Tuesday, 22 December 2015

PUZZLE MAT EVA MATIC MURAH





Wehuuu...

satu lagi benda murah yang saya dah beli..
kawan saya share pasal ada promosi kat giant di kota kinabalu dan mungkin juga disememnanjung..
puzzle mat ni hanya RM10.00 je satu set (satu set ada 10 keping puzzle)

laju je saya pergi beli.
terus grab 4 set, tapi bila balik rumah rase nyesal sebab tak beli banyak2..

rasa macam nak pergi beli lagi kejap lagi hope ada stok lagi la..

wish me luck.. :)

Tak sure pulak promosi ni sampai bila..

korang kat semenanjung lagi syok banyak promosi2 Y.E.S ni kan kan...? 



Promosi Wooden toys Child Early Education Puzzle Series from 11street.my

Assalamualaikum & hai

Ni first time saya shopping dekat 11street.my dan servisnya saya boleh bagi 5 bintang jugaklah.
Citernye haritu sesaja je terlebih rajin nak check e-mail (check satu2 termasuk e-mail2 promosi)
Tertengok promosi 11street. So teruslah saya explore lagi..
Sekali ada promosi Wooden toys Child Early Education Puzzle Series  yang sebelum ni harganya lebih kurang RM25.00 tetapi saya hanya dapat beli dengan harga murah iaitu RM11.00 sahaja (tidak termasuk postage) 

Setelah ditambah kos penghantaran ke Kota Kinabalu Sabah iaitu RM10.00, saya hanya perlu membayar RM21.00 Sahaja. Kalau saya rajin jalan2 sekitar KK ni mungkin akan jumpa kedai2 yang jual wooden toys macam ni tapiiii memang takkan dapatlah dengan harga RM21.00 ..kalau ada pun mungkin kos nye akan bertambah dengan kos minyak kereta pergi dan balik, makan dan minum, errr...dan mungkin juga akan terrr-shopping bende2 lain pulak [semestinya]..kah kah kah..

so ada baiknya kita hanya shopping online je wehhh...jimat tenaga, masa dan ofkos duitnya dongg..hehhee...cuma tu la kena rerajinkan diri google and google and google untuk dapatkan website mana yang lagi murah.,lepastu bandingkan harga dan klik klik klik..tunggu barang sampai...hehheee....


So korang yang nak beli wooden toys dan bermacam2 lagi barang dengan harga yang berbaloi macam ni bolehlah jenguk2 website 11street.my selalu ye. Kadang2 dia punya promosi tu boleh buat orang hilang arah taw ...hehhee

jom terjah www.11street.my sekarang!



Friday, 18 December 2015

set breastpum untuk di let go... [SOLD OUT]

Assalamualaikum ...

set breastpum untuk di let go...
condition 9.5/10..
member ofis ni lelaki..
wife dia punya..
nak let go ni sbb dia nak pindah balik semenanjung,
so nak clear barang2 sikit2 mana yg x pakai...
harga mampu milik,,

  • Mini Malish double breastpum (boleh charge pakai powerbank)





  • Cooler bag & ice pack jenis blok.





      • AutumZ bottle warmer
      • Botol & plastic storage

       yang ni dia beli dulu rm109.90 jugak...huhu





      RM400 semua sekali termasuk postage...(owner kata blh nego lagi)
      😊😊😊
      Barang2 lain ada lagi nak di let go nanti kita update lagi ek...

      [SOLD OUT]

      Friday, 27 November 2015

      5 hari sebelum balik Sabah

      Pejam celik pejam celik dah hampir 4 bulan saya kat kampung ni. Allah..sekejap sangat rasanya, selasa ni dah nak fly balik sabah. Malas nya nak kerja, allah je tahu camne rasa malas tu. sedih nak kena tinggalkan ma kat kampung. Kalau boleh saya nak bawak ma tinggal dengan saya di sabah. Tapi ma pun bukan hak milik saya seorang je..ada ramai lagi adik beradik dan keluarga yang masih memerlukan ma. Huhu..

      Hari ni hubby sampai dari KK. Happy jugak dapat jumpa selepas hampir 1 bulan lebih tak jumpa...rindu sehhh.. :) yang paling happy zahraa la..dia kan anak abi..manja nya ya ampun....memang tak boleh berenggang kalau abi nye ade..

      Kami ada 5 hari je lagi nak selesaikan urusan Teratak ShahNeamy dan juga selesaikan urusan keluarga..family belah hubby cadangkan supaya buat majlis aqiqah haseef di rumah mak mertua. sebab abah mertua saya dan juga family belah hubby yang dah siap2 offer nak tolong uruskan semuanya..lagipun ma saya sekarang masih lagi dalam tempoh edah mati. Dan ada beberapa kekangan lain untuk buat majlis tu kat rumah ma..mungkin sebab tu family hubby offer nak tolong awal2 lagi.. (Syukurlahh..)

      Dan dalam beberapa hari ni jugak lah jadual kami padat...sepupu rapat hubby nak kahwin sabtu ni.so hapy la saya dapat makan lauk kenduri sepuasnye hahaha..


      Errr jadual esok : temujanji family fotoshoot di Kubang Kerian...
      Hope semuanya berjalan dengan lancar...


      Will be update soon & sokmo2....hihi..insyaallah... :)







      hubby 

      Thursday, 26 November 2015

      RUMAH PERTAMA : PART 4 : PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK Teratak ShahNeamy

      Masa dapat kunci rumah baru2 ni (boleh baca entry2 sebelum ni) , pihak pemaju dah bagitau saya yang bekalan elektrik masih belum settle . So diorang bagi balik duit deposit booking lot dulu pastu tolak kos pendaftaran bekalan air yang dah selesai berjumlah RM160.00.




      Tapi urusan penyediaan dokumen2 pendaftaran di TNB diuruskan sepenuhnya oleh kontraktor wiring (pendawaian elektrik). Yang tinggal hanye saya kena pergi bayar sendiri duit deposit dan juga duti setem di kaunter tNB..

      Setelah buat temujanji dengan kontraktor, En.Hafizan , kami berjumpa di perkarangan pejabat TNB. Dokumen yang lengkap diberikan kepada saya untuk ditandatangani sebelum saya membuat pembayaran di kaunter TNB. 

      Saya dikenakan bayaran sebanyak RM250 untuk deposit dan tambahan RM10 untuk duti setem. So total RM260.00. Selesai urusan pembayaran saya difahamkan pihak TNB akan datang pasang meter elektrik tu dalam tempoh 3  hari bekerja. Alhamdulillah selesai jugak satu hal. :) 




      Wednesday, 25 November 2015

      RUMAH PERTAMA : PART 3 : TERIMA KUNCI Teratak ShahNeamy

      Lately ni saya agak sibuk sampaikan nak lipat kain baju sendiri pun rasa macam terkejar-kejar, inikan pula nak buka blog lama2 ni ha... Nasib baiklah ada adik bongsu kesayangan saya yang rajin tolong lipatkan. (Thanks ucu!) 

      Tapi nak jugak dikongsikan dengan blog kesayangan ni berkaitan HOME PROGRESS, err atau dengan nama barunya "Teratak ShahNeamy" biarpun rumah kecil kami ni tak seberapa tapi nak jugak ku beri nama baru. :)


      Alhamdulillah 9November baru-baru ni saya dah menerima satu gugusan kunci rumah. Syukur yang tak terhingga ke hadrat illahi. Hanya DIA yang tahu betapa happy nye saya bila dapat call dari pemaju tu tau. Terkejut pun ada, ye lah tak jugak disangka2 kami akan terima kunci rumah dalam tahun ni dan of course dalam masa terdekat ni jugak.

      Alhamdulillah Allah swt sentiasa permudahkan urusan kami. Lega rasanya dapat kunci time saya masih lagi bercuti di kampung. Walaupun tempoh untuk kiteorang nak selesaikan hal2 berkaitan "penerimaan rumah baru" ni agak singkat (kurang dari 3 minggu sebelum saya balik ke KK) tapi ianya dah cukup memadai bagi kami. At least tak perlu bersusah payah balik dari Kk, untuk terima kunci tu. 

      Sehari selepas terima kunci, saya dan adik2 pergi tengok2 rumah. Alhamdulillah rumah nampaknya macam ok..hehee nampak tak ayat saya di situ? Banyak lagi yang perlu saya check betul2..(kena study lagi pasal rumah ni...belum cukup ilmu) 

      Yang pastinya antara yang perlu disegerakan sebelum saya balik KK :-

      1) pasang grill. - dah tempah, tunggu diaorang pasang je (dijangka siap esok-25hb)

      2) beli kunci mangga. - daku tak pandai pilih mangga..kena tunggu hubby balik hari khamis ni baru gi beli.

      3) pemasangan meter elektrik. - kontraktor wiring dah call tadi dia cakap dah boleh pergi ke pejabat TNB untuk pembayaran deposit berjumlah lebih kurang RM250 ++ mungkin akan ada caj GST dan ape tah dia cakap lagi satu..lebih kurang RM280 gitu la kena ready. Esok la kot kalau jadi saya akan jumpa kontraktor tu.


      Lain2 hal?? Lampu aircond kipas belum beli lagi. Kitchen kabinet? 


      Err macam dah tak sempat nak buat. Tengok keadaan dulu la macam mana. Kalau arwah abah masih ada, smua hal2 berkaitan rumah ni dia boleh tolong uruskan.. :( sekarang ni memang tak de sape dah yang boleh diharapkan. Adik beradik dh x berapa ramai yang kat kelantan..Abah mertua sy pun x berapa sihat, tambah2 tengah jaga Mak mertua saya yang juga tengah sakit.. Sedara mara...Err...ada tu ada..tapi macam segan pulak nak mintak tolong..

      Tak ape..buat yang betul2 perlu je dulu..lagipun bila dah dapat kunci rumah sendiri, rasa macam sayang pulak nak bagi sewa kat orang..hahaa...yang tu nanti kita fikir2 kan balik..


      Next entry : Pasang Grill. :)
      (Insyaallah)





      Tuesday, 24 November 2015

      Dr. UNCLE


      Throwback. Jumaat lepas zahraa tetiba demam panas. Suhu mencecah 39'c. Uncle izz zahraa balik keje (haritu uncle balik pukul 10.30malam) terus zahraa kena check. Hihi. Nasib la zahraa, dapat uncle kejenye doktor..(alhamdulillah)

      Zahraa demam sehari tu je. Syukurlah tak demam seperti biasa. Selalunya kalau dia demam mesti berlarutan 4-5 hari jugaklah. Dan disertai batuk, selsema & muntah. Mujurlah kali ni panas je tapi saya risau jugak sebab zahraa jadi tak aktif, nampak letih je dan asyik tidur je seharian. Tapi dia merengek, nak bermanja dan selalu mintak dukung. 

      Keesokannya dia kembali ok. Alhamdulillah. Ma  cakap mungkin zahraa terlalu rindu kat abi dia. Mungkin jugak lah kan.

      Tak pe sayang, beberapa hari je lagi abi awak nak balik ambil kita..then next week kita dah nak balik rumah kita sendiri, teruskan kehidupan seperti biasa. Yup kehidupan mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi. Al-fatihah.




      Wednesday, 18 November 2015

      Zaman dahulu dan zaman sekarang

      Gambar : kredit kepada pengirim, cik ain mohamad


      Gambar di atas saya ambil dari satu post dalam group FB Perantau Bachok. Betul2 menggamit perasaan rindu dekat zaman dahulu kala iaitu salah satunya pacara mengangkat rumah secara bergotong-royong.

      Nak jumpa zaman sekarang macam ni memang tak lah. Kali pertama dan terakhir saya tengok orang kampung bergotong-royong mengangkat/memindahkan rumah di kampung saya adelah pada usia saya 12 tahun (kalau tak silap lah) hampir 16 tahun berlalu.

      Waktu tu saya tak berapa faham, kenapa mesti dialihkan rumah pakcik tu
      ..sedangkan tapak tanah asal adalah tanah miliknya sendiri. Ma yang jelaskan kepada kiteorang adik beradik yang pakcik tu dia dah bahagikan pecahan lot tanah kepada anak2nya so bila anaknya nak buat rumah baru terpaksa lah alihkan rumah yang dah sedia ada tu ke tanah lain pulak.

      Rumah kampung kebanyakan diperbuat daripada kayu dan sebahagiannya dah memang dibina secara flexible iaitu mudah diubahsuai / dialihkan mengikut keperluan. So kirenye acara pindah memindah rumah macam ni bukanlah satu masalah besar sekiranya dapat sokongan daripada penduduk kampung yang zaman dahulunya memang terkenal dengan semangat kerjasama yang tinggi.

      Selalunya lepas acara angkat rumah ni selesai penduduk kampung akan dihidangkan dengan bubur kacang dan dicicah dengan roti. Semangat kerjasama antara penduduk memang erat, tak ada istilah berkira, malas, dan buat hal sendiri2 je. 

      Zaman sekarang? Kenduri kendara pun dah kurang acara rewang. Sedara mara datang pun sekejap2 je. Yang lagi aneh, tuan rumah sendiri yang tak jemput sedara mara datang merewang, sanggup berhabis duit tempah katering supaya tak penat, rumah pun tak bersepah. Sedia maklum bila ramai orang datang ke rumah, dan tak lupa juga ada yang sanggup tidur 3-4 malam untuk membantu itu dan ini,,of course la rumah bersepah..ni tak lagi dikira dengan kanak2 yang main tu main ni bila mak mak sibuk kat dapur. Pendek kata demam jugak lah nak kemas rumah lepas kenduri kendara versi dulu kala tu kan.. :)

      Sebenarnya acara rewang tu yang seronoknya. Penat lelah diketepikan asal hubungan kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan. Zaman sekarang kalau tiada acara rewang, bila lagilah nak meluangkan masa untuk bergurau senda dan beramah mesra semua tu. Tunggu raya pun sekejap2 je dapat bersembang, sibuk nak ke open house lain pulak. Jangan terkejut ada je sedara mara yang masing2 tak berapa kenal antara satu sama lain! Hehe.


      Saturday, 14 November 2015

      First time Cash out NUFFNANG

      Tiba-tiba hari ni rasa nak cash out nuffnang (yang income ku tak seberapa tu). Lepas klik cash out, terus melihat paparan baki. Dan lepas tu rasa sedih bila tengok baki dah jadi RM0.00. Ok. Tunggu lagi 4 tahun lak baru boleh cash out! Oh ye.. Ni first time cash out punye. Ber-blog pun tak beria sengat...tu je lah hasilnye..alhamdulillah dapat jugak faedahnye kan dari tak de langsung tu.ni kalau bersungguh2 macam blogger lain, mungkin dah jadi kaya raya. Wah wah wah... :)



      Bila baca belek balik penulisan dalam blog ni yang ntah ape2..teriba rasa nak tutup je blog ni.. Huhu.. Akan ku fikir2 balik lah cemana.. Sayang oiii..

      Tuesday, 10 November 2015

      izz Zahraa Turns Two


      Alhamdulillah Nur Safiyya Izz Zahraa bt Muhd Shairozi sudah berusia 2 tahun pada 8 November 2015. Semoga Allah swt melindungi zahraa selalu. Semoga kaklong menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat..Sayang ibu abi selamanya buat kaklong takkan pernah pudar walaupun dah bertambah ramai adik2 kaklong nanti.... Inshaallah..

      Small celebration with ibu, adik, tokma, uncle2 & auntie2, kek sponsor by uncle dea, kfc by ibu&cikdaa..dan bihun goreng by Tokma. Just bersederhana seperti biasa coz abi dan kaklong saya tiada, (serta arwah abah..al-fatihah). Tiup lilin dengan uncle dea, auntie anje dan auntie cikda..yang birthday dekat2 ngan brthday zahraa,,share gitu.,kami tak jemput sape2 pun, jiran or sedara mara. Kalau nak jemput yang dekat2 kang yang jauh pulak kecik ati kan..so baik tak payah jemput semua..lagipun bukan majlis besar pun. Yang ada ni hanya adik beradik je..(kecuali abang gie, kak & hubby - berada di perantauan) 

      Perkembangan zahraa. Sama seperti kanak2 normal yang lain. Semakin bijak mentelaah dunia. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan, nak tulis pun rasanya panjang lebar..bagi saya semua bayi/kanak2 sama je. Cukuplah sekiranya mendoakan zahraa semoga diberi kesihatan dan sentiasa dilindungiNya selalu. :) 

      Zahraa dah ambil ubat cacing semalam masa checkup Klinik 24bulan. Saya pilih dalam bentuk pil kunyah. Sorry Nama saintifiknya saya malas nak google. Tapi bila bercakap pasal ubat cacing, teringat pula zaman kanak2 saya ( rasanya mase tu darjah 2,3 atau 4..5 kot) seingat saya dulu pernah buang air besar then tetib keluar cacing yang amat panjang&besar.allah..tuhan je tau takutnya masa tu!!

      Puas diteran, cacing tu masih degil tak nak keluar sepenuhnya. Sampaikan adik kakak saya tolong ambilkan 2 batang ranting pokok (masa tu pokok jambu batu sebelah umah ni je) kemudian masuk dalam tandas tolong kepit untuk buang cacing yang masih melekat kat bontot saya tu (tiada lagi perasaan malu hanya takut je bermain2 di fikiran). Menangis meraung tak yah cakap lah sebab geli giler..takut pun ade..lepas cacing dah selamat dikepit dan ditarik keluar barulah lega.  Kakak dan adik saya pun cakap diorang pernah alami perkara yang sama. Kiranya saya tak mengigau & mereka2 cerita la coz kejadian tu benar2 berlaku. Diorang buat kesimpulan ( erti kata lain menjadi doktor tak bertauliah kdengan tetiba) ubat cacing zaman sekarang bila diambil boleh mematikan cacing yang ada dalam perut baby..so kiteorang dulu ni mungkin tak ambil ubat cacing tu yang cacing jadi besar n keluar ikut bontot??? Err betul ke camtu weh??

      Bila dicerita dekat 2 orang adik saya yang bongsu, anje dan yayang..katanya mereka tak alami kejadian cacing macam tu. Anje lahir tahun 1997 dan yayang tahun 2000. Mungkin zaman diorang baby klinik dah start bagi ubat cacing tu kot? Yer la risau jugak saya kang tak pasal2 zahraa berak keluar cacing tak ke takut ibu nye nak korek buang...? Errr mintak jauh..


      Errr..nak google pasal cacing malam2 ni wat mengigau saya je..tido dulu la esok sambung google,, ;p





      Monday, 2 November 2015

      Rindu abah.

      Copy paste from my instagram : @hamelia_hamid



      Rindunya pada arwah. Dulu time berpantang arwah selalu datang dekat kalau dengar cucu sulung dia (izz zahraa) menangis. (Dulu mase zahraa baru lahir dia suka nangis & berjage malam) arwah rajin Dodoikan zahraa..dibacakan selawat, zikir..diurut2 perut baby...kaki..dipanaskan tungku baby, takut kembung katanya..aku yang marah kat arwah, takut arwah tak cukup rehat sebab bangun jaga cucu,..tapi dia tetap berdegil..pantang dengar terus muncul kat bilik aku..dah tu siap suruh aku pulak yang tido.. 😭😭😭Alhamdulillah nasib baik adik haseef ni tak pernah bangun berjaga malam, kalau tak kesian la kat tokma dia (yang juga sama rajin nye untuk bangun menjaga cucu malam2 hihihi) terlalu banyak kenangan2 yang arwah tinggalkan..untuk kami kenang&ingat sampai bila2..yang pastinya takkan sesekali pudar dalam ingatan..terlalu banyak pengorbanan & kasih sayang yang tlh dicurahkan kpd kami 10 beradik..in shaa allah, doa anak cucu cicit takkan pernah putus untukmu di sana..al-fatihah.❤️ @shah_n_eamy @ettyhamid @aya8496 @lyndamcda @ridzuan_duwe @redha_hamid @rasydanmuhd , anje & yayang ❤️


      My perfect man in the world. Al-fatihah abah.




      Monday, 19 October 2015

      Saya UNFOLLOW FAthiya Latiff

      Aduii..entry yang menyakitkan hati..

      (Dah la lama saya tak post entry..) tak pe meh nak citer dulu ape yang menyakitkan hati saya ni..

      Internet baru je nak ada line, rindu lah nak bukak instagram (IG)..
      Selalunya sebelum tido mesti saya akan jalan2 tengok gambar orang yang saya follow kat IG.

      Malam ni saya buka IG di tab. Sekali buka, si pelakon cantik Fathiya latiff tu..boleh pulak dia up satu gambar yang mengerikan..kepala seseorang yang hampir hancur..masyaallah..

      Dah la bukak ngan tab 7", korang bayangkan la besarnya banyak mana..
      Memang sakit hati. Terkejut sakan, mengucap panjang saya! Allahuakbar.

      Dahla malam2 buta, grrrr..
      Terus saya UNFOLLOW beliau.
      Sape suruh takutkan orang..
      Geram sgt3 tau.!!!!

      Lantak la..sape suruh upload pic mengerikan macam tu..
      Tapi xde effect pape pun saya unfollow dia..nama pun retiss kan..berjuta lagi yang nak follow dia..

      Tapi satu je la nak pesan..nak post gambar pun..agak2 la..kalau iols ada sakit jantung..boleh fengsan tau!!

      Friday, 9 October 2015

      BERPANTANG - DAY 28

      assalamualaikum...

      Alhamdulillah..masih lagi dalam mood berpantang , yeayy hari ni dah 28 hari. Err...tapi sebenarnya pantang cara mak & nenek saya ni tak de jumlah hari berpantang yang dikhaskan. Sebabnye saya tanya mak, bila boleh habis pantang,.? Mak cakap minggu depan 33hari dah boleh makan gulai bekwoh (which is adik ipar saya akan bernikah pd 14 hb, bersanding 15hb dan bertandang 17hb) saya dengan gembiranya rasa nak melompat2 kegembiraannnnn....tapii.ade syaratnye jugak tau...

      Kata mak, gulai tu kalau ade umbut kelapa, rebung, atau buah ara jangan ambik makan. Hanye boleh makan 2-3 ketul daging gulai serta 1 sudu kuah gulai tu sahaja. Lagi satu jangan makan sambal belacan, nanti berak pedih bontot tu tau,.lauk lain x boleh ye,., isk,, isk..sedih jugak sbenarnye,., maklumlah lauk pauk kenduri ni 1 of my fav foods tau! Grrrrr....apekan daya...huhuhu...saborrr je lah mak.

      Air sejuk, ais ketul jangan harap la boleh masuk dlm perut ni lagi,, ok..kalaulah mak kasi pun (jangan harap) mmg nak kena pantang betul2 dan kalau boleh nak pantang lama sikit coz x nak da badan ni cepat rasa sakit2 sendi n sakit2 urat. Sama jugak dengan makanan lain yang boleh memudaratkan kesihatan..dulu masa bersalinkan zahraa, majlis cukur jambul dan aqiqah tu kami buat pada hari ke-36, hari ke-38 kami ke rumah bidan kampung untuk 'pelepas baby' x sure kalau korang panggil ape, dia macam adat tradisi sesetengah masyarakat setelah baby dan ibu habis berpantang,(biasenye bidan akan bacakan doa2 bertujuan untuk minta dijauhkan daripada sesuatu yang buruk,, so lepas tu dah boleh bawak baby g jalan2 da,...),tapi lain orang lain adat dan pantang larangnye kan,,, ikut kesukaan masing2 la nak pantang mcmana n selama mana...badan masing2 kan uolls....hihi...

      Pejam celik pejam celik kejap je pantang kali ni..haseef pun dah nak cukup sebulan. petang tadi dah wassap dengan nurse kat klinik desa sini.dia suruh datang hari selasa next week untuk cucuk baby 1 bulan..haseef ni buku klinik pun xde lagi tau..sedih jugak, kt sabah dulu zahraa dapat 2 buku tau. 1 hospital bagi lepas bersalin..tapi buku tu old version sikit xde bende alah gulung2 kat tepi tu..pastu g KK nurse bagi lagi 1 buku baru..guna sampai sekarang. haseef ni memang tak diberi masa lepas bersalin di Husm baru ni. Nurse kt husm cakap stok dah habis, so kena ambil dengan klinik yang kita berklinik. So harap2nye selasa ni haseef dah ada buku klinik la...kang masalah pulak kalau xde buku tu huhu...



      Haseef dah botak.... :)

      oh ye haseef dah botak sepenuhnya hari ni. saya yang cukur sendiri, hihi...geram nengok rambut dia yang comot tu. masa 7 hari umur haseef, kiteorang dah buat majlis cukur jambul dia,, panggil imam dan jemaah masjid waktu subuh tu je.pastu buat jamuan kecil2an.Alhamdulillah masjid depan rumah je..lagipun buat majlis yang ringkas2 je dulu, majlis aqiqah belum sempat buat lagi coz masa tu adik beradik saya dah ramai yang tak de kat kelantan. Masing2 meneruskan kehidupan masing2, redha, apit dan anis masing2 masih study di uni, kaklong pulak keje kat KL. yang tinggal dengan mak lepas ni kak ha dan iwan je la... :( yayang pulak duduk asrama, 3 minggu sekali je balik, dan lynda pulak tinggal di kuarters hospital setiu, tempat dia bekerja..balik hujung minggu je..so kalau blh majlis aqiqah haseef nanti nak buat time smua adik beradik ade la...baru meriah sikit.. :) insyaallah..

      counting days,..hubby nak balik 13hb-17hb ni.ntuk majlis kawen adik dia tu..weeheeee...happy nye..ade la teman untuk saya bergaduh...mihmihmih..rindu tau walaupun baru 2 minggu je dia balik sabah..hihi..tp jgn bimbang ai is bukan rindu lain ok....just rindu nak manje2 ngan gaduh2 je hahahaa...ai masih pantang dengan hubby ok...pantang 100 hari tau,, hihi,,,

      ^_* bye...

      posted from Bloggeroid

      Monday, 5 October 2015

      BERPANTANG - HARI KE-24

      24days of pantang.

      24 atau 23? Kalau ikutkan baru 23hari usia haseef. Tapi ma saya cakap umur hidup dikira sama macam umur mati. Hari kelahiran/kematian dah dikira sehari. So haseef lahir haritu 12 september dah dikira satu hari dan hari ni jadilah 24 hari..tapi kalau ikutkan kiraan saya, pagi 13 september tu baru ckup sehari umur haseef. Err...ker korang kira macam mane?

      Dan hari ni jugak dah 37 hari arwah abah pergi dijemput illahi, Al-Fatihah... setiap saat terbayangkan wajah arwah. 28 tahun sahaja tempoh yang Allah swt pinjamkan kepada saya untuk bersamanya. Untuk bahagia bersamanya, Allah, rindunya...terima kasih ya allah..kau pinjamkan abah yang amat sempurna kepada kami..terasa cepat sangat masa berlalu...belum puas lagi kami bermanja dengan arwah. :(

      Perkembangan pantang.
      Berpantang dengan jayanya, alhamdulillah. Kejelesan terhadap masakan ma yang sedap2 tu dapat diatasi sebab sekarang bukan musim cuti sekolah, bukan musim cuti bekerja...bukan musim perayaan,.so ma tak masak yang sedap2 sebab anak2 tak ramai yang ada,, masa raya haji baru ni pun ma tak masak menu special walaupun semua anak menantu ada. Pagi raya kami suram sangat..lepas solat raya, breakfast nasi lemak (diorang je la saya hanya mampu tengok) kemudian hubby dan adk2 lelaki saya terus ke tempat sembelih lembu,bergambar raya pun tak de..huhu, Kami semua tahu ma masih lagi bersedih dengan pemergian abah, dan semestinya itu semua mengambil sedikit masa untuk pulih,. tapi yang pastinya ma kuat untuk hadapi UjianNya,..

      Saya berpantang sama seperti melahirkan zahraa. Pantang cara kampung je..cuma berpantang anak ke-2 ni agak mencabarlah sikit. Dengan zahraa yang makin aktif, dan asyik nak bermanja je.sekarang ni kalau haseef menangis nak susu, zahraa pun mula lah merengek mengada2 buat2 nangis jugak(padahal x nangis pun)..dan bila bagi botol susu kat dia, mintak tepuk2 bontot pulak, saya layankan je peel dia..selagi dia tak korek mata adik dia..selagi dia tak pukul adik dia. Hihihi.,lagipun kesian sgt dengan zahraa..kecik2 dah dapat adik da,,, huhu,,, nak buat cmner rezeki datang tanpa diduga...huhu..

      abi zahraa dah balik kK hari selasa minggu lepas. Tapi insyaallah akan balik pulak 13hb nnti untuk majlis perkahwinan adik hubby. Boleh tengok la nanti manja zahraa tu camne,..sampaikn hubby nak solat pun susah..sekarang ni asal ada je kawan2 ma & sedara mara yang datang umah mesti zahraa ni sibuk je nak mintak dukung, mintak bawak jalan2...aduiii...sebelum ni tak pe la ada uncle duwe tolong layan main, bawak jejalan..tolong mandi n basuh uk uk...skrg uncle duwe dah start keje.sama cam cikha...lepas ni memang tak boleh nak layan sgt dah kehendak dia...huhuhu., cikda & ucu yank zahraa bukan selalu blh layan zahraa..time2 diorng balik je la..tapi tu pun zahraa dah happy sgt tau...apetah lagi kalau s3mua adik beradik ibu yang 8 orang lagi ade...sonok sakan zahraa blh pilih auntie ngan uncle mana yg diorang nak.,.haha

      Hope zahraa behave je la ye...kena jadi good girl..alhamdulillah haseef baik2 je,, tidur je keje nye,setakat ni saya tak perlu lagi bangun berjaga malam untuk dodoikan haseef..tapi saya bangun jugak tukarkan pempers dan buatkan susu zahraa..bag keperluan haseef dan bag susu zahraa dah letak siap2 dekat dalam kelambu(kat kampung tidur atas tilam dan pasang kelambu je)., so tak payah susah2 nak bangun buat banyak keje lagi dah...

      ^_*
      posted from Bloggeroid

      Friday, 2 October 2015

      CABARAN MAK BERANAK DUA

      Assalamualaikum..

      Tajuk entry yang ala-ala gempak gitu..sejak lebih kurang 20 hari menjadi seorang mak yang telah beranak dua ni, baru ku sedar emosi serta keimananku menjadi kurang stabil. Errr..astaghfirullahalazim..bukan ape, saya jadi susah nak kawal marah saya ni dekat permata hati sulung kami, along zahraa. Allahu..Tuhan je tahu macamana sedihnya hati saya lepas secara tak sengaja marah @ tengking dia..menyesal tak sudah.sedangkan along masih kecil.. Seminggu je lagi nak masuk usia 1 tahun 11 bulan..belum tahu apa2 lagi..dah kena marah2..tengking2..ni baru 20 hari, hari2 yang mendatang macam mana lah agaknya..?

      Padahal zahraa ni bukan dalam kategori "budak buas @ budak nakal"..bukan jenis x dengar cakap.,dia seorang yang behave je..berjurus sangat2..saya ni je yang masih lagi tak pandai nak bersabar
      ..tak pandai nak sesuaikan diri lepas jadi mak beranak dua..allahuakbar..( ya allah bantulah hambaMu ini)

      Sekarang ni lagi lah susah sikit..hubby dah balik KK hari selasa aritu..tu pun dah kira bersyukur hubby boleh jaga dan temankan saya selama sebulan..dan hampir 18 hari tolong jaga anak2 di waktu saya masih lagi sakit2 selepas bersalin..kesian hubby, penat ulang-alik ke rumah mak dia dan jugak rumah mak saya..sampai demam jugak hubby..

      Tapi alhamdulillah jugak lah..mak saya masih kuat.kakak dan adik saya masih ada...masih boleh dukung dan pujuk zahraa tatkala dia meragam "dengki" bila tengok saya susukan adiknya..selalu dengki bila tengok adiknya diriba oleh saya..maafkan ibu ye zahraa..ibu bukan tak nak riba dan dukung kamu..tapi tokma yang selalu marahkan ibu..huhu..biasa lah orang tua..banyak pantang larangnye..lagipun memang ibu berpantang tak BOLEH mengangkat benda berat, atau dukung anak lain selain bayi yang baru lahir..takut bentan..nanti kalau ibu bentan, lagi lah lambat pulih..macamana nak jaga kamu berdua nanti kalau asyik sakit2..

      Saya harap esok dan hari seterusnya saya tak akan ulangi kesilapan tu lagi..saya akan cuba kawal emosi saya terhadap anak2 saya..insyaallah dengan iziNMu..aminn..

      P/s :- zahraa meragam sebab dia demam..alhamdulillah dah makin baik kesihatannya..,dah tak muntah2 dan batuk2 seperti 2-3 malam sebelum ni..tapi yang merisaukan saya, haseef pulak yang macam nak berjangkit selesema tu..mintak jauh la ya allah...huhu..


      Wednesday, 30 September 2015

      ADIK BABY

      Assalamualaikum dunia...




      Ntah kenapa untuk anak ke-2 ni saya tak nak publish gambar dekat media sosial. Sedikit sebanyak terpengaruh jugak lah dengan kenyataan2 yang orang duk share kat FB tu yang katanya jangan share gambar anak sebelum habis tempoh berpantang. Bukan ape..nak tak nak kena jugaklah ambil pusing coz ade jugak baik dan buruknye kan.. lagipun mase kaklong zahraa dulu lahir2 je ibu ngan abi dah post gambar, yer arr katenye anak 1st..dah la ibu abi TTC cukup2 2 tahun baru peknen tau..mane lah ibu abi tak eksaited..hehe,..sorry tau cyg,,,

      kesudahannye..zahraa susah nak tidur malam...asal malam je nak berjaga..jenuh ibu abi nak dodoikan, tak cukup lagi dengan atuk nenek zahraa pun turut same bersusah payah berjaga malam gara2 zahraa x dapat tidur..tapi sebenarnya tu semua dah ditakdirkan dia nak berjaga malam, bukan ade kaitan sgt pun dgn kenyataan kat FB tu..cuma sesaje je ibu nye ni tak nak share lagi je..hihihi...tapi kalau ad yang whatsapp mintak nak tengok pic adik baby ni ibu bagi je..bukan nye nak berahsia sangat..

      Oh ye entry kali ni nak umumkan nama adik baby je..kali ni tak ready awal2 nama baby..lepas 7 bulan baru start bincang dan pilih nama dengan hubby. Ade la 2-3 nama...simpan elok2 kat notes ipong..pstu dekat nak masuk 8 bulan tetiba je kena balik bersalin kat kampung gara2 arwah abah x sihat, terus terlupa untuk baea balik koleksi buku nama2 anak, kelam kabut dengan macam2 hal yang jadi..sampaikan hari ke-10 baru hubby g daftar nama adik baby kat JPN.

      Nak pilih nama bukan main susah lagi...err actually susahnye nak pilih nama anak ni lebih2 lagi anak lelaki.. pada saya semua nama lelaki susah saya ni nk berkenan..kalau ada yang saya suka oun kebanyakannya dah diambil oleh rakan2 terdekat, rakan fb, blog dsn sedara mara. Sebolehnye saya tak nak ambil nma sama atau seakan sama dengan anak2 orang yang saya kenal tu..huhu..entahla... (tetiba rasa takut orang tu cakap kita tiru nama anak dia.....hahaa)...tapi tu la sesetengah orang tak pikir pun mcm ni kottt...

      Bincang punya bincang..last2 hubby jugak yang finalize sama macam pilih nama zahraa dulu2, kata putus dari dia jugak,,, (tak bagi can langsung...)

      Introducing our little khalifah's name..

      Muhammad Haseef Azhraf
      Yang terpuji; yang bijak; yang amat menyenangkan.

      boleh panggil haseef je,..ataupun azhraf.. tapi azhraf tu kalau kami orang kelantan ni, last2 mesti orang akan panggil yah,, yahhh...xpun jerahhh.... (grr.....susah2 orang pilih nama tau) sebab tu sy biasakan panggil haseef (pronounce : hasif) simple je..dan yang paling penting maksudnya tu biarlah elok..

      Semoga adik haseef akan jadi budak bijak pandai, dan sentiasa menyenangkan ibu abi seperti dengan kisah kelahirannya yang amat senang, alhamdulillah... :)

      posted from Bloggeroid

      Friday, 25 September 2015

      PENGALAMAN BERSALIN : PART 2

      Sambungan dari entry sebelum ni...sorry entry yang agak panjang... :)  

      Sekitar jam 5.30 pagi, sekali lagi tidur saya terganggu dengan rasa perut yang memulas-mulas sama seperti sakit yang dah saya rasai pada pagi khamis. Dalam fikiran saya adekah masanya sudah sampai? Tapi dalam masa yang sama saya juga rasa waswas. Kang jadi macam hari khamis tu jugak. Tak de ape2..

      Saya cuba ubah posisi, dan tak lama selepas tu saya terasa hendak buang air kecil. Masa tu dah kedengaran azan subuh. Terus saya bangkit, dan ke tandas..dalam tandas, terasa pula macam hendak membuang air besar. Tapi tak jadi. Confius saya..,terus rasa tak sedap hati. Cuci muka, berus gigi dan terus berwudhuk..terus masuk ke bilik untuk kejutkan hubby..

      Perlahan saya kejutkan hubby coz tak nak buat dia panic.."ibu rasa sakit perut la abi..bangun la, jom kita balik bachok sekarang..(rumah mak saya)" dengan mamai2..hubby agak terkejut dan terus bangun solat subuh.. masa tu makin terasa sakitnya..nak solat berdiri dah tak rasa mampu..hubby tolong ambilkan kerusi dan saya solat di ruang tamu..selesai solat, cepat2 saya kemaskan barang yang tak seberapa..bag hospital,,buku klinik..bag zahraa..susu dan air panas zahraa sempat saya check.,

      Tengah saya bersiap2..hubby sempat kejutkan Bapa mertua dan kakak ipar saya..terus suami my SIL bangun dan bertanyakan keadaan saya ok ke tak..masa tu saya hanya tersengeh..dan menjawab "entahla..rasa macam dah sakit..tp tak tau la betul2 sakit ke tak" - ohmai..saya sendiri pun tak pasti sakit tu main2 ke tak..sebab sebenarnya memang tak de lah sakit sangat pun. Acah-acah sakit katenyeee...

      Sekejap sakit sekejap tak..mak pun confius okk...

      Hubby kemas2 barang masukkan dalam kereta..ambil zahraa yang sedang tidur, letak di seat  depan. Saya duduk di belakang..sampai di trafik light tendong saya cakap dengan hubby.."kita terus ke HUSM la bie..takut tak sempat je nak balik umah ma"

      6.59pagi : sempat saya call mak, bagitahu keadaan saya.mintak adik saya tlg datang ke husm untuk tolong jagakan zahraa ..tapi masa tu sama jugak saya cakap dengan mak, xde la rasa sakit sangat...sekejap je cakap dengan mak..

      atas jambatan tendong..sempat pulak saya tanya hubby dah ambil bag zahraa ke tak? Rupanya dia tak ambil..dengan bag galas (berisi powerbank, 1 telefon bimbit dan juga tablet hubby,) hubby tak nak patah balik..saya paksa dia patah balik..sebab bag zahraa tu ada susu dan juga barang2 lain..dan seriusly saya  tak de rasa sakit dan siap cakap kat hubby "sempat lagi patah balik, ibu bukannye nak beranak lagi"

      Kemudian hubby u-turn di trafik light sebelum memasuki highway salor-pasir hor. Kembali ke rumahnya untuk mengambil bag2 tersebut..Kemudian kembali bergegas menyambung perjalanan..hubby dalam kepanikkan dia, laju je ambil jalan ke pasir pekan..saya suruh dia patah balik..coz jalan tu bagi saya agak jauh untuk ke husm..terus hubby u-turn dan kembali memasuki jalan ke highway salor-pasir hor... 

      Dalam perjalanan..mulut saya ni tak berhenti berzikir dan membaca doa nabi yunus.. "La ila ha illa anta..subha naka inni kun tu mina zzalimin" dan tak lupa juga mengucap dua kalimah syahadah..kesakitan yang saya rasai makin bertambah..dekat dengan pasir hor, saya rasa sakit yang teramat..perasaan nak meneran tu makin kuat..terus saya baring mengiring..minta hubby lajukan kereta..di kala menahan kesakitan..sempat juga saya mengadu sakit dengan hubby..dan rasa yang tak tertahan..terasa basah di bahagian dalam seluar..allahuakbar..nyata air ketuban saya sudah pecah..cepat2 saya bgtau hubby "air dah pecah..laju sikit abi"

      Saya panic..hubby lagilah panic..dalam masa yang sama tak lekang dibibir zikir dan berdoa..yakin pada kuasaNya..mudah2an Allah bantu kita..bantu hambanya yang lemah ini..

      Dan sakit yang tak tertahan..sempat saya cakap.."kalau jumpa klinik berdekatan.abi berhenti ye.." Dalam hati trlintas kenapalah aku x call ambulans je tadi..pape hal insyaallah selamat.. Malangnya tiada klinik berdekatan yang bukak..hubby pun panic..rasanya dia tak mampu nak pandang kiri kanan kereta...hanya mampu menekan pedal kereta dengan selaju yang boleh..
       
      Bersyukur dengan jalan baru flyover pasir hor, shortcut way terus menuju ke husm kubang kerian. Hubby dah tak mampu bersabar, terus memasuki laluan kecemasan di sebelah kiri jalan tatkala lampu merah..dan bila memasuki pagar HUSM saya kembali lega..(namun masih menahan kesakitan)

      Kemudian hubby memasuki bangunan baru, kalau tak silap saya ada ditulis KECEMASAN. Tapi seperti tiada fungsi coz tiada sorang staf pun yang bertugas.hubby keluar dari kereta untuk bertanyakan mana2 staf yang ada..saya dah memekik dari dalam kereta (sebab dah rasa sakit yang amat- macam baby dah keluar kepala) "abi..,cepat abi..ibu dah tak tahan ni.."
      Terus hubby panic..sempat dia berteriak.."mana semua orang nieeee!!! " saya sempat panggil hubby.. " jom abi kita g depan sikit..rasanya bukan sini tempat kecemasan..(mungkin bangunan tu baru siap dan masoh belum beroperasi sepenuhnya)

      Hubby ke kawasan hadapan sedikit..sempat saya suruh hubby bertenang dan cuba tanya staff lain yang kelihatan..ketika tu kami kat depan bangunan klinik pergigian..nasib baik ada sorang akak misi ada dan cepat2 dia tunjukkan jalan ke tempat kecemasan bersalin..

      Rupanya tempat tu kena masuk berdekatan kawasan parking awam. Jelas kami memang tak biasa dengan HUSM, (silap sebelum due date tak pegi ronda awal2 untuk melancarkan perjalanan) Allahuakhbar..dugaanMu yang amat mencabar ya allah..hambaMu ini pasrah dan hanya mampu bertawakkal padaMu.

      Sesampainya di bahagian kecemasan..hubby bergegas keluar memanggil staff di kaunter, masa tu jugak saya perasan ada sorang nurse yang sedang berdiri (mungkin baru habis shif kerja)..yang juga agak terkejut melihat keadaan kami..saya pada masa tu sempat hantar whatsapp terakhir kepada adik saya..

      Seorang staff lelaki (mungkin dah agak berusia) yang saya tak berapa sempat nak tengok wajahnya..tapi kedengaran hubby memanggilnya pak cik..
      Pak cik tu tanya boleh jalan x..terus dia ambil wheelchair..saya tarik buku klinik saya je..sehelai sepinggan..terus keluar dari kereta. Kemudian cepat2 pak cik tu cakap dengan hubby.."alih kereta kemudian naik tingkat 2 dengan lif" - lebih kurang mcm tu yang saya ingat..

      Pak cik tu terus tolak wheelchair..saya mengaduh sakit..sebab dah tak trtahan..sempat saya cakap.."pakcik tlg cepat sikit pakcik..saya dah nak meneran ni..nak bersalin dah ni.." Pak cik tu cakap .."sabar ye..dah nak sampai..masa masuk lif..punyalah berdebar takut2 terbersalin dalam lif pula!!

      Sempat sampai di satu tingkat ( tak pasti tingkat berapa) bahagian bersalin mungkin..pakcik tu bagi buku klinik saya di kaunter..staf nurse cakap terus masuk ke dalam.,sebab mungkin dia tgk saya dah nak bersalin sangat kot huhu...

      Pakcik tu tolak wheelchair ke bahagian laluan staff..dan menolak masuk ke bilik bersalin yang agak kecil..dua orang nurse datang dan meminta saya bangun untuk duduk di atas katil..sambil membantu saya untuk baring..ada 2-3 orang nurse keluar masuk..(masa tu saya ntah ape2 dah antara sedar ngan tak..sebab dah tak tahan sakit sgt2..)yang saya dengar..ada nurse tanya " mana kain sarung? Tok bowok ko? " saya geleng.."maaf misi (nurse)..tok dey ambik..ado dlm beg dale keto abe tengah bawak mari tu.."

      Misi tu cakap ok tak pe lah.. Sempat sorang misi lain datang dan tanya nama saya serta no kad pengenalan..terketar2 saya menjawabnya..sebab dah tak tertahan..masa tu buku klinik saya masih di kaunter pertama tadi..
      Kemudian datang nurse lain bawa buku saya tu..doktor pun dah datang cek bukaan saya..yang saya terdengar..ok dah ada OS..cm .??? (Tak dengar berapa cm..)

      Seorang nurse lain datang pasang drip (ntah btl ke ejaannye) di atas belakang tangan saya..dan dipasang wayar air..nurse dan doktor dah ready untuk sambut bayi saya..sempat beberapa nurse datang minta saya bukakan lagi kaki dan jangan angkat punggung..bila sakit datang terus meneran! Ok bismillah...pushhh!! Alhamdulillah terasa lancar je dan panas2 je di celah paha saya..owhhh saya dah bersalin ke??? 

      Alhamdulillah..lega sangat2... Kedengaran suara insan kecil yang dah mendiami dalam perut ibu genap2 selama 40 minggu..ibu tersenyum gembira sambil menitiskan airmata kesyukuran..terima kasih ya allah..kau telah permudahkan kelahiran zuriatku yang kedua ini..alhamdulillah..

      Bayi ditunjukkan kepada saya..dan ditanya oleh doktor apakah jantina byi saya..alhamdulillah lelaki, seperti yang telah kami ketahui hasil ujian scan sebelum ni..bayi diletakkan diatas dada saya..indahnya perasaan ni ya allah..

      Kemudian seorang nurse mengambil bayi untuk di uruskan proses selanjutnya..sementara doktor menyelesaikan kerja-kerjanya yang seterusnya iaitu untuk mengeluarkan uri.sempat doktor tersebut (doktor amani) bersembang dengan saya.."kak kenapa cepat sangat ni kak..? Saya tak sempat pandang betul2 akak dah siap teran..alhamdulillah kak bersalin sangat2 cepat dan senang...tapi ada sedikit luka ,nanti saya akan jahit ye kak.."

      Allahu..baiknya doktor..sempat saya meminta maaf dengan nurse dan juga doktor..sebab dah buat diorang kelam kabut ( ntah pape tetiba datang rase bersalah pdhal bukan disengajakan pun)..doktor dan nurse gelakkan saya,.kata mereka "biasalah kak..bukan kuasa kita semua ni.,akak tak salah ape pun.,lagipun ni dah memang kerja kami..alhamdulillah semua dah selesai.akak berehat dulu ye.." Tersengeh lega....

      Saya baring lagi..baru terasa penatnya..dan terasa sakitnya..saya tengok jam di dinding depan saya baring..dekat pukul 8pagi..sebelum jahit doktor bagi saya entenox (betul ke ntah ejaan ye) kata doktor kalau sakit akak hisap kuat2 ye..ok saya layankan je..mula2 sakit sangat2..pastu makin cepat2 saya hisap..barulah tak terasa sakitnya proses jahitan tu..tapi hakikatnya memang akan terasa juga sakitnya waktu kena jahit tu..huhu..

      Selesai proses jahit, saya ditolak ke bilik sementara menunggu kemasukkan ke wad...sebelum bayi di hantar kepada saya, nurse datang hantar air milo panas dan juga 2 keping roti..maklumlah awal pagi lagi..saya memang tak sempat makan apa2 di rumah..tenaga memang dah kosong..terus saya sentuh sedikit roti dan menghabiskan secawan air milo..kemudian bayi di hantar kepada saya..terus saya bagi susu pertama kepada cinta hati kami yang kedua ini..alhamdulillah dikurniakan susu olehNya...

      Kemudian saya diminta tunggu untuk ditempatkan di dalam wad selepas bersalin..masa tu nurse suruh saya bersabar coz wad masih lagi penuh..agak lama jugak coz saya sempat terlelap ..kemudian datang dua orang nurse untuk menghantar saya ke wad ibu bersalin di wad 2topaz..sewaktu katil saya ditolak oleh 2 orang nurse untuk keluar dari bilik tersebut..saya dengar hubby memanggil nama saya..sempat saya sengih..dan nurse sempat bagitahu hubby saya akan ditempatkan di wad 2 topaz..

      Jam 11 barulah hubby, zahraa kak ha dan iwan boleh masuk melawat saya..saya dengan keadaan yang masih tak stabil..dengan tangan yang sedikit kebas (mungkin kesan air yang dimasukkan melalui tangan- andaian saya sendiri haha)

      Datang beberapa nurse periksa keadaan saya..ada yang terkejut baca kad laporan saya..mungkin doktor tulis satu persatu history saya hari tu..sempat saya bertanya bila boleh discaj..sebolehnya saya nak terus balik ke rumah mak...tak nak bermalam di wad coz dah rasa sengsaranya bermalam di wad bersama zahraa dulu. walaupun hanye semalaman tetap rase tak selesanya..maklumlah kan kita baru je bersalin..dah la kena jahit lagi , nak jaga anak lagi..mana nak ke tandas lagi..dah la sy tgk tandas pun jauh je dari katil pesakit...memang susah la sikit kalau kene bermalam di sana.

      Lepas tu datang doktor lelaki muda, mungkin baru berusia 25tahun..tanya saya.."kak ok ke? Dah buang air kecil?" "Ye dah dik..kalau kak nak balik hari ni boleh ke..sbb kak x de sapa blh temankan malam ni..Suami x blh temankan kat sini..mak akak dalam edah ayah akak meninggal lagi.." Doktor muda tu cakap "kalau xde masalah boleh terus balik kak.."

      Ok dalam hati saya terus berbunga riang.. X lama selepas tu, datang nurse panggil saya untuk doktor periksa jahitan luka di bilik rawatan yang berdekatan..lepas periksa..semua ok dan saya hanya perlu menunggu doktor bayi je datang check bayi..nurse yang dalam bilik rawatan tadi baca report saya, kemudian kata " awak kan yang pagi tadi datang2 terus bersalin..smua kecoh td sbb cepat & mudah sgt..org lain bkn main susah.." Saya mula2 trkejut jugak sbb ye la mana saya nak cam nurse2 yg ada tadi..hnye mampu cakap.."rezeki saya nurse.. alhamdulillah.. allah mudahkan kami"

      Dekat jam 1.30 petang. Datang seorang doktor perempuan untuk check bayi..alhamdulillah semua ok..nurse bagitau suruh pegi settle di bahagian hasil, lepas ambil ubat di farmasi dan boleh terus balik...alhamdulillah. Saya sampai di rumah lebih kurang pukul 3 petang..mak terkejut menyambut ketibaan saya bersama bayi baru.,kata mak "kelik berderat wak kelik baby baru..." :)

      14 days.

       alhamdulillah...ni la pengalaman manis melahirkan anak ke -2 yang tak dapat dilupakan..setiap detik2 yang mencemaskan merupakan pengalaman pertama yang kami lalui, takutnya pada tatkala tu hanya Allah swt je yang tahu..dalam susah ade senangnya..ku tetap bersyukur kerana menjadi salah seorang hamba yang terpilih olehNya untuk diuji sebegini rupa. :) 

      7.36pagi baru nak keluar dari kereta...

      7.45 pagi baby dah keluar...alhamdulillah..  :)

      *thanks for reading*

      Wednesday, 23 September 2015

      PENGALAMAN BERSALIN : UJIAN DAN DUGAAN AWAL, Part 1

        Alhamdulillah, percaturanNya adalah sememangnya indah2 belaka. Setelah 13 hari arwah abah meninggalkan kami sekeluarga barulah saya melahirkan bayi ke-2 kami. Allah swt tahu saat dan ketika yang sesuai buat kami semua untuk hadapi perjalanan seterusnya..

      Sepanjang arwah sakit teruk, iaitu pada minggu ke-38 saya mengandung saya selalu berdoa (sebelum ni pun memang hari2 berdoa) mudah-mudahan Allah swt permudahkan urusan bersalin saya..permudahkan semua urusan keluarga saya..mana kami sekeluarga tak risau, dengan keadaan saya yang tengah sarat, dengan keuzuran abah lagi pada masa tu. Sempat juga saya berdoa moga2 "jangan lagi bersalin tatkala tu" ...err..sebenarnya hari2 berdoa agar tidak bersalin lagi..saya minta supaya "kalaulah boleh biarlah selesai satu persatu...biarlah abah sihat2 dahulu barulah saya bersalin..."

      Tetapi Allah swt lebih sayangkan abah..kami semua redha dengan ketentuanNya..walaupun agak berat untuk terimanya kami terpaksa akur dengan pemergian yang sangat mengejutkan. Majlis tahlil arwah telah dilaksanakan selama 7 malam, dan diikuti dengan tahlil mingguan iaitu pada setiap malam jumaat. 

      Disertakan kronologi dan pengalaman bersalin saya sekadar untuk kenangan buat saya sekeluarga kerana mengandung dan bersalin adalah satu pengalaman yang paling terindah dalam kamus kehidupan saya. Saya cuba catatkan yang termampu dengan masa dan mood saya..(err..bukan malas... :) )

      10 september 2015. Khamis.
      Tiba-tiba saya merasakan sakit perut pada pukul 3 pagi. Sakit yang menyerupai sakit senggugut. Dalam keadaan sakit perut tu saya cuba imbas kembali sakit contraction lebih kurang 1 tahun 10 bulan yang lepas. Samar2 ingatan saya, sakitnya contraction pada ketika tu bermula selepas pada awal2 air ketuban dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan bukaan rahim(sakitnya kalau diingat kembali). Sakit tu berulang2 dan datang setiap 5 hingga 10 minit. Tapi tak de lah sampai sakit perut yang teruk sangat. Cuma terasa bayi mengeras dan diikuti dengan sakit pinggang. Saya tak kejutkan suami takut dia dan yang lain2 terkejut. Tambah2 kak ha pun kerja pagi tu.,kalau boleh tak nak mereka semua panik..Lagipun saya rasa masih lagi mampu bertahan. Sakit berterusan sehingga kedengaran azan subuh. Lepas tu saya terlelap..

      Selepas sarapan pagi barulah saya membuka mulut bercerita dengan mak dan hubby. Marah hubby dekat saya, katanya kenapa main2 perkara sakit dan tak kejutkan dia..ampun sayang..rasanya masih belum saatnya coz bangun pagi tu saya dah tak terasa sakit langsung.

      Seharian saya menunggu kot2 sakit tu datang kembali namun masih tiada apa-apa petanda. Dalam hati tetap berharap moga-moga cepatlah turun tanda coz saya dah tak larat nak bawa perut lagi dan juga risaukan mengenai cuti saya dan juga hubby yang bakal bertambah sekiranya saya masih belum bersalin.(FYI : boleh rujuk entry sbelum2 ni mengenai cuti awal bersalin saya)

      Disebabkan waktu pejabat di kelantan hanya setakat jam 3.30 petang khamis je, cepat2 saya minta kawan saya di pejabat (sabah) untuk fakskan surat pengesahan perubatan (guarantee letter) melalui pejabat tempat kakak saya bekerja. Alhamdulillah urusan selesai tanpa masalah. Pada masa tu saya perlu siapkan apa yang patut coz mungkin saya akan bersalin bila2 masa sahaja.

      Jumaat, 11 september 2015.
      Tunggu punya tunggu, masanya belum juga tiba. Bangun pagi tu masih lagi dengan keadaan sihat walafiat dan juga masih bertenaga. Bermacam-macam kerja saya dah buat seminggu dua ni. Antaranya basuh dan jemur kain baju..turun naik tangga..sapu sekitar rumah..

      Hari ni juga kami ada terima jemputan ke majlis kesyukuran aqiqah anak sepupu hubby di Mulong, kota bharu.  Saya apa lagi? Makan kan..memang laju lah saya ikut..lagipun memang saya tak rasa yang saya akan bersalin dalam masa yang terdekat..

      Siap packing barang2 keperluan zahraa, susu pempers dan beberapa helai baju spare..dan tak lupa juga bawa sekali bag hospital saya (dah memang ready awal2)..berserta buku klinik (yang memang selalu ada dalam handbag). Mintak izin ngan mak dulu, mak pun iZinkan je coZ hubby ada dan kami balik rumah MIL dulu di tendong, p mas. Mak saya cakap kalau apa2 jadi famili in laws saya ada. 

      Di tempat kenduri, semua jenis makanan saya makan. Antaranya nasi putih berlaukkan selera kampung dan ulam2an fresh..sempat saya ambik 4 ketul kacang bendi ( orang cakap memudahkan proses bersalin kan..) so dengan harapan cepat2 la saya bersalin nanti..sempat juga merasa seketul daging kambing..Balik dari rumah sedara hubby, kami diuji lagi.. Mak mertua saya (MIL) pula tiba2 jatuh sakit..kepala pening, mata berpinar dan berpusing..nak bangun pun dah tak larat..Allahu akhbar..besar sungguh ujianMu kali ni. 

      Lepas maghrib hubby dan adik bongsunya bawa MIL ke klinik swasta yang berdekatan dengan rumah. Dalam pukul 9 malam, hubby call bagitahu klinik swasta suruh refer hospital kerajaan coz tekanan darah MIL pada masa tu 276/174. Ya Allah..memang menakutkan kami semua..risau dengan keadaan MIL..kami masih menunggu dengan sabar. Dekat jam 11.30 malam, masa tu suami kakak ipar saya dah sampai untuk bawa kami ke hospital lati, p mas.

      Kami semua bergegas ke hospital, Bapa mertua saya suruh saya ikut sekali coz tak berani nak tinggalkan saya keseorangan di rumah dengan keadaan saya yang tengah sarat tu. MIL saya terpaksa di tahan di wad pada malam tu memandangkan tekanan darah dan paras gula masih tinggi..malam tu adik bongsu hubby yang temankan MIL dalam wad. Saya hanya tunggu dalam kereta coZ zahraa dan 2 orang lagi anak kakak ipar saya sedang tidur.

      Selesai urusan kemasukan MIL dalam wad sekitar jam 2 pagi. Balik rumah MIL, temankan hubby makan nasi dan saya sempat makan sekeping roti nan dan kuah kari daging. Dekat jam 3 pagi baru saya dapat lelapkan mata coz malam tu zahraa tersangat2 lah manja dan meragam sebelum tidur. Mungkin kerana kepenatan dan tidurnya  terganggu.


      Entry bakal bersambung......


        


      Copyright to Blog Hamelia Hamid
      Designed by UMIESUEstudio 2016