Saturday, 2 May 2015

2nd PREGNANCY : PROSES CERAI SUSU BADAN (wean-off)

Walaupun berat rasa hati nak wean-off bFeeding kat zahraa, namun terpaksa jugak saya lakukan. Tak lama lagi zahraa akan berusia 1 tahun 6 bulan. Seperti yang telah diketahui umum, Zahraa bukanlah sepenuhnya breastfeeding.

Tapi kalau saya ada dekat dia umpama sepenuhnya sebab dia memang tak boleh berenggang dengan saya. Pantang tengok saya berbaring, terus je naik nak mengempeng. Apetah lagi waktu nak tidur, punya lah susah kalau tak mengempeng dulu.

sebab utama saya terpaksa wean-off daripada breastfeeding zahraa, saya tak nak marah2 kat zahraa lagi. Kesian sangat tengok dia menangis bila saya marah dia, tengking dia kuat2, lepas tu baru menyesal..Ya allah,..teruknya saya seorang ibu yang jenis apekah. Yang kadang2 tak pandai nak bersabar sejak berbadan dua ni.

Saya akui, semenjak kandungan saya dah masuk trimister ke-2 ni lah yang paling teruk saya rasa. nipple saya mulai sensitif, pantang tersentuh sikit mulalah sakit, ngilunya hanya Allah je yang tau. Dengan perkembangan zahraa yang semakin meningkat usia, gigi semakin bertambah, dan idea-idea lasak dia mulai menjelma..menyebabkan saya tak dapat bertahan lagi bila setiapkali zahraa menyusu, saya akan mengalami kesakitan..

Tu setakat dia menyusu biasa, belum dia menggigit...sebelah lagi digentel2nye sampaikan pedih2 nipple ibu. Kadang-kadang zahraa macam marahkan ibu, sebab utama mungkin sebab tak kenyang..(susu ibu dah mulai berkurang sejak saya mengandung lagi).,Dan nak tak nak terpaksa buat susu FM barulah dia kenyang..

Bila zahraa macam mengamuk2 dengan menggigit2 rakus nipple saya, sakit sangat-sangat sampaikan ada satu ketika saya marah bersungguh2..tapi ibu menyesal marah along... :( Sampaikan satu tahap, saya rasa saya perlu buat sesuatu. Untuk kebaikan zahraa jugak..dan juga emosi saya.

Petang semalam, Saya ambil keputusan wean off, mencuba dengan menyapu sedikit asam jawa kat nipple. Oleh kerana ianya masam, zahraa menangis, mencari pulak yang sebelah lagi tapi malangnya dua2 masam. Kesian sangat tengok dia menangis. Lepas tu saya bagi botol susu, boleh pulak dihisapnya macam biasa. Selalunya susah sangat sampaikan tiapkali nak bagi susu botol, tepaksa letak dalam buaian.

Kisah buaian satu hal. Nanti next entry lah saya share.

Pegang sendiri dan minum sampai habis..tak perlu berendoi berbuai seperti sebelum2 ni..(alhamdulillah..semoga berkekalan)

Dan ianya berhasil, zahraa dah tak mahu lagi kat nipple saya sejak semalam, malam tadi, dan juga dinihari pagi.cuma tangan dia je yang masih meraba2 mencari sesuatu..huhu. Hari ini pun sama, saya cuba lagi sekali sapu asam jawa tu, dan cuba offer kat zahraa, ditolaknya mentah2..mungkin dia dah serik dengan kejadian petang semalam.



Harap2 berkekalan la..esok lusa nak kena tengok lagi camne. 
Kepada ibu-ibu kat luar sana yang ingin mencuba cara saya, jangan letak banyak sangat asam jawa tu..sapu sikit2 je.,
Takut masam sngat pulak kan,,
Kang sakit perut anak awak tu pulak.,

Maafkan ibu anaknda. Ibu terpaksa. :(

P/s : daku tetap bersyukur dan bertuah walaupun tak sepenuhnya dapat breastfeed anaknda, cukuplah sebab setakat tu je Allah bagi rezeki dan peluang tu untuk saya.tahniah untuk korang yang masih fully breasteedinG..anda adalah seorang ibu yang sangat2 hebat dan bertuah.. :)



5 comments:

Ibu Dilah said...

Alhamdulillah, mudahnya zahra wean off.. kisah zahra sama mcm anak sy faris..

cik violet said...

kte yg baca ni pon sedih bila zara nak sgt mengempeng tp dah tak bole. hoho. tp demi kesihatan sis, semoga semuanya berjalan dengan lancar sehingga sis selamat bersalin ea :)

azizah green line said...

alhamdulillah emi..sekurang2nya emi berjaya BF zahra sampai 1tahun 6bulan..tahniah!

Mila Hilas said...

sy plak weanoff anak masa 1y8m sebab nipple melecet..lps je weanoff terus lekat no.2 hehehe...

anajingga said...

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan.

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts