Friday, 31 July 2015

ANTARA KENALAN YANG PALING LAMA DI SABAH


Bergambar kenangan bersama mak cik Apung @ mak cik satu/suti..hihi..
Sedar tak sedar..dah hampir 6 tahun 4 bulan saya di negeri sabah, datang je sini mak cik tu dah kerja kat pejabat kami..

Ada sorang lagi mak cik, kami panggil mama jidi..tadi tak sempat nak bergambar kenangan..tak pe lah insyaallah ada umur panjang boleh jumpa lagi coz saya pernah ke rumah mereka berdua yang tak jauh dari pejabat ni.

Mak cik berdua ni kerja sebagai cleaner di pejabat kami..sepanjang 6 tahun ni saya sendiri pun dah lupa berapa orang bos mereka coz syarikat yang mendapat kontrak cucian pejabat sentiasa bertukar mengikut tahun..cuma yang bagusnya pekerja mereka tak tukar..

Yang sedihnya tahun ni kontrak cucian dah ditamatkan terus menyebabkan makcik juga terpaksa tinggalkan pejabat ni.tak ada pengganti lagi dalam masa terdekat ni..harap2 pekerja baru nanti semua akan ok dan baik2 macam makcik2 ni jugak lah..

Sepanjang perkenalan dengan mereka, rasanya tak pernah lagi ada perselisihan faham dalam persahabatan ataupun urusan kerja.. Alhamdulillah semua baik2..makcik pun dah anggap kami semua macam ahli keluarga ya sendiri..kalau kami ada masalah contohnya nak cari tukang urut, atau sebagainya.. pergi minta bantuan dengan diorang..begitu juga kalau ada majlis2 kenduri kendara di kampung mereka tak pernah lupa untuk mengundang kami semua.. :)

Semoga makcik apung dan mama jidi sentiasa diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..terima kasih di atas sumbangan dan khidmat makcik selama ni..semoga persahabatan kita juga takkan putus, insyaallah.. :)



No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016