Thursday, 29 January 2015

PEMBAIKAN LANTAI KUARTERS

Hari ni ada pekerja kontraktor datang nak tukar lantai mozek (err betul ke orangnpanggil lantai mozek?) kat kuarters yang kami duduk. Dari bulan 11 tahun lepas lagi saya buat laporan kerosakan kuarters kat unit perumahan, beberapa hari lepas tu terus staff bahagian senggaraan kuarters call saya mintak tarikh (bila diorang boleh repair).. cuma saya yang ada kekangan masa. Yelah kalau diorang nak datang tukar pun..kenalah ada orang pantau kan. 

Kerosakan tak de lah teruk mane pun, cuma mozek tu je..tiba2 jadi menggelembung. Masa tu pagi lagi, tengah syok2 tido, tup2 dengar bunyi krakkk krakkk..terus saya bangun dan kejutkan hubby. Dengan mamai2 saya terbayang2 bangunan nak runtuh..nauzubillahiminzalik..huhu..ape ke  sampai fikir macam tu sekali..maklumlah tengah mamai, ntah ape2 je fikir..

Hubby check kat bawah katil, tengok2 dah menggelembung, tapi tak pecah lagi..tapi kalau tiba2 terpijak pastu pecah, tak ke cari penyakit namanya. Nak tak nak kena tukar jugak sebelum keadaan lagi teruk.



Ni ruang bilik tidur utama kami. Malam tadi hubby dibantu oleh adik lelaki saya, dah angkat katil, bawak keluar . Dahla katil tu jenis yang tak boleh nak cerai2kan badan dia.ada 1 biji katil bersaiz queen dan 1 lagi bersaiz single bed. Sengaja kami besarkan ruang tidur tu supaya zahraa selesa tidur bersama kami. 

Tadi adik saya whatsapp gambar keadaan bilik saya tu, ya allah penuh dengan habuk. Ohmaii..huhu..bahaya untuk zahraa, dan semua orang. Nasib baiklah esok saya off day..bolehlah saya kemas balik ape yang patut..


Petang tadi adik saya hantar lagi gambar, dah siap rupanya. Tapi lain pulak kaler dia, mmmmm.. Tu adik saya dah sapu dan mop lebih kurang. Hubby balik keje tadi ada cakap yang dia nak sapu dan mop lagi sekali. Terima kasih syg..nak buat macamane wife dia keje malam ari ni..

Tak tau lah macamana rupa dinding ngan lantai bilik tu nanti. Err..mesti banyak giler habuk2 yang melekat... Huhu.,




Friday, 23 January 2015

LELAKI MIANG

Assalamualaikum.

Haish. Saya kan, tak faham betul la dengan lelaki yang tak pandai nak jaga kehidupan masing-masing dengan baik. Terang-terang dah ada isteri (mungkin juga dah ada anak-yang ni saya tak de masa nak selidik pasal ko). Tapi masih nak berlagak macho, ko rasa ko ni mat romeo? Ko rasa semua orang ko dapat pikat? 

Puiii.

Dah la jenis memaksa-yang ni saya dapat cerita dari rakan saya. Berani nak minta-minta nombor telefon pegawai-pegawai perempuan, bila dah bagitau dah berkahwin, ataupun sudah berpunya, masih lagi nak mencuba, masih lagi mendesak nak jugak dapatkan nombor telepon! tu taktik budak-budak tak matang, budak-budak sekolah boleh lah wei. Haish kalau ko mintak2 nombor tu  melalui saya, tau lah ape jawapan saya nanti!

Zaman sekarang ni orang semua dah bijak pandai, semua boleh nilai perangai seseorang, keperibadian seseorang. Kalau dah berkeluarga, sila lah buat perangai seperti dah berkeluarga. TAK PAYAH NAK GATAL-GATAL NAK TEST MARKET! Ko fikir ko siapa? Ko rasa ko hensem ke? Ko ingat orang kerja kat sini datang kerja pastu nak suruh orang pikat? Nak2 orang macam ko? Eeeiiiuuuu..

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" - peribahasa ni tak relevant langsung dengan ape usaha yang ko dah buat. Bawak-bawaklah sedar diri, kembali ke pangkal jalan. Ingat Anak bini. 

Perangai ko macam ni, bukan sahaja merimaskan aku, semua pegawai perempuan dah naik rimas tau. Very annoying. Kalau ko rasa ko bagus sangat, tak payah lah kerja macam ape yg ko tengah kerja sekarang. Sebab kerja ko ni tak mencerminkan sikap positif langsung. Macam orang tak de keje ko tau tak.

Semua orang kat sini ko nak try. Tapi pikir balik, cam budak2 je tindakan ko ni kan..kesian pun ade..ape lah nasib. 



P/s : harap2 orang macam ni dah tak wujud kat dunia ni, tapi yang pelik nye ade lagi.

Wednesday, 21 January 2015

TUKANG URUT (BIDAN) DI SEKITAR KOTA KINABALU SABAH

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Disebabkan saya banyak menerima email yang bertanyakan maklumat nombor telefon tukang urut di sekitar kawasan Kota Kinabalu saya mengambil keputusan untuk share dalam blog ini sahaja. Hal ini telah saya mendapat keizinan daripada tukang urut tersebut. Sebelum ini saya tak kongsikan di sini sebab masih belum meminta izin daripada mereka.

Antara tempat urut yang pernah saya gunakan khidmat urutan mereka adalah:-

kak asmah, taman sang kancil karamunsing kota kinabalu - 019-8722418

Kak asmah ni berasal dari Negeri Kelantan dan menetap di sini kerana mengikut suami bekerja. 

Kak asmah juga ada menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin (kalau dulu akak ni datang urut dan tungku kat rumah kita-mengikut pakej beberapa hari yang kita perlukan).

Untuk sebarang tempahan atau temujanji boleh lah berhubung dengan kak asmah sendiri, semoga bermanfaat dan selamat maju jaya.





Sunday, 18 January 2015

Saturday, 17 January 2015

MINI GIVEAWAY BY IZZEYDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni saya terlebih masa..
So..sempat saya habiskan masa dengan
jalan-jalan kat blog orang (blogwalking)

Terjumpa satu Give Away (GA) yang dianjurkan oleh kawan kite sorang ni, 
senama pula dengan saya, Emi Izzeyda
:)

Terasa nak join, sebab syarat-syarat dia tak leceh sangat.

KLIK DI SINI UNTUK JOIN


 Antara hadiah-hadiah yang disertakan.




Tarikh tutup penyertaan :-

Giveaway ini akan berlangsung sehingga 30 Januari 2015 jam 11.59 malam
Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 3 Februari 2015.

Friday, 16 January 2015

STATUS DAH BERTUKAR KEPADA NON-GLITTERATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buka je akaun nuffnang pagi ni saya dikejutkan dengan status akaun nuffnang saya, yang dah bertukar daripada GLITTERATI telah menjadi NON-GLITTERATI [klik link untuk tahu ape itu GLITTERATI].


Perasaan saya? Sedih la awak. Tak kan nak happy pulak. :(

Peluang untuk dapatkan CPUV atau BE adalah amat tipis sekiranya status dah bertukar kepada NON-GLITTERATI. 

Saya dah hantar ticket kepada pihak Nuffnang untuk mengetahui apa kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan.

Tak lama selepas tu Nuffnang helpdesk terus reply. Thanks tau.


owh, rupaya ada yang saya terlepas pandang, so saya dah kemaskini balik mengikut syarat yang nuffnang dah tetapkan. [maklumlah saya ni bukan blogger hebat pun, masih tahap bawah lagi hihi.]

Saya berharap status GLITTERATI akan kembali kepada saya. Tapi tak tahu bila lah ianya akan kembali. :(



-Saya budak baru belajar [walaupun dah tua..hihi]-



Wednesday, 14 January 2015

CPUV KE-5 TAHUN 2015 : DIGI YEAR END SALE (YES)



Assalamualaikum dan selamat hari rabu,

Alhamdulillah hari ni dapat lagi 1 CPUV, iaitu daripada DIGI YEAR END SALE.
Dan menjadikan jumlah CPUV tahun ni menjadi 5. 
Ohoo..baru 5, dah kecoh..
err..kecoh ke..biase2 je..
ekceli entry ini ditulis untuk memberi penghargaan kepada sponsor.

"Terima kasih daun keladi, rajin-rajinkanlah datang lagi". ^-*

Walaupun blog ini, tak seberapa. Saya akan cuba perbaiki segala kelemahan ini. 

Terima kasih cik Nuffnang, sudi bagi saya peluang lagi. Sayang kamu ketat-ketat tau.



Monday, 12 January 2015

BURGER MAGGIE

Assalamualaikum.selamat pagi.

Pernah tak korang dengar burger maggie? Selalu dengar maggie belut, maggie tiram, murtabak maggie..maggie goreng...haa kali ni fenomena burger maggie pulak kat Kelantan ni..

Ni first time saya dengar tau. Rupanya macam2 jugak selera orang kelantan ni ye.

kredit : pemilik Burger maggie, IRDK KELANTAN

Burger ni macam burger biasa je, cuma ditambah dengan lapisan maggie yang dibancuh dalam acuan telur yang bulat tu bersama2 telur..kemudian diletakkan bersama2 burger tu.

So jadi lah burger maggie!!

Rasanya? wallahuallam, 
Tapi ramai yang beratur tau...tunggu burger ni siap..hehe
maknanya sedaplah kan....
korang kena rasa sendiri baru tahu ok..

Lokasi : berdekatan Nordin Batik, kampung sireh, sebelah azizah kedai runcit, kota bharu..

Harga : rm4.00 


sumber : Group Facebook IRDK Kelantan :)



Sunday, 11 January 2015

CPUV NESTLE KIT KAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,


Alhamdulillah buka je akaun nuffnang masuk lagi  CPUV ke-2  untuk tahun 2015, menjadikan jumlah CPUV  (klik link untuk tahu ape itu CPUV) tahun ni sebanyak 4 unit, dan unit yang masih aktif [berstatus on going sebanyak : 13 iklan]..

kali ni daripada  Nestle Kit Kat. Terima kasih ye sponsor, semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. 

Korang yang singgah blog saya, jangan lupa klik iklan  yang tengah melompat2 tu ye. Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan sentiasa doakan semoga kalian juga dimurahkan rezeki. 

oh ye..dah klik iklan jangan lupa komen, baru saya boleh balas kunjungan awak dan jugak balas klik-klik kat blog awak jugak ok..[tak susah pun kan.. :)]




Saturday, 10 January 2015

ROTI SARANG LEBAH DI KOTA KINABALU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya beli roti sarang lebah dengan seorang rakan saya, kak za. Ya allah, sedap sangat. Struktur roti tu sangat2 lembut..dan gebu..gebu gebas gitu. Ditambah pula dengan sos butterscoth yang sedap.


Sebekas ni RM10.00 je. Besar tau. Kalau tak silap akak ni pakai loyang bulat size 7 @ 8 inchi. Tapi ada juga siZe lain. Yang dalam bekas tu sos dia, butterscoth sos.

Selepas disimbah sos butterscoth. Menyelerakan. Belum sempat salin pakaian kerja terus serang. Kih kih kih.
 Tengok..ke'gebu'an dia. Memang tak dinafikan tersangat2 lembut dan sedap. 

Sos tu kita boleh letak sesuka hati kita. Kalau rasa nak banyak..boleh letak banyak. Saya pulak suka cicah2 roti tu dengan sos sebelum makan. Ikut selera masing2. Tapi kacang2 kat atas roti tu memang sedap. Krup krap je bunyinya bila kita gigit bersama2 roti tu. Memang mengancam sedapnye..korang kena rasa sendiri, baru puas hati.

Dekat kota kinabalu ni memang susah nak cari roti yang sedap macam ni. Yang paling penting nak cari yang dibuat sendiri oleh orang yang beragAma islam. 

So sesiapa sekitar kota kinabalu, taman indah permai, sepanggar, telipok, tuaran, menggatal..kolombong..dan sekitar sini yang mahu merasa sendiri kehebatan ROTI SARANG LEBAH KAKZA nk silalah hubungi kakza ditalian whatsapp beliau : +60 17 732 4985 ataupun boleh hubungi melalui akaun facebook beliau : Azharizah Aris .

Kak za yang berasal dari Negeri Johor ni juga ada mengambil tempahan bermacam2 jenis menu makanan, kek, biskut, serta kuih-muih. Tak menyesal sekiranya tempah dengan dia coz dia memang berbakat dalam bab2 masakan ni. :)







Thursday, 8 January 2015

Sarapan pagi : nasi kuning sabahan

Assalamualaikum..selamat pagi.

Dah lama rasanya saya tak bersiaran.
Ape khabar semua? Harap2 korang sihat lah ye.
Alhamdulillah kami sekeluarga sihat.

Dah dekat pukul 11 pagi, tapi saya baru je breakfast.
Menu pagi ni, nasi kuning sabahan.

RM3.00 sebungkus. Ada orang jual dekat bawah pejabat kami. Alhamdulillah kenyang dan sedap. Tak payah nak beli jauh-jauh. hehe.

Nasi kuning ni rasa nasi dia lemak2..sebab dimasak dengan santan..tapi tak rasa macam nasi lemak.
Sambal merah, samaada ikan tongkol ataupun ikan aya.ataupun juga ayam..dan telur rebus, serta sambal kelapa. Sambal kelapa saya tak berapa menggemarinya.
Sambal tu lebih kurang sambal kelapa cucur badak. 

Korang breakfast ape hari ni?

Pagi tadi saya timbang, berat dah naik sedikit. Jadi 62.8kg. Dah agak bahaya untuk saya. Tapi...Saya tak dapat nak berdiet..perut ni asyik lapar je. Huhu.

Oklah..semoga bertemu lagi. Bye..~ 




Thursday, 1 January 2015

HAPPY NEW YEAR

Selamat datang 2015. 
Semoga tahun baru ini akan dilimpahi dengan sejuta keberkatan dalam kehidupan sementara ini.
Semoga Allah merahmati kita semua, Insyaallah.



About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts