Thursday, 30 April 2015

SARAPAN PAGI HARI INI

Assalamualaikum & hai,

Korang dah breakfast ke?
Makan ape pagi ni?
Alhamdulillah hari ni saya dah tunaikan hasrat sendiri untuk bawa bekal ke pejabat.

Menu pagi ni, nasi goreng kampung takde sayur kangkung. =P
Saya goreng malam tadi lagi ni. Dekat pukul 9.30 malam baru siap sebab start masak lewat sikit.
Sebelum goreng nasi saya masak tomyam putih ayam dan ikan goreng dulu.
Masak untuk makan malam dan bawa sikit untuk makan tengahari hari ni.
Letak dalam peti ais siap2..bawa ke ofis hanya perlu panaskan je dalam microwave.



Banyak juga nasi goreng saya tu, dapat share dengan member pejabat dan big bos saya pun sempat makan jugak sikit.
Kebetulan dia masuk pantry jugak sempatlah saya pelawa dia makan sekali.. hihi segan jugak saya ni bukan pandai masak pun..[ tapi kalau tak pelawa lagi segan bila dia tengok je hihi]..

Menu lunch saya simpan dalam peti ais kat pantry pejabat je dulu. Tengahari nanti baru keluarkan dan panaskan balik dalam microwave. 

Jadi untuk hari ni saya dah tak payah nak keluar dah waktu tengahari. Boleh rest kejap lepas solat zuhur nanti.
Yeay yeayy.. Saya suka! saya suka!

Semoga hari mendatang saya akan sentiasa "rajin" berbekal. insyaallah.. =)


6 comments:

Ibu Dilah said...

Wahh.. rajinnya bawak bekal ke ofis.. elok la macam tu.. dpt berjimat kan.. hihi.. dilah dah follow ye..

Mila Hilas said...

adeh mcm sedap plak tgk nasi goreng tu hehehe

Hamelia Hamid said...

Ibu dilah : terpaksa rajin..hu3..yang penting dapat berjimat Thanks yunk.. :)

aTieYusof Family said...

wahh rajinnya sis... mudah2n akan sentiasa rajin ya... sedap nmpk nasi goreng tu:)

Ipah Kholipah said...

mantap banget tuh mba hehe nasi goreng nya pake ikan teri hehe kesukaan aku itu ikan teri hehehe

azizah green line said...

moga emi rajin n bersemangat bawa bekall..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts