Wednesday, 31 December 2014

RESEPI IKAN PARI BAKAR


Resepi ikan pari @ baby pari @ ike ttukoo bakar

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan pari kecil (baby pari)

Bahan kisar :
6 ulas bawang merah (saya guna bawang merah jenis yg kecil)
3 ulas bawang putih
1/4 ulas bawang besar 
4 batang serai
1 inci kunyit ( tak letak pun tak apa)
3 inci halia
3 sudu besar cili kering yg sudah dikisar
1 sudu kecil belacan

Bahan lain :-
Garam
Gula
Air asam jawa 
Sos cili - 2 sudu
Sos tiram - 1 sudu
Kicap manis - 1 sudu

Cara- caranya:-

1. Bersihkan ikan. Memandangkan ikan pari ni encik asben yang pancing sendiri so terpaksalah saya bersihkan dengan lebih teliti kerana badan ikan yang dipancing biasanya akan berlendir dan kotor sedikit, dan juga untuk cari serpihan2 mata kail atau tali pancing..mana lah tau kan kot2 ada..selesai cuci ikan, toskan sekejap.

2. Blend ke semua bahan2 kisar. Kisar sampai halus.

3. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga masak. Masukkan garam, gula dan juga air asam jawa (anggaran dan ikut selera sendiri nak lebihkan ape..).coz lain orang lain citarasa dia kan..*bagi saya yg berasal dari kelantan, saya tak pandai nak gunakan serbuk perasa contohnya ajinomoto, cukup rasa atau sebagainya..sebab tu mak saya ajar supaya tambahkan gula dalam masakan.-mohon jangan merasakan ianya sesuatu yang aneh ye..sebab nye kami memang dah biasa meletakkan gula dalam masakan..hihi..betul lah orang selalu cakap orang kelantan suka makan manis2..)

4. Tambahkan sos cili, sos tiram dan juga kicap manis sebagai perasa tambahan.

5. Tutup api dan biarkan seketika.

6. Sapu bahan tumis tadi ke badan ikan pari, kemudian bakar macam biasa je..tak kisah samaada nak pakai pemanggang ajaib, pemanggang biasa atas arang atau pun nak bakar pakai oven(saya tak biasa pakai oven,,hanya pakai pemanggang ajaib je..senang..hihi)

7. Bakar agak2 macam dah masak tu..kemudian angkat dan tuangkan sedikit lebihan bahan tumis tadi ke atas badan ikan..sedia untuk dimakan..

Rupa cam tak menarik je..hihi..tapi kalau makan...mavelesss tau..hihi..

Kalau nak sedap cam makan kat selera ikan bakar tu kita alaskan daun kunyit @ daun pisang masa bakar..memang terangkat tau. Saya tak pakai daun2 pun just bakar macam tu je..



Ni pulak lebihan bahan tumis, sejukkan sekejap kemudian simpan dalam peti ais bahagian chiller je..kalau nak bakar lagi ikan hanya siapkan ikan dan terus bakar atas pemanggang je...senang keje n jimat masa..boleh tahan seminggu jugak bergantung jenis peti ais.kalau nak simpan dalam sejuk beku pun boleh cuma saya tak pernah frozenkan bahan tumis ni sebab biasanya saya buat tak banyak.,sekadar untuk 2-3 kali pakai je..lagipun yang nak makan hanya kami berdua je kan..buat banyak2 takut membazir pulak hehe..




p/s : 
#prayforQZ801
#prayforKelantan
#PrayforMalaysia




5 comments:

Diana Rashid said...

saya suka kalau ikan pari bakar yang siap cicah air asam tu...yang tu saya boleh habiskan banyak..heheh

CintaHati Lina said...

sedapnya..lapar pula di tengah mlm2 ni..kalu ikan siakap lagi power ni..sedap2.. cicah air asam .. lagiii power.. tk sedar nasi bertambah2..hihi

ziezah.com said...

wahhh nampak sedapnyaa...nak buat mmg tak la..heee

sha dhira said...

ikan ni mmg faveret family shad time bulan puasa.. mmg sedap dibakar pastu cicih air asam plak kan.. peehhh..

NabilaHasyim said...

Terima kasih.
Baru cuba td.
Ensuami kata sedap, dah boleh buka restoran, hahaha [pulak]

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts