Tuesday, 28 April 2015

Azam bawa bekal ke pejabat

Assalamualaikum, dan hai..

Menu tengahari saya tadi.

Nasi putih
Ayam goreng
Hati masak kicap
Sayur kacang bendi goreng

Total : RM5.00
*kalau makan kat kedai2 biasa area sini, lauk macam ni biasanya dah mencecah RM7 ke atas*

Air teh o ais laici = RM 2.60

Lokasi : satu gerai kat food court giant kolombong, (sorry lupa nama..tapi kalau pergi kat sana korang akan perasan 1 gerai yang ramai orang duk beratur ambil makanan)

Harga makanan kat situ murah dan menu  pun kena dengan tekak saya. Kira ok lah, saya selalu ke gerai abang tu pun sebab kawan ofis yang rekemenkan.

Tadi saya makan sorang-sorang je sebab member pejabat ramai yang outstation hari ni. Rasa janggal jugak bila kita nak makan kat meja tu sorang-sorang. Tapi saya cuba belajar bersendirian. Selalunya saya keluar makan tengahari dengan member2 ofis. Selalunya geng2 lelaki, tapi jangan risau, hubby dah tau. dia dah faham camne cara saya berkawan dan member2 ofis. Lagipun kami keluar secara berjemaah gitu.


Bukan saya je yang berkeseorangan tadi, jadi tak perlulah saya nak berasa janggal sangat kan. :)

Kat ofis saya ni ada 9 orang staf perempuan termasuk saya. Tapi masing-masing buat hal sendiri bila tiba waktu rehat, ada yang keluar dengan husband, ada yang tak nak keluar tengahari sebab siap2 bawa bekal tengahari. Ada yang ambil anak...dan tak lupa juga ada yang nak berehat je kat surau..

Kalau dulu, saya ada geng keluar makan, asal je time lunch, ada je lokasi dan plan program kami nak berjalan kat mana..tapi geng tu dah tak de dah..sorang dah pindah ke sarawak, sorang ke perak, sorang ke sandakan.alahai rindunya kat kalian.

Saya ni bukan rajin sangat nak keluar lunch. Keluar pun sebab terpaksa je isi perut yang sentiasa lapar ni. Lambat makan sikit mula lah menggigil. Camne lah bulan puasa nanti. Harap2 saya boleh puasa penuh la. Tambah2 dengan keadaan kesihatan saya sekarang. Cepat penat. Pagi2 pulak saya selalu datang kerja lambat.tak sempat nak singgah ke kedai untuk tapau makanan siap2.. Selalunya saya beli makanan yang dijual kat bawah pejabat, kalau habis, melepas lah saya.

Lepas ni saya nak kena usaha lebih sikit untuk bertolak awal ke pejabat. Biar sempat singgah kedai dulu beli makanan untuk makan pagi dan juga tengahari. Tak pun kalau saya malas beli kat kedai, saya kena bangun awal sikit untuk siapkan bekalan makan dari rumah.

Baru lah dapat jimat tenaga saya. Jimat masa, dan jimat duit of kos. Yang penting  bila bawa bekal sendiri kebersihan makanan lebih terjamin. Lebih sihat.

Insyaallah. Parking angan2 je la dulu. Ekceli dah lama berangan2 nak berbekal ke pejabat ni cuma kegigihan je belum datang. Eheee~










3 comments:

azizah green line said...

emi boleh punya..dah alang2 masak utk zahra leh masak utk emi sekali..ehehe chaiyokk!

Iryns Ahmad said...

Gigihkan diri emi . lpstu share kt blog ok.

Fiqah Feeona said...

Mari sama-sama..Sekarang ni saya pun lebih istiqamah membawa bekal...

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts