Thursday, 29 January 2015

PEMBAIKAN LANTAI KUARTERS

Hari ni ada pekerja kontraktor datang nak tukar lantai mozek (err betul ke orangnpanggil lantai mozek?) kat kuarters yang kami duduk. Dari bulan 11 tahun lepas lagi saya buat laporan kerosakan kuarters kat unit perumahan, beberapa hari lepas tu terus staff bahagian senggaraan kuarters call saya mintak tarikh (bila diorang boleh repair).. cuma saya yang ada kekangan masa. Yelah kalau diorang nak datang tukar pun..kenalah ada orang pantau kan. 

Kerosakan tak de lah teruk mane pun, cuma mozek tu je..tiba2 jadi menggelembung. Masa tu pagi lagi, tengah syok2 tido, tup2 dengar bunyi krakkk krakkk..terus saya bangun dan kejutkan hubby. Dengan mamai2 saya terbayang2 bangunan nak runtuh..nauzubillahiminzalik..huhu..ape ke  sampai fikir macam tu sekali..maklumlah tengah mamai, ntah ape2 je fikir..

Hubby check kat bawah katil, tengok2 dah menggelembung, tapi tak pecah lagi..tapi kalau tiba2 terpijak pastu pecah, tak ke cari penyakit namanya. Nak tak nak kena tukar jugak sebelum keadaan lagi teruk.



Ni ruang bilik tidur utama kami. Malam tadi hubby dibantu oleh adik lelaki saya, dah angkat katil, bawak keluar . Dahla katil tu jenis yang tak boleh nak cerai2kan badan dia.ada 1 biji katil bersaiz queen dan 1 lagi bersaiz single bed. Sengaja kami besarkan ruang tidur tu supaya zahraa selesa tidur bersama kami. 

Tadi adik saya whatsapp gambar keadaan bilik saya tu, ya allah penuh dengan habuk. Ohmaii..huhu..bahaya untuk zahraa, dan semua orang. Nasib baiklah esok saya off day..bolehlah saya kemas balik ape yang patut..


Petang tadi adik saya hantar lagi gambar, dah siap rupanya. Tapi lain pulak kaler dia, mmmmm.. Tu adik saya dah sapu dan mop lebih kurang. Hubby balik keje tadi ada cakap yang dia nak sapu dan mop lagi sekali. Terima kasih syg..nak buat macamane wife dia keje malam ari ni..

Tak tau lah macamana rupa dinding ngan lantai bilik tu nanti. Err..mesti banyak giler habuk2 yang melekat... Huhu.,




1 comment:

Azizah Green Line said...

Kira bandr siera tu kuaters utk emi ye. Ok la kalau gitu. Ada tukang baiki

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts