Monday, 25 May 2015

TEMPAT PENGINAPAN YANG SELESA DAN PALING DEKAT DENGAN KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

Assalamualaikum dan hai,

Pagi semalam (Ahad-24 Mei 2015) ma, abah, serta dua orang adik saya ke Pulau Pinang untuk menghantar adik perempuan saya, Hanis yang akan memulakan sesi pengajiannya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) selama 2 tahun. Mereka bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi melalui jalan pintas Pasir Mas - Rantau Panjang - Bukit Bunga - Jeli - Baling. 

Sehari sebelum bertolak tu kakak2 saya dah mintak saya tempah mane2 hotel mellaui internet je. Tapi boleh dikatakan kesemua hotel yang saya google tak memuaskan hati saya. Yang pertama sekali saya sendiri yang tak biasa dengan Negeri Pulau Pinang,  tak tahu jarak sejauh mana (mak suruh cari yang dekat2 je dengan KMPP) pastu yang paling penting saya risaukan dari aspek keselamatan je la nanti. Bila saya bincang balik dengan mak saya, mak saya cakap bila dah sampai kat sana nanti baru diorang nak cari sendiri hotel tu. 

Dalam masa yang sama jugak saya ada contact dengan seorang rakan baik saya yang dah berpindah ke Negeri asal kelahirannya jugak iaitu Pulau Pinang untuk mintak cadangan hotel yang berdekatan dengan KMPP tu. Ada satu hotel yang dicadangkan oleh kawan saya iaitu At-Taqwa Inn, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara Pualu Pinang. Terus saya check melalui google, alhamdulillah ada dalam carian, tetapi saya tak hubungi At-Taqwa Inn pun masa tu sebab mak cakap tak payah tempah lagi, so saya hanya simpan dalam rekod saje.

Ketentuan Allah s.w.t, sewaktu dalam perjalanan  mak abah tu, diorang terjumpa sepupu mak (Su Dah) dekat stesen petronas Jeli, yang juga dalam perjalanan ke KMPP. Nak dijadikan cerita walaupun sepupu rapat tapi masing2 tak pula ter-beritahu berita yang anak masing2 dapat matriks yang sama. Hehe. Mak abah macam biasa lah mungkin dia tak nak heboh2 kan kat semua kaum keluarga. Jadi berkonvoi lah diorang dalam perjalanan ke sana bersama-sama. Lega sikit saya, ye lah tak de lah risau sangat mak abah pegi tu adik lelaki (iwan) yang drive, dia pun bukan biasa drive ke Penang. Takut sesat je...huhu (saya yang risau lebih kooo)

Dekat pukul 2.00 petang, mak call saya. Ya Allah pada masa tu tetiba rasa nak gugur jantung ni tau. Ntah kenape risau terlebih2..Ye arr,,mak saya jarang call kalau tak de benda2 penting..sebab saya yang selalu call dia paling lama pun 2 hari sekali saya akan call untuk bertanya khabar. Rupanya mak nak suruh saya tempah jugak mane2 hotel, sebab diorang takut sampai lewat petang dah kat sana pastu takut susah nak cari hotel yang kosong. Terus saya call At-taqwa Inn dan syukurlah masa saya call tu kebetulan jugak ada sorang yang nak cancel tempahan, lepas tu staff tu mintak nombor saya untuk dihubungi balik sekiranya orang tu confirm nak cancel. Tak sampai 2 minit staff A-taqwa Inn call saya dan confirmkan tempahan bilik. Alhamdulillah.. :)

Pukul 4.00 petang Iwan hantar gambar melalui whatsapp group family, diorang dah selamat sampai di hadapan pintu masuk KMPP. Kemudian mereka terus bertolak ke lokasi menginap malam nanti, At-Taqwa Inn yang hanya mengambil masa perjalanan tak sampai 10 minit pun. 



Gambar : sumber daripada blog http://masjidattaqwakepalabatas.com/ 


Syukurlah Allah swt permudahkan perjalanan mak abah sekeluarga, sesampainya di At-Taqwa Inn, bilik yang disediakan pun amatlah selesa dan luas. Bilik yang saya tempah jenis bilik family, yang berharga RM140.00 semalam.. (nasib baik ada kosong satu tu je..) Bilik tersebut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan berikut :-

  • 1 buah katil queen size
  • 2 buah katil single size
  • Almari pakaian berserta meja solek
  • Set kelengkapan minuman panas (gelas,cawan, water-heater, sudu, teh uncang, gula dan sebagainya)
  • Peti sejuk mini
  • Tandas yang bersih dan selesa
  • Pendingin hawa (air-cond)
  • Carpet di seluruh kawasan dalam bilik
  • Langsir yang tebal
  • Keluasan bilik yang amat luas (boleh add-on tilam sekiranya mahu)
  • Meja dan kerusi serbaguna
  • Televisyen (tak sure ada siaran astro atau tak - sorry lupa tanya adik saya hehe)







Yang paling penting keselesaan mereka la, mak abah saya dah biasa duduk bersantai kat lantai je..so kalau dapat bilik yang selesa macam tu...memang puas hati la diorang berguling bagai tu...hihiii.. sorry gambar terpaksa di cover.. :)








Penuh dengan barang-barang diorang. hehe,,




Malam tadi sempat adik bawak ma abah jalan-jalan sekitar Butterworth, dan Pagi tadi diorang check-out lebih kurang jam 8.00 pagi coz nak terus hantar Hanis dan Fudhai daftar KMPP, kemudian dah settle semua terus bertolak balik ke Kelantan.

Ni lah ma dan abah saya... :)




Ni pulak gambar beramai-ramai sebelum turn check-out. 

Hanis (atau nama manja dia - Anje) yang bertudung kelabu, sedondong pulak dengan Mat Fudhaii..hehe


Alhamdulillah, mereka semua berpuas hati menginap di At-Taqwa Inn. So kepada korang yang tengah mencari2 lokasi penginapan untuk ke KMPP jugak, bolehlah cuba At-Taqwa Inn. Insyaallah memenuhi kehendak korang. Antara lokasi yang strategik (berada di kawasan perumahan, bersebelahan dengan Masjid At-Taqwa dan juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan2 yang lain seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak, bank, hospital, dan pelbagai lagi kemudahan lain. 


Kadar bayaran bilik penginapan (bergantung kepada jenis bilik):
Hujung Minggu : RM120 hingga RM180 
Hari Biasa        : RM100 hingga RM160 


Sekiranya berminat, sila hubungi talian berikut :

No telefon  : 04-576 0060 / 04-5741401 / 013-421 5252 (Tn Hj Azmi) / 016-478 3659 (Tn. Hj Ishak)



Harap dapat membantu korang ye.. bye..


Wednesday, 20 May 2015

CAJ POSLAJU | MEI 2015


Saje nak share kat blog ni.
Pagi tadi lepas je thumb-print saya ke pejabat pos besar Kota Kinabalu.
Saya dah inform penyelia saya dulu, kang mencari2 pulak ke mana anak buah dia dah pegi. Kirenye inform siap-siap then balik ofis nanti hanye perlu isi borang keluar pejabat tu je.

Saya pun tak plan awal2 nak ke pejabat pos awal pagi macam ni.
Kisah nye malam tadi, adik perempuan saya yang baru habis SPM tahun lepas.
Dia dapat panggilan memasuki Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 25hb ni, so saya nak bagi sepasang kasut sukan kat dia. Lagipun kasut tu masih elok sangat, dan saya pun dah tak pakai. Daripada membazir baik saya bagi je kat dia kebetulan jugak dia pun belum beli lagi kasut sukan.

Rezeki dia lah dapat kasut tu, duit yang dah plan nak beli kasut tu boleh dia simpan untuk kegunaan lain. Pastu ada jugak saya bagi kat dia beberapa lagi barang-barang keperluan yang lain.

Last minit punye perancangan., harap2 parcel tu sempat sampai petang esok kat  kampung. Sebab kat Kelantan ofis hour ahad-khamis je. Sabtu minggu ni tak tau lah pejabat poslaju bukak ke tak.

Memandangkan adik saya dah nak bertolak ke Pulau Pinang hari Ahad,24 Mei 2015 ni, persiapan dia dah buat awal2 lagi..cuma perancangan ke-2 adelah sekiranya dia tak sempat terima parcel yang saya poskan pagi tadi esok, nak tak nak terpaksa jugak lah beli kasut lain pada hari Jumaat nanti. Tapi mintak jauh lah. Harap2 sangat parcel tu sempat sampai, itu yang awal2 pagi lagi saya berusaha jugak ke Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu. Nak kejar masa pemprosesan barang2 poslaju arr kononnye.

Dengan harapan hantar terus kat Pejabat Pos Besar, dapat percepatkan tempoh pengeposan tu. Selalunya saya hanya ke Pejabat Pos di Pekan Inanam ni je, dekat sikit dengan pejabat saya. Tapi risau staff poslaju lambat ambil dari pejabat poslaju Inanam, tu yang saya direct ke Pejabat Pos Besar.

Kisah kat Pejabat Pos Besar,

Saya pergi tadi sorang2 jer, malas nak ajak sesape temankan sebab nak cepat kan. lagipun saya agak kelam-kabut ke pejabat (macam biasa terlambat bangun pagi)..nak kejar thumb-print Sebelum jam 7.30pagi..dah siap thumb-print, saya terus keluar ke Pejabat Pos.

Sesampainya dekat sana, saya dah masuk parking awam di sebelah kiri pejabat pos yang menggunakan kupon berbayar -kategori petak parkir kelas A1 = RM1.02 bagi setengah jam yang pertama. Kirenya tak masuk dalam kawasan parking pejabat pos la..sengaja saya tak nak masuk dalam parking free kat dalam kawasan pejabat pos tu. bukan ape, kawasan tu terhad, sempit dan kereta lain selalu je parkir merata-rata. Kadang2 blok laluan pun ada. Kereta kami pernah kena gesel kat kereta orang lain tau, tu yang saya malas masuk ke sana. So jalan terbaik jangan masuk awal2.. Bayar sikit pun tak pe la..janji tak risau dah. Alhamdulillah keadaan lalulintas pagi2 kat KK ni baik, kereta pun tak banyak kat kawasan parkir kelas A1 tu. Selalunya kalau dah masuk tengahari, susah jugak nak cari parkir kat situ.

Punya lah panjang lebar saya membebel..just nak bagitau yang kawasan parkir kat dalam kawasan poslaju tu kete awam tak dibenarkan masuk lagi dah..hanye dikhaskan untuk kenderaan pejabat pos je, so tadi berlambak la dengan van2 poslaju je kat sana..Lepas ni sape2 nak g Pejabat Pos Besar kena parkir kat tempat lain la ye, harap maklum. Hihi..

Oh satu lagi saya nak share kat sini..
Berkenaan caj yang dikenakan tadi..
(Within peninsular & Sabah)
Berat Bungkusan saya tadi : 2.040kg
Kalau mengikut kalkulator kiraan kadar caj poslaju ialah RM31.00.
Cer korang tengok kat resit saya kat atas tu..
Total yang perlu saya bayar tadi : RM41.10 termasuk GST dan kos tambahan..

Sebenarnye saya ni jarang je berurusan dengan poslaju, so saya tak tahu sangat kenapa masih ada "caj2 tersembunyi"
Kenape kena ada surcaj & dan caj ape ntah lagi satu tu..
Yang GST tu ok lah sbb dah jelas kenape ada kan.(walaupun daku sendiri "sedih" ngan kewujudan Gst tapi terpaksa jugak lah terima hakikat..)

Pendek kata kalau nak berurusan dengan perkhidmatan macam ni kena ready duit lebih sikit la dari anggaran sebenar, sebab macam yang saya lalui pagi tadi, buatnye dalam beg duit ada duit cukup2 je tak ke haru jawabnye. Kalau dulu pos barang 2kg tak de pun sampai harga rm41... :(


P/s : ade ke sape2 yang blh jelaskan kat saya pasal caj2 yg dikenakan tu.? Supaya tak de lah saya rasa sedih sgt dengan peningkatan harga perkhidmatan macam ni... :( - insan yg tak tau ape...sob...sobb...sobbbb...









 














Monday, 18 May 2015

PANGGILAN DARIPADA PEMUNGUT HUTANG

Kat pejabat saya ni kan..
Hari-hari masuk panggilan luar..
Cari orang-orang yang same..
Jenuh nak menjawabnye..[selalunya saya mengelat untuk menjawab panggilan telefon tu, tapi terkadang kena jugak time saya je yang ada n  terpaksa jawab]
Dapat caller yang jenis bersopan tak pe lah jugak..
Ni..macam kita pulak yang berhutang ngan die.

Pastu lagi satu hal,
Si tuan badan bukan nak selesaikan masalah tu..
Pelik betul ngan sesetengah orang macam tu..
Time berhutang pandai, time nak membayarnye...
Wallahualam..

Last sekali menyusahkan orang yang tak berkenaan..
Kekadang time saya geram tu...ade jugak saya bertegas sikit..
'kalau bukan urusan rasmi tak boleh call sini ye Encik, cik..,' -sebab dah selalu sangat call, kekadang dalam sehari dalam 3-4 kali tau. Kena pulak time tu saya je yang ada kat pejabat...mane tak angin..nak kena ulang alik g jawab call orang yang sama..Tanya soalan yang sama,..cari orang2 yang sama...grrrr...Macam tak faham2...orang dah explain berkali2 dah..
Tapi still call jugak..

Bayangkan, bunyi je telefon tu...laju je orang pegi angkat gagang.
Tup2 dapat call macam tu..
Menyusahkan orang..
Kalau urusan rasmi n penting2 tak pe lah jugak..
Ni betul2 personal..
Kalau unit lama saya dulu lagi lah..memang keje kena jawab call je..
Laaagi banyak dapat call yang tak penting..
Macam2 hal yang tak penting pun...semua nak call pejabat...


PIC kredit to : Blog PAUHatsul




p/s : Bila lah pejabat ni nak naiktaraf sistem operator la agaknye..hope dapat kurangkan bebanan staf2 lain nak menjawab panggilan2 yang tak penting...huhu..



Sunday, 17 May 2015

AL-FATIHAH

Hari ni saya telah kehilangan seorang ibu saudara yang juga merupakan kakak kepada abah saya, nama arwah Zaharah Binti Abdullah dan lebih mesra dengan panggilan "mek". Arwah mek dah berusia hampir 90 tahun. Semalam baru saya dapat tahu yang dia kena serangan stroke, tapi pagi ni dah dapat berita sedih ni. Allah swt lebih sayangkan arwah. Semoga arwah dicucuri rahmatNya dan semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

:(


Saturday, 16 May 2015

SUSUN ATUR RUMAH KU SYURGA KU

Dah lama saya nak share gambar susun atur dalam rumah kecilkami ni..
Actually ni bukan rumah sendiri pun..rumah yang kerajaan sewa untuk dijadikan kuarters buat staf.
Kuarters yang tak sepenuhnya macam kuarters anggota beruniform lain, (cth : tentera, polis, bomba...etc) Coz kuarters ni adelah apartment biasa, yang bercampur jugak dengan pemilik/penyewa luar.
Kuarters kami ni terletak di Bandar Sierra, kawasan yang baru jugaklah dinaik taraf yang lokasinya berada di antara Tebobon dan juga taman Petrajaya (sebelum pekan telipok). Kawasan ni adaApartment, Taman perumahan (teres dan juga semi D) serta kawasan rumah kedai dan sebuah mall yang masih dalam pembinaan.
Kalau uolls nak ke Kundasang atau sandakan memang akan melalui depan Bandar Sierra ni sebab lokasinya betul2 sebelah jalan raya je..

Walaupun bukan rumah sendiri, saya dan hubby memang menitikberatkan soal hiasan dalaman..
Biarpun sekadar simple2 je tapi sebolehnya kami nak biar mata ni tak sakit je nengoknye bila balik kerja...hihi..

Mula2 masuk rumah ni..perkara utama hubby tanya..nak cat kaler ape?
Laju je saya jawab ..pink!
dia macam kurang bersetuju.lelaki..biase la...hihi
Tapi satu hari tu dia call saya dan tanya nak match dengan kaler ape. 
Rupanya dia ok je kaler pink
Saya pilih kaler pink muda..untuk digabungkan dengan kaler pink tu..

Ada orang cakap...ala..membazir je lah ko nak hias cantik2 umah orang...
nak cat2 bagai...
errr..tu ko...bukan kami...suke ati la kan..
Kiteorang yang nak hari2 ngadap umah ni..
Tak nak ler semakkan mata nengok dinding yang kaler tak menarik dan membosankan...
Nak kena la hias cantik sikit..biar sejuk mata memandang..
Ko tak nak hias rumah ko..suke ati ko la...
Lagipun beli cat air yang murah je pon...bukan cat mahal2 pun..janji mata ni tak sakit nengoknye..hihi
lain orang lain persepsi nye kan...so pilihan kat tangan masing2 ...
Saya bersyukur la dapat husben yang menitikberatkan soal2 macam ni..
So tak de lah saya je yang sorang2 lebih2 je bab2 deko2 ni hihi..

Deko2 tu...tak de lah expert sangat pun..
Biase2 je..simple2 je..ikut citarasa sendiri..
err..bukan nak masuk bertanding pon..
Bukan nak mintak puji pun,.
Cukup untuk keselesaan dan kepuasan hati sendiri je kami laki bini...

Entry ni saya share untuk kenang-kenangan saya je...
n kot2 lah ada yang nak buat idea...silakan...tak salah pon...
err..tapi..ade ke>?> hahaa

Gambar ni tak tersusun pun..sama cam penulisan saya..yang ntah ape2...hihi...
citer pun ikut mood je..mana yang saya rasa nak cerita saya cerita...

1) Pintu masuk utama : - Plak yang ada tulis Assalamualaikum dan nama kami tu saya tempah kat Facebook..Pasu dinding tu saya beli kat wisma merdeka, KK dan  Bunga pulak saya beli kat Kaison 1Borneo je..




2) Depan pintu pagar : saya letak pasu bunga dan rak selipar, ada payung yang selalu saya pakai kalau hari hujan mase nak g hantar zahraa kat rumah pengasuh.. Pasu bunga dan bunga (ntah bunga ape namenye) saya dapat dari seorang rakan.



3) Pandangan dari dalam rumah : - Tengok rak2 kasut tu banyak je kan....err..sebenarnye semak jugak mata saya tengok banyak2 camtu..tapi tak tau pulak mane nak sorok kasut2 kerja, kasut2 bola dan futsal...kasut2 saya lagi...huhu...(kena fikirkan susun atur yang lagi kemas n tersusun la..)






4) Ruang tamu: Masa ni baru je lepas kemas rumah, karpetkat depan tv saya jemur kat luar rumah..bagi angin2 sikit...zahraa baru bangun tido terus cari mainan die..



6) Ruang makan : ANtara perabot yang dah disediakan oleh pihak perumahan kerajaan,,Set meja makan, set sofa hitam putih tu..yang tu memang dah sedia ada kat rumah ni.. Sebelum saya kemas rumah ni, sofa hitam putih tu hubby letak kat dalam bilik stor. Tapi saya baru je keluarkan dari stor tu, Sengaja saya selit kat celah meja tu. Saya nak kosongkan stor tu..plan nak simpan semua barang2 yang ade dalam kotak kat laundry area tu la ingatnye...supaye x semakmata..Tu yang meja makan saya rapatkan kat dinding dan simpan 1 kerusi lagi kat bilik study hubby merangkap bilik tetamu jugak. Mula2 puas saya fikir mane nak letak sofa hitam tu..try letak kat tepi tingkap tu pastu huby kata ok lah buat sementarawaktu....lagipun ruang kat situ dah luas dah n x mengganggu jalan pun..







8) Ruang dapur : kabinet kat dapur ni juga dah disediakan seperti jugak set bilik tidur, katil, almari dan juga meja solek di setiap bilik..Kirenye pakai je la dulu yang mane dah disediakan..Kalau nak beli kang membazir pulak, rumah pun jadik makin sempit..huhu..






Sedih tengok sinki saya tu...nasib baik bukan jenis senang tersumbat je...huhu..


9) Laundry area dan kotak2 barang dapur ku...isk..isk..isk...tak tau nak kemas camne..belum beli almari kabinet lagi nak letak semua barang tu...

 



Ni ruang santai en husband. kalau nak merokok dia akan tutup pintu yang memisahkan laundry area dan ruang dapur tu..


Rumah ni ada 3 bilik dan 2 bilik air..lupa snap pulak gambar dalam bilik.lain kali la saya share ye..


Bye..

Thanks..

:)







SEMAKAN PANGGILAN MENDUDUKI UJIAN MEdSI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI IPTA

Alhamdulillah tahniah buat adik saya (apit) yang dah terpilih untuk menghadiri ujian MEdSI pada 21/5/2015 minggu depan.
Di kesempatan ni kakmi nak ucapkan semoga maju jaya, buat yang terbaik untuk ma abah..usaha dengan bersungguh2 semoga dapat apa yang apit cita2 kan ye..

Semakan boleh dibuat di laman web upsi : http://www.upsi.edu.my/kemasukan/medsi/

Semoga berjaya jugak kat pemohon2 yang lain ye.. :)

P/s : SELAMAT HARI GURU BUAT RAKAN2 DAN SAUDARA MARA YANG BERGELAR GURU...



Friday, 15 May 2015

BAJU KURUNG MENYUSU PILIHAN SAYA


Assalamualaikum dan hai!


Alhamdulillah saya dikurniakan rezeki untuk menyusukan Zahraa sehingga dia berusia hampir 1 tahun 6 bulan (walaupun tak sepenuhnya-saya dah nyatakan seperti sebelum ni).
Pregnant kali ni saya berazam untuk menyusukan anak saya secara sepenuhnya (tanpa mencampurkan dengan makanan/minuman lain sehingga usia 2 tahun - Insyaallah)
Walaupun azam tu sangat tinggi tapi saya tetap mahu tanamkan azam awal-awal.
Sebelum ni pun saya dah berazam tapi mungkin kurang kecekalan hati. [mybad]

Selalu ada je halangan dan rintangan untuk saya fully breastfeeding kan zahraa.
Antaranya ialah faktor pemilihan pakaian yang bersesuaian untuk menyusu.

Yerr..hal ni memang nampak simple sangat..
tapi bukan senang nak cari pakaian yang betul-betul sesuai dan selesa dengan keperluan kita sebagai ibu.
Aurat mesti diutamakan.
Keselesaan anak dan ibu.

Setelah mencuba pakaian baru keluaran Mumsluv ni, saya dah rasa makin bersemangat untuk 
meneruskan azam saya buat anak ke-2 nanti tau!

AINY MODERN NURSING KURUNG


Inilah bahagian menyusu yang dimaksudkan. Bahagian leher dan lapisan dalam yang takde zip atau butang yang menyenangkan kerja korang esok2.
Asal anak nak susu je, selak sikit je pastu dah boleh terus menyusu. 
Yang penting kat bahagian dada, pinggang, perut dan tempat yang tak sepatutnya dilihat orang bukan muhrim tu tak terdedah seperti sesetengah pakaian menyusu yang lain.

Ni pandangan hadapan
Sesetengah orang tak suka pakai dress/jubah kan?
jadi ni lah jalan penyelesaiannya. 
Kain dan baju nye jenis berasingan macam baju kurung yang biasa tu.





Fefeeling model sekali-sekala. Hehe.
Serius selesa sangat jenis kain yang digunakan ni, sejuk dan lembut je kat badan.
Yang PALING PENTING.....Tak payah iron pun tak ape!!!
[yang ni lah sebab utama saya paling suka...hihi]

Design baju ni pun memang menarik, bentuk baju kat bahagian bawah tu yang nampak baju ni unik, lain dari yang lain.
Kadang-kadang kalau yang lurus pun bosan jugak kan..
Sekali sekala ubah gaya penampilan, diri sendiri pun rasa lebih berkeyakinan.. :)




Uppss..nampak slim pulak iolls poaing camtu...hihii...




Lagi satu, kat bahagian pergelangan tangan tu di design kan khas untuk nampak lebih kemas. 
Pakai g kerja kat pejabat memang sesuai sangat.
Nampak lebih formal dan menarik. 
Kalau nak ambil wudhuk pun senang, 
Hanye tarik je ke bahagian atas.
Kainnye jenis memeri jugak tapi bukan jenis yang satu lagi..yang tu saya kurang suka coz
die jenis melekat kat badan..kalau yang ni tak melekat pun..






ok yang ni dah kantoi, nampak dah cam orang peknen 5 bulan lebih..hihi
Sesuai jugak untuk mommies yang tengah preggy cam saya ni.
Longgar dan selesa sangat2..
Kain die pun jenis getah je so boleh je pakai mengikut kesesuaian masing-masing.

Seronok sangat bila saya dapat kenal produk Mumsluv ni. Sebelum ni saya tak nafikan yang saya ni kurang pengetahuan dalam bab2 menyusu ni.
Bila ada pakaian yang canik2 dan ada kegunaan khas macam ni, kita pun bersemangat nak tambah koleksi lagi hehe. 

Hubby pun suka bila saya hantar gambar baju ni.
Dia cakap lepas ni boleh la tambah lagi koleksi pakaian menyusu..
Yang penting MENUTUP AURAT, HARGANYA BERPATUTAN, DAN SELESA
Memudahkan proses menyusukan bayi kami nanti..

Yer arr..sebelum ni kalau lepas berpantang..
kalau ade majlis2 kenduri kendara...
Bab2 pakaian lah yang selalu jadik masalah tuk saya..
Yang jadi mangsa...hubby lah tempat saya mengadu..huhu..

Hope lepas ni perkara macam yang dulu dah tak berulang lagi...
Terima kasih Mumsluv.. Sayang youuu... hihi..



Siap dapat freegift lagi tau... :)

Yang bestnye bukan corak ni je yang ada kat mumsluv, antaranya ialah....












seee??? semua design cantik2 kan..
Saya sendiri pun dah rambang mata ni nak pilih mana satu hihiii...

Kat mumsluv jugak ada baaanyaakk pilihan lagi..Blouse, Dress, t-shirt..
Korang boleh pilih ikut keselesaan masing2 okeh..

:)

Jom terjah MUMSLUV, sekarang diorang ada buat PROMOSI SEMPENA HARI IBU dari 27 April hingga 30 Mei 2015.. Cepat grab kalau tak nak rugii... 



Instagram : MUMSLUV
Facebook : mumsluv





Sunday, 10 May 2015

RESEPI : IKAN CENCARU SUMBAT

Assalamualaikum dan hai,

Ni adalah antara menu kegemaran saya. Masak sayur air sikit, budu, lepas tu ikan bakar. Kalau bukan makan 2-3 pinggan memang tak sah!

Jom saya share resepi kat sini esok2 nak refer balik senang.

Bahan-bahannya ialah :-

1) 4 ekor ikan cencaru - cuci bersih dan belah tepi.

2) bahan tumbuk:-
-5 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1/2 biji bawang besar
-1 biji cili kering
-3 biji cili padi 
- 1 inci belacan
-1 inci kunyit


*tumbuk kesemua bahan2 ni, gaulkan dengan garam secukup rasa.




Cara masak, ada dua pilihan:-

-kalau nak tumis, sila tumiskan bahan tumbuk tadi dalam kuali yang berisi sedikit minyak panas, sekejap je tumis tu. Jangan lama pulak. (Menu lebih sedap sekiranya tumis dulu bahan-bahan ni)

-kalau taknak tumis, boleh juga terus masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam badan ikan tersebut. Biarkan seketika. Kalau nak simpan dalam peti ais untuk di gunakan esok atau lusa pun boleh.

- panaskan minyak masak, goreng ikan sehingga masak.

-saya bakar di atas pemanggang ajaib je. Letak minyak sikit..
Dan inilah hasilnya.. :)


Sekor ikan ni saya boleh habiskan dengan hanya 2 pinggan nasi..hihi :)

Saturday, 9 May 2015

REZEKI MAKAN MALAM

Alhamdulillah, Rezeki kiteorang malam ni dapat makan makanan laut yang segar yang disponsor oleh kawan saya. Terima kasih banyak2 ye saudari. Semoga saudari sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan selalu.



Disebabkan sekarang ibu seorang supermom, ibu kena lebih kental dalam menangani telatah anak dara sorang ni. Nak-nak ketika bawa zahraa keluar makan kat restoran. Kalau berdua dengan abi awak pun ibu selalu beringat-ingat. Sentiasa kena ada persiapan awal sebelum awak meragam keboringan.

So malam ni saya dah siap2 bawa buku nota dan pen untuk menulis/melukis mengikut kemahuan dia. Saya bekalkan kismis sebekas, air masak, air susu, dan juga biskut.



Bila  nampak zahraa dah gelisah, saya cepat2 bagi kismis untuk dikunyah2 dan keluarkan pen serta kertas untuk zahraa isi masa lapang sementara menunggu makanan sampai. 

Semua menu sedap2..masa ni ketam masak telur masin dan sayur je belum sampai lagi. Bila kesemua lauk dah sampai, zahraa makan nasi dan sedikit lauk. Makan sendiri pakai sudu, tak nak kena suap dengan saya.

Makanan yang di order tu banyak sangat, kami makan pun sambil bersembang. Saya pun dah naik risau sebab saya dah mula dapat agak yang zahraa mula gelisah. Dah lah dekat2 meja kami duduk tu ada ramai budak2 sebaya zahraa yang tengah main2. Jalan sana jalan sini. Mungkin budak2 tu pun dah boring jugak.

Belum sempat saya makan sepuasnya  (nafsu makan saya sedia ada memang jenis kuat makan ...hehe)...saya terpaksa berhenti bila zahraa dah mula nak turun dari ribaan saya. Dah la sebelum tu dia nak turun dari kerusi bayi. Huhu sabarr je lah.

Nasib baik jugak lah sebelum dia meragam saya dah makan cepat2 dan banyak2..kihkih..kang nyesal x sudah bila makan x kenyang...

Lepas tu saya layankan perasaan teruja zahraa. Dia berlari2 kelilingi kawasan restoran tu. Dua tiga pusingan pulak tu..sampai berpeluh2 kami berkejaran. Orang sekeliling ada jugak yang memerhati tapi masing2 buat biasa je..atau mungkin dah terbiasa sebab kat situ selalu ramai orang.

Pape pun saya berterima kasih buat rakan saya tu sebab sudi belanja saya dan juga beberapa orang rakan lagi. Semoga ikatan persahabatan kita sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat. :)

Friday, 8 May 2015

MASALAH SEWAKTU MENEMPAH TIKET PENERBANGAN AIR ASIA

Assalamualaikum & hai,

Sejak menjadi perantau di Negeri Di Bawah Bayu ni, terpaksa jugak belajar macamana cara-cara membeli tiket penerbangan. 
Bila boleh uruskan sendiri, tak payah lagi kelam-kabut saat nak beli tiket flight.
Cara-cara nak beli pun senang je sebenarnya,

Pada yang masih tak tahu cara pembelian tu, boleh la google sendiri caranya. 
Tak payah susah2 nak beli tiket melalui agen-agen penerbangan, sebab utama adalah caj perkhidmatan yang dikenakan 'agak mahal'. so y not korang beli je sendiri kan.
Alasan kad kredit mahupun sistem perbankan internet (online banking)
tak de bukanlah satu masalah buat anda.
Kalau pakai kad ATM biasa yang ada ditulis VISA tu pun sebenarnya dah boleh beli tiket flight tau.
Korang boleh pakai macam pakai kad kredit je.

Setiap tahun ada saja penambahbaikan sistem yang dilakukan oleh pihak mereka. 
Bagus untuk mereka, bagus jugalah untuk kita sebagai pengguna ni kan.

Kali ni saya nak kongsikan dengan korang permasalahan yang dah saya lalui sewaktu membuat tempahan di atas talian.
Baru-baru ni ada seorang rakan baik saya minta tolong saya belikan tiket untuk dia. 
So lepas dia dah bank in ke dalam akaun maybank saya, 
Terus saya membuat tempahan untuk dia.

Sewaktu saya melaksanakan transaksi, masa tu line internet dah tak berapa nak laju dah.
Cam siput je perjalanan dia..geram pulak rasanya.
err..waktu tu sebenarnya adelah waktu lunch..[TAK DIGALAKKAN MEMBUAT TRANSAKSI PERBANKAN INTERNET KERANA WAKTU NI LAH TALIAN AMAT SIBUK]

Dalam ke'slow'an talian tu pun saya teruskan juga buat tempahan..
Bila sampai ke bahagian pembayaran..server down...
Proses pembayaran gagal.
Saya terpaksa mengisi borang tempahan yang baru.

Bila masukkan tarikh yang diingini, 
Sakit hati tengok harga dah melonjak naik dalam masa kurang 5 minit!!!
Giler betul penangan promosi Air Asia nih.
Dalam tempoh secepat tu harga dah naik.
[betapa ramai nya orang pilih penerbangan Air Asia ni kerana selalu je diorang ni buat promosi]

Saya Key-in semula maklumat permohonan,
Dengan harga baharu.
Dah selesai buat pembayaran dan dah dapat notis pengesahan.
Dah dapat nombor booking.
Dah dapat email pengesahan pembayaran..
LEga...terus saya bagitau kawan saya tu..dia pun happy lah...

bila saya refresh akaun Air Asia saya ...Saya check balik bahagian 'Manage my booking'
TErkejut saya bila tengok ada 2 booking nombor yang sama!
dah la setiap satu tu hampir mencecah RM2K.
Gila tak terkejut ko!!!

rujuk tarikh 28 May 2015

Satu tu dah betul lah yang saya dah buat pembayaran..
Yang satu lagi tu..memang belum buat pembayaran lagi..
Saya agak yang tu adelah yang mula-mula sekali..
Yang waktu talian internet slow sangat tadi..

Mula menggigil jari jemari saya...
Oh mai..
cam ner nak buat nih..
Buatnye pihak AA nak suruh saya bayar jugak...??
Risau betul saya masa tu...
HAti mula tak keruan dah..


ni booking yang kali pertama tadi
Dalam keadaan panik tu, sampaikan tak perasan ada nota kecil kat bawah NEED PAYMENT

"Please pay now. This reservation will remain on hold until Wednesday, 6 May 2015 at 16:21 (4.21 PM)"


Fuhhh...alhamdulillah baru lah lega saya. Tak payah nak risau lagi sebab dah terang2 pihak AA dah nyatakan kat situ kena bayar sebelum jam 4.21PM. hehe.

Ni yang saya check pukul 5.30 hari tu, dah tak de lagi booking number yang belum berbayar tadi.  :-

yang 28 mei tu kawan saya punya, 11 jun tu saya punya....yeaa..yeaa..x lama dah nak balik kampung..


So kalau korang alami situasi sama macam saya..
jangan lerr panik lebih2 macam saya tu ye..
Baca sampai habis. AA dah tulis siap2 dah kalau tak buat bayaran, tempahan automatic akan jadi cancel..[tak de maknanya diaorang nak call ko suruh bayar pulak...hihihi]




Tuesday, 5 May 2015

DRESS ZALIA PLUS SIZE UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum & hai,

Selamat kembali bekerja setelah bercuti panjang. 
Saya bercuti kat rumah je, dengan anaknda zahraa. sobbss.sobbbss.. :(

Walaupun tak pergi mana-mana, iolls ok je,
Boleh rehat-rehat kat rumah.
Boleh kemas rumah.
Boleh manja-manja ngan anaknda.
Boleh baring-baring, rehat, tidur, masak-masak. J

Bagi can la sikit kan..selalunya hari kerja kan sibuk…kurang rehat..kihkihkih,,
[ayat sedapkan hati padehal jeles jugak sikit2.,,tengok orang post macam-macam..g bercuti sana-sini]

Hari pertama kerja dalam bulan Mei.
Tarikh pun cantik. 5.5.2015.
Jadi saya pun turut sama bersemangat untuk datang kerja.
Sengaja cari semangat supaya mood rajin sentiasa wujud di setiap hari.

Ye arr..dah kata hari-hariku kurang bersemangat tanpa cinta hati di sisi.
So kena arr buat-buat macam bersemangat.
Takkan nak tunjuk kat orang yang kite tengah tak de mood.
Tengah tension, stress..[pada pendapat saya kalau buat macam tu, makin stress lagi adelah…] –tapi atas pandangan masing-masing jugak lah kan..kalau tak setuju sorry lah.



Apa mood semangat saya hari ni?
Ok, saja nak share, ni jubah a.k.a dress baru saya beli untuk diri sendiri. [saya pun jual jugak tau]
Warna turquoise.
Wudhuk friendly, Cuma bukan jenis BF friendly.

Saya beli jubah ni sebab saya suka dengan cutting dan design dia.
Ada sequin di lengan. Blink-blink gitu.
Errr..bukan selalu saya nak suka tau dengan baju yang ada lip-lap lip lap cam ni.
Selalunya saya biasa-biasa je.
Simple as me.
Jarang sangat nak nampak saya melawa, bergaya sakan.


22 weeks. :) 

Sampaikan kawan-kawan lelaki kat pejabat pun tegur coz diorang perasan jugak.
Pregnant kali ni saya seriously suka melawa. Berhias sikit.
Kalau pregnantkan zahraa dulu, punya lah malas nak melawa.
Pakai bedak pun macam tak pakai bedak.Pucat semacam.

Kali ni adalah beza dari yang dulu, saya lebih suka jaga penampilan diri.
Nak kata terlebih melawa tu tak de lah pun.
Tapi lain lah sikit dari sebelum-sebelum ni.
Alahan mengandung kot..tak semestinya sama dengan yang sebelum ni kan..


Ni bahagian lengan, ada zip. Senang nak selak waktu ambil wudhuk.
Saya pilih dress ni jugak sebab dia fit to XXL size. Sesuai sangat dengan ketinggian saya yang 163cm ni.

Ni saya sertakan details dress ni:-
NAMA : DRESS ZALIA PLUS SIZE
SIZE : FREE SIZE ( FIT TO XXL )
MATERIAL : LYCRA ( MEMERI/BERGETAH ) + SEQUIN DI LENGAN
******ADA ZIP DI LENGAN WUDUK FRIENDLY 
******ADA TALI BOLEH TANGGAL
UKURAN (inci) :
Bahu : 18- 22”
Dada : 54 -64”
Labuh lengan : 24”
Pinggang : 56 - 62 ”
Pinggul : 70 - 82'
Labuh : 57”

HARGA : RM70.00  + POS ( RM8 – SM  @ RM12 – SS )

Kalau berminat boleh whatsapp : 014-8188973. 


Thanks for reading. : ) 

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts