Saturday, 9 May 2015

REZEKI MAKAN MALAM

Alhamdulillah, Rezeki kiteorang malam ni dapat makan makanan laut yang segar yang disponsor oleh kawan saya. Terima kasih banyak2 ye saudari. Semoga saudari sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan selalu.



Disebabkan sekarang ibu seorang supermom, ibu kena lebih kental dalam menangani telatah anak dara sorang ni. Nak-nak ketika bawa zahraa keluar makan kat restoran. Kalau berdua dengan abi awak pun ibu selalu beringat-ingat. Sentiasa kena ada persiapan awal sebelum awak meragam keboringan.

So malam ni saya dah siap2 bawa buku nota dan pen untuk menulis/melukis mengikut kemahuan dia. Saya bekalkan kismis sebekas, air masak, air susu, dan juga biskut.



Bila  nampak zahraa dah gelisah, saya cepat2 bagi kismis untuk dikunyah2 dan keluarkan pen serta kertas untuk zahraa isi masa lapang sementara menunggu makanan sampai. 

Semua menu sedap2..masa ni ketam masak telur masin dan sayur je belum sampai lagi. Bila kesemua lauk dah sampai, zahraa makan nasi dan sedikit lauk. Makan sendiri pakai sudu, tak nak kena suap dengan saya.

Makanan yang di order tu banyak sangat, kami makan pun sambil bersembang. Saya pun dah naik risau sebab saya dah mula dapat agak yang zahraa mula gelisah. Dah lah dekat2 meja kami duduk tu ada ramai budak2 sebaya zahraa yang tengah main2. Jalan sana jalan sini. Mungkin budak2 tu pun dah boring jugak.

Belum sempat saya makan sepuasnya  (nafsu makan saya sedia ada memang jenis kuat makan ...hehe)...saya terpaksa berhenti bila zahraa dah mula nak turun dari ribaan saya. Dah la sebelum tu dia nak turun dari kerusi bayi. Huhu sabarr je lah.

Nasib baik jugak lah sebelum dia meragam saya dah makan cepat2 dan banyak2..kihkih..kang nyesal x sudah bila makan x kenyang...

Lepas tu saya layankan perasaan teruja zahraa. Dia berlari2 kelilingi kawasan restoran tu. Dua tiga pusingan pulak tu..sampai berpeluh2 kami berkejaran. Orang sekeliling ada jugak yang memerhati tapi masing2 buat biasa je..atau mungkin dah terbiasa sebab kat situ selalu ramai orang.

Pape pun saya berterima kasih buat rakan saya tu sebab sudi belanja saya dan juga beberapa orang rakan lagi. Semoga ikatan persahabatan kita sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat. :)

1 comment:

azizah green line said...

tu sebabjijah jarang lau nak makan luar..even gan asben sekali pon..hakimi kemain gelisah..kta nak makan pon xselesa..

tp lauknya sedap..rugi xmakan kenyang2..hehee

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts