Wednesday, 29 July 2015

BERSALIN DI KELANTAN, INSYAALLAH.

Assalamualaikum dan hai,

Dah ramai rakan2 terdekat saya yang dah tahu dan masih ramai jugak yang belum tahu. Sebab tu saya nak share dekat sini..[err..mungkin ada antara rakan2 yang baca blog saya yang hanya nak jadi silent reader saya tanpa contact dengan saya pun saya ok, saya tak kisah, berterima kasih lagi coz sudi jugak baca blog yang tak seberapa ni..hehe]  Lagipun tak ada yang nak saya sorokkan ape2 pun.. :)

Ok berbalik pada update entry saya yang sebelum2 ni, pada perancangan asal saya sebetul2 nya saya dah merancang untuk bersalin di Sabah ni je seperti 1st pregnancy dulu. Sebab tu saya dah balik bercuti sebelum puasa haritu.

Dengan Kuasa-Nya yang tak dapat nak saya tolak, abah saya pula jatuh sakit. Ekceli masa saya balik kampung baru-baru ni pun abah dah kelihatan lemah. Ajak pegi klinik dia tak nak, biasa lah orang tua kan..mana dia nak..Ni dah agak teruk, sampaikan nak telan makanan pun dah tak boleh, lepas dipujuk ma, kakak dan adik2 saya barulah dia nak ke hospital. Alhamdulilah keadaan agak stabil dan tak ditahan di wad, cuma tekanan darah agak tinggi dan perlukan pemeriksaan lanjut serta rawatan yang berterusan lagi.

Tetiba pulak saya didatangi dengan satu perasaan lain. Entahlah, sebak, sayu hati,,,risau..gundah gulana...serba tak kena..macam2 yang saya fikirkan...seharian saya sedih sebab asyik fikirkan keadaan abah dan juga keadaan saya yang sedang sarat ni. 

Setelah berbincang dengan hubby, kami buat keputusan untuk saya balik bersalin di kampung. Saya tak nak kusutkan fikiran lagi. Nekad untuk balik bersalin di kampung di samping ma abah saya. At least kalau jadi apa2 kat abah saya sewaktu saya dah tak boleh naik flight (36 minggu ke atas), masa tu saya dah ada kat kampung. Selebihnya saya serahkan kepada Nya. Saya tak nak kalau2 jadi apa2 kat abah saya waktu saya kat sabah dan masa tu jugak saya dah tak available lagi untuk naik flight??? boleh tak korang bayangkan macamana perasaan tu.

Mungkin ada yang cakap...ala..ajal maut semua tu ketentuanNya..bila2 masa boleh jadi..
Yup betul tu..semua tu dah ditentukan olehNya..
CUma bagi saya, at least KALAU jadi apa2...saya tak rasa RALAT...insyaallah takkan rasa MENYESAL TAK SUDAH...

ABAH kandung kot...takkan ada pengganti lain..
28 tahun saya bersama abah..
Mana dapat tandingi dengan orang lain yang kita baru kenal beberapa tahun...
Apa nak jadi...apa orang nak fikir..saya tak kisah..
Yang penting saya puas hati dengan keputusan saya ni..
Yang PALING PENTING hubby merestui dan menyokong sepenuhnya keputusan yang kami buat ni...

Selepas berbincang dengan bos saya, alhamdulillah bos juga menyokong permohonan saya untuk bercuti awal..
Saya terpaksa mengambil cuti rehat sebanyak 12 hari dan juga 14 hari cuti bersalin awal..
lebih kurang sebulan jugak awal..
Cuma agak bermasalah sikit coz baki cuti rehat saya dah tak banyak lagi yang tinggal.
Mudah2an saya bersalin ikut due date saya tu la..
Kalau tak, sayang pulak dengan cuti rehat tu.(nak kena tambah lagi cuti rehat).huhu..



Sekarang saya 33 minggu, insyaallah hari saya nak balik tu 8 Ogos, cukup2 35 minggu masa tu. 
Semoga urusan balik nanti tak ada masalah..
Saya balik ni  berdua dengan zahraa je..mula2 hubby nak balik hantar kiteorang..
Tapi bila tengok tiket, saya rasa satu pembaziran..sebab tiket MAS agak mahal coz kena transit di KLIA dulu, baru sampai ke Kota Bharu. untuk 3 orang pergi sahaja lebih kurang RM1200. Belum lagi tiket hubby balik ke KK semula.. tambahan pula hubby tak boleh cuti lama, ada kelas hujung minggu dan jugak cuti rehat pun nak kena simpan untuk balik lagi menjenguk kami 2-3 kali lagi sebelum saya habis cuti bersalin (dijangka hujung bulan November nanti)

SO kiteorang decide saya balik berdua je dulu dengan zahraa, terus booking tiket. untuk
 Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Kota Bharu bagi saya dan zahraa..
Tiket saya RM472.45
Tiket zahraa  (Infant ; umur 8 hari sehingga 23 bulan)- RM 47.70
Total : RM520.45 (satu hala sahaja)

Ambil yang paling murah dan jugak paling kena dengan usia kandungan saya 35 minggu. 
Sebelum balik nanti kena ambil surat menyurat kesihatan dulu di Klinik Medisinar (Klinik panel MAS)
Kalau tak de surat tu memang tak boleh naik flight dah..
Coz bagi pregnant women untuk naik flight MAS hanya boleh dinaiki sehingga usia kandungan 36 minggu  (36 minggu dan ke bawah..) tu pun atas kelulusan doktor mengikut kesihatan ibu.
Melalui rujukan saya dengan klinik medisinar, **SURAT KELULUSAN DOKTOR KLINIK MEDISINAR TU HANYA SAH UNTUK TEMPOH SEMINGGU SEBELUM PENERBANGAN TU SAHAJA.**

Minggu depan baru saya akan ke klinik medisinar untuk ambil borang khas. Borang khas tu nanti kena bawak pergi ke klinik yang kita berklinik, untuk diisi oleh nurse dan disahkan oleh doktor, selepas tu barulah kena pegi lagi ke klinik medisinar untuk disahkan oleh doktor samaada kita ni FIT / UNFIT to travel...

 Insyaallah mudah2an semua urusan nanti dipermudahkanNya..
Mudah2an saya dan baby sihat2 je..
Risau jugak...kot2 dekat nak terbang nanti ade masalah kesihatan...tapi mintak jauh la...huhu..
Tapi tu lah...kite hanya mampu merancang...yang selebihnya DIA yang tentukan...

Tolong doakan saya....Terima kasih ye.. :)











2 comments:

Mar Mansor said...

alhamdulillah..semoga dipermudahkan segalanya..
usia kandungan kita sama..doakan untuk saya juga ye

azizah green line said...

jijah dah merasa dua pengalaman gitu..pertama asben balik sehari selepas adik dia meninggal! dia ralat!
jijah pula abg kandung meninggal bulan 1 ari tu pun xsempat jumpa dah di kebumi petang..memang ralat! jijah tekad walau apa2 jadi taknak duduk jauh2 dr makayah..

Alhamdulillah! Allah bukakan hati emi utk bsalin di kampung..sian juga abah xsihat gitu..rasa xsedap hati kan..
moga Allah pemudahkan urusan emi nanti..Amin

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts