Saturday, 28 March 2015

Resepi Nasi ayam cikmi


Assalamualaikum.

Hai, sihat ke? Dah lama cikmi menyepi. Oh best pulak biasakan diri cikmi ni ye..hehe..Mood nak update blog punyalah jauh menghilang. Ntah ke mana perginya. Blogwalking rajin la jugak, seronok baca cerita2 member blogger yg lain, tapi empunya blog.ya ampunn malas sungguh. ^ - *

Hari ni cikmi berdua je dengan zahraa. Abi zahraa ada kelas hari ni. Macam biasa, sebelum menjengah ke final exam, jadual kelas dia sentiasa fix. Kalau hari sabtu, kadang2 sampai ke malam. Kalau ahad, ok sikit paling lewat pun jam 3-4 petang je. Nasib la badan, nasib dapat wife yang tak kisah dapat berjalan ke tidak. Buatnya jenis yang suka berjalan, mau tak stress kan? Mih mih mih..kesian jugak kat dia, orang lain best je berehat hari2..cuti cam ni kan..berkorban je la sikit. Dah tak lama dah, hujung tahun ni habis lah sesi pengajian dia. 

Cikmi ngan zahraa..cam biasa lah kalau cikmi tak kerja, pagi2 sambung tidur lagi join sekaki ngan zahraa tidur. Dia memang banyak tidur sikit, dalam pukul 10-11 pagi baru nak bangun. Seronok je kalau cikmi tak kerja, blh tido puas2..ehe,,anak sorang je baru ni..esok2 dah bertambah..mesti dah tak boleh dah buat perangai buruk macam ni rasanya..kan..? Hahaha..

So bila datang kerajinan yang luar biasa ni..jom lah cikmi share sikit resepi nasi ayam yang dah cikmi siap masak n dah kenyang pun ni..alhamdulillah,,err nak siap nasi ayam ni tadi cikmi ambil masa dekat 2 jam lebih jugak tau! Zahraa ni kalau tengok cikmi jauh sikit dari dia,,start lah nak panggil2 cikmi..so masak pun sambil melayan dia je lah., tu pun dah umpankan citer kartun upin ipin yang dah siap dirakam sebelum2 ni melalui pvr astro.,kalau tak..susah jgk cikmi nak buat kerja.

Resepi nasi ayam untuk 2 orang makan je..

Bahan2..

1/2 ekor ayam..(cikmi ambil bahagian dada dan sayap, dan 1 lagi bahagian paha..tapi bahagian isi dada cikmi buang sikit coz banyak sangat tak habis pulak..so cikmi ganti dengan leher ngan bontot ayam 1 ketul..cikmi sukaaa)
1 perkakas sup tulang adabi 
1 perencah sup siam adabi
5 ulas bawang merah kecik2..
2 ulas bawang putih kecik2..
3 inci halia ( ketuk2 je)
1 biji ubi kentang dipotong siap2
3 cawan Beras
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sayur2 ikut suka (biasa daun salad, timun batang, dan tomato tapi hari ni nasi ayam cikmi tak de sayur..sebab tak plan pun nak masak nasi ayam ni)

Cara2nya...
1) bersihkan ayam, kemudian toskan..
2) tumbuk kasar bawang merah n bawang putih.
3) panaskan minyak, tumiskan perkakas kasar sup tulang adabi (kecuali rempah yg dalam bunjut tu je)
4) tumiskan bawang yang telah ditumbuk kasar.
5) bila dah nampak kekuningan..masukkan air secukupnya..
6) masukkan halia yg diketuk kasar, perencah bunjut, dan jugak perencah sup siam tu..bersama2 ayam2 dan kentang yang dh siap dibersihkan..
7) masukkan garam secukup rasa. Garam je tau, sebab bila dah masukkan perencah sup siam dia dah cukup rasa dah..tapi kalau tak suka pakai perencah sup siam tu boleh je masak ikut suka ati korang hehe..cikmi suka pakai perencah tu sebab sedap n senang.,cikmi tak suka sangat letak daun celeri @ daun sup.,Tak berapa suka ngan bau dia.kalau korang suka boleh letak je..sebab sstengah orang kalau takde daun sup mmg tak jadi la rasa sup tu kan..hehe..ikut selera masing2 la k..

8) Bila sup dah mendidih dan dah masak sepenuhnya, tutup api dan angkat ketulan ayam tadi, toskan sekejap..lepastu cedok sup mengikut sukatan untuk masak nasi tu..sup tu seeloknya dimasak secukupnya.(kena agak2 sendiri sukatan untuk masak nasi dan jugak untuk makan bersama nasi tu nanti, kang tak cukup kuah pulak hehe) ..sebelum tu cuci beras macam biasa, cuma time nak tambah air tu je masukkan sup tadi..tambah sikit serbuk kunyit untuk mencantikkan warna nasi ayam korang..Lepas tu masak nasi cam biasa, bila dah dekat2 nak masak nasi tu kacau2 sikit nasi tu bagi masak rata, jangan kacau kuat sangat kang patah riuk beras nasi tu tak cantik pulak nak makan.

sementara tu..buat sos kicap untuk goreng ayam..cikmi pakai :-
1) kicap cap kipas udang
2) kicap manis cap adabi
3) sos tiram cap mahsuri (yang ada muka shaheizi sam tu)
4) kicap homemade ada kawan cikmi bagi..dia ada rasa pedas2 n manis2 sikit.(kalau tak letak kicap ni cikmi letak kicap pekat cmpur ngan sos cili sikit)

Agak2 pekat n cukup rasa cikmi celupkan ayam yang dah ditoskan tadi. Tos tu sebab tak nak ada air sup yang melekat, kang cair pulak sos kicap cikmi hihi..

*sos kicap yang lebih celup ayam tadi cikmi simpan siap2 untuk makan bersama nasi pulak nanti..

Lepas tu barulah goreng sekejap..goreng seketul besar yang 1/4 tu je..seketul lagi cikmi simpan dlm peti ais, nak goreng malam karang pulak..yang kecik2 tu cikmi biarkan dalam sup tu biar dia berkawan dengan kentang tu hahaha..

Goreng jangan garing tau, coz ayam tu dah masak kan..lepas angkat tu sekejap,,cikmi ketuk2 sikit ayam tu ngan batu lesung yang dah dibalut dengan plastik..kang lekat pulak bau2 bawang kat ayam tu tak best pulak nak makan.. :)

Dah siap tu..jangan lupa sambal nasi ayam pulak..cikmi senang je.. Stok sambal lada cikmi dah ada sbb ma cikmi dah bekalkan sebotol..elok je tersimpan dalam peti ais..cikmi ambik 2sudu besar sambal tu..campur dengan sos cili sikit..lepas tu campur air masak..bagi cair2..taraaa..siap dah..kalau takde buat je senang je..blendkan cili, garam cikit, gula sikit..limau nipis sikit..biar cair2 sikit..

Dah siap pun..ni antara resepi yang mudah n menjimatkan masa..kalau zahraa tido kejap je cikmi masak ni...hehe..ok jom makan., :)
Tangan zahraa..time makan mesti nak makan sepinggan dengan cikmi..tapi makan 2-3 suap je lepas tu taknak dah..hihi..nak main2 je..

















3 comments:

azizah green line said...

pandai nya cik mie masak..thanks resepi..nnt cik jijah buat..hehe

amboii tangan..gebunyaa...hakimi pun makan 2-3 suap je skrg ni..susah nk makan

anajingga said...

singgah pagi, lapar terus terpandang nasi ayam cik mie, salam ukhwah ye :)

CaHaYaHaTi said...

sedapnya.. tetiba rasa lapoorrr la plak...

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016