Wednesday, 19 August 2015

Pengalaman menaiki pesawat MAS pada usia kandungan 35minggu

Alhamdulillah, dah seminggu lebih saya berada di kampung halaman. Alhamdulillah. Allah dah aturkan yang terbaik buat saya. Entry kali ni saya nak share pengalaman menaiki penerbangan MAS pada usia kandungan 35 minggu. Sebagai kenang-kenangan saya sekeluarga dan mungkin juga sebagai rujukan rakan2 pembaca sekalian. :)

*boleh rujuk entry sebelum ni untuk cerita2 yang sebelum2 ni..*

8 ogos 2015. 

Hubby yang hantar saya dan zahraa ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu terminal 1 (KKIA T1). Kami Bertolak lebih kurang pukul 8.10pagi. Flight dari KK-KL pada pagi tersebut sepatutnya pukul 10.55 pagi. Sesampainya di kaunter check-in bagasi, staf MAS beritahu flight saya tersebut adalah cancel!! Bayangkan betapa terkejut sangat masa tu. Rasa macam nak luruh jantung pun ada okeh.! Staf tu tanya saya ada dapat SMS/call atau email tak? Saya cakap Tak! Dah memang tak dapat ape2 notifikasi pun takkan nak cakap ade pulak kan. Saya dah cuak, laju2 je tengok kat hubby. Sama jugak cuaknye hubby. Staf tu cakap "flight puan diganti kepada pukul 9.55pagi.,masih sempat lagi ni,,"

Ok. Jangan buat lagi macam tu. saya betul2 seram tau. Harapan untuk balik kampung memang besar sangat2.,huhu..

Selesai urusan check-in bagasi. Sempat saya bertanyakan mengenai medical form (rujuk entry sebelum ni untuk lebih jelas). Sbab tempoh hari semasa saya ambil borang di pejabat MAS, staff di kaunter tu cakap suruh serahkan kat kaunter check in bagasi. Tapi staf check in bagasi pulak cakap.."takpe puan bagi kat staff kat dalam ye.,"

Ok. Lega hati saya.

Terus bergegas ke pintu masuk. Agak sebak perasaan tatkala bersalam dengan hubby. Lagi sebak bila kena kucup di pipi. Bertambah2 sebak bila tengok hubby peluk cium zahraa. Sabarlah duhai hati. Kerana terpaksa, ku relakan perpisahan sementara ini. Uhuk....(crying)

Lepas pemeriksaan polis, bye2 hubby di balik pintu kaca. Rasa macam nak gugur airmata..tahan. Ku cuba tahan. Tak boleh lemah2,.huhu..

Zahraa kemudiannye tertoleh2 ke belakang strollernye..mencari seseorang yang dari tadi menolak stroller. Mencari abi nye. Sedih ibu tengok. Bila ibu cakap "abi tak ikut kita sayang, abi kerja. nanti abi balik kemudian.." Zahraa faham. Syukurlah dia tak meragam.

Selesai urusan semakan passport, terus kami masuk ke balai berlepas. Sempat duduk di kerusi lebih kurang 2 minit. Kemudian pengumuman meminta penumpang yang bersama anak kecil untuk beratur terlebih dahulu. Ok..lega..terus ke tempat berlepas. Sempat saya tanya petugas di situ mengenai medical form.,katanya serahkan semasa nak masuk kapal terbang. Ok.

Selesai tagging di stroller, terus berjalan masuk ke dalam pintu kapal terbang. Staff sudah menunggu di sana. Buka dan lipat stroller. Yang ni saya buat sendiri je sebab stroller zahraa memang senang nak lipat.,sementara saya lipat, zahraa berdiri di sebelah kaki saya sambil memegang kaki saya (sempat saya suruh dia pegang kaki saya). Ok zahraa sangat2 behave seperti kebiasaannya. :) . Alhamdulillah. 

Masuk ke pintu kapal terbang, saya tanya peramugari berkenaan medical form. Dia tanya saya dah berapa minggu? Saya jawab 34 (sengaja cakap 34 sebab dalam surat saya tu doktor tulis 34w, sepatutnya hari tu dah masuk 35w) Kemudian dia ambik form tu tanpa membacanya. sempat saya tanya balik, " miss nanti saya ada connection flight ke kota bharu, saya perlukan form tu lagi.," terus dia bagi balik kat saya. "Ok xpe puan simpan lah dulu..sepatutnya satu flight kena ready satu borang..tak pe kalau ada apa2 hal nanti saya cari puan ye.,," saya - ok terima kasih miss. Senyum. Dan bergegas mencari seat saya. Zahraa saya pimpin je. Tak perlu dukung sebab dia nak berjalan. 

Jumpa seat kami, tepi tingkap. Ok. Masuk, dan duduk. Kemudian ada 2 orang kakak datang duduk bersebelahan saya. Kedua2nya peramah dan mesra. Legaa...

Sempat saya bersembang dengan akak sebelah saya tu. Baik orangnya. Katanya ada mesyuarat di KK 4 hari, nampak macam berpangkat tinggi. Tetapi jenis yang agak low profile dan baik hati. Tanpa diminta ada je bantuan yang nak dihulurkan. Yang paling saya segan silu....tak tahu mana nak letak muka,,zahraa boleh tertendang air sunquick masa kitorang tengah makan.. Nasib baik tak terkena baju akak tu. Steady je akak tu walaupun kat meja dia dah basah..nasib baik tak tumpah semuanya. 

Grrrr..tapi tak salahkan zahraa jugak..seat tu pun sempit sangat..huhu..dah macam naik flight air asia je pun..(mula2 saya ingatkan flight KK-KL ni jenis yg besar yg ada 3 bahagian ruang duduk macam yang pernah saya naik 5-6 tahun lepas. Ok dah lama sangat tak naik MAS, huhu.

Zahraa tertidur selepas keboringan melayan cerita upin dan ipin..dan juga keletihan explore digital media di depan seat kami..(AA kan takde media player macam tu..so agak jakunlah aku..tapi nasib dah diberitahu oleh hubby awal2...hihi) 



Sesampainya di KLIA baru zahraa terjaga. Tapi Tak jugak diminta2 medical form tu. So saya mengucapkan syukur yang amat je lah..lega sebab tak de kerenah. Sepanjang saya naik flight AA, ade je kes penumpang hamil yang kena soal selidik macam2 oleh staff AA. Siap ada yang kena turun flight lagi gara2 dokumen kesihatan tak lengkap lah..tak disokong doktor lah. Macam2 hal. Alhamdulillah, hari saya berjalan dengan baik sekali. Tapi saya masih takut dan bimbang coz saya masih ada 1 flight yang perlu ditempuhi.

Keluar pintu flight, terus ada stroller zahraa. Letak zahraa dalam tu dan terus tolak. Saya hanya bawa 1 bag galas bersaiz kecil. Handbag saya tak bawa. Leceh. Huhu.

Menunggu penerbangan KL-KB, jam 2.35petang. Tengok jam, baru pukul 1..perut dah mula berkeroncong. Flight KK-KL tadi hanya makan mee goreng dan air teh(minta lain coz sunquick dah tumpah..huhu) ..mee goreng kosong bersama beberapa hirisan daging ayam..yang tak ada rasa. Amat mengecewakan. 

Sempat hubby 3g, dah mula rindu katanya. Sama lah juga dengan kami, huhu..

Hubby suruh pegi cari makan dulu. Dia tahu perut saya ni perlu di isi. Dah macam gendang gendut duk berbunyi2..kalau ikutkan saya dah malas nak berjalan. Takut terlepas flight, pastu tak tahu nak makan kat mana. Tapi nak tak nak kena makan dulu, coz sampai kat KB nanti dah dekat pukul 3.45..lagi satu flight KL-KB tak disediakan makanan..hanya refreshment je,.sedih,,

Selesai ber-3G..sempat saya ke tandas. Dengan stroller zahraa saya tolak masuk sekali ke dalam tandas. Gila kau nak tinggal anak sorang2 kat luar? Memang tak lah! Lagipun zahraa dah biasa masuk tandas dengan ibu die ni..kat rumah pun nak kecing ke nak uk uk pun mana boleh tutup pintu..huhu...(semua mommies sama je kan..)

Selesai di tandas..sempat tukar pempers zahraa..kemudian terus berjalan keluar..tapi hanya aras yang sama..tak berani saya turun atau naik ke aras lain (takut sesat) huhu.. Tak jauh dari tu, saya jumpa restoran merry brown. Ok..baru teringat 5 tahun lepas pun memang dah ada merrybrown kat sana..

Saya hanya makan burger, fries dan milo ais je. Zahraa hanya minum milo. Dan beberapa fries. Sikit je dimakannye. Makin hari makin kurang seleranya. Tapi susu makin bertambah..

Dah siap makan. Tu pun makan cepat2 je,singgah ke satu kopitiam, baru perasan ada kopitiam dekat2 situ, saya minta beli air panas untuk buat susu zahraa, tapi hanya dapat free sebab hanya 2oz je. Alhamdulillah. Duduk sekejap buatkan susu zahraa. Kemudian kembali ke pintu yang dah ditetapkan untuk menaiki penerbangan ke kota bharu. 

Sewaktu sampai orang dah agak ramai menunggu di kerusi menunggu. Saya terus bagi boarding pass..tanpa bertanyakan medical form tu. Sengaja malas nak tanya, dah staff sana pun tak minta. Saya hanya diamkan je lah..

Tagging baru dilekatkan untuk stroller..tagging yang tadi dibuang..tak lama saya menunggu untuk dipanggil masuk..zahraa pun baik2 je di stroller, dia agak khusyuk tengok budak2 sedang bermain..

Masuk ke penerbangan ke kota bharu..paling terkejut sebab flight tu macam kecik je..macam naik bas pun ade hehe..Ok sorry2...Dalam flight kebetulan tak ada penumpang di sebelah seat saya..lega lah boleh zahraa duduk dan tak perlu diriba..kami diberi kacang dan air secawan. Syukurlah..huhu..

Zahraa tak sempat tidur pun dalam flight yang hanya 45 minit tu..asyik main je..nasib lah tak meragam..risau jugak saya..

Sesampainya di kota bharu, hujan agak lebat..stroller kena ambil sekali dengan bagasi...katanya tak di bawa ke atas sebab takut basah kena hujan..ok..masa tu kakak dan adik lelaki saya dah sampai..saya tinggalkan zahraa dengan kakak saya dulu sementara menunggu bagasi.. 

Hubby dah call saya, dia suruh saya minta tolong sesiapa untuk mengangkat bagasi saya tu ke atas troli. Berat jugak beg tu dalam 21kg..ada 1 bag lagi 4kg je..saya ok kan je. Bila dapat bag saya terus saya tarik bag tu ke atas troli. Troli tu saya dah dekatkN dengan tempat bag bergerak2 keluar tu..ape nama ntah..landasan barang? Mane2. Je lah..hope pembaca paham lah ye..yang penting saya tak angkat bag berat, dan paling penting saya tak minta tolong orang lelaki lain...huhu

Kemudian terus balik ke rumah mak sebab saya dah agak kepenatan..hampir seharian jugak perjalanan tu..alhamdulillah yang penting dapat bersama2 ma abah dan family yang tercinta...

Kesimpulannya...(dari segi 'leceh atau tak')

Penerbangan MAS lebih ok kalau nak dibandingkan dengan Air Asia, coz Air Asia lebih teliti terutamanya dalam perihal syarat2..bukan setakat syarat penumpang hamil sahaja, bahkan boleh dikatakan kesemua aspek lebih ditelitikan seperti lebihan bagasi, ketepatan masa, dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan Tiada bertolak ansur dan lebih mengikut syarat yang telah ditetapkan. Saya hanya boleh komen penerbangan Air Asia sebab saya biasa menggunakan penerbangan tu je selama 6 tahun berada di Negeri sabah ni. Pernah dua kali naik MAS masa mula2 datang ke sabah dan juga masa berkursus di semenanjung 5 tahun yang lepas. Huhu. Sangat sikit pengalaman tu.

Lagipun kawan2 saya pun setuju dengan komen saya tu. Kebanyakan antara mereka lebih selesa dengan penerbangan MAS sekiranya menghadapi masalah kesihatan (seperti mengandung macam saya ni) 

Hope entry ni dapat membantu pembaca yang menghadapi situasi sama macam saya. Sekian.. 


*entry ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman, tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Terima kasih.*

5 comments:

ily♥ said...

Alhamdulillah dah selamat balik kampung :) Bestnye dah cuti..
Tak pernah lagi naik MAS during pregnancy. AA pernah, twice. Masa preggy anak kedua dan skg ni. So far ok je. Hihi..

Take care dear. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Both baby & mom, selamat & sihat walafiat hendaknya..

azizah green line said...

alhamdulillah dah selamat sampai..

mane2 pon sama je cuma ada sesetengah polisi yg lain..so far dgn AA ok juga. sbb MAS mahal..ehehe

Afie Mizuki said...

thanks alot for the info sis.. sbb nak balik smnanjung from sabah gak ni time kndungan 35 minggu. jadi nervous sbb takut ade problem n x boleh naik. nasib baik sis bgi info. nk tanya, sis amik surat kbenaran tu kt mana smpai boleh kurangkn weeks tu.. sbb sy ingat nk buat jugak untuk kurangkn msalah n soalan diorng nnti

Hamelia Hamid said...

Sama2...


Errr....saya tak kurangkan weeks pun awak...mmg fly haritu cukup2 35weeks...awak blh baca entry sy yg sebelum ni...ada saya citer lebih details...btw thanks for reading... :)

Kartini Hj Osman said...

SAYA SETUJU.....DARI SEGI CHARGES.... MAS ALL INCLUDED..... EXCEPT TAX...
SY SENDIRI SEMUA NAIK MAS... SBB PERNAH TRY NAK BOOK AIR ASIA TP BYK CAHRGES NYA DAN LEBIH MAHAL DR MAS.

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts