Thursday, 19 February 2015

Woh pauh "rikkngge"

Pernah dengar tak? Orang sebut "woh pauh rikknge?"
Ni la rupa dia kalau nak tau.

Woh = buah
Pauh = mempelam / mangga
Rikknge = ringan 

Ringan membawa maksud buah mempelam tu masih muda. Atau ada jugak sesetengah orang panggil pauh putik (mangga muda).

Mesti meleleh air liur korang sekarang ni kan. Boleh bayangkan dia punya kemasamannn macam mana. Hihi.

Buah ni mak saya kirimkan kat saya. Buah ni baru je start berbuah baru-baru ni. Tak banyak pun mak kirim, dalam 10 biji je. 2 biji dah selamat saya telan. Cicah garam pun je, dan makan macam tu je. Krup krap bunyi dia.

Saya kan..tak de lah peminat asam2 ni. Tapi untuk saat2 tertentu je saya suka. Teringat pulak dulu-dulu, kiteorang adik beradik suka makan "cholekk" kat atas tangga waktu petang-petang. Dulu ada gerai kayu abah buat kat bawah pokok bunga kenanga depan rumah, tapi pokok tu dah kena tebang, gerai pun dah tak ada kat situ.

Adik saya yang paling suka makan cholek, iwan, linda, apit..anis, yayang..edal dia kurang sikit.macam saya jugak. Tapi makan jugak la.. Kakak saya pun sama. Smua suka. Hihi.

Resepi cholek kami:

Cuka
Garam
Gula
Belacan
Cili padi.

Tenyeh2 bagi hancur pastu boleh la potong buah2 kegemaran dan cicah terus..berebut2..

Kadang2 pauh rikngge, jambu batu, jambu air, betik muda, asam celagi..semuanya cepat je laku..hihi..

Kenangan dah semua tu..sekarang nak berkumpul macam tu dah susah dah. Masing2 ada haluan masing2..time raya je sempat jumpa.

Berbalik kisah woh pauh saya ni. Saya nak jerukkan dia, macam mak saya selalu jerukkan. Cuci bersih.buang biji,pastu rendam dalam air, letak garam sikit..biarkan 2 malam.



Banyak ni je dapat, botol paling kecil. Jadi lah kan. PenawaR rindu kat kampung. Padehal kat sini pun ada mangga camni, tapi rasanya tetap tak sama dengan pauh mak saya ni. Hihi.

Lepas dua malam, baru boleh buang air, dan hantikan dengan air gula. Kalau nak pedas boleh letakkan cili dan jugak sedikit belacan.

Zaman dulu2 mak selalu buat banyak2..letak dalam botol besar..kiteorang suruh mak packing dalam plastik aiskrim.,bekukan..pastu makan time panas2 tengahari..memang mengancam..

Oh rindunya..



Tuesday, 17 February 2015

BLOUSE DAN JUBAH (NURSING FRIENDLY)

Assalamualaikum dan hai ...

Saya ada good news untuk para ibu yang tengah breast feed anak. Meh sini nak share baju yg sangat laa meletopp untuk korang semua pakai. Confirm puas hati dan sure rasa nak beli terus tak fikir dua tiga kali dah. Aicehhhh hehehe J




Yang pink lovers mesti suka gila dress ni plus ada sequin pulak dekat lengan.  Pehhh memang nampak 5 years younger laa kan? Dress ni wudhuk friendly tau so senang laa kalau korang nak amek wudhu takde laa basah baju korang.


How about this? Mengaumm sangatt kann???  Material satin nampak flowy jee bila pakai. Dress ni takde zip and butang so ibu ibu boleh selak je zappp boleh terus susukan anak. Sangat simple and comfortable for both mom and child.

Haa kalau rasa macam nak macam hectic day kan boleh pakai blouse ni. Matching dengan seluar or dress.  Blouse ni comes with three colors tau which are milky brown, mint blue and urban brown.



Cantikkan blouse ni? Warna pink pulak memang favourite semua ibu ibu laa. Blouse dia labuh kiranya menutup aurat laa untuk ibu ibu semua. Mix pulak dengan warna lain kat hujung lengan tu nampak trendy.

Amacam uolss?? Teruja tak tengok blouse dengan dress dari feedmilk. Dah laa trendy, selesa pulak tuu. Susah nak cari baju untuk BF mom ni. So, apa tunggu lagi cepatt cepatt. Kalau nak tau more details and size boleh check dekat sini tau :

 INSTAGRAM :    @feedmilk

FACEBOOK :   www.facebook.com/Feedmilk 

WEBSITE :   www.feedmilk.com


TELEFON :    016-6744960



Friday, 13 February 2015

Al-fatihah Buat kesayangan rakyat, TGNA.



Assalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu segala hari. Perginya seorang insan yang sangat disanjung tinggi terutama sekali buat anak jati Negeri Cik Siti Wan Kembang, termasuk saya. Menitis air mata mengenang pemergian arwah. Walaupun tidak pernah bertentang mata, namun kami amat menyayangi arwah. 

Tenanglah dirimu di sana,
Pergimu tiada pengganti.
Semoga bertemu di alam lain, in shaa allah.

Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga TGNA.

:(

Thursday, 12 February 2015

KECUAIAN.

Assalamualaikum dan hai,

Semalam buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya hilangkan tiket parking kereta! 

Selalunya bila dapat je tiket parking tu kalau hubby yang drive dia akan bagi kat saya, dan saya akan simpan dalam wallet saya, tapi  dah ditakdirkan hari tu merupakan hari malang saya, saya hanya menyimpan dalam poket baju uniform saya bersama-sama handphone saya.


Mungkin sewaktu saya menyeluk saku poket tu untuk ambil handphone waktu tu lah saya cicirkan tiket tersebut.


Alhamdulillah,
Semalam lepas selesai urusan buka akaun serta daftar haji untuk zahraa, dan juga tambah akaun simpanan tabung haji saya, di Pejabat Tabung Haji, hubby ajak ke Wisma Muis, dia ada nak beli barang sikit. Banyak kedai jugak yang kami masuk tu yang susah nak jumpa balik tiket tu. Saya dah patah balik ke kedai-kedai yang kami masuk untuk cari balik tiket tu tapi sedihnya tak juga dijumpai. 

Tak de rezeki pulak kat situ, bertawakkal je keluar dari perkarangan wisma Muis. Dan pergi ke kaunter pembayaran parking. Staff kat situ memberitahu denda kehilangan tiket parking adalah sebanyak RM25.00. Diam seribu bahasa je saya, rasa bersalah sangat-sangat. Kenapa lah cuai sangat hari tu. Nasib baik Hubby yang tolong bayarkan. Sorry sayang. :(

Lepas tu hubby ajak makan di Restoran D'Lengkuas, Sembulan sebab dah alang-alang berada kat kawasan tu. Sebelum tu saya hanya rasa nak minum air je, dah kurang selera makan (maklumlah fikiran tengah semak fikirkan kecuaian tadi) tapi bila tengok gulai kerutuk hati lembu, terus selera makan tu datang.

Alhamdulillah, terima kasih allah, Kau kurniakan aku suami yang penyabar, dan sentiasa berada di sisi aku tatkala susah mahupun senang.

P/s : tips kalau anda dah buat salah/cuai : cepat2 minta maaf dan akui kesalahan, jangan ulangi lagi, insyaallah semuanya kembali tenang. :)





Tuesday, 10 February 2015

JEMPUTAN HARI TERBUKA KAPAL MARITIM


Jemputan untuk semua rakan-rakan yang berada di sekitar kota kinabalu, sabah dan kawasan yang berhampiran untuk turut hadir bersama-sama bagi memeriahkan program kami. 

Pada : 14/02/2015 ( sabtu )
Lokasi : jeti pelabuhan sabah (sabah port) kota kinabalu
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-10 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Antara program yang dirancang adalah :-

1) kapal terbuka : boleh masuk dan melihat dengan lebih dekat peralatan kapal yang digunakan sewaktu operasi.

2) boat ride : boleh naik bot maritim mengikut syarat dan peraturan yang akan diberitahu kelak.(tujuan keselamatan pengunjung)

3) pameran kerjaya : sesuai untuk remaja dan lepasan2 Spm/ijazah yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bidang ini.

4) demonstrasi menggeledah : pertunjukan khas tatacara pegawai maritim melaksanakan tugas.

5) program derma darah : dengan ketjasama pihak hospital, pengunjung bertuah akan menerima cenderahati khas. :)

So kepada yang berkelapangan adalah dialu-alukan untuk mengisi kekosongan masa anda dengan program yang terhad seperti ini. Semoga kehadiran rakan-rakan sekalian dapat sejuta manfaat dan juga menggembirakan hati anak-anak anda semua. 

Masuk adalah percuma, datang ja ok..jangan malu2...hihi...

Dikesempatan ini, kepada pembaca bertuah di blog ini, yang terbaca post saya ini boleh lah jumpa saya di sana nanti boleh kita selfie2 dan saya ada cenderahati khas buat anda.. :) 

Cari saya : hamelia :)



Saturday, 7 February 2015

JADIKAN SAYA SEORANG YANG PENYABAR

Assalamualaikum..

Hai,

Buat ape tu? Hari cuti macam ni mesti korang enjoi je berjalan dengan famili tercinta kan? 

Saya baru lepas mengemas rumah, dari kemas barang mainan zahraa, susun kasut, sapu, lap perhiasan rumah dan last sekali mop lantai. Penat nye la hai. Rasa macam nak tercabut tulang,  tapi kalau betullah tulang nak tercabut, mesti dah tak terdaya lagi nak hadap blog ni kan. Mih mih mih.

Hari cuti macam ni je lah yang sempat saya buat semua ni. Walaupun dah ada jadual rutin harian, nampaknya belum terlaksana. Ni nasib baiklah zahraa tidur, kalau tak, jangan haraplah dapat buat semua ni. Pastu nasib baik jugak hubby ada kelas hujung minggu.,kalau tak, mungkin ade je lah program kami laki bini ni..kang nak ke situ lah ..ke sini lah..tengok2 tergendala semua kerja rumah. Ish ish ish.

Insyaallah start mnggu ni saya kena berdisiplin dengan jadual saya tu. Wat malu je, beria je tampal jadual kat peti ais, Tapi laksanakannya..haremmm..Hihi.

Beberapa minggu ni saya sibuk sikit..adik lelaki saya datang berjalan kat sini. Ziarah kakak kesayangan katenye. Bila ada tetamu ni. Faham2 je la ..kemas rumah pun ala2 kadar je..ditambah pulak dengan kesihatan saya yang tak mengizinkan, makanya dapur ditutup buat sementara waktu, katil dan bantal jadi teman sejati hihi.

Sebenarnya benda lain yang saya nak cerita, melalut ke lain pulak..

Semalam kan, saya balik ke rumah waktu rehat tengahari. Kat sabah ni kalau rehat hari jumaat, waktu dia lebih panjang sikit dari hari biasa..sebab zohor kat sini awal. So saya balik ke rumah dulu, nak ambil pengecas telefon saya. Ape lah saya fikirkan, powerbank bawa, tapi kabel dia yang lupa bawa. Nak pinjam dengan rakan pejabat..tak ramai yang kabel sama macam kabel saya tu, so terpaksa juga lah balik ambil.

Kalau tak kerana kabel pun saya memang nak balik. Nak balik jenguk anaknda zahraa. Dia demam hari khamis lagi. Pagi jumaat tu masih panas tapi suhu dalam 37.5' macam tu la. Saya terpaksa hantar jugak kat rumah pengasuh kerana ada kerja nk kena buat kat pejabat, takdapat ambil EL(emergency leave). Pagi tu saya dah bagi zahraa makan ubat siap2, risau juga lah takut demam tu tak surut.

Balik je terus ke rumah pengasuh, umie su. Oh ye lupa cakap yang umi sue sekarang yang jaga anak saya. Umi yah (pengasuh asal) sedang bercuti kat kampung sebab dia ada urusan keluarga)..

Alhamdulillah keadaan zahraa dah ok, makin sihat..cuma bersin dan berhingus je la lagi. Badan tak panas, saya dah lega lah sikit.,

Lama juga saya lepak kat rumah umi su, dekat pukul 1.30 baru saya bertolak ke pejabat. Tapi sebelum tu memang dah plan nak singgah maybank, nak bukak akaun tabung haji tuK Zahraa. Hari khamis saya dah tanya staff kat situ dia cakap boleh bukak akaun kat situ, tapi kan.,.

Ishh..ni yang mak sedih nak citer ni..

Dahla kat luar tu panas tau. Kita ni beria je pegi bank, bila jumpa budak tu..budak yang sama saya jumpa hari khamis..dia cakap maaf miss, tak boleh pulak?? Kena pegi bank islam @ tabung haji sendiri. Eiii awak rasa? Kelmarin confident je cakap boleh. Rase cam nak sekeh2 je kepala dia tau. Nasib baik je saya ni boleh berlagak rileks. Tapi dalam hati ya allah..geram nye saya. Kalau tak pasti kenapa kelmarin yakin je cakap boleh kan? Geeeramm tau.

Fuhh..urut dada je saya ni. Dah la penat tau, dengan kesihatan saya sekarang ni..pakai kereta auto pun saya boleh penat..nak pegi bank tu pun satu hal. Ye tak de jauh sangat dari pejabat saya tu. Tapi saya agak kecewa dengan sikap staf macam tu. Menyusahkan orang je.

Nasib lah sempat saya beristighfar. Saya cepat2 ingat allah. Saya tak nak marah. Saya tak nak jadi orang yang pemarah. Bukan rezeki saya hari tu nak bukak akaun tabung haji kan. Mungkin hari lain.

Next week saya dah nekad nak kena jugak pergi tabung haji Kk, dekat sembulan tu. Jauh sikit la,, tapi dah confirm2 la nanti blh settle urusan saya.  Tak nak tangguh2 lagi.,zahraa dah satu tahun 3 bulan, baru saya terhegeh2 nak bukak tabung haji dia..maafkan ibu sayang.

Ok bai.. Zahraa dah bangun,. Nak layan dia kejap, kalau mood dia ok, boleh la saya lipat kain baju yang dah bertimbun tu, kalau mood dia tak ok, saya lipat dia tolong sepahkan balik. Sama je kan budak2 ni, kami adik beradik dulu pun macam tu jugak, mana mak tak bising, hihi.. 








Tuesday, 3 February 2015

Ulangtahun perkahwinan yang ke-4.

Happy anniversary yang ke-4 tahun sayang..(3 february 2011)

Semoga hubungan kita sentiasa dirahmati Allah swt, semoga berkekalan bahagia buat selama-lamanya, dikurniakan ramai cahaya mata [inshaallah] , dan semoga kita berdua menjadi ibu bapa yang berjaya dalam usaha mendidik anak-anak kita kelak.

Ibu bahagia di samping abi, keprihatinan abi, tanggungjawab abi yang tak pernah abi abaikan, segala kasih sayang yang abi curahkan, gelak tawa abi, kelucuan abi, lawak jenaka, kutukan abi, dan segala-galanya mengenai abi. Semuanya menyenangkan hati ibu, dan kesemua keluarga samaada belah ibu atau pun belah abi. Kami semua amat menyayangimu!

Cukuplah, tiada lain yg ibu impikan. Walaupun berjuta emas berlian di depan mata, tak kan sama nilainya dengan abi seorang.

Semoga allah swt kukuhkan ikatan cinta kita, jauhkan dari hasutan shaitonnn, dan berikan kebahagiaan selama-lamanya buat kita semua.

Tahun ni ibu dah dapat hadiah lagi yang sangat bermakna buat kita sekeluarga. Tiada ternilai harganya. Alhamdulillah, terima kasih sayang. <3 .


Opps..zahraa sedang tidur, biar ibu dan abi posing je lah..(taman kinabalu, 27 januari 2015)

:)


Rezeki ini, kebahagiaan kami. Syukran ya ALLAH.






Monday, 2 February 2015

FEBRUARI.

Assalamualaikum,

Hai Februari!

Alhamdulillah februari datang dengan penuh sinar kebahagiaan yang semakin melimpah ruah buat kami sekeluarga. Semoga kebahagiaan ini sentiasa kekal abadi selamanya. Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran di atas segala limpah kurniaMu kepada kami.

Bahagia itu.

Tak perlu dihebah2kan.
Tak perlu digembar gemburkan.
Cukuplah seperti kedukaan yang KAU berikan.
Biar kami sendiri yang merasainya.
Kami tanggung sendiri.

Yang penting kami tahu sejauh mana cinta kami terhadapMU.
CintaMU terhadap kami, di atas segala KurniaanMu itu.

Alhamdulillah.

Ya allah Kau jauhilah kami dari sifat suka menunjuk-nunjuk, samaada dari segi kebahagiaan, atau dari segi harta benda. Kesihatan. Mahupun kejayaan lain.

Kau jadikan lah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dan merendah diri.





About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts