Monday, 6 April 2015

Pertandingan Fotografi Jabatan Taman Laut Malaysia 2015


Assalamualaikum, Pagi tadi cikmi bukak email ofis, cikmi ada terbaca satu iklan ni, rasanya tak salah cikmi kongsikan kat blog cabuk cikmi ni..

kepada peminat-peminat fotografi dijemput untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Fotografi Jabatan Taman Laut Malaysia seperti maklumat berikut :-




TERMA & SYARAT
 1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
 2. Tema bagi pertandingan adalah Biodiversiti Marin dan Panorama Pulau Taman Laut'.
 3. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang dilengkapi dengan
       i. Nama
       ii. Nombor kad pengenalan
       iii. No. telefon
       iv. Email
       v. Alamat peserta
       vi. Bilangan penyertaan bagi setiap kategori
4. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
       i. Kategori Panorama Pulau Taman Laut
       ii. Kategori Dasar Laut (underwater) — Macro
      iii. Kategori Dasar Laut (underwater) — Seascape
5. Peserta dibenarkan menghantar maksimum dua (2) gambar sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
6. Semua gambar mesti dikemukakan dalam bentuk JPEG (sekurang-kurangnya 8MB & 300 dpi keatas). Salinan soft copy perlu disertakan dalam bentuk CD dan diserahkan bersama gambar bersaiz 8R (photo paper & siap mounting board warna hitam) kepada pihak penganjur.
7. Setiap gambar yang dihantar wajib disertakan maklumat seperti nama ,kategori, saiz, kualiti, tarikh dan lokasi gambar diambil. Maklumat ini hendaklah dilekatkan di belakang gambar sebelah penjuru kanan atas gambar tersebut.
8. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital.
9. Setiap gambar yang dihantar hendaklah diambil di kawasan Pulau-pulau Taman Laut Malaysia Sahaja. (Lampiran senarai 42 Pulau)
10. Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
11. Tempoh masa pertandingan adalah bermula pada 1 April sehingga 31 Mei 2015. Peserta hendaklah mengambil gambar dalam tempoh masa ini.
12. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2015 dan penyertaan hendaklah sampai kepada urusetia pada atau sebelum jam 5.00 petang
 13. Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik Jabatan Taman Laut Malaysia dan Jabatan berhak menggunakan gamabar-gambar ini bagi sebarang tujuan.
14. Suntingan gambar minima sahaja yang dibenarkan (Terang, Gelap, Cropping, Tone). Suntingan tambahan adalah tidak dibenarkan (Manipulasi, Pencahayaan Tiruan, Tambahan Kesan Khas dan sebagainya).
15. Gambar pertandingan ini akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik.
 16. Segala kos yang terlibat dalam proses penggambilan gambar adalah di bawah tanggungan peserta.
17. Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel hakim professional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.
18. Keputusan pengadil bagi pertandingan ini adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
 19. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan dan kerugian.
20. Hadiah pertandingan bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
Kategori Panorama Pulau Pertama : RM 2,000.00
Kedua : RM 1,500.00
Ketiga : RM 1,000.00
Saguhati : RM 500 x 5 pemenang

 Kategori Dasar Laut (underwater) Macro
 Pertama : RM 3,000.00
Kedua : RM 2,000.00
Ketiga : RM 1,000.00
Saguhati : RM 500 x 5 pemenang

Kategori Dasar Laut (underwater) Seascape
Pertama : RM 3,000.00
Kedua : RM 2,000.00
Ketiga : RM 1,000.00
Saguhati : RM 500 x 5 pemenang

21. Borang penyertaan boleh dimuat turun di Laman Sesawang Jabatan Taman Laut Malaysiawww.dmpm.nre.qov.mv . ( MUAT TURUN BORANG )
22. Penyertaan adalah percuma.
23. Warga Jabatan Taman Laut Malaysia adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
Gambar dan Borang Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut :

URUSETIA PERTANDINGAN FOTOGRAFI JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
Bahagian Pendidikan Dan Interpretasi Maklumat
Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli
No.25 Persiaran Perdana Presint 4 62574

W.P Putrajaya 03-8886 1726 @ 03-8886 1416

Semoga bermanfaat!! :)

4 comments:

laman blog saya said...

pertandingan fotografi :-)

azizah green line said...

hadiahnya best2 tu..

CaHaYaHaTi said...

waa menarik tp xde bakat fotografi.. selfie pandai la hehhehe

CaHaYaHaTi said...

waa menarik.. tp xde bakat fotografi.. selfie pandai la hehe

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts