Wednesday, 3 June 2015

2nd PREGNANCY : 25 WEEKS CHECK-UP

Assalamualaikum dan hai!

Pregnant kali ni, sama macam pregnant 1st. Mood update blog pasal peknen ni jadi swing. Time rajin, rajinlah. Kalau tak asyik merapu je. 

Hari ni temujanji kesihatan ke- 5. Selalunya saya turun dari rumah agak lewat, sebab temujanji saya jam 10 pagi. Tapi hari ni saya sengaja keluar awal sikit sebab kalau boleh nak tanya dengan nurse berkenaan kandungan saya.

Saya ni kes USOD. Iaitu kes ibu mengandung tapi tiada tarikh akhir period. Umur kandungan ditentukan dengan ultrasound je. Kalau ikutkan buku rekod kesihatan, usia kandungan saya dah mencecah 25 minggu, tapi kalau boleh saya nak pastikan berapa usia kandungan saya yang sebenar sebelum saya naik flight minggu depan. Sebab kalau nak naik flight, usia kandungan bawah 28 minggu tak payah buat surat, cuma kena tandatangan surat akuan (yang akan diberi oleh staff airasia)..tapi sekiranya usia kandungan dah 28 minggu wajib ada surat dari doktor, kalau tak memang tak boleh naik flight. Yahooo happynya nak cuti!!

Cuti 2 minggu je pun!

Cuti sempena nak balik cari makanan2 yang best..yang tak de kat sabah ni. Especially masakan my mom and also my MIL. Tak sabar okeh!

Cuti ni jugak untuk buat majlis kenduri doa selamat dan solat hajat sempena kelahiran baby ke-2 kami
Nanti..insyaallah..semoga allah permudahkan..

Hasil check-up hari ni semuanya normal je, tadi timbang berat dah 71kg. Pheww.. Dasar kuat makan betul kali ni..hihihi. Alhamdulillah mengandung kali ni saya tak de GDM @ kencing manis mase peknen. Lega sangat2 tak payah susah2 nak ulang alik ke klinik untuk check darah.

Tadi nurse cakap kalau 26 minggu tak payah ada surat doktor untuk naik flight. Tapi flight balik ke KK nanti masa tu saya dah 29w, nak tak nak memang kena ada surat doktor. Tadi jumpa kawan saya nurse kat klinik tu, dia boleh tolong dapatkan surat doktor tu. Kirenye ready awal2 dari KK nanti tak payah susah2 nak refer klinik kat kampung pulak. Kt kampung ni leceh sikit nk kena ke klinik kesihatan Beris, saya dah pernah berklinik sementara kat situ. Agak kurang selesa coz kita dah terbiasa dengan klinik di KK, prosedur kat semenanjung lagi leceh bagi saya yang tak biasa di sana. tu yang kalau boleh nak dapatkan surat doktor siap2 dari sini. Thanks kat kawan saya tu. :)




3 comments:

azizah green line said...

jijah dulu 28w bagi surat doktor nak naik flight..nasib la doktor pon ok..org semenanjung.kalau xde surat doktor nnt kat airport kena sign satu borang yg dia xbertanggungjwab if jd apa2

mOoN IzzaN said...

haaaa.. sama la.. xde mood nak bukak blog.. tpi kena gak update.. huhu..

Putri said...

Semoga selamat pulang bercuti dan kembali ke KK

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts