Tuesday, 5 May 2015

DRESS ZALIA PLUS SIZE UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum & hai,

Selamat kembali bekerja setelah bercuti panjang. 
Saya bercuti kat rumah je, dengan anaknda zahraa. sobbss.sobbbss.. :(

Walaupun tak pergi mana-mana, iolls ok je,
Boleh rehat-rehat kat rumah.
Boleh kemas rumah.
Boleh manja-manja ngan anaknda.
Boleh baring-baring, rehat, tidur, masak-masak. J

Bagi can la sikit kan..selalunya hari kerja kan sibuk…kurang rehat..kihkihkih,,
[ayat sedapkan hati padehal jeles jugak sikit2.,,tengok orang post macam-macam..g bercuti sana-sini]

Hari pertama kerja dalam bulan Mei.
Tarikh pun cantik. 5.5.2015.
Jadi saya pun turut sama bersemangat untuk datang kerja.
Sengaja cari semangat supaya mood rajin sentiasa wujud di setiap hari.

Ye arr..dah kata hari-hariku kurang bersemangat tanpa cinta hati di sisi.
So kena arr buat-buat macam bersemangat.
Takkan nak tunjuk kat orang yang kite tengah tak de mood.
Tengah tension, stress..[pada pendapat saya kalau buat macam tu, makin stress lagi adelah…] –tapi atas pandangan masing-masing jugak lah kan..kalau tak setuju sorry lah.



Apa mood semangat saya hari ni?
Ok, saja nak share, ni jubah a.k.a dress baru saya beli untuk diri sendiri. [saya pun jual jugak tau]
Warna turquoise.
Wudhuk friendly, Cuma bukan jenis BF friendly.

Saya beli jubah ni sebab saya suka dengan cutting dan design dia.
Ada sequin di lengan. Blink-blink gitu.
Errr..bukan selalu saya nak suka tau dengan baju yang ada lip-lap lip lap cam ni.
Selalunya saya biasa-biasa je.
Simple as me.
Jarang sangat nak nampak saya melawa, bergaya sakan.


22 weeks. :) 

Sampaikan kawan-kawan lelaki kat pejabat pun tegur coz diorang perasan jugak.
Pregnant kali ni saya seriously suka melawa. Berhias sikit.
Kalau pregnantkan zahraa dulu, punya lah malas nak melawa.
Pakai bedak pun macam tak pakai bedak.Pucat semacam.

Kali ni adalah beza dari yang dulu, saya lebih suka jaga penampilan diri.
Nak kata terlebih melawa tu tak de lah pun.
Tapi lain lah sikit dari sebelum-sebelum ni.
Alahan mengandung kot..tak semestinya sama dengan yang sebelum ni kan..


Ni bahagian lengan, ada zip. Senang nak selak waktu ambil wudhuk.
Saya pilih dress ni jugak sebab dia fit to XXL size. Sesuai sangat dengan ketinggian saya yang 163cm ni.

Ni saya sertakan details dress ni:-
NAMA : DRESS ZALIA PLUS SIZE
SIZE : FREE SIZE ( FIT TO XXL )
MATERIAL : LYCRA ( MEMERI/BERGETAH ) + SEQUIN DI LENGAN
******ADA ZIP DI LENGAN WUDUK FRIENDLY 
******ADA TALI BOLEH TANGGAL
UKURAN (inci) :
Bahu : 18- 22”
Dada : 54 -64”
Labuh lengan : 24”
Pinggang : 56 - 62 ”
Pinggul : 70 - 82'
Labuh : 57”

HARGA : RM70.00  + POS ( RM8 – SM  @ RM12 – SS )

Kalau berminat boleh whatsapp : 014-8188973. 


Thanks for reading. : ) 

4 comments:

azizah green line said...

comel ibu mengandung..kejp je perut emi dah besar..hehe tah2 anak laki ni..hakimi dulu pun jjah suka melawa..hee

Fatihah Fazlin said...

ambuiii..cantikkknya jubah biru kakmi.. blink blink..

aTieYusof Family said...

seri Ibu mengandung sis... mudah2an semuanya akan dipermudahkan.. betul tu kena fikir yg baik2..positif always..:)

anajingga said...

cantik, sebenarnya bila kena dengan fesyen jubah begini, nampak lebih berseri ketika hamil, salam ukhwah dari kak ana :)

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016