Saturday, 20 June 2015

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Baru sempat nak update blog. Daku kat kampung sekarang ni, tengah menikmati quality time dengan kedua2 belah keluarga kesayanganku. 

Tinggal beberapa hari je lagi saki baki cuti. Khamis ni dah kena balik KK. Nyesal pulak tak ambik cuti sepanjang yang boleh (banyak cantik) hihi..

Alhamdulillah setakat ni saya boleh puasa, harap2 nanti dah start kerja pun boleh puasa penuh. Sayang pulak kalau tinggal puasa. Nak mengganti balik tu yang malas. Tapi tu lah. Kalau cuti2 ni boleh lagi saya tumpang tidur kalau zahraa tidur. Lagipun tengah cuti camni bukannye banyak keje, rehat je memanjang. Tapi bila dah start keje,? Tak kan nak membuta kat pejabat pulak? Huhu.

Kerinduan dan rasa mengidam dah ku realisasikan. Alhamdulillah dah makan hampir kesemua makanan dan minuman yang saya mahu.


Menu berbuka petang semalam. Kat rumah atuk nenek sebelah hubby di kg salor. Meriah sangat2 dengan hampir separuh ahli keluarga belah tok cik salor yang join sekali. Yang tak join kebanyakan family yang duduk kat negeri luar dan jugak yang agak jauh dari rumah tok cik (daerah lain). Dah jadi rutin tahunan keluarga belah hubby., wajib ada gathering macam ni, tak kisah bulan puasa atau tak. Ikatan keleluargaan ini yang sangat2 rapat. Sama juga dengan family atuk nenek hubby yang satu lagi (belah tok mek kg aur duri)..sama juga meriahnya - tak sempat pegi lagi) 



My little big girl. Kak long yaya @ kakak. Sampai je umah tok cik, terus berlari2 dengan sepupu2 nya anati dan ammar. sampaikan terjatuh sebab licin air hujan yang 'tiris' melalui siling yang bocor. Menangis kejap lepas tu sambung main lagi.

"Salam ramadhan al-mubarak..kosong-kosong"





Wednesday, 10 June 2015

WORDLESS WEDNESDAY : MASA MEREBUS TELUR



Self-noted.
Senang lepas ni kalau nak rebus telur boleh ler cuba ikut masa tu pulak..
Selalunya kalau nak rebus telur, ikut suka hati je..
Selalunya biarkan lama je.lebih kurang 15 minit..confirm2 masak...hihii



Tuesday, 9 June 2015

SHOPPING SEBELUM BALIK KAMPUNG




Selalunya, sebelum balik kampung kiteorang boleh dikatakan wajib akan bersyoping dulu ape-ape untuk dijadikan buah tangan buat family kesayangan di kampung. Ye lah balik pun bukannye tiap2 bulan. Paling kurang 5 @ 6 bulan baru la balik. Sekali sekala belikan buah tangan buat mereka apa salahnya kan.




1. Ikan Yu [faveret abah]
2. Kepala ikan
3. Udang 
4. Keronsang [yang ni kakak kirim]
5. Kain batik Songket Ratu - ku berkenan corak batik ni, untuk dijadikan hadiah buat mak dan MIL.

Tiada dalam gambar :-
gelang pandora untuk anak saudara hubby - Nurul Anati Khalis. Comel. Nanti saya share pic nye next time...hehe
 2 set Bag kecik (wrislet ke orang panggil?) yang ada 3 saiz. [sedara hubby kirim dan satu set lagi untuk dijadikan cenderahati]

  barang-barang yang dibeli kali ni tak berapa banyak seperti sebelum ni. (Bajet terhad coz balik sebelum gaji, dah la bulan ni lari bajet sikit coz ade buat bayaran deposit rumah pertamaku..huuhu..sob..sob..sobb) ... Lagipun selalunya sebelum ni kalau balik kampung memang wajib beli ape2 untuk semua family sebagai cenderahati...kirenye kali ni je la tak beli banyak barang.. 

P/s : insyaallah kalau ada masa free saya share macam mana cara saya packing ikan dan seafood bawa balik naik flight ye.. :)

Tak sabarrrrr....semoga selamat sampai ke kampung halaman..insyaallah

Monday, 8 June 2015

RUMAH PERTAMA : PART 2 - PERJANJIAN JUAL BELI, PINDAHMILIK TANAH DAN URUSAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN


Proses Pembelian Rumah Pertama [klik link untuk baca selanjutnya]

Alhamdulillah dokumen yang dipos oleh pihak pemaju telah selamat saya terima. 
Antara dokumen tersebut ialah :-
1) Borang Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pajakan
2) Perjanjian Jual Beli (Sales And Purchase Agreement @ S&P Agreement)
3) Dokumen Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan [yang dah di print out dari website sppb]
4) Contoh surat dari majikan [perlu dibuat menggunakan kepala surat jabatan masing-masing]

Kak Nora [staff dari syarikat pemaju] dah call saya sebelum ni, dia dah bagitahu nanti kena sign di bahagian yang dah ditanda oleh beliau. Bagi ruangan untuk ditandatangani oleh ketua jabatan pun dah ditanda siap2, berserta senarai salinan yang perlu disediakan/disahkan oleh Ketua Jabatan saya. Kesemua dokumen yang dah dilengkapkan saya perlu bawa balik ke kampung hari Khamis ni untuk diserahkan kembali kepada pihak pemaju.

Dalam masa yang sama jugak saya dah baca dan semak kesemua dokumen tersebut dan juga merujuk beberapa orang pegawai dan juga rakan-rakan saya. Insyaallah semoga semua urusan ni berjalan dengan lancar dan tiada masalah. 

Sunday, 7 June 2015

JAGA SENSITIVITI MASYARAKAT

Berbalik dengan kejadian gempa bumi sabah..maka timbullah pelbagai topik2 hangat..
Sama jugak dengan kejadian banjir di Kelantan, dan tak lupa juga bencana2 alam yang lain,
juga pelbagai lagi Ujian yang diturunkan oleh Allah swt buat semua hambaNya, tak mengira bangsa, agama dan negara..

Masing2 mulalah nak keluarkan kenyataan tu..kenyataan ni..
Masing2 nak tunjuk pandai..tunjuk hebat..
Semua berebut nak jadi keyboard warrior..
Semua sibuk nak 'bertanding' 'status siapa paling WIN'

Kita di Malaysia, memanglah masing2 ada hak untuk bersuara,
Tapi...tolonglah berhati2...
Fikir dulu apa akan jadi dengan kenyataan yang bakal kita tulis tu..
Tak payah nak up status semata2 nak cakap 'oh pandainye aku sindir dia tu..pandainya nak sindir dia ni..'

Jangan sampai memakan diri sendiri..
Menyusahkan diri sendiri..keluarga sendiri, jabatan sendiri,,,dan juga rakan2 yang lain..
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

Fikir-fikirkan lah..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..
Kalau terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...
Sama juga dengan terlajak TULIS,,,akibatnya kau lah yang tanggung..



Self reminder...
Semoga dijauhkan daripada terjadinya perkara2 sebegini kepada saya, keluarga saya dan juga rakan2 saya...amin..



Saturday, 6 June 2015

2nd PREGNANCY : SYARAT MENAIKI PENERBANGAN

Alhamdulillah, satu urusan dah settle sebelum balik bercuti di kampung 11 hingga 25 Jun 2015. 
Eksaited sangat2 nak balik ni.,macam2 jenis makanan dah berada dalam short list saya. 
Tapii selalunya yang tak termasuk dalam tu la yang selalunya jumpa dulu pun,.hihi...

Okeh..bagi yang merantau di negeri Sabah/Labuan/ Sarawak atau negara lain yang seangkatan dengannya...di mana KENA naik flight....sebelum tu kena semak dulu beberapa keperluan penting, seperti
kena pastikan dulu berapa usia sebenar kandungan korang sebelum menaiki pesawat kerana sesetengah syarikat penerbangan ada syarat2 nya.

Macam kes saya, kes USOD, usia kandungan yang tak pasti, dah ditentukan dengan beberapa kali ujian ultrasound dan dah dapat tarikh EDD iaitu 12 September 2015. Sekarang usia kandungan saya dah berusia 25 minggu 6 hari. Insyaallah pada tarikh saya akan terbang iaitu 11 Jun 2015 usia kandungan saya adelah 26 minggu 5 hari. 

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS


Bagi menaiki syarikat penerbangan yang lain saya kurang pasti, tapi kalau MAS yang saya pernah buat rujukan  [masa kandungan lepas], syarat menaiki pesawat adalah seperti berikut :-



When is air travel not recommended?

Travel by air is not recommended in the following cases:
i) Infants less than two days old.
ii) Women:
  • After 32nd week of pregnancy for those with multiple pregnancies (e.g. twins).
  • After 35th week of pregnancy for international flights.
  • After 36th week of pregnancy for domestic sectors.
  • Until seven days after delivery.



So, dengan usia kandungan saya sekarang, bagi menaiki penerbangan nanti saya TIDAK memerlukan surat pengesahan kesihatan daripada pihak hospital, cukup setakat menandatangani satu surat - PENYATA LIABILITI TERHAD [yang boleh didapati daripada kaunter AirAsia kelak]. Berdasarkan pengalaman yang lepas, [seperti dalam entry INI] ni merupakan surat akuan tersebut:-


AKAN TETAPI :-

Saya dah buat persiapan awal...
Masa check-up 25 minggu haritu saya dah mintak nurse siapkan surat pengesahan kesihatan saya awal2..
Bukan ape, saya risau jugak..ye la..mane tau kot2 pihak Air Asia nak jugak surat tu kan..
Lagi satu..saya KENA jugak mintak surat ni nanti bila dah kat kampung..
Sebabnye untuk penerbangan balik dari Kelantan - Kota Kinabalu 25 Jun 2015 nanti, masa tu saya dah 28 minggu dah..nak tak nak saya kena jugak dapatkan surat tu nanti melalui pihak hospital di Kelantan..[err..agak leceh di situ coz tak biasa dengan hospital kat kelantan ..hehe - ok yang ni alasan je..]


Alhamdulillah kawan saya nurse tu dah tolong dapatkan surat pengesahan daripada doktor,
Lega sangat2..dah tak payah nak stress2 fikirkan pasal surat tu hehe..

Ni contoh surat tu ye..
Surat ni nanti saya nak buat salinan siap2..
Kang kalau pihak AA nak masa 11hb, boleh je bagi yang salinan tu..yang satu lagi salinan blh bagi masa flight 25hb pulak..









Friday, 5 June 2015

GEMPA BUMI 5 JUN 2015

Allahu akhbar.

Ujian yang Allah swt turunkan buat kami yang berada di Negeri Sabah. Pagi tadi dikejutkan dengan satu kejadian yang agak luar biasa bagi saya. Waktu tengah drive ke pejabat, lebih kurang pukul 7.15 pagi masa tu saya berada berhampiran dengan roundbout di Pekan Menggatal. Saya biasa  menggunakan jalan pintas untuk ke pejabat dari Jalan Tuaran bypass melalui lorong bersebelahan City Futsal Menggatal kerana jalan tu lebih kurang sesak dan saya  boleh sampai ke pejabat dalam ebih kurang 30 minit.

Bila sampai di roundbout tu, saya berhenti untuk masuk roundbout yang pada ketika tu ada sebiji kereta di hadapan saya. Tiba-tiba saya rasa kereta saya bergegar. Masa tu ada 3 perkara bermain-main kat fikiran saya :-
1) Kenapa jalan ni teruk bebenorr?? -biasanya tak de la seteruk tu..
2) Ehhh..ke kepala saya yang pening...(pejam celik 2 - 3 kali ) ehh tak pening pon!
3) errrr....ker tayar kete saya yang pancit??? - aduh kalau tak berhenti mane2 dulu ni kang rosak sport rim hubby ni...

Lepas je kereta depan saya dah bergerak lebih kurang 2-3 saat, turn kete saya pulak yang kena bergerak..masa tu masih lagi rasa gegaran, Bayangkan tengah drive tu boleh rasa badan bergerak2 sedangkan bukan jalan atas batu-bata or jalan berlubang pun!

Nerves, cuak,, takut semua ada. Mujurlah dekat depan tu ada stesen minyak Petronas. Terus saya berhentikan kereta kat tempat isi angin tayar. Sejurus lepas saya keluar dari kereta ada sebiji lagi kereta lain yang masuk kat sebelah saya. Pemandu perempuan jugak. masing2 duk belek tayar. Yang saya pelik tayar kete semua ok je. Walaupun saya tak pandai nak check angin tayar, tapi saya boleh nampak yang tayar tu tak kemek seperti yang saya duk bayangkan sebelum sampai ke Petronas tadi. Dalam kepala dok fikir, 'aduh camne kalau betul2 pancit..kena call hubby ni...errr...alhamdulillah hubby dah balik Rabu malam haritu...hihihi - lega sekejap)

Lepas saya tengok kat pemandu kereta sebelah saya  yang isi angin tayar kereta dia, terus saya fikir, oh mungkin saya je kot yang panic lebih...takut pancitt...hihii..tapi dalam masa yang sama saya tengok beberapa staff petronas sedang berkumpul dekat tepi tandas. Tengah memandang ke arah saya. Keliru sekejap. Adekah sesuatu yang aneh dekat tayar kereta saya.? check lagi sekali, confirm tak de..err mungkin diaorang sedang bincangkan pasal lain, jangan nak poyo sangat ye...

Tak lama nak sampai dekat pejabat, saya dihubungi oleh rakan saya. Dia tanya saya ade kat mane? ada rasa gegaran tak tadi? Dalam hati,,ehh kau! ko ahli nujum ke? boleh pulak nampak saya tadi ye...mane menyorok? Rupanya semua orang dapat rasakan gegaran tadi.

Sampai di pejabat saya diberitahu oleh rakan saya yang ada kejadian gempa bumi berskala 5.9 magnitud di Ranau, Sabah. Ya allah, terkejut sangat2 sampaikan tak lalu nak brekfast. Tapi sempat jugak habiskan sepinggan kuey tiow campur nasi dan ayam goreng berserta segelas milo panas.. OK tu adelah sikit ye, coz selalunya pagi2 saya makan baaanyak..dengan kuih muih lagi.huhu

Lepas tu baru saya bukak whatsapp, FB dan barulah dapat banyak info berkaitan gegaran yang saya terima tadi. Ada orang cakap  'Gunung Kinabalu' marah sebab ada beberapa orang mat salleh berbogel kat puncak gunung kinabalu beberapa hari yang lepas - err yang ni baru hari ni saya tau. Lambat dapat info. Agak biadap kat situ, dahlah datang negara orang, buat macam tu pulak. Tapi yang tu hanya cakap2 kosong orang je. Bila difikirkan balik, mungkin ada kaitan jugak kenapa Allah swt turunkan Ujian macam ni buat Negeri Sabah.Wallahuallam..

Berita lanjut mengenai gempa bumi di sabah :-

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gempa-6-0-magnitud-landa-ranau-sabah-61647

https://www.malaysiakini.com/news/300779

http://www.bharian.com.my/node/59393

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=4962

Menurut laman web Jabatan Meteorologi kateye tak de amaran tsunami dilaporkan, namun melalui media sosial keadaan agak teruk di sekitar ranau dan kundasang, Ada juga beberapa video yang dimuat naik menunjukkan keadaan sebenar di sana. Ya allah Kau lindungilah kami semua daripada bala bencana, malapetaka...sesungguhnya kami adelah hambamu yang sangat lemah...

Hari ni saya dan rakan2 tak dibenarkan berada dalam premis pejabat kerana dikhuatiri berlakunya kemalangan yang tanpa diduga. Pagi tadi kami hanya berada di aras bawah sahaja. Tengahari tadi saya dan beberapa rakan lain terus balik ke rumah, Tak sanggup nak berjauhan dengan anaknda izz zahraa. Biar ape pun yang jadi asalkan saya tak berjauhan dengan dia..Ibu sayang kamu sayang.

Sekarang jam 5.22petang, hujan dan guruh masih lagi ada, semoga hubby selamat balik ke rumah.
tengahari tadi beberapa kali dengar bunyi helikopter berlegar2 di ruang udara, mungkin sedang sibuk menyelamatkan pendaki2 gunung kinabalu yang masih lagi terperangkap di atas sana. Semoga semuanya selamat,,,



p/s : Al-fatihah buat adik blogger terkenal, sis ATY FARED [blogger aku bukan bidadari] yang telah kehilangan adik perempuan beliau. Kehilangan yang sungguh mengejutkan, baca entry beliau sambil menangis teresak2.. :( tak lupa juga tahniah di atas kelahiran putera ke-2 beliau walaupun beliau sendiri tengah bersedih di atas kehilangan adinda kesayangannya..
















Thursday, 4 June 2015

2nd PREGNANCY : KURSUS ANTENATAL @ FATHER FRIENDLY DI SABAH

Assalamualaikum dan hai,

Kat Negeri Sabah ni, syarat untuk temankan ibu bersalin di satu-satunya Hospital bersalin kerajaan di Kota Kinabalu iaitu Hospital Wanita dan Kanak-kanak (HWKK) Likas adalah suami/emak WAJIB hadir satu kursus yang dianjurkan oleh Jabatan O & G HWKK Tersebut. Kursus tu adelah kursus Father Friendly @ kursus antenatal. Ibu yang bakal bersalin di HWKK Likas yang mahu ditemani sewaktu bersalin perlu mengikuti kursus tersebut bersama-sama suami/emak yang akan menemani nanti. 

Sekiranya tak hadir kursus tersebut sorry to say lah memang tak dapat nak masuk teman, TETAPI, sama juga sekiranya ibu terpaksa bersalin secara pembedahan (caesarean) yang ada sijil kursus tu pun tak dibenarkan masuk temankan sebab sijil kursus tu hanye valid kepada ibu yang bersalin secara normal sahaja.

Kursus terbahagi kepada 2 sesi, satu kelas teori dan satu kelas senaman. Kedua-dua sesi akan diadakan pada hari setiap hari sabtu, di mana setiap sesi akan diadakan secara berasingan. Contohnya minggu ni sesi teori, minggu depan pula sesi senaman. Nak atau tak korang kena datang 2 kali mengikut jadual tempahan yang telah didaftarkan atas nama anda.

Cara-cara mendaftar ke kursus ini, (sesetengah nurse kat Klinik Kesihatan tak akan bagitau kecuali anda yang tanya dulu tau,) seeloknya daftar awal untuk berkursus ini coz takut full je..kirenye 5 bulan awak pregnant tu dah boleh start daftar.

1) pergi ke HWKK Likas, terus ke kaunter pendaftaran di Jabatan O & G iaitu di aras bawah berdekatan dengan farmasi dan juga pintu lif.

2) jangan LUPA bawa bersama buku rekod Kesihatan anda, yang dah ditulis Tarikh Jangka Bersalin (EDD). 

3) cakap dengan nurse yang sedang bertugas "nak daftar kelas antenatal@ father friendly" dan seterusnya nurse akan semak buku rekod kesihatan anda untuk tentukan tarikh anda perlu hadiri kursus tersebut. Nanti nurse akan booking 2 tarikh, satu untuk kelas teori dan satu lagi kelas senaman. Sekiranya ada apa2 persoalan boleh tanya terus dengan nurse di sana, mereka semua baik2 dan sedia membantu anda.

Dah selesaj urusan daftar, tunggu masa nak hadir kursus je la..tapi jangan lupa pulak maklumkan nurse kat Klinik Kesihatan yang korang berklinik tu. Coz nanti nurse KKia akan tanda dalam catatan pemeriksaan bulanan tu nanti.

Sekiranya ANDA PERNAH HADIR KURSUS INI BUAT PERTAMA KALINYA, untuk kehamilan seterusnya, iaitu kali ke-2,3 atau beberapa pun (sekiranya masih pilih HWKK likas sebagai hospital bersalin anda) anda dah tak payah nak hadir lagi kursus ni. TETAPI anda perlu pegi jugak ke kaunter jabatan O&G HWKK Likas bawa buku klinik yang ada sijil lama anda tu, bersama2 buku klinik yang terkini, cakap dengan nurse yang bertugas "saya pernah hadir kursus ni pada tahun 2013(contoh) -(sambil tunjukkan sijil lama anda tu,) jadi untuk tahun ini saya perlu hadir lagi ke?"

Nurse akan bagi satu sijil baru yang dah disahkan oleh nurse yang bertanggungjawab untuk keluarkan sijil kursus tersebut. Sijil tersebut perlu disimpan baik2 dan dilekatkan bersama2 buku rekod klinik korang nanti nak bersalin esok2 senang dah tak payah hadir lagi ke kursus tu. :)


Ini sijil2 saya. Satu yang dah pernah saya hadir pada 2013. Satu lagi yang untuk tahun ni. Lega sangat2 sebab dah tak payah hadir kursus lagi. Mula2 tu saya tak tau ingatkan kena hadir kursus tiap2 kali nak bersalin..hihi penat la kan kalau asyik nak kena hadir kursus yang sama je tiapkali nak bersalin..tapi sebenarnya SEKALI tu je pun....cuma kena pastikan korang pegi jugak maklumkan HWKK LIKAS Untuk dapatkan sijil bagi tahun seterusnya.. 

Tapi pastikan simpan baik2 segala rekod kesihatan anda yang terkini ataupun dah lepas, coz nanti semuanya akan berguna balik k..kalau sijil lama korang dah hilangkan..yang tu korang kena rujuk HWKK Likas sendiri lah ye camne caranya..huhu...











Wednesday, 3 June 2015

2nd PREGNANCY : 25 WEEKS CHECK-UP

Assalamualaikum dan hai!

Pregnant kali ni, sama macam pregnant 1st. Mood update blog pasal peknen ni jadi swing. Time rajin, rajinlah. Kalau tak asyik merapu je. 

Hari ni temujanji kesihatan ke- 5. Selalunya saya turun dari rumah agak lewat, sebab temujanji saya jam 10 pagi. Tapi hari ni saya sengaja keluar awal sikit sebab kalau boleh nak tanya dengan nurse berkenaan kandungan saya.

Saya ni kes USOD. Iaitu kes ibu mengandung tapi tiada tarikh akhir period. Umur kandungan ditentukan dengan ultrasound je. Kalau ikutkan buku rekod kesihatan, usia kandungan saya dah mencecah 25 minggu, tapi kalau boleh saya nak pastikan berapa usia kandungan saya yang sebenar sebelum saya naik flight minggu depan. Sebab kalau nak naik flight, usia kandungan bawah 28 minggu tak payah buat surat, cuma kena tandatangan surat akuan (yang akan diberi oleh staff airasia)..tapi sekiranya usia kandungan dah 28 minggu wajib ada surat dari doktor, kalau tak memang tak boleh naik flight. Yahooo happynya nak cuti!!

Cuti 2 minggu je pun!

Cuti sempena nak balik cari makanan2 yang best..yang tak de kat sabah ni. Especially masakan my mom and also my MIL. Tak sabar okeh!

Cuti ni jugak untuk buat majlis kenduri doa selamat dan solat hajat sempena kelahiran baby ke-2 kami
Nanti..insyaallah..semoga allah permudahkan..

Hasil check-up hari ni semuanya normal je, tadi timbang berat dah 71kg. Pheww.. Dasar kuat makan betul kali ni..hihihi. Alhamdulillah mengandung kali ni saya tak de GDM @ kencing manis mase peknen. Lega sangat2 tak payah susah2 nak ulang alik ke klinik untuk check darah.

Tadi nurse cakap kalau 26 minggu tak payah ada surat doktor untuk naik flight. Tapi flight balik ke KK nanti masa tu saya dah 29w, nak tak nak memang kena ada surat doktor. Tadi jumpa kawan saya nurse kat klinik tu, dia boleh tolong dapatkan surat doktor tu. Kirenye ready awal2 dari KK nanti tak payah susah2 nak refer klinik kat kampung pulak. Kt kampung ni leceh sikit nk kena ke klinik kesihatan Beris, saya dah pernah berklinik sementara kat situ. Agak kurang selesa coz kita dah terbiasa dengan klinik di KK, prosedur kat semenanjung lagi leceh bagi saya yang tak biasa di sana. tu yang kalau boleh nak dapatkan surat doktor siap2 dari sini. Thanks kat kawan saya tu. :)




Tuesday, 2 June 2015

RUMAH PERTAMA : PART 1 - URUSAN TEMPAHAN DAN DOKUMENTASI

Assalamualaikum dan hai,


Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun saya berkira-kira untuk membeli rumah [3 TAHUN ok.huhu..] akhirnya saya dah berjaya tempah 1 unit rumah. Tu pun sebab saya dah betul2  nekad dengan hubby, nak tak nak tahun 2015 ni kena jugak beli sebiji rumah . Tempoh masa 3 tahun yang kami dah 'bazir'kan tu adelah sangat2 merugikan. Dari harga rumah sekitar kawasan yang kami nak beli tu RM120K kini dah mencecah RM155K tau. :( Betapa cepatnya harga rumah naik, dahlah tahun ni dah start dengan GST, lagi lah harga makin naik [walaupun katenyeee harga rumah tak naik, itu adelah satu kenyataan yang palsu coz hakikat sebenar sememangnya harga rumah semakin naik]. Kawasan yang berdekatan dengan kawasan rumah yang kami nak beli ni pun dah mula naik sampaikan ada yang dah berharga RM170K.

 Rumah pilihan kami adalah di Taman RG Telong, Kandis, Bachok Kelantan. Berdekatan dengan Kolej KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), IKBN, Kolej Vokasional Bachok, Kompleks Sekolah (SMK Agama Tok Bachok, SK Tangok, SMK Dato'Perdana), Pejabat Pendidikan Jajahan Bachok, dan beberapa pejabat agensi kerajaan dan swasta yang lain (MARDI,FAMA, PUSPEN, dan sebagainya). Dan faktor UTAMA pemilihan lokasi tu jugak adalah disebabkan kedudukan lokasi yang strategik dengan Pejabat Maritim Tok Bali yang tak jauh dari rumah tersebut [punca rezeki kami]. So dalam perancangan kami, sekiranya kami pindah ke Kelantan(tak tahu bila, mungkin 10 @ 20 tahun lagi) esok2 tak payah dah nak fikir rumah mana yang nak duduk.  Kalau dari rumah mak saya dengan Tok Bali pun dah tak jauh sangat, lebih kurang 30 minit perjalanan je. Sama jugak jarak dengan rumah mak, so nanti2 mak abah nak  ulang-alik tolong jenguk rumah tu nanti tak de la jauh sangat. 

Ni gambar rumah yang sempat saya snap waktu proses tinjauan bulan Disember yang lepas..Masa ni rumah tak siap lagi. Sekarang pemaju cakap dah siap, tinggal nak serahkan kunci je lagi..

Rumah yang sederhana je...alhamdulillah dan insyaallah moga2 loan saya lulus.. :D





Sempat adik saya posing kat ruang tamu, konon2 nye nak anggarkan saiz dan keluasan rumah tu..Laluan hubby berdiri tu laluan ke ruang makan, dapur dan bilik tidur.





Ni pandangan dari dapur, tempat hbby berdiri tadi. Pintu tu pintu bilik tidur utama. Depan tu ada sedikit ruang, boleh letak meja makan @ buat ruang keluarga.



Pandangan bilik tidur utama, tingkap tu menghadap pintu pagar luar. Ada tandas.



Bilik 2 dan bilik 3, kat tepi tu tandas, dekat dengan dapur.



Ni pandangan dari dapur, boleh nampak pintu bilik utama dan pintu bilik ke-2, dan jugak tandas kat dapur tu. Ada pemisah antara dapur dan ruang keluarga @ ruang makan. Kire ok jugak lah pelan lantai rumah ni, takde lah memanjang je dari pintu depan ke hujung dapur..



Ni pulak pandangan sekitar taman tu. ada rumah banglo dan rumah semi-D kat depan tu. Lot rumah yang saya booking tu pemaju cakap Lorong pertama, tak berhadapan dengan rumah banglo macam rumah dalam gambar ni, (gambar ni merupakan lorong yang ke-2 sebab taman ni ada2 lorong je setakat ni,)


Ni pulak lorong belakang yang memisahkan antara lorong 1 dan lorong 2. Boleh lalu kenderaan, sempit je kawasan belakang dapur tu..


Jenis Hartanah : Rumah teres 1 tingkat (single storey house) , 3 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 961 sq ft (keluasan tanah 1400sq.ft) -kecik je, ku tetap bersyukur..
Jenis hakmilik : Freehold dan bumi lot (bermaksud tanah pegangan bebas tiada sekatan..  freehold boleh diwarisi pada anak cucu kita nanti kerana freehold land punyai geran individunya sendiri dan kekal selama-lamanya. - copy from : blog jijah )  manakala bumi lot (Pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputra saja. kalau nak jual rumah ni kena jual kat bumi saja. dan dapat diskaun lagi.) - thanks jijah!

Harga rumah ni RM150k termasuk kos guaman dan pindahmilik dengan deposit RM1K (akan dapat balik sekiranya loan lulus @ gagal). Kami memang nak beli rumah dalam lingkungan harga ni je untuk rumah pertama kami (ikut kemampuan dan komitmen). Kalau dengar cakap2 orang ni kebanyakan tak boleh pakai jugak jikalau diri sendiri dah rasa tak mampu..yer tak? So untuk permulaan ni beli setakat yang termampu je lah..At least dah ada 1 aset biarpun tak se-gah mana pun, janji belanja bulan2 cukup dan tak membebankan diri sendiri serta suami. :)

Lagipun kami masih berkhidmat di negeri orang, kalau ada rezeki pindah balik semenanjung pun kami memang tak mintak untuk dipindahkan ke negeri Kelantan lagi. Kalau boleh nak merantau dulu kat negeri orang, dekat2 nak pencen esok2 (insyaallah) baru nak mintak balik Kelantan. Kenape saya cakap macam tu? coz kami ni kerja sebagai anggota beruniform,  penguatkuasa maritim, yang setiap negeri hanya ada beberapa cawangan sahaja..so peluang untuk berkhidmat di negeri sendiri tu adelah amat tipis. Boleh tu boleh aje kalau nak cuba nasib mintak pindah ke Kelantan tapi paling lama pun akan berkhidmat setakat 7-8 tahun je di setiap wilayah dan seterusnya akan dihantar ke mana-mana negeri lain pulak atas dasar perkhidmatan kami yang sememangnya macam ni.

Sebenarnya, masa saya balik kampung bulan Disember tahun lepas, saya dan hubby dah pegi tengok rumah ni, masa tu dalam 80% pembinaan (sekarang dah siap sepenuhnya - tunggu nak terima kunci je). Masa tu masih ada 2-3 unit sahaja yang belum bertuan. Nak dijadikan cerita, konon2nya masih lagi nak fikir2 dulu. Nak cari yang lebih selesa (semi-D atau banglo). 
Dalam tempoh tu ada juga duk usyar2 kat kawasan lain, samaada beli tanah (bina rumah atas tanah sendiri) ataupun beli rumah semi-D @ banglo. Tengok2 dah hampir setengah tahun, tak jugak bertemu dengan rumah yang diidam2 kan tu.

Bila tengok kawan2 sekeliling yang dah punyai aset, hati ni jadi eksaited nak jugak miliki sekurang2nya 1 aset je dulu, yang mana insyaallah boleh membantu di kemudian hari. Walaupun berkhidmat di negeri orang, dan tak mungkin lagi akan tinggal di rumah tu dalam masa terdekat ni, aset tu perlu dimiliki terlebih dahulu. Biarpun kecik dan bersederhana, janji ade je dulu...sebab tak nak lagi rasa kerugian seperti sekarang bila tengok harga rumah makin naik...[huhu]..Untuk aset ke-2 kami, insyaallah dalam perancangan untuk 2-3 tahun akan datang, iaitu bina rumah atas tanah sendiri pulak..insyaallah loan atas nama hubby pulak. Yang tu mungkin kiteorang akan buat rumah banglo yang lebih selesa..[insyaallah...perancangan tu tetap kena ada biarpun hanye angan2 je dulu okehh.. :) ]

Bila dah ditakdirkan rumah tu bakal jadi rezeki kami, beberapa bulan lepas bila kesedaran dan keinsafan saya mulai datang, masa tu rasa menyesal yang amat sebab kesemua lot rumah Taman RG tu dah habis di tempah orang..Namun saya tetap jugak usyar laman web mudah.my untuk mencari2 kot2 masih ada lot kosong [mungkin orang tak jadi beli ataupun loan tak lulus]..

Saya dapat hubungi seorang agen perumahan yang post iklan kat website tu. Dia terus call saya dan pada masa tu saya agak kecewa kerana masih tak de lagi lot rumah yang kosong. Lebih kurang 2 minggu saya menanti, dengan harapan moga2 ada.

26 Mei 2015 (Selasa)
alhamdulillah saya dihubungi beliau.

 27 Mei 2015 (Rabu)
saya bayar deposit

 28 Mei 2015 (Khamis)
 saya dihubungi oleh staff pemaju untuk pemprosesan dokumentasi.

31 Mei 2015 (ahad)
Disebabkan saya berada di Kota Kinabalu, segala urusan pengisian dokumen dilakukan dengan faks sahaja. Saya faks borang tempahan, slip gaji 3 bulan yang terkini, salinan IC, surat pengesahan pelantikan, dan juga surat pencen. Semua dokumen tersebut akan diuruskan oleh pihak pemaju.

1 Jun 2015 (Isnin)
saya dihubungi oleh kak Nora,(staff pihak pemaju - RG Properties) dia nyatakan yang dokumen yang saya hantar dah diterimanya. Cuma masih ada beberapa maklumat yang perlu dilengkapkan seperti Tarikh jangka pencen,jenis insuran yang dipilih, jumlah loan yang ingin dimohon, serta beberapa maklumat lain yang masih belum lengkap.

2Jun 2015 (Selasa)
Saya dapat notifikasi dalam e-mail, iaitu akaun SPPB (Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu). Biasanya sesetengah pemaju akan menyuruh kita daftar dan isi sendiri, tapi berbalik pula dengan kes saya, pemaju dah tolong daftarkan siap2..[agak konpius di situ..nanti nak refer kak nora tu balik..]

entry bakal bersambungg............

Errr...terlebih panjang pulak entry kali ni..Hope tak membosankan lah ye..entry ni saya share kat sini untuk rujukan saya balik je..maklumlah sekarang dah tak 'rajin' nak tulis2 dalam diary...sebab tu saya share kat sini..mungkin berguna pada orang lain jugak..tapi saya tak de niat nak berbangga2pun [ape de hal nak bangge setakat rumah kecik je pun...huhu...ye r..kot2 ade yang tuduh macam tu kan.mana tau...]


Semoga Allah permudahkan urusan kami untuk dapatkan rumah tu..insyaallah...

:)


update 
RUMAH PERTAMA : PART 1 - URUSAN TEMPAHAN DAN DOKUMENTASI

RUMAH PERTAMA : PART 2 - PERJANJIAN JUAL BELI, PINDAHMILIK TANAH DAN URUSAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN


RUMAH PERTAMA : PART 3 : TERIMA KUNCI Teratak ShahNeamy













Monday, 1 June 2015

HADIAH TOP KOMENTATOR JULAI - DISEMBER 2014 BLOG NURAZIZAHYAHAYA.BLOGSPOT.COM

Assalamualaikum dan hai,

Firstly saya nak mintak berjuta2 ampun dan maaf daripada Jijah sebab terlalu lama peram entry ni kat draft folder.  huhu..
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sedar tak sedar dah  lama saya terima hadiah daripada Jijah. 
:(
 Teruknye lah saya ni kan. Asyik lupa..lupa..lupa je untuk post entry ni.. 

Sepatutnya entry yang dah lama saya simpan ni dipublish selepas terima hadiah, tapi last2 lambat jugak..
Ni kena edit balik hampir keseluruhan entry huhuu..
 [ampun lagi sekali tau]








Alhamdulillah saya terima hadiah  Fridge magnet dan brooch ni daripada 
Puan Nurazizah Bt Yahaya [LINK BLOG] ..
Untuk Anaknda Zahraa pun dapat jugak tau, tabung duit yang sangat2 berguna nanti..Thanks auntie jijah.. :*

Hadiah ni saya dapat 
sempena bilangan komen yang saya tulis dalam blog beliau. [LINK]
Best sangat2 rasanya bila dapat hadiah ni kan.
Terasa diri ini dihargai..
walupun hanye dengan perkenalan yang secara kebetulan dari dunia blogging ni..

Jijah seorang yang sangat2 friendly walaupun hanya baru berkenalan dalam alam maya..
Alhamdulillah sempat jugak jumpa Jijah sebelum dia berpindah balik ke semenanjung. Tu pun last2 minit sempat kejar dia sebelum dia fly... :)

Semoga persahabatan ini akan terus kekal buat selama-lamanya, insyaallah. :)


JOM FOLLOW BLOG NURAZIZAHYAHAYA.BLOGSPOT.COM 



Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016