Monday, 20 July 2015

2nd PREGNANCY : PERANCANGAN LOKASI BERSALIN DAN BERPANTANG

Assalamualaikum readers..

Sorry dah lama menyepi. Lepas balik kampung baru2 ni rasa malas sangat nak update blog.  
Hubby tetiba kena demam teruk, sampaikan dapat MC 4 hari. Kesian dia. Dengan kesihatan saya yang tak menentu, tambah lagi malas nye nak update blog. Ni dah rasa ok sikit. Hubby pun dah sihat walafiat. Alhamdulillah.
Tapi dalam bulan puasa haritu pun lagi lah malas nak bukak blog...huhu..

Kisahnya bersalin dan berpantang. 

Di mana? - soalan femes. Ahh bukan nak fikir sangat pun pertanyaan orang. Tapi saya sendiri yang perlu rancang awal2.. Kat mana nak bersalin.? Kat mana nak berpantang? Semua tu nak kena decide awal2 kan.

Bersalin.

Hospital pilihan. Hospital wanita dan kanak-kanak, likas, kota kinabalu sabah. Yup. Insyaallah Anak saya ber-IC nombor 12 lagi lah kali ni. ( maafkan ibu ye anak2)..

Jangan tanya kenapa nak tak nak balik bersalin di kampung? jawapannya dah saya jelaskan masa 1st Pregnancy dulu. Cuma kali ni tak de lagi family trip ke sabah. Nanti saya bersalin pun insyaallah takkan ada family yang datang temankan kami. Ma saya tak dapat nak datang coz nak kena jaga abah saya tak berapa sihat. Sama jugak dengan Mak mertua saya pun tak berapa sihat, tambahan pula MIL agak sibuk untuk uruskan persiapan majlis perkahwinan adik ipar saya nanti. 

Saya tak nak susahkan mak dan MIL saya, mahupun adik-beradik serta ipai duai.. Insyaallah, saya dan suami akan uruskan sendiri urusan bersalin nanti..Mudah-mudahan tak de halangan dan masalah dan setelah selesai urusan pendaftaran mykid, dan beli tiket baby, terus balik sambung berpantang di kampung pada usia baby hari  ke-10.

Berpantang.

Insyaallah saya akan berpantang di rumah ma saya sendiri di Bachok. Hubby akan hantar kiteorang (saya, zahraa dan baby) balik..dalam seminggu macam tu lah baru dia balik semula ke KK. 

Due date saya 13 September 2015 (40 minggu) Kalau bersalin awal macam zahraa dulu (38weeks), maka anggaran tarikh tu adelah 30 Ogos 2015. Kalau adik baby nak jadi anak merdeka pun ok jugak lahir 31 Ogos, sama tarikh dengan adik saya, apit. :) Tapi mana2 je lah adik baby.tak kisah pun bila adik nak keluar, cuma yang .ibu mintak moga2 adik lahir dengan selamat dan sihat2 je..ok sayang..Insyaallah..

Tapi yang pastinya, Hubby tak dapat nak cuti lama-lama kat kampung lepas hantar kiteorang tu..Coz 14 Oktober nanti adik hubby, kakchik akan berkahwin. Dalam perancangan kiteorang..Hubby akan balik semula pada 8 Oktober - 17 Oktober 2015. Tapi tiket flight belum dibeli lagi...sebab nak tunggu lepas saya bersalin dulu..Sekiranya saya ditakdirkan bersalin lambat (lebih dari jangkaan awal 13 september) makanya kiteorang akan balik dekat2 dengan tarikh kakchik nak kawen tu je la...pakai sekali harung je..tak de la dua-tiga kali hubby nak ulang alik, save bajet dan cuti hubby jugak nanti..

Tapi saya la pulak yang 'agak susah' nak kena berpantang sendiri2 je dulu..sementara balik kampung..dengan zahraa lagi yang masih kecil..errr...mungkin jugak nanti nak kena cari pembantu buat sementara waktu untuk jaga dan uruskan  zahraa dan bantu saya buat kerja rumah jugak.. (cuci kain baju, masak..kemas rumah..) - mungkin dalam 2 minggu pertama saya bersalin tu..coz masa tu kesihatan saya masih agak 'sakit' dan tak boleh buat kerja berat.

PArt pembantu sementara tu kiteorang masih belum decide nak cari kat mane..siapa orangnye...kena fikir balik kos jugak..Ataupun sekiranya adik saya Iwan tu belum posting lagi ke mana-mana, sebenarnya dia dah offer kan diri untuk datang bantu saya kat sini..cuma, semuanya kena 'tengok keadaan' dulu bila dan ketikanya saya bersalin...baru betul2 boleh buat keputusan..huhu...[part ni agak stress kalau nak fikir...so kiteorang layankan je.....malas nak semakkan otak..huhu...]

Pape pun, doa saya..mudah-mudahan saya bersalin dengan selamat2...dan setiap urusan yang dilakukan akan dipermudahkan olehNya..insyaallah...amin ya rabbal alaminn....



-32 weeks sudah...dup dap dup dap.... -






3 comments:

Aty_Fared said...

semoga dipermudah kan yer..instaa Allah... kat mana pon bersalin..apa cara sekalipon..semoga berada dalam jagaan Allah..sihat anak dan ibu.. amin.. :)

Nik Azidah said...

Semoga dipermudahkan segala urusan ye....amin :)

azizah green line said...

Alahaii bsalin kt sabah lagi. Sian emi nak handle dua org anak nnti.. moga di permudahkan segala urusan ye..

Amik tarikh hakimi 10 september. Hehehe

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts