Monday, 20 April 2015

RESTORAN IKAN BAKAR KAK JUNE

Malam tadi mat shah ajak keluar dinner kat luar dengan kawan dia. Katanya nak try restoran ikan bakar dekat-dekat je ngan rumah kiteorang. So apa lagi laju je lah wife dia yang tak berapa nak "rajin" ni terus setuju.

Lokasi : Restoran Ikan Bakar Kak June, kg. Tok Batik Tuaran.
Landmark : kalau dari KK- ikut jalan kampus Intan Sabah, sebelah kiri jalan je, lepas gelanggang futsal dan kedai rakyat 1malaysia. (jalan short-cut untuk ke Kota Belud)


Tak banyak sangat kami cuba malam tadi. Dah kata nak cuba kan, takkan terus ambil banyak2..buatnya tak sedap? Kan dah rugi..hihi.. Hubby ambil ikan putih saiz besar jugak lah, anggaran 700gram, dan jugak seekor lagi ikan apa ntah saya tak sure tapi orang sini panggil ikan ayam saiz kecil. Cukuplah makan untuk 4 orang dewasa dan 3 baby je. 

Harga kat situ dikira per ikan. Contohnya kita pilih mana-mana ikan yang kita nak,lepas tu dia bagi siap2 harga ikan tu. side dish yang hubby ambil adalah nasi 1 bekas tapauware, sup kosong, sayur dan rumpai laut (masing2 rm2 satu piring), air milo panas, milo ais, bandung ais, dan ABC special (RM4.00) jumlah harga adalah RM56.00. Ok ke? Saya kurang pasti ok ke tak harga tu sebab dah lama saya tak makan ikan bakar.

Sos yang disediakan adalah sambal tumis, sambal belacan, dan sambal kicap.(sorry iols lupa nak ambil gambar, zahraa sibuk nk main telefon ibu dia ni huhu). Kesemua sambal2 ni sedap2 dan kena lah dengan selera tekak saya.

Bagi saya, not bad lah restoran ni, tahap kebersihan dan keselesaan adalah amat memuaskan hati pelanggan. Semua pekerja mesra dan peramah, kalau yang bawa baby tengah tidur, stroller juga disediakan untuk memberi keselesaan kat pelanggan diorang tau.


Good girl malam tadi, baik je dia. Selalu kalau time makan dia tak suka sangat duduk atas baby chair. Kali ni ok pulak, mungkin dia tunjuk sopan depan famili kawan hubby ;P

Untuk maklumat lanjut boleh check di lama Facebook : IKAN BAKAR KAK JUNE






3 comments:

azizah green line said...

hai zahra! auntie rindu la gelagat zahra xmo duk kat baby chair tu..hikhikhik

ooo tempat sini tau la..cuma xpernah pegi makan sini lgg

Khoo Chee said...

hehe..sis.. salam singgah..

CaHaYaHaTi said...

yeahh bleh try pergi lepas ni hehehe..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts