Sunday, 3 May 2015

2nd PREGNANCY : MENGIDAM BUAH NANGKA

Misi pencarian buah nangka bermula sebelum hubby outstation lagi. 
Ada satu malam tu saya ngajak hubby ke pasar malam filiphine..semata2 mencari buah nangka tapi agak kecewa sebab tak ada satu gerai pun yang jual buah nangka masa tu.
Mungkin bukan rezeki saya malam tu.
Kebanyakan buah-buahan yang ada ialah buah tembikai. Tapi tak boleh cakap apa jugak sebab masa tu musim panas, memang sesuai sangatlah makan buah tembikai, so berlambak lah buah tu kat sana.

Semalam saya teringat lagi dengan buah nangka yang masih belum saya makan tu.
Ish..susah jugak kalau dah namanya mengidam ni kan. 
Nak tak nak kena cari makan jugak ni.

Kebetulan kawan saya baru balik dari pasar malam filiphine, dia cakap dengan saya yang dia pun tak ada jumpa orang jual buah nangka tadi.
Kemain lagi kecewanya saya.
Baru je plan semalam atau hari ni nak ke pasar malam tu.

Pastu kawan saya tu cakap cuba cari di pasar minggu Tuaran (kat sini dipanggil Tamu). 

Hari ni terus saya ke sana untuk melunaskan impian saya tu hahaha..
Saya ajak kawan saya yang merangkap pengasuh kepada anak saya zahraa, umj yah untuk temankan saya. 
Perjalanan dari rumah saya ke Tuaran lebih kurang 30 minit je. Tapi 30 minit tu pun agak 'hazab' bila berdua dengan zahraa dalam kereta. Dia punya ragam susah nak duga tu yang saya rasa memang saya perlukan teman untuk ke sana. Kebetulan umi yah pun nak jugak beli barang sikit kat sana, so lega lah saya bila dia dapat join skali.


Sebelum dikupas isinya..



Kupas siap2..,letak dalam peti ais tinggal nak ngapp je bila buka peti.

Alhamdulillah setelah agak puas mencari, akhirnya jumpa jugak 2 ketul hirisan buah nangka yang berharga RM2.00 setiap satu tu. Laju je saya sambar dua. Dah tu je yang ada, syukurlah daripada tak da kan. Sebenarnya sebelum jumpa buah nangka yang ni saya dah jumpa satu gerai yang jual buah nangka. Ada lah sebijik je kat gerai dia taaapi saiz buah tu dah macam 10 kilo kot. RM25 sebiji mak cik tu cakap.

Err..takkan lah saya nak angkut buah besar gedabak macam tu. Dahla parking kete pun syukur je ada yang tak berapa jauh dari pasar tu tapi dengan barang2 yang dah kiteorang beli, nak dukung zahraa lagi..memang saya tak kan beli lah. Kalau hubby ada pun mungkin tak kan beli jugak, dah besar sangat sape nak makan. 

Kirenye bersyukur jugaklah walaupun masih risau kot2 tak jumpa tapi masih dipermudahkan Allah, ketemukan aku dengan buah nangka idaman hatiku itu.. :)

Alhamdulillah rasanya manis dan telah memenuhi selera tekakku.. :)

Nama pun mengidam kan..dah makan 3-4 ulas mula lah tak nak dah,,hihi..

P/s : mak saya cakap kalau nak makan sila makan sebelum bersalin coz dah bersalin confirm memang tak boleh makan dah. Hihi. 




4 comments:

azizah green line said...

tub diaa mengidam buah nangka..hehe payah kan lau nak apa2 hubby xde di sisi..nasib la dapat gak cari

Mila Hilas said...

mujur ketemu jugak ye...klo xdpt mesti rasa nak nangis..sy sgt phm perasaan tu hehe

Eka Tikah said...

ush sedapnye kak. menggoda ni. hehe

anajingga said...

lazat nak-nak lagi nangka madu kan. erm dapat juga yang diidamkan .

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts