Thursday, 12 March 2015

Rindu Nasi Kak Wok

Assalamualaikum & hai,

Bagi sesiapa yang berasal daripada kelantan mungkin dah familiar dengan Nasi Kak Wok. Nasi kak wok ni merupakan nasi putih, gulai keropeh (ayam dipotong kecil2 bahagian tengkuk,sayap,kaki dan juga isi ayam, ayam goreng(juga potongan seperti ayam gulai, dan juga sambal belacan yang dibungkus dalam kertas pembungkus berwarna koko..dimakan panas2 waktu pagi dan juga untuk dimakan waktu tengahari. Memang menjilat jari!!!! 

Kedai nasi kak wok yang asli berada di kg Lundang, masuk ikut jalan sebelah KBMC (kota bharu medical centre). Pemilik kedai nasi kak wok merupakan arwah nenek kepada kawan saya, iaitu tipah. Tapi sekarang dan banyak kedai2 makan yang timbul dengan menu ala2 nasi kak wok, dan tak lari juga dengan yang menggunakan nama nasi kak wok sendiri. Yang tu saya kurang pasti samaada diorang memang dari keluarga arwah kak wok ataupun tak. Atau sekadar hanya menggunakan nama tu untuk publisiti sahaja. Termasuk juga di Negeri Sabah, dah ada jugak satu dua restoran yang menggunakan nama nasi kak wok serta menu2 untuk menarik perhatian pelanggan. Saya tak pernah lagi mencubanya kerana berdasarkan review x best daripada rakan2 yang berasal dari kelAntan yang pernah mencubanya. (Terus rasa malas nak mencubanya haha)

Dengan kesedapan nasik ni lah yang sering membuatkan anak2 jati kelantan yang berada di perantauan ni merindukan nasi kak wok. Yang bukan pregnant pun kalau dah rindu kat masakan tu, kalah orang pregnant tau.

Baru2 ni saya ada lihat dekat facebook sepupu saya, share gambar beliau membuat sendiri nasi ala2 kak wok..walaupun dia di kuala lumpur, selalu balik kampung namun sebagai ank jati kelantan tekAk dan selera memang tak boleh lari dari selera kelantan. Walaupun di KL sendiri dah banyak nasi2 yang menyerupai nasi kak eok, yang mana masakannya memang sedap, tetap merasakan " tak boleh lawan yang asli punya." 

Maka saya pun melelehlah air liur melihat nya. Nekad satu hari nanti mesti kena buat jugak.

Taddaaaa!!


Zoom in sikit..hehe..nasib baik kat umah saya memang dah ada kertas pembungkus tu. Saya memang suka beli barang2 packaging ni coz kadang2 bawak breakfast dari rumah pun saya pack macam ni je senang, tak payah nak bawak2 tupperware bagai hihihi..

Alhamdulillah berjaya jugak akhirnya..matshah gelak je tengok gelagat saya bungkus nasi. Saya tanya dia nak bungkus jugak ke? Dia cakap tak nak. Nak makan dalam pinggan biasa je, nak makan budu dan ulam sekali (wajib ada tiapkali makan) hehe.

Bau dengan rupa dah ada dah..rasa je lah tak dapat nak tandingi nasi original kak wok(yang tu dah tentu2 lah kan hehe)..

Korang yang berkunjung ke kelantan jangan lupa mencuba nasi kak wok yang original tau. :)





4 comments:

Amsran Sanuin said...

pernah makan nasi kak wok.. tapi itu pun dah lama.. lupa sudah mcm mana rasanya...

azizah green line said...

bab makananmemang sedap..tu yg bila duk sabah rindu makanan semenanjung

Syafiqah Hussain said...

maaf..nk tnya..adax contact kedai nasi kak wok yg dkt kbmc 2..its for my assignment needs..tq.

faraleyna's said...

Emyyyyy...sy google resipi gulai ayam nasi kak wok,jupo blog awk plok.sero btol doh set maherian ni dih.siap petik nama tipah.hehe..sero nk buat la nasi ni..meme rindu nasi kak wok nih..

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016