kandungan pada hari tersebut je.

Selesai di klinik kesihatan..saya terus ke klinik medisinar cawangan api-api centre kota kinabalu. Daftar di kaunter pendaftaran dan hanya cakap 'nak jumpa doktor.' Sila jangan cakap apa2 dengan staf kaunter tu coz nanti mungkin akan ada macam2 karenah pulak..hohohohi..

Tak sampai seminit dah kena panggil masuk. Pelik jugak sebab masa tu agak ramai orang. Mungkin ibu mengandung diberi keutamaan kot...atau orang lain atas urusan lain...? Emmm..

Masuk je bilik doktor, doktor agak muda dan agak sempoi orangnya. Tak ada masalah untuk dia sahkan kesihatan saya sebab kesemua rekod kesihatan adalah baik dan lengkap. Yang paling penting usia kandungan tu jangan 35 minggu plus plus pada hari nak fly tu...

Keluar je bilik doktor, alhamdulillah saya legaaa..dipermudahkan urusan dan doktor pun tak banyak songeh..huhu..selesai ambil balik medaform yang saya bagi tadi kepada doktor..dengan bayaran yang dikenakan adalah RM15.00.



Dokumen ni amat penting sebagai persediaan untuk menaiki penerbangan MAS. At least kita dah ikut syarat2 yang dah ditetapkan..seeloknya ikutlah prosedur bagi mengelakkan permasalahan yang akan timbul dikemudian hari. Kalau nak jadi, jadi juga tapi bila ada dokumen wajib ni kita takkan dipersalahkan..ye kannn...

Ni medaform tu..bahagian depan..


Ni bahagian belakang. Yang saya bulatkan tu je yang doktor di klinik medisinar akan cop & tandatangan. 



Kalau usia kandungan bawah 28minggu..tak payah surat doktor...pastu kalau perut anda tak sebesar mana dan anda malas nak bersusah payah buat semua prosedur tu..tak perlu buat pun tak pe kot..tu pun kalau lah korang berani ambil risiko....tapi tak semua orang nasibnya baik..buatnye hari tu diorang nak check buku klinik korang? Atau buatnye jadi ape2 masa dalam flight? Contohnye sakit perut tiba2..or bleeding...? Err mintak jauh...tapi Tak ke naya..hihi..so baik sediakan payung sebelum hujan ye..

2 comments:

azizah green line said...

leceh juga ni.. jijah dulu xla seleceh ni..hahhhaa mungkin da lama kot..ngee

tapi xpe bole jadi sumber kat org2 lain gak

CaHaYaHaTi said...

good info

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts