Friday, 31 July 2015

ANTARA KENALAN YANG PALING LAMA DI SABAH


Bergambar kenangan bersama mak cik Apung @ mak cik satu/suti..hihi..
Sedar tak sedar..dah hampir 6 tahun 4 bulan saya di negeri sabah, datang je sini mak cik tu dah kerja kat pejabat kami..

Ada sorang lagi mak cik, kami panggil mama jidi..tadi tak sempat nak bergambar kenangan..tak pe lah insyaallah ada umur panjang boleh jumpa lagi coz saya pernah ke rumah mereka berdua yang tak jauh dari pejabat ni.

Mak cik berdua ni kerja sebagai cleaner di pejabat kami..sepanjang 6 tahun ni saya sendiri pun dah lupa berapa orang bos mereka coz syarikat yang mendapat kontrak cucian pejabat sentiasa bertukar mengikut tahun..cuma yang bagusnya pekerja mereka tak tukar..

Yang sedihnya tahun ni kontrak cucian dah ditamatkan terus menyebabkan makcik juga terpaksa tinggalkan pejabat ni.tak ada pengganti lagi dalam masa terdekat ni..harap2 pekerja baru nanti semua akan ok dan baik2 macam makcik2 ni jugak lah..

Sepanjang perkenalan dengan mereka, rasanya tak pernah lagi ada perselisihan faham dalam persahabatan ataupun urusan kerja.. Alhamdulillah semua baik2..makcik pun dah anggap kami semua macam ahli keluarga ya sendiri..kalau kami ada masalah contohnya nak cari tukang urut, atau sebagainya.. pergi minta bantuan dengan diorang..begitu juga kalau ada majlis2 kenduri kendara di kampung mereka tak pernah lupa untuk mengundang kami semua.. :)

Semoga makcik apung dan mama jidi sentiasa diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..terima kasih di atas sumbangan dan khidmat makcik selama ni..semoga persahabatan kita juga takkan putus, insyaallah.. :)



Thursday, 30 July 2015

AIS KRIM TEMBIKAI

Sebelum ni riuh dengan fenomena ais krim kelapa dan ais krim pasu, sekarang timbul pulak ais krim tembikai.(thanks to group facebook - info rakyat dalam kelantan - IRDK)

Lokasi : pantai seri tujuh, tumpat kelantan.
Harga : rm4 satu set
Spesifikasi : pulut di bawah, ais krim dan kat atas disusun hirisan buah tembikai, dihiasi dengan kekacang/coklat chips..


*** Typing error : tembikar = buah tembikai ***

Macam menarik je kan!!
Balik kampung nanti nak try lah..
Buah tembikai kan sedap, makan sejuk2 macam tu..
Dah la ada pulut...my faveret...

Wednesday, 29 July 2015

IZZ ZAHRAA di kala mencecah usia 1 tahun 9 bulan

Dah lama rasanya tak update pasal anaknda sorang ni..
Hari ni sakit perut saya dibuatnye..
Babysitter whatsapp gambar along zahraa..

Tengah sapu karpet dengan penyapu lidi..siap bertuala lagi kat atas kepala!
Gelak sorang2 tadi kat pejabat.
Terus saya share kat whatsapp group family.. Semua adik beradik dok ikut gelak sama..

Mau taknye..dah macam mak nenek.. A.k.a mok wo (mok cik tuo) hahahaa...

Bs citer..dia selalu tengok Bs pakai tuala macam tu lepas mandi..pastu hari ni mintak bs pakaikan untuk dia sekali..

Dah pakai tu tak nak buang dah..marah lagi kalau tuala tu terjatuh..yer la kepala dia bukannye besar mana pun..tuala tu dah la besar sikit..

Siap pakai nampak penyapu lidi kat dapur, terus ambik penyapu lidi dan pegi sapu kat karpet..aduii...terlebih rajin anak dara sorang ni..kalau kat rumah pun dia memang dah selalu sangat nampak dia ambik penyapu kat dapur dan berlari2 ke ruang tamu nak sapu lantai..penyapu tu dah la besar panjang..


Baru2 ni sebelum raya ada kitorang berbuka kat pizza hut 1borneo...lepas tu g jalan2 kejap, masuk kedai Daiso, beli penyapu kecik untuk along zahraa..dan jugak kerusi kecik untuk duduk..bukan main happy lagi bila dapat penyapu tu..siap x bagi lagi ibu ngan abi ambik..






Melayan citer di atas kerusi kecik beli kat daiso (RM5 untuk setiap satu barang, tapi sekarang dah ada cas gst 20 sen kalau x silap) upin dan ipin, ABC SONGS, alif ba ta..frozen.. Huhu macam2..sebelah tu penyapu kesayangan.. Hihi..

Makin hari makin banyak gelagat2 lucu yang mencuit hati..dah la suka menyanyi..mulut die memang tak berhenti bercakap..ada je yang nak dibualkan..tak banyak ragam, senang nak urus..tak menyusahkan ibu, abi, umi dan abah..Alhamdulillah..syukur ke hadratMu ya Allah..sentiasa permudahkan urusan hambaMu ini..

BERSALIN DI KELANTAN, INSYAALLAH.

Assalamualaikum dan hai,

Dah ramai rakan2 terdekat saya yang dah tahu dan masih ramai jugak yang belum tahu. Sebab tu saya nak share dekat sini..[err..mungkin ada antara rakan2 yang baca blog saya yang hanya nak jadi silent reader saya tanpa contact dengan saya pun saya ok, saya tak kisah, berterima kasih lagi coz sudi jugak baca blog yang tak seberapa ni..hehe]  Lagipun tak ada yang nak saya sorokkan ape2 pun.. :)

Ok berbalik pada update entry saya yang sebelum2 ni, pada perancangan asal saya sebetul2 nya saya dah merancang untuk bersalin di Sabah ni je seperti 1st pregnancy dulu. Sebab tu saya dah balik bercuti sebelum puasa haritu.

Dengan Kuasa-Nya yang tak dapat nak saya tolak, abah saya pula jatuh sakit. Ekceli masa saya balik kampung baru-baru ni pun abah dah kelihatan lemah. Ajak pegi klinik dia tak nak, biasa lah orang tua kan..mana dia nak..Ni dah agak teruk, sampaikan nak telan makanan pun dah tak boleh, lepas dipujuk ma, kakak dan adik2 saya barulah dia nak ke hospital. Alhamdulilah keadaan agak stabil dan tak ditahan di wad, cuma tekanan darah agak tinggi dan perlukan pemeriksaan lanjut serta rawatan yang berterusan lagi.

Tetiba pulak saya didatangi dengan satu perasaan lain. Entahlah, sebak, sayu hati,,,risau..gundah gulana...serba tak kena..macam2 yang saya fikirkan...seharian saya sedih sebab asyik fikirkan keadaan abah dan juga keadaan saya yang sedang sarat ni. 

Setelah berbincang dengan hubby, kami buat keputusan untuk saya balik bersalin di kampung. Saya tak nak kusutkan fikiran lagi. Nekad untuk balik bersalin di kampung di samping ma abah saya. At least kalau jadi apa2 kat abah saya sewaktu saya dah tak boleh naik flight (36 minggu ke atas), masa tu saya dah ada kat kampung. Selebihnya saya serahkan kepada Nya. Saya tak nak kalau2 jadi apa2 kat abah saya waktu saya kat sabah dan masa tu jugak saya dah tak available lagi untuk naik flight??? boleh tak korang bayangkan macamana perasaan tu.

Mungkin ada yang cakap...ala..ajal maut semua tu ketentuanNya..bila2 masa boleh jadi..
Yup betul tu..semua tu dah ditentukan olehNya..
CUma bagi saya, at least KALAU jadi apa2...saya tak rasa RALAT...insyaallah takkan rasa MENYESAL TAK SUDAH...

ABAH kandung kot...takkan ada pengganti lain..
28 tahun saya bersama abah..
Mana dapat tandingi dengan orang lain yang kita baru kenal beberapa tahun...
Apa nak jadi...apa orang nak fikir..saya tak kisah..
Yang penting saya puas hati dengan keputusan saya ni..
Yang PALING PENTING hubby merestui dan menyokong sepenuhnya keputusan yang kami buat ni...

Selepas berbincang dengan bos saya, alhamdulillah bos juga menyokong permohonan saya untuk bercuti awal..
Saya terpaksa mengambil cuti rehat sebanyak 12 hari dan juga 14 hari cuti bersalin awal..
lebih kurang sebulan jugak awal..
Cuma agak bermasalah sikit coz baki cuti rehat saya dah tak banyak lagi yang tinggal.
Mudah2an saya bersalin ikut due date saya tu la..
Kalau tak, sayang pulak dengan cuti rehat tu.(nak kena tambah lagi cuti rehat).huhu..



Sekarang saya 33 minggu, insyaallah hari saya nak balik tu 8 Ogos, cukup2 35 minggu masa tu. 
Semoga urusan balik nanti tak ada masalah..
Saya balik ni  berdua dengan zahraa je..mula2 hubby nak balik hantar kiteorang..
Tapi bila tengok tiket, saya rasa satu pembaziran..sebab tiket MAS agak mahal coz kena transit di KLIA dulu, baru sampai ke Kota Bharu. untuk 3 orang pergi sahaja lebih kurang RM1200. Belum lagi tiket hubby balik ke KK semula.. tambahan pula hubby tak boleh cuti lama, ada kelas hujung minggu dan jugak cuti rehat pun nak kena simpan untuk balik lagi menjenguk kami 2-3 kali lagi sebelum saya habis cuti bersalin (dijangka hujung bulan November nanti)

SO kiteorang decide saya balik berdua je dulu dengan zahraa, terus booking tiket. untuk
 Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Kota Bharu bagi saya dan zahraa..
Tiket saya RM472.45
Tiket zahraa  (Infant ; umur 8 hari sehingga 23 bulan)- RM 47.70
Total : RM520.45 (satu hala sahaja)

Ambil yang paling murah dan jugak paling kena dengan usia kandungan saya 35 minggu. 
Sebelum balik nanti kena ambil surat menyurat kesihatan dulu di Klinik Medisinar (Klinik panel MAS)
Kalau tak de surat tu memang tak boleh naik flight dah..
Coz bagi pregnant women untuk naik flight MAS hanya boleh dinaiki sehingga usia kandungan 36 minggu  (36 minggu dan ke bawah..) tu pun atas kelulusan doktor mengikut kesihatan ibu.
Melalui rujukan saya dengan klinik medisinar, **SURAT KELULUSAN DOKTOR KLINIK MEDISINAR TU HANYA SAH UNTUK TEMPOH SEMINGGU SEBELUM PENERBANGAN TU SAHAJA.**

Minggu depan baru saya akan ke klinik medisinar untuk ambil borang khas. Borang khas tu nanti kena bawak pergi ke klinik yang kita berklinik, untuk diisi oleh nurse dan disahkan oleh doktor, selepas tu barulah kena pegi lagi ke klinik medisinar untuk disahkan oleh doktor samaada kita ni FIT / UNFIT to travel...

 Insyaallah mudah2an semua urusan nanti dipermudahkanNya..
Mudah2an saya dan baby sihat2 je..
Risau jugak...kot2 dekat nak terbang nanti ade masalah kesihatan...tapi mintak jauh la...huhu..
Tapi tu lah...kite hanya mampu merancang...yang selebihnya DIA yang tentukan...

Tolong doakan saya....Terima kasih ye.. :)











Friday, 24 July 2015

kuasaNYA

sumber : google

Assalamualaikum,

 kita hanya mampu merancang..selebihnya terserah kepadaNya.
Perancangan kami..bukanlah yang terbaik..
DIA yang lebih mengetahui apa yang TERBAIK buat kami..

p/s : Semoga dipermudahkan olehNya...Insyaallah..


Monday, 20 July 2015

2nd PREGNANCY : PERANCANGAN LOKASI BERSALIN DAN BERPANTANG

Assalamualaikum readers..

Sorry dah lama menyepi. Lepas balik kampung baru2 ni rasa malas sangat nak update blog.  
Hubby tetiba kena demam teruk, sampaikan dapat MC 4 hari. Kesian dia. Dengan kesihatan saya yang tak menentu, tambah lagi malas nye nak update blog. Ni dah rasa ok sikit. Hubby pun dah sihat walafiat. Alhamdulillah.
Tapi dalam bulan puasa haritu pun lagi lah malas nak bukak blog...huhu..

Kisahnya bersalin dan berpantang. 

Di mana? - soalan femes. Ahh bukan nak fikir sangat pun pertanyaan orang. Tapi saya sendiri yang perlu rancang awal2.. Kat mana nak bersalin.? Kat mana nak berpantang? Semua tu nak kena decide awal2 kan.

Bersalin.

Hospital pilihan. Hospital wanita dan kanak-kanak, likas, kota kinabalu sabah. Yup. Insyaallah Anak saya ber-IC nombor 12 lagi lah kali ni. ( maafkan ibu ye anak2)..

Jangan tanya kenapa nak tak nak balik bersalin di kampung? jawapannya dah saya jelaskan masa 1st Pregnancy dulu. Cuma kali ni tak de lagi family trip ke sabah. Nanti saya bersalin pun insyaallah takkan ada family yang datang temankan kami. Ma saya tak dapat nak datang coz nak kena jaga abah saya tak berapa sihat. Sama jugak dengan Mak mertua saya pun tak berapa sihat, tambahan pula MIL agak sibuk untuk uruskan persiapan majlis perkahwinan adik ipar saya nanti. 

Saya tak nak susahkan mak dan MIL saya, mahupun adik-beradik serta ipai duai.. Insyaallah, saya dan suami akan uruskan sendiri urusan bersalin nanti..Mudah-mudahan tak de halangan dan masalah dan setelah selesai urusan pendaftaran mykid, dan beli tiket baby, terus balik sambung berpantang di kampung pada usia baby hari  ke-10.

Berpantang.

Insyaallah saya akan berpantang di rumah ma saya sendiri di Bachok. Hubby akan hantar kiteorang (saya, zahraa dan baby) balik..dalam seminggu macam tu lah baru dia balik semula ke KK. 

Due date saya 13 September 2015 (40 minggu) Kalau bersalin awal macam zahraa dulu (38weeks), maka anggaran tarikh tu adelah 30 Ogos 2015. Kalau adik baby nak jadi anak merdeka pun ok jugak lahir 31 Ogos, sama tarikh dengan adik saya, apit. :) Tapi mana2 je lah adik baby.tak kisah pun bila adik nak keluar, cuma yang .ibu mintak moga2 adik lahir dengan selamat dan sihat2 je..ok sayang..Insyaallah..

Tapi yang pastinya, Hubby tak dapat nak cuti lama-lama kat kampung lepas hantar kiteorang tu..Coz 14 Oktober nanti adik hubby, kakchik akan berkahwin. Dalam perancangan kiteorang..Hubby akan balik semula pada 8 Oktober - 17 Oktober 2015. Tapi tiket flight belum dibeli lagi...sebab nak tunggu lepas saya bersalin dulu..Sekiranya saya ditakdirkan bersalin lambat (lebih dari jangkaan awal 13 september) makanya kiteorang akan balik dekat2 dengan tarikh kakchik nak kawen tu je la...pakai sekali harung je..tak de la dua-tiga kali hubby nak ulang alik, save bajet dan cuti hubby jugak nanti..

Tapi saya la pulak yang 'agak susah' nak kena berpantang sendiri2 je dulu..sementara balik kampung..dengan zahraa lagi yang masih kecil..errr...mungkin jugak nanti nak kena cari pembantu buat sementara waktu untuk jaga dan uruskan  zahraa dan bantu saya buat kerja rumah jugak.. (cuci kain baju, masak..kemas rumah..) - mungkin dalam 2 minggu pertama saya bersalin tu..coz masa tu kesihatan saya masih agak 'sakit' dan tak boleh buat kerja berat.

PArt pembantu sementara tu kiteorang masih belum decide nak cari kat mane..siapa orangnye...kena fikir balik kos jugak..Ataupun sekiranya adik saya Iwan tu belum posting lagi ke mana-mana, sebenarnya dia dah offer kan diri untuk datang bantu saya kat sini..cuma, semuanya kena 'tengok keadaan' dulu bila dan ketikanya saya bersalin...baru betul2 boleh buat keputusan..huhu...[part ni agak stress kalau nak fikir...so kiteorang layankan je.....malas nak semakkan otak..huhu...]

Pape pun, doa saya..mudah-mudahan saya bersalin dengan selamat2...dan setiap urusan yang dilakukan akan dipermudahkan olehNya..insyaallah...amin ya rabbal alaminn....



-32 weeks sudah...dup dap dup dap.... -






Saturday, 18 July 2015

Selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikum & hai!

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat illahi..dapat juga bersama-sama meraikan aidilfitri tahun ni. Walaupun agak sedikit ralat coz tak dapat balik beraya bersama-sama famili tercinta..namun raya tetap disambut dengan serba kekurangan di sini, negeri di bawah bayu bersama rakan2 seperjuangan..

Raya kami yang bersederhana..


Puasa pulak..tak dapat nak puasa penuh seperti tahun lepas. Tahun ni daku agak 'semput' sekiranya tak bangun bersahur. Mungkin sebab puasa kali ni kandungan saya dah agak sarat kot..Maka jawabnya 4 hari terpaksa diganti balik..huhu..syukurlah bukan 24 hari!

Raya kali ni juga, merupakan kali pertama saya tak masak apa2 pun. Gantung kuali, dapur bersih! Malam raya tu hubby ada program bakar lemang dengan kawan2 pejabatnya. Petang 29 ramadhan kami sama2 berbuka puasa di pejabat.,sambil membakar lemang..dekat pukul 10 malam, saya dan umie yah balik dulu..tumpang kawan. Sebabnye kiteorang mintak tolong yah masakkan rendang ayam..seekor je..dah masak nnti bahagi dua..daku memang surrender awl2..nak masak sorang2 memang tak terdaya lah...nasib baik yah sudi tolong masakkan..tq tau..

Pagi raya..husband yah datang hantar rendang..dan sampaikan berita yang sangat mengejutkan..jiran diorang, merangkap rakan sepejabat saya..telah pergi bertemu illahi..di pagi syawal. Al-fatihah..arwah meninggal disebabkan terkena serangan jantung, di usia lebih kurang 40 tahun..meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak yang masih bersekolah..

Terus kami menziarahi keluarga arwah..keadaan yang sangat menyedihkan..sang isteri sedang menangis sewaktu sedang berhubung dengan seseorang di talian telefon. Mungkin sedang bercakap dengan keluarga di kampung..anak2 pula sedang menangis teresak2 di tepi dinding, di pagi yang mulia pulak tu. tak dapat saya nak duduk lama di situ, hampir gugur air mata melihat mereka. 

Alhamdulillah, Pengurusan jenazah semuanya diuruskan oleh pihak pejabat...dari urusan mandi, mengkafankan dan solat jenazah..dibantu oleh warga masjid sekitar perumahan kami.,sampailah ke pengurusan untuk penghantaran jenazah pulang ke kampung di perlis dengan menaiki kargo MAS...

Ternyata..bila berlakunya pemergian kenalan sebegitu, terasa begitu singkat masa kita di dunia ini. Terus terfikir, andai sesuatu terjadi pada kami kelak..keadaan akan jadi macam tu jugak..jauh dengan sanak saudara..harapkan teman2 seperjuangan dan jiran tetangga je lah..

Kematian itu...semuanya berlaku dengan tak terduga..tanpa disangka2..terus terfikir..sudah cukup ke bekalan kita untuk di bawa ke alam sana? Ya allah.,insafnya..banyak dosa2 lagi..yang belum tentu diampuniNya.. :( 

Semoga kejadian ini ada hikmah, pengajaran dan peringatan buat diriku...dan seluruh keluargaku...yang hidup ini adalah singkat..jangan terlalu mengejar urusan keduniaan, sampaikan alpa dan leka dengan urusan di akhirat...insyaallah..

Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin..







About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts