Wednesday, 4 March 2015

LAWATAN KERJA KE KAPAL PERANG USS BONHOMME RICHARD (LHD 6)

Assalamualaikum,

hai dah lama jugak daku tak bersiaran, anaknda tak berapa sihat tapi alhamdulillah dah sihat pun. Ibu yang tak senang hati bila anak tak sihat, mood semua sampai ke laut.

Berbalik kepada tajuk entri kali ni, saya ingin berkongsi pengalaman pertama saya melawat kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) iaitu USS Bonhomme Richard (LHD 6) pada Selasa, 24 Februari 2015 [dah seminggu pun..]

Sumber : wikipedia
Saya dapat tahu pasal kedatangan kapal US ni melalui seorang pegawai saya [boleh juga refer LINK ni untuk tau lebih lanjut] pada hari Isnin baru-baru ni. Dia telah ditugaskan untuk menghadiri satu mesyuarat dengan pihak tentera, so pandangan saya pada ketika tu. 'oh biasa lah US Navy memang dah biasa da...' tak meletakkan harapan untuk berpeluang melawat ke sana. Tetapi pada hari Selasa, saya mendapat makluman bahawa kapal tersebut dibuka untuk lawatan khas untuk pegawai dari jabatan-jabatan tertentu sahaja. Wah ini suatu yang menarik. Terus saya bagi nama untuk mengikuti lawatan tersebut dan alhamdulillah masih terdapat lagi kekosongan. :)

 Sesampainya kami di Jeti TLDM Sepanggar, betapa teruja nya saya. Besarr gila kot kapal ni! satu ruangan jeti tu hanya muat2 kapal tu sebijik je. Badan kapal yang nampak dari aras laut ni pun dah sama tinggi dengan bangunan kat pejabat saya (dan confirm lagi besar sebab masih ada lagi aras2 lain di bahagian bawah paras laut) Maunya saya tak eksited, pertama kali kot. Lagi-lagi kapal mat saleh. Terus je teringat filem Battleship, boleh rasai kehebatannya..ececeh..



Bapakk besar kapal, katanya memuatkan 4000 orang krew. phewww..!



Sesi penerangan ringkas.




Lawatan ke bahagian aircraft. Mantap betul pegawai wanita tu. hehe.


Bergambar kenangan.


Sempat lagi posing berdua. Nak sembang banyak2 iolls segan, takut dia tak paham hahahhahaa..

gambar kurang jelas pulak..


Yang ni saya rasa macam berdiri sebelah anak patung kat butik2 tu je. Putih n tinggi. Cantik kan.


kagum la dengan diorang semua ni. Semua nampak hebat2..Walaupun ada sesetengah pegawai yang sempat saya interviu, baru berusia 22 tahun, tapi muka nampak lagi matang dari saya. 

Lagi satu macamana lah diorang Boleh bekerja dalam sebuah kapal besar, yang memuatkan lebih kurang 4000 orang pegawai. Pehh boleh bayangkan tak macamana lah diorang bekerja agak2 ada tak yang masing-masing tak mengenali antara satu sama lain? agak-agak ada tak yang pasangan husband & wife? kapel maybe? hihi mesti ada kan..tak mustahil dengan seramai ni.


Sorry saya tak dapat nak share kesemua gambar2 yang ada..harap yang dah ada ni pun dah mencukupi buat tatapan anda.. :)


p/s :   Tetiba rase bertuah boleh naik kapal mat salleh ni...syukur... :)
























5 comments:

Fiqah Feeona said...

Bestnyer...

AMIIZAA said...

seronoknya berpeluang beramah mesra dgn mereka:)

Azizah Green Line said...

dulu dah ada dtg TLDM sepanggar gak..jijah dah teruja nak tgk dekat2..asben pula acuh xacuh je..bg dia biasa2 je..tp kita ni yg teruja..

Uni Aqilah said...

Ya Allah bestnya. Pengalaman manis dalam hidup tu. bestnye. i wish!!

p/s : err.. saya pun buang ebm jugak. penat mengepam, membuang saja. huwaa..

ASRN said...

bestnya.. dpt melawat kapalperang us...

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts