Wednesday, 20 May 2015

CAJ POSLAJU | MEI 2015


Saje nak share kat blog ni.
Pagi tadi lepas je thumb-print saya ke pejabat pos besar Kota Kinabalu.
Saya dah inform penyelia saya dulu, kang mencari2 pulak ke mana anak buah dia dah pegi. Kirenye inform siap-siap then balik ofis nanti hanye perlu isi borang keluar pejabat tu je.

Saya pun tak plan awal2 nak ke pejabat pos awal pagi macam ni.
Kisah nye malam tadi, adik perempuan saya yang baru habis SPM tahun lepas.
Dia dapat panggilan memasuki Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 25hb ni, so saya nak bagi sepasang kasut sukan kat dia. Lagipun kasut tu masih elok sangat, dan saya pun dah tak pakai. Daripada membazir baik saya bagi je kat dia kebetulan jugak dia pun belum beli lagi kasut sukan.

Rezeki dia lah dapat kasut tu, duit yang dah plan nak beli kasut tu boleh dia simpan untuk kegunaan lain. Pastu ada jugak saya bagi kat dia beberapa lagi barang-barang keperluan yang lain.

Last minit punye perancangan., harap2 parcel tu sempat sampai petang esok kat  kampung. Sebab kat Kelantan ofis hour ahad-khamis je. Sabtu minggu ni tak tau lah pejabat poslaju bukak ke tak.

Memandangkan adik saya dah nak bertolak ke Pulau Pinang hari Ahad,24 Mei 2015 ni, persiapan dia dah buat awal2 lagi..cuma perancangan ke-2 adelah sekiranya dia tak sempat terima parcel yang saya poskan pagi tadi esok, nak tak nak terpaksa jugak lah beli kasut lain pada hari Jumaat nanti. Tapi mintak jauh lah. Harap2 sangat parcel tu sempat sampai, itu yang awal2 pagi lagi saya berusaha jugak ke Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu. Nak kejar masa pemprosesan barang2 poslaju arr kononnye.

Dengan harapan hantar terus kat Pejabat Pos Besar, dapat percepatkan tempoh pengeposan tu. Selalunya saya hanya ke Pejabat Pos di Pekan Inanam ni je, dekat sikit dengan pejabat saya. Tapi risau staff poslaju lambat ambil dari pejabat poslaju Inanam, tu yang saya direct ke Pejabat Pos Besar.

Kisah kat Pejabat Pos Besar,

Saya pergi tadi sorang2 jer, malas nak ajak sesape temankan sebab nak cepat kan. lagipun saya agak kelam-kabut ke pejabat (macam biasa terlambat bangun pagi)..nak kejar thumb-print Sebelum jam 7.30pagi..dah siap thumb-print, saya terus keluar ke Pejabat Pos.

Sesampainya dekat sana, saya dah masuk parking awam di sebelah kiri pejabat pos yang menggunakan kupon berbayar -kategori petak parkir kelas A1 = RM1.02 bagi setengah jam yang pertama. Kirenya tak masuk dalam kawasan parking pejabat pos la..sengaja saya tak nak masuk dalam parking free kat dalam kawasan pejabat pos tu. bukan ape, kawasan tu terhad, sempit dan kereta lain selalu je parkir merata-rata. Kadang2 blok laluan pun ada. Kereta kami pernah kena gesel kat kereta orang lain tau, tu yang saya malas masuk ke sana. So jalan terbaik jangan masuk awal2.. Bayar sikit pun tak pe la..janji tak risau dah. Alhamdulillah keadaan lalulintas pagi2 kat KK ni baik, kereta pun tak banyak kat kawasan parkir kelas A1 tu. Selalunya kalau dah masuk tengahari, susah jugak nak cari parkir kat situ.

Punya lah panjang lebar saya membebel..just nak bagitau yang kawasan parkir kat dalam kawasan poslaju tu kete awam tak dibenarkan masuk lagi dah..hanye dikhaskan untuk kenderaan pejabat pos je, so tadi berlambak la dengan van2 poslaju je kat sana..Lepas ni sape2 nak g Pejabat Pos Besar kena parkir kat tempat lain la ye, harap maklum. Hihi..

Oh satu lagi saya nak share kat sini..
Berkenaan caj yang dikenakan tadi..
(Within peninsular & Sabah)
Berat Bungkusan saya tadi : 2.040kg
Kalau mengikut kalkulator kiraan kadar caj poslaju ialah RM31.00.
Cer korang tengok kat resit saya kat atas tu..
Total yang perlu saya bayar tadi : RM41.10 termasuk GST dan kos tambahan..

Sebenarnye saya ni jarang je berurusan dengan poslaju, so saya tak tahu sangat kenapa masih ada "caj2 tersembunyi"
Kenape kena ada surcaj & dan caj ape ntah lagi satu tu..
Yang GST tu ok lah sbb dah jelas kenape ada kan.(walaupun daku sendiri "sedih" ngan kewujudan Gst tapi terpaksa jugak lah terima hakikat..)

Pendek kata kalau nak berurusan dengan perkhidmatan macam ni kena ready duit lebih sikit la dari anggaran sebenar, sebab macam yang saya lalui pagi tadi, buatnye dalam beg duit ada duit cukup2 je tak ke haru jawabnye. Kalau dulu pos barang 2kg tak de pun sampai harga rm41... :(


P/s : ade ke sape2 yang blh jelaskan kat saya pasal caj2 yg dikenakan tu.? Supaya tak de lah saya rasa sedih sgt dengan peningkatan harga perkhidmatan macam ni... :( - insan yg tak tau ape...sob...sobb...sobbbb...









 














3 comments:

azizah green line said...

ahhh paling stress gan pjbt pos kk!! parcel xpernah sampai rumah..kena amik kat sini mslh parking..stresss makk!!

pasal caj tu xtau la emi..dulu arwah abg keje posmen..ni dia da takde xleh nak tanya dah

Jamian Sarif said...

ada caj gst ke...saya tak pernah kena pulak.

aRz MoHa said...

saya pun jarang ke pejabat pos. tak mampu nak terangkan cuba rujuk web pos malaysia...


singgah dari arzmohadotcom

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts