Tuesday, 28 April 2015

DUGAAN IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum & hai,

Bermula semalam-27 april 2015 bermulalah hari-hari yang mencabar buat saya untuk menjadi seorang superIBU. Sayalah abi, sayalah ibu. Abi zahraa berkursus teknikal lebih kurang 1 bulan di pusat latihan APMM, Kuantan Pahang, 3 jun 2015 baru balik KK semula. Sobbss, sobbss..

Kursus ni kat sini Abi je yang terlibat, tu pun sebab pihak HQ yang pilih. Saya pun terkejut bila dapat tahu nama hubby yang naik. Untuk kebaikan hubby jugak, saya relakan pemergiannya ke sana. Staf bahagian kursus cakap kalau tak nak pergi (dengan alasan) perlu cari pengganti. Tapi saya suruh jugak hubby pergi walaupun berat hatinya. Yelah nak tinggal anak bini, lama pulak tu..tapi bukan senang untuk terpilih mengikuti kursus tu. Rezeki hubby namanya tercalon. Alhamdulillah.

Kursus lama-lama macam ni mengingatkan kembali sewaktu mengandungkan Izz Zahraa. Masa tu pun hubby dah ikuti satu kursus teknikal (tajuk lain) selama sebulan jugak. Masa tu walaupun pregnant, saya rasa ok lagi sebab saya berseorangan. Balik kerja kalau penat saya tidur n baring je. Makan pun beli kat kedai je. Kalau rajin baru masak. 



Kali ni, dugaan buat saya, tinggallah bertiga dengan zahraa, dan seorang lagi zuriat kami di dalam kandungan saya. Saya kena kuat dan kental jugak lah dengan zahraa yang tengah nak membesar ni.

Alhamdulillah, Syukur ke-hadrat Nya. Saya disahkan mengandung lagi, dan usia kandungan saya dah mencecah 5 bulan (+-21weeks). [sorry, lambat pulak update cerita kat blog..] (Next entry saya cerita secara details, insyaallah)


Insan kecil yang tak tahu apa-apa. Sengih je bila di ajak selfie. 


Zahraa kurang sihat, dia batuk2 n selesema start hari jumaat haritu. Tapi pagi tadi saya tengok dah ok. Harap2 petang ni dia pulih sepenuhnya. Ye lah bimbang jugak saya..dengan hubby tiada di sisi.





Tertidur dalam kereta, alhamdulillah zahraa tak meragam. Dengan ada makanan kudap-kudapan dan cerita kegemaran dia, upin ipin. Thanks kepada hubby sebab belikan saya lazypod tu. Sememangnya sangat2 berguna tatkala bawa kereta bersama-sama along zahraa. 



Semoga saya, zahraa dan kandungan pun sihat2 je..semoga allah permudahkan urusan saya..berikan kesihatan kepada kami sekeluarga..dan dilindungiNya selalu..insyaallah...

p/s : Camni lah duduk di perantau, time terdesak macam ni, mula lah pikir untungnya kalau dekat dengan family sendiri..ada apa2  insyaallah mereka blh tolong..huhu..Tak da lah rasa bersendirian sangat kat tempat orang bila hubby tak de..nak mintak mak datang sini temankan saya pun segan jugak coz mak pun ada keje dia jugak, lagipun abah pun tak berapa sihat jugak.. :(  Tapi saya tetap bersyukur coz ada kawan2 yang ambil berat n ada dah pm saya untuk tanya khabar..siap pesan lagi kalau perlukan apa2 bantuan just bagitahu je tanpa segan silu..Thanks korang..alhamdulillah saya dikelilingi insan2 yang baik hati.. :)



4 comments:

SweetLikeWhat said...

fuhhh lamanye kursus...kalau anez ni pening ni camne nak handle anak dua org..haha

azizah green line said...

sabar ye emi..jijah dah merasa di tinggalkan berbulan2..inshaaAllah kita akan kuat bila mengenangkan anak..perginya mencari rezeki..

inshaaAllah emi..dipermudahkan seglanya..di kurniakan insan2 yg baik disekeliling mmg best! tak terasa duduk di perantauan.

Iryns Ahmad said...

Alahai ciannya .. Bertabahlah ye Ibu :) zahraa get well soon ya . .

CaHaYaHaTi said...

kan..kita sama jauh dr family.. bila suami outstation semua kena buat sendiri..kena berdikari..xboleh nak harapkan org lain.. semoga kita sama2 tabah

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016