Wednesday, 8 April 2015

PENGALAMAN BERSALIN : NUR SAFIYYA IZZ ZAHRAA

Assalamualaikum,

Hari ni Izz Zahraa dah masuk 1 Tahun 5 Bulan. Sekejap je rasanya masa tu berlalu pergi. Semalam saya melawat seorang kawan yang baru bersalin. Terus kenangan menggamit memori. Ehe?? cam pelik pulak ayat nye ni kan. kih kih kih.

Sebelum saya terlupa setiap detik manis dalam hidup saya tu, jomlah baca ...tapi jangan muntah pulak sebab rasanya macam paaaanjjaangg sangat2 kot... :D

Sambungan dari kejadian  dah turun tanda nak bersalin ..

Jumaat, 8 November 2013

Saya tersedar dari tidur lebih kurang pukul 6.00 pagi, masa tu saya masih lagi dapat rasa contraction tapi tak kuat sangat dalam 5-10 minit sekali. Pada pemikiran saya (tatkala itu) contraction tu adelah biasa je tak sakit pun dan tak rasa yang saya dah nak bersalin. Masa tu tak de pengalaman lagi, dan sakit pun tak ada saya biasa je lah tak cemas tak gentar. eheee...

Mat Shah dah bangun lepas saya ke tandas, dia tanya saya ok ke tak? sakit ke tak?
saya sengeh je..masih macam semalam. Masih ada spotting darah di pantiliner.
Dah betul2 tak sakit. Lepas siap2 mandi kiteorang bersiap2 nak ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKK) sebab semalam doktor dah pesan suruh ke hospital jugak sekiranya spotting tu masih ada.

Lepas breakfast telur separuh masak, 2 biji. Milo panas, dan jugak pisang..kiteorang bergerak ke hospital.

8.45 pagi : Sampai di HWKK, terus naik ke tingkat 2, bilik penilaian (PAC). Daftar dekat kaunter pendaftaran PAC, nurse bagi urine stick (ke ape benda nama dia). Dia suruh check urine dan tukar pakaian hospital siap2. Lepas ambil berat dan tinggi saya diarahkan untuk duduk di ruang menunggu dalam bilik tu juga. Keadaan pagi di bilik tu agak tenang, namun masih sama macam semalam, masih ramai ibu-ibu yang menunggu giliran untuk dipanggil. Ada yang dah bleeding banyak..ada yang air ketuban melimpah2 tumpah..Syukurlah keadaan saya masa tu baik-baik je dan tak seteruk diaorang.

Masa naik tu saya hanya bawak handbag. Bag keperluan bayi dan ibu saya tak bagi lagi hubby bawa naik atas. Hubby pun saya tak bagi naik ikut saya. Sebab saya suruh dia pegi cuci kereta dulu, tak jauh daripada hospital tu. haha. Yang saya pun satu..dah nak bersalin pun masih sempat lagi suruh suami cuci kereta. kihkih. lucu pulak kalau ingat balik. Yer lah kereta tu dah kotor sangat2..Lagipun saya tau masa tu saya tak kan bersalin lagi dan akan lambat lagi bersalin. Tak sampai sejam matshah g cuci kereta, dan siap makan pagi sekali dia dah bagitahu yang dia dah siap buat semua tu.

Saya? terus menunggu dan menunggu. Sambil2 beristighfar..sambil makan kurma dan air zam zam yang sempat saya bekalkan dalam handbag. Nak makan makanan yang mengenyangkan memang dah tak boleh telan.

Lepas tak lama tu, datang nurse ambil maklumat saya dengan nurse di kaunter pendaftaran. Lepas tu dia suruh saya baring untuk ambil bacaan CTG scan. Lepas tu datang lagi doktor, dan doktor pelatih. Interview sedikit sebanyak. Kemudian saya diarahkan tunggu lagi. Mungkin keadaan saya nampak macam tak kritikal, berbanding pesakit lain yang ada yang dah menangis menahan kesakitan.

11.50 pagi. Saya diarahkan baring di atas katil, saya dipasang satu 'alat' kat pergelangan tangan saya. Apa lah nama tu ye.? sorry betul2 lupa. Tapi saya dimaklumkan sekiranya ada kecemasan, wayar2 oksigen dan sebagainya akan disalurkan terus melalui alat yang sudah dipasang tu. Lepas saya diperiksa oleh seorang doktor cina, saya disahkan lagi oleh seorang lagi doktor lelaki yang berbangsa india. Waktu tu dia cakap bukaan saya dah hampir 5.5cm. Saya agak berdebar kat situ. Ditambah lagi berdebar apabila dia cakap "puan, kami akan bantu puan untuk mempercepatkan bukaan laluan..puan tahan sikit ya.." saya hangguk2 je..Sekali dia seluk, saya dapat rasa satu kesakitan yang amat sangat..sampat menitis air mata..tapi tak ada lah sampai huawaaa huwaa meraung2 tu.

Masa tu ada seorang nurse dan jugak nurse yang berpangkat sister. Saya tau pun sebab saya dengar semua nurse dan doktor memanggilnya sister. Sister tu sangat baik dengan saya, dan mungkin juga baik dengan semua orang. sempat dia tanya saya..anak sulung ya puan..? saya hanya mengangguk2 je..sambil menahan sakit..

Selepas doktor selesai periksa, dan tatkala saya berasa sakit tadi, saya juga dapat rasa yang bahagian bawah badan saya dah basah lencun. Beberapa orang nurse pelatih sedang alaskan kain lain di bawah badan saya. Baju dan kain saya memang dah basah lencun. Saya terus sms matshah, suruh dia naik dan bawa beg saya tu sekali.

2.20 petang ..

Jam ni lah saya dah betul2 rasa sakit yang teramat sakit. Rasa macam nak membuang, tapi tak boleh. Pastu untuk tahan sikit sakit tu sempat saya macam meneran sikit. Sakit sampai tak blh nak pegang telepon. Tapi sempat lagi saya beristighfar dan rasanya sempat saya call husband n bagitahu dia saya dah nak ditolak ke labour room.[masa tu masih lagi kat bilik PAC  hokaayy]. Saya tak pasti masa tu ramai sangat yang tengah bersalin, bilik bersalin penuh..so sebab tu la betul2 dah nak bersalin baru dia tolak masuk ke dalam labour room yang tak jauh je dari bilik PAC tu.

Kemudian bila dah tak tahan sangat, saya bagitau sister yang baik tadi. Saya cakap betul2 dah tak tahan, tapi tak ada lah cakap tu dengan nada mengada-ngada, cuma cakap je dengan harapan diorang cepat2 tolak saya ke labour room. Masa tu dah tak takut apa dah. Nak cepat2 bersalin je sebab dah tak sanggup tahan sakit wehh...haha

Ok terus sister yang baik hati tu bagitahu doktor muda tu. Diorang cek, dah confirm bukaan dah hampir 8.5cm! OMG, sayup2 je saya dengar. Sambil tu cuba tahan nafas, cuba untuk sepenuhnya ingat Allah, hanya Dia je yang berkuasa, mampu buat saya berasa tenang hadapi Ujian hebat dariNya ini.

Saya digegaskan ke dewan bersalin. Bag baju baby saya dah husband tinggalkan dengan nurse di kaunter pendaftaran PAC, sebelum saya ditolak ke labour room, selipar, baju dan handbag  yang ada bersama saya nurse dan sister letak sekali atas katil tu bersebelahan saya. Pada pandangan saya, staf kat HWKK ni memang bertanggungjawab, dan kesemuanya baik2 belaka.

Sewaktu kena tolak ke labour room, saya betul2 dah rasa tak tahan, kuat saya pegang di palang besi. Tercari2 jugak manalah laki saya ni. Aduii..time2 ni lah tak muncul2. Sambil pejam mata, sempat saya jeling2 orang sekeliling yang berselisihan dengan saya. Ohh malu jugak bila kena tolak atas katil camtu. Camne lah muka saya masa tu. Mesti buruk gila.

2.50petang 
Masuk ke labour room, saya disuruh naik ke atas katil sebelah. Maknanya saya tak akan diangkat, saya kena mengensot sikit untuk ke katil sebelah sambil dibantu oleh nurse dan sister tadi. Bayangkan dah la tengah2 sakit nak bersalin, rasa tubuh badan ni dah tak ada kudrat dah nak 'lompat' naik ke katil sebelah.

Lepas sister cakap,'mama, cepat pindah ke tail tu...baby dah nak keluar..' terus saya jadi kuat. Seakan2 baru tersedar dari lamunan. Terus bertenaga nak bangun. Tak sabar nak jumpa baby wehhh.. :)

Waktu nurse (bidan) tengah siap2 nak sambut bayi.pakaian saya yang basah lencun tadi ditukarkan dengan pakaian baharu..sambil betulkan kaki dan kedudukan saya. Saya terdengar nurse lain dan juga sister tertanya2 dan memanggil2 mana suami saya.. 'Father Friendly punya ni..mana husband dia ...' lepastu datang  tanya saya..saya suruh dia call husband saya, namun ada kod lock pulak kat telepon. ish masa ni jugak lah rasa susahnya pakai smartphone. Leceh nak kena masukkan password bagai. hehe.

Sempat saya call husband. Rupanya dia di tandas kat depan tu. Tak senang duduk sampai macam2 rasa. Nak kencing nak berak lah.Nerves punya pasal. haha. Tak lama terus dia sampai, diberikan baju berwarna putih dan penutup kepala. Sekali tengok dah macam staf hospital jugak. kihkihkih.

Seterusnya bermulalah proses meneran..1,2,3....push....pushh....x jugak keluar2..cuba lagi....cuba lagi...dan cuba lagi..last2 dalam kali ke-5 saya teran kot..masih tak berjaya..salah teknik mungkin. Tak pun terlebih takut. Sister tadi bersemangat bagi kata2 semangat kat saya. Matshah pun sama. Tapi saya sempat perasan, yang muka matshah pucat lesi tengok banyak darah keluar. haa...baru dia tahu kan..

Seingat saya, doktor perempuan yang handle masa saya kat labour room tu. Dia tengok sekejap2 camtu je.
Nurse Bidan yang sambut, (saya kagum dengan dia) .Kelihatan sangat cekap, walaupun hanya seorang gadis muda. dibantu oleh seorang staffnurse pelatih dan diperhatikan oleh sister. Tiada doktor2 pelatih  atau nurse pelatih yang datang menjadi pemerhati. Di situ daku bersyukur. Alhamdulillah. Izz Zahraa dilahirkan dengan bantuan sedikit guntingan setelah daku dah berhempas pulas meneran lebih kurang sebanyak 5 kali. Rasanya setiap ibu yang pertama kali bersalin, akan digunting sedikit. Tapi tak semestinya jugak kan..

3.03 petang
Lepas je Izz Zahraa keluar, rasa lega yang teramat sangat. Bayi diletakkan di atas dada saya. Rasa melekit-melekit dan panas. Bayi menangis nyaring. Saya cium dan peluk dia. Rasa sakit dah hilang dalam sekelip mata lepas tengok dia. Anugerah yang tidak ternilai. 2 tahun 9 bulan kami laki bini nantikan kehadirannya. Alhamdulillah, kurniaanNya yang cukup istimewa.

Sewaktu Zahraa diletakkan atas badan saya. Saya cakap dengan hubby, anak kita abi.. alhamdulillah. sambil menangis. hubby pun sama menangis, tapi sedikit kontrol sebab ada lagi nurse dan sister kat situ. Saya pandang sister, sempat mengucapkan terima kasih banyak2..sudi bagi bantuan semangat kat saya...dan layanan yang baik sekali. Waktu tu dia dah nak keluar, namun sempat ucap bye2 dulu kepada kami.Semoga sister sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan selalu{maaf lupa nama, tapi kalau jumpa lagi saya masih ingat raut wajahnya}

Lama juga Zahraa di atas badan saya. tapi sekejap je menangis, mungkin dia rasa selamat dalam pelukan ibunya. :) waktu tu, bidan tengah mengeluarkan uri, dia tekan2 sikit kat bahagian perut saya. Saya tak sempat tengok bagaimana rupa uri tu, dia dah masukkan dalam bag plastik untuk diberikan kepada suami saya. Lepastu bermulalah proses jahit-menjahit. Sebelum tu ada satu suntikan diberikan kat paha saya. Mungkin untuk tahan sakit, lupa pula suntikan apa. [banyak juga yang saya lupa, maklumlah dah hampir 2 tahun dah..hehhee]

Jahit kat bahagian dalam dulu, tak de lah sakit sangat, masuk ke bahagian luar luka..saya rasa macam kulit disiat2. Sabar je lah menahan sakit. Nasib baik saya agak penyabar, mungkin sebab saya pernah alami rasa sakit sewaktu rekrut dulu. ehe....ada kaitan ke sakit2 dulu dengan sekarang,,,? ada. tapi lain sakitnya. :)

Selesai urusan jahit luka, yang mengambil masa sekejap sahaja. Kagum sangat dengan hasil kerja nurse bidan tu. Cekap dan profesional. Terima kasih banyak2 nurse. :)

Kemudian seorang nurse datang ambil zahraa untuk dibersihkan. Masa tu dia minta pakaian,  tuala baby, serta kain lampin. Tak lama kemudian dia datang hantar zahraa yang dah bersih. Kami ditinggalkan bertiga dalam bilik tu sebelum dihantar masuk ke wad pesakit. Ada nurse datang bagi 1 cawan milo suam kat saya. Terima kasih, lega rasanya bila blh telan sedikit air.
 

Selepas tu hubby azankan zahraa. alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepadaNya. Kemudian nurse datang dan suruh saya mula susukan bayi.. Dengan sedikit kekok saya diajar cara serta kedudukan yang betul untuk menyusukan baby. Alhamdulillah baby dapat minum susu pertama saya yang dikurniakan olehNya.

Lama juga kami dalam labour room sebelum saya rasa nak terkencing. Adui..Dnegan 'kepedihan' saya bangun dari katil dibantu oleh hubby. Dihantar sampai ke dalam tandas..betapa siksanya nak kencing buat pertama kali. Darah banyak jugak lagi yang keluar, masa tu saya dipakaikan tuala wanita hospital. Lepas tu saya tukar tuala wanita saya sendiri, khas untuk wanita bersalin. Dengan kepayahan dan kesakitan..cuba untuk sabar  sahaja...

15 minit selepas siap tu..datang seorang doktor muda, lelaki..untuk periksa jahitan bidan tadi. Agak sakit bila bekas jahitan dibelek dan diperiksa. Uhuhu....sabar je lah..Baby juga diperiksa..

Lama jugaklah kami kat situ, lepas bersalin terus dapat call dari kawan2 rapat..kak ika, kak lin..rambo..tak lupa juga keluarga tersayang yang tertunggu2 update dari kami sejak tengahari tadi lagi. Syukurlah semua selamat2..terima kasih kawan2 dan keluarga yang mendoakan kami..Alhamdulillah allah permudahkan urusan kami..tak sampai 15 minit proses kelahiran Izz Zahraa. Sungguh besar kuasa Mu. Alhamdulillah saya sakit tak lama..

Dekat jam 6.30 petang barulah aku dihantar ke wad pesakit luar, Masuk je wad tu, hanya saya je kat dalam tu. Nurse cakap nanti akan ada lagi pessakit lain. So legalah aku, kalau tak...errr..takut jugak sorang2...huhu

Ok cukuplah setakat tu dulu..lainkali ada masa saya update lagi...sambungan dan ssambungan....kot2 lah ada..hahhaaaa










Alhamdulillah...dipermudahkan urusan bersalin... :)

5 comments:

CaHaYaHaTi said...

aduii sebak tol baca tang baby atas perut tu.. teringat3 kenangan lahirkan haq dulu heheheh...

azizah green line said...

masa tu kita xkenal lagi..kalau x leh melawat emi kat wad..hehe

pengalaman kan..pasni bsedia anak kedua pula..plan bsalin kt hwkks juga ye dear?

Hamelia Hamid said...

CaHaYaHaTi : kenangan manis tu kan dear... :)

azizah green line : insyaallah nanti nak bersalin kat sana jugak nanti dear,, :)

Hamelia Hamid said...

CaHaYaHaTi : kenangan manis tu kan dear... :)

azizah green line : insyaallah nanti nak bersalin kat sana jugak nanti dear,, :)

mOoN IzzaN said...

huuuuu.. rindunya detik mengandung dan melahirkan..

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016