Monday, 25 May 2015

TEMPAT PENGINAPAN YANG SELESA DAN PALING DEKAT DENGAN KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Assalamualaikum dan hai,

Pagi semalam (Ahad-24 Mei 2015) ma, abah, serta dua orang adik saya ke Pulau Pinang untuk menghantar adik perempuan saya, Hanis yang akan memulakan sesi pengajiannya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) selama 2 tahun. Mereka bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi melalui jalan pintas Pasir Mas - Rantau Panjang - Bukit Bunga - Jeli - Baling. 

Sehari sebelum bertolak tu kakak2 saya dah mintak saya tempah mane2 hotel mellaui internet je. Tapi boleh dikatakan kesemua hotel yang saya google tak memuaskan hati saya. Yang pertama sekali saya sendiri yang tak biasa dengan Negeri Pulau Pinang,  tak tahu jarak sejauh mana (mak suruh cari yang dekat2 je dengan KMPP) pastu yang paling penting saya risaukan dari aspek keselamatan je la nanti. Bila saya bincang balik dengan mak saya, mak saya cakap bila dah sampai kat sana nanti baru diorang nak cari sendiri hotel tu. 

Dalam masa yang sama jugak saya ada contact dengan seorang rakan baik saya yang dah berpindah ke Negeri asal kelahirannya jugak iaitu Pulau Pinang untuk mintak cadangan hotel yang berdekatan dengan KMPP tu. Ada satu hotel yang dicadangkan oleh kawan saya iaitu At-Taqwa Inn, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara Pualu Pinang. Terus saya check melalui google, alhamdulillah ada dalam carian, tetapi saya tak hubungi At-Taqwa Inn pun masa tu sebab mak cakap tak payah tempah lagi, so saya hanya simpan dalam rekod saje.

Ketentuan Allah s.w.t, sewaktu dalam perjalanan  mak abah tu, diorang terjumpa sepupu mak (Su Dah) dekat stesen petronas Jeli, yang juga dalam perjalanan ke KMPP. Nak dijadikan cerita walaupun sepupu rapat tapi masing2 tak pula ter-beritahu berita yang anak masing2 dapat matriks yang sama. Hehe. Mak abah macam biasa lah mungkin dia tak nak heboh2 kan kat semua kaum keluarga. Jadi berkonvoi lah diorang dalam perjalanan ke sana bersama-sama. Lega sikit saya, ye lah tak de lah risau sangat mak abah pegi tu adik lelaki (iwan) yang drive, dia pun bukan biasa drive ke Penang. Takut sesat je...huhu (saya yang risau lebih kooo)

Dekat pukul 2.00 petang, mak call saya. Ya Allah pada masa tu tetiba rasa nak gugur jantung ni tau. Ntah kenape risau terlebih2..Ye arr,,mak saya jarang call kalau tak de benda2 penting..sebab saya yang selalu call dia paling lama pun 2 hari sekali saya akan call untuk bertanya khabar. Rupanya mak nak suruh saya tempah jugak mane2 hotel, sebab diorang takut sampai lewat petang dah kat sana pastu takut susah nak cari hotel yang kosong. Terus saya call At-taqwa Inn dan syukurlah masa saya call tu kebetulan jugak ada sorang yang nak cancel tempahan, lepas tu staff tu mintak nombor saya untuk dihubungi balik sekiranya orang tu confirm nak cancel. Tak sampai 2 minit staff A-taqwa Inn call saya dan confirmkan tempahan bilik. Alhamdulillah.. :)

Pukul 4.00 petang Iwan hantar gambar melalui whatsapp group family, diorang dah selamat sampai di hadapan pintu masuk KMPP. Kemudian mereka terus bertolak ke lokasi menginap malam nanti, At-Taqwa Inn yang hanya mengambil masa perjalanan tak sampai 10 minit pun. 



Gambar : sumber daripada blog http://masjidattaqwakepalabatas.com/ 


Syukurlah Allah swt permudahkan perjalanan mak abah sekeluarga, sesampainya di At-Taqwa Inn, bilik yang disediakan pun amatlah selesa dan luas. Bilik yang saya tempah jenis bilik family, yang berharga RM140.00 semalam.. (nasib baik ada kosong satu tu je..) Bilik tersebut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan berikut :-

  • 1 buah katil queen size
  • 2 buah katil single size
  • Almari pakaian berserta meja solek
  • Set kelengkapan minuman panas (gelas,cawan, water-heater, sudu, teh uncang, gula dan sebagainya)
  • Peti sejuk mini
  • Tandas yang bersih dan selesa
  • Pendingin hawa (air-cond)
  • Carpet di seluruh kawasan dalam bilik
  • Langsir yang tebal
  • Keluasan bilik yang amat luas (boleh add-on tilam sekiranya mahu)
  • Meja dan kerusi serbaguna
  • Televisyen (tak sure ada siaran astro atau tak - sorry lupa tanya adik saya hehe)







Yang paling penting keselesaan mereka la, mak abah saya dah biasa duduk bersantai kat lantai je..so kalau dapat bilik yang selesa macam tu...memang puas hati la diorang berguling bagai tu...hihiii.. sorry gambar terpaksa di cover.. :)








Penuh dengan barang-barang diorang. hehe,,




Malam tadi sempat adik bawak ma abah jalan-jalan sekitar Butterworth, dan Pagi tadi diorang check-out lebih kurang jam 8.00 pagi coz nak terus hantar Hanis dan Fudhai daftar KMPP, kemudian dah settle semua terus bertolak balik ke Kelantan.

Ni lah ma dan abah saya... :)




Ni pulak gambar beramai-ramai sebelum turn check-out. 

Hanis (atau nama manja dia - Anje) yang bertudung kelabu, sedondong pulak dengan Mat Fudhaii..hehe


Alhamdulillah, mereka semua berpuas hati menginap di At-Taqwa Inn. So kepada korang yang tengah mencari2 lokasi penginapan untuk ke KMPP jugak, bolehlah cuba At-Taqwa Inn. Insyaallah memenuhi kehendak korang. Antara lokasi yang strategik (berada di kawasan perumahan, bersebelahan dengan Masjid At-Taqwa dan juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan2 yang lain seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak, bank, hospital, dan pelbagai lagi kemudahan lain. 


Kadar bayaran bilik penginapan (bergantung kepada jenis bilik):
Hujung Minggu : RM120 hingga RM180 
Hari Biasa        : RM100 hingga RM160 


Sekiranya berminat, sila hubungi talian berikut :

No telefon  : 04-576 0060 / 04-5741401 / 013-421 5252 (Tn Hj Azmi) / 016-478 3659 (Tn. Hj Ishak)



Harap dapat membantu korang ye.. bye..


2 comments:

azizah green line said...

alhamdulillah murah..puas hati dpt bilik camni

aRz MoHa said...

perkongsian yang baik

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016