Saturday, 7 February 2015

JADIKAN SAYA SEORANG YANG PENYABAR

Assalamualaikum..

Hai,

Buat ape tu? Hari cuti macam ni mesti korang enjoi je berjalan dengan famili tercinta kan? 

Saya baru lepas mengemas rumah, dari kemas barang mainan zahraa, susun kasut, sapu, lap perhiasan rumah dan last sekali mop lantai. Penat nye la hai. Rasa macam nak tercabut tulang,  tapi kalau betullah tulang nak tercabut, mesti dah tak terdaya lagi nak hadap blog ni kan. Mih mih mih.

Hari cuti macam ni je lah yang sempat saya buat semua ni. Walaupun dah ada jadual rutin harian, nampaknya belum terlaksana. Ni nasib baiklah zahraa tidur, kalau tak, jangan haraplah dapat buat semua ni. Pastu nasib baik jugak hubby ada kelas hujung minggu.,kalau tak, mungkin ade je lah program kami laki bini ni..kang nak ke situ lah ..ke sini lah..tengok2 tergendala semua kerja rumah. Ish ish ish.

Insyaallah start mnggu ni saya kena berdisiplin dengan jadual saya tu. Wat malu je, beria je tampal jadual kat peti ais, Tapi laksanakannya..haremmm..Hihi.

Beberapa minggu ni saya sibuk sikit..adik lelaki saya datang berjalan kat sini. Ziarah kakak kesayangan katenye. Bila ada tetamu ni. Faham2 je la ..kemas rumah pun ala2 kadar je..ditambah pulak dengan kesihatan saya yang tak mengizinkan, makanya dapur ditutup buat sementara waktu, katil dan bantal jadi teman sejati hihi.

Sebenarnya benda lain yang saya nak cerita, melalut ke lain pulak..

Semalam kan, saya balik ke rumah waktu rehat tengahari. Kat sabah ni kalau rehat hari jumaat, waktu dia lebih panjang sikit dari hari biasa..sebab zohor kat sini awal. So saya balik ke rumah dulu, nak ambil pengecas telefon saya. Ape lah saya fikirkan, powerbank bawa, tapi kabel dia yang lupa bawa. Nak pinjam dengan rakan pejabat..tak ramai yang kabel sama macam kabel saya tu, so terpaksa juga lah balik ambil.

Kalau tak kerana kabel pun saya memang nak balik. Nak balik jenguk anaknda zahraa. Dia demam hari khamis lagi. Pagi jumaat tu masih panas tapi suhu dalam 37.5' macam tu la. Saya terpaksa hantar jugak kat rumah pengasuh kerana ada kerja nk kena buat kat pejabat, takdapat ambil EL(emergency leave). Pagi tu saya dah bagi zahraa makan ubat siap2, risau juga lah takut demam tu tak surut.

Balik je terus ke rumah pengasuh, umie su. Oh ye lupa cakap yang umi sue sekarang yang jaga anak saya. Umi yah (pengasuh asal) sedang bercuti kat kampung sebab dia ada urusan keluarga)..

Alhamdulillah keadaan zahraa dah ok, makin sihat..cuma bersin dan berhingus je la lagi. Badan tak panas, saya dah lega lah sikit.,

Lama juga saya lepak kat rumah umi su, dekat pukul 1.30 baru saya bertolak ke pejabat. Tapi sebelum tu memang dah plan nak singgah maybank, nak bukak akaun tabung haji tuK Zahraa. Hari khamis saya dah tanya staff kat situ dia cakap boleh bukak akaun kat situ, tapi kan.,.

Ishh..ni yang mak sedih nak citer ni..

Dahla kat luar tu panas tau. Kita ni beria je pegi bank, bila jumpa budak tu..budak yang sama saya jumpa hari khamis..dia cakap maaf miss, tak boleh pulak?? Kena pegi bank islam @ tabung haji sendiri. Eiii awak rasa? Kelmarin confident je cakap boleh. Rase cam nak sekeh2 je kepala dia tau. Nasib baik je saya ni boleh berlagak rileks. Tapi dalam hati ya allah..geram nye saya. Kalau tak pasti kenapa kelmarin yakin je cakap boleh kan? Geeeramm tau.

Fuhh..urut dada je saya ni. Dah la penat tau, dengan kesihatan saya sekarang ni..pakai kereta auto pun saya boleh penat..nak pegi bank tu pun satu hal. Ye tak de jauh sangat dari pejabat saya tu. Tapi saya agak kecewa dengan sikap staf macam tu. Menyusahkan orang je.

Nasib lah sempat saya beristighfar. Saya cepat2 ingat allah. Saya tak nak marah. Saya tak nak jadi orang yang pemarah. Bukan rezeki saya hari tu nak bukak akaun tabung haji kan. Mungkin hari lain.

Next week saya dah nekad nak kena jugak pergi tabung haji Kk, dekat sembulan tu. Jauh sikit la,, tapi dah confirm2 la nanti blh settle urusan saya.  Tak nak tangguh2 lagi.,zahraa dah satu tahun 3 bulan, baru saya terhegeh2 nak bukak tabung haji dia..maafkan ibu sayang.

Ok bai.. Zahraa dah bangun,. Nak layan dia kejap, kalau mood dia ok, boleh la saya lipat kain baju yang dah bertimbun tu, kalau mood dia tak ok, saya lipat dia tolong sepahkan balik. Sama je kan budak2 ni, kami adik beradik dulu pun macam tu jugak, mana mak tak bising, hihi.. 








4 comments:

Azizah Green Line said...

Biasalah.. bukan senang nak jadi supermak.. mcm2 berlaku dlm kehidupan seharian. Kena byk2 bsabar. Lebih2 lg kalau anak xsihat n kita pon sendiri xsihat. Lg tambah stress..

Diver Lukman said...

Cpt2 la buka akaun tabung haji tu, aku pun dah buka akaun utk Akmal haritu...lama dah duk simpan lt rumah je duit raya dia yg dikumpul, dah beratus jgk...hehe...buat kat kompleks TH kat Sembulan tu terus...senang, lps buka tu jgn lupa link dgn akaun Maybank, nnt senang nk tambah nnt, blh melalui M2U je...kalau xnak susah2 nanti buat potongan gaji terus masuk akaun anak tu utk simpanan...settle

At-Tarmizi said...

Salam singgah =)

seronoknyermelukis

Anonymous said...

hai

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts