Sunday, 10 May 2015

RESEPI : IKAN CENCARU SUMBAT

Assalamualaikum dan hai,

Ni adalah antara menu kegemaran saya. Masak sayur air sikit, budu, lepas tu ikan bakar. Kalau bukan makan 2-3 pinggan memang tak sah!

Jom saya share resepi kat sini esok2 nak refer balik senang.

Bahan-bahannya ialah :-

1) 4 ekor ikan cencaru - cuci bersih dan belah tepi.

2) bahan tumbuk:-
-5 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1/2 biji bawang besar
-1 biji cili kering
-3 biji cili padi 
- 1 inci belacan
-1 inci kunyit


*tumbuk kesemua bahan2 ni, gaulkan dengan garam secukup rasa.




Cara masak, ada dua pilihan:-

-kalau nak tumis, sila tumiskan bahan tumbuk tadi dalam kuali yang berisi sedikit minyak panas, sekejap je tumis tu. Jangan lama pulak. (Menu lebih sedap sekiranya tumis dulu bahan-bahan ni)

-kalau taknak tumis, boleh juga terus masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam badan ikan tersebut. Biarkan seketika. Kalau nak simpan dalam peti ais untuk di gunakan esok atau lusa pun boleh.

- panaskan minyak masak, goreng ikan sehingga masak.

-saya bakar di atas pemanggang ajaib je. Letak minyak sikit..
Dan inilah hasilnya.. :)


Sekor ikan ni saya boleh habiskan dengan hanya 2 pinggan nasi..hihi :)

3 comments:

aTieYusof Family said...

NYUMM... sedapp nya lah..hehe

azizah green line said...

sedapnya! selalu mak bubuh kelapa..lagi maveles

ieza ashaari said...

sedapnya. dah bertahun tak makan ni. dulu first and last makan kat pj, area tempat belajar. itupun sebab member ajak. kalau tak, seumur hidup ni xpernah makan. huhu.

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016