Friday, 8 May 2015

MASALAH SEWAKTU MENEMPAH TIKET PENERBANGAN AIR ASIA

Assalamualaikum & hai,

Sejak menjadi perantau di Negeri Di Bawah Bayu ni, terpaksa jugak belajar macamana cara-cara membeli tiket penerbangan. 
Bila boleh uruskan sendiri, tak payah lagi kelam-kabut saat nak beli tiket flight.
Cara-cara nak beli pun senang je sebenarnya,

Pada yang masih tak tahu cara pembelian tu, boleh la google sendiri caranya. 
Tak payah susah2 nak beli tiket melalui agen-agen penerbangan, sebab utama adalah caj perkhidmatan yang dikenakan 'agak mahal'. so y not korang beli je sendiri kan.
Alasan kad kredit mahupun sistem perbankan internet (online banking)
tak de bukanlah satu masalah buat anda.
Kalau pakai kad ATM biasa yang ada ditulis VISA tu pun sebenarnya dah boleh beli tiket flight tau.
Korang boleh pakai macam pakai kad kredit je.

Setiap tahun ada saja penambahbaikan sistem yang dilakukan oleh pihak mereka. 
Bagus untuk mereka, bagus jugalah untuk kita sebagai pengguna ni kan.

Kali ni saya nak kongsikan dengan korang permasalahan yang dah saya lalui sewaktu membuat tempahan di atas talian.
Baru-baru ni ada seorang rakan baik saya minta tolong saya belikan tiket untuk dia. 
So lepas dia dah bank in ke dalam akaun maybank saya, 
Terus saya membuat tempahan untuk dia.

Sewaktu saya melaksanakan transaksi, masa tu line internet dah tak berapa nak laju dah.
Cam siput je perjalanan dia..geram pulak rasanya.
err..waktu tu sebenarnya adelah waktu lunch..[TAK DIGALAKKAN MEMBUAT TRANSAKSI PERBANKAN INTERNET KERANA WAKTU NI LAH TALIAN AMAT SIBUK]

Dalam ke'slow'an talian tu pun saya teruskan juga buat tempahan..
Bila sampai ke bahagian pembayaran..server down...
Proses pembayaran gagal.
Saya terpaksa mengisi borang tempahan yang baru.

Bila masukkan tarikh yang diingini, 
Sakit hati tengok harga dah melonjak naik dalam masa kurang 5 minit!!!
Giler betul penangan promosi Air Asia nih.
Dalam tempoh secepat tu harga dah naik.
[betapa ramai nya orang pilih penerbangan Air Asia ni kerana selalu je diorang ni buat promosi]

Saya Key-in semula maklumat permohonan,
Dengan harga baharu.
Dah selesai buat pembayaran dan dah dapat notis pengesahan.
Dah dapat nombor booking.
Dah dapat email pengesahan pembayaran..
LEga...terus saya bagitau kawan saya tu..dia pun happy lah...

bila saya refresh akaun Air Asia saya ...Saya check balik bahagian 'Manage my booking'
TErkejut saya bila tengok ada 2 booking nombor yang sama!
dah la setiap satu tu hampir mencecah RM2K.
Gila tak terkejut ko!!!

rujuk tarikh 28 May 2015

Satu tu dah betul lah yang saya dah buat pembayaran..
Yang satu lagi tu..memang belum buat pembayaran lagi..
Saya agak yang tu adelah yang mula-mula sekali..
Yang waktu talian internet slow sangat tadi..

Mula menggigil jari jemari saya...
Oh mai..
cam ner nak buat nih..
Buatnye pihak AA nak suruh saya bayar jugak...??
Risau betul saya masa tu...
HAti mula tak keruan dah..


ni booking yang kali pertama tadi
Dalam keadaan panik tu, sampaikan tak perasan ada nota kecil kat bawah NEED PAYMENT

"Please pay now. This reservation will remain on hold until Wednesday, 6 May 2015 at 16:21 (4.21 PM)"


Fuhhh...alhamdulillah baru lah lega saya. Tak payah nak risau lagi sebab dah terang2 pihak AA dah nyatakan kat situ kena bayar sebelum jam 4.21PM. hehe.

Ni yang saya check pukul 5.30 hari tu, dah tak de lagi booking number yang belum berbayar tadi.  :-

yang 28 mei tu kawan saya punya, 11 jun tu saya punya....yeaa..yeaa..x lama dah nak balik kampung..


So kalau korang alami situasi sama macam saya..
jangan lerr panik lebih2 macam saya tu ye..
Baca sampai habis. AA dah tulis siap2 dah kalau tak buat bayaran, tempahan automatic akan jadi cancel..[tak de maknanya diaorang nak call ko suruh bayar pulak...hihihi]




4 comments:

Allene typicalmommy said...

mesti la panik... hihih

azizah green line said...

ahaha pernah gak jadi camni..nasib baik AA dah siap reminder tu..dulu tiap2 bulan booking flight..haihh rindu pula nk naik flight

Chekgu Azrine said...

Haah.samala kalau mcm kita beli brg kt poplook ke apa ke..xd payment dia kira cancelled la yg kita book tu..alhamdulillah..nsb xd apa2 masalah yg melibatkan duit timbul.lega

Nurul Syahira said...

salam. macam mana pulak ya kalau kita dah buat payment tetapi sebab intenet slow lepas buat payment biasanya air asia akan bg kt no booking kan? tp sy xdpt apa2 pon kat email.. stressnya.. nasib baik ada simpin resit bank yg online tu.. ni tengah stress ni.. tak tau nak buat apa.. waaaa tolonggg

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016